IKX Hi-Tea Gathering
Pada 29 Mei 2016 yang lalu, IKSB telah mengadakan satu majlis iaitu IKX Hi-Tea Gathering yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara. Ianya adalah suatu majlis yang julung-julung kali diadakan oleh IKSB bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ikx ..menguatkan lagi ukhuwah dan juga membina networking yang kukuh sesama student ikx.
IKX Hi-Tea Gathering
sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai student.. ianya juga seperti meraikan satu keluarga yang besar ikx. Maklumlah.. selepas habis tempoh belajar, masing-masing telah membawa diri.. masing-masing cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Jadi inilah masa yang sesuai untuk pertemuan semula bekas pelajar IK.
Pada hari yang telah ditetapkan..
kak sal sampai lewat sedikit, bergegas menuju ke pintu dewan.. tak sabar rasanya melangkah masuk ke dalam dewan.Mata sempat lagi melihat bunting yang terletak cantik di kiri dan kanan pintu dewan.. terasa amat bangga pada diri ini yang telah menjadi sebahagian keluarga besar ikx. Alhamdulillah.
Selak je pintu..
Terlihat senyuman manis dari sifu Amim Najmie, Sifu Naim Marinin, Cik Jay, encik Nazrul Shairi dan juga Cik Aie yang manis. Mereka tengah sibuk mengesahkan kehadiran para tetamu dan juga memberikan doorgift dari para sponsors ikx kepada para tetamu yang hadir.
Dekorasi Dewan
Memang cantik dekorasi dewan pada hari tu.. nampak belon hitam-merah.. ini sudah tentu kerja tuan Zahid Dol dari Ohballon.
Pada masa itu..
Emcee yang ditugaskan untuk mengacarakan majlis Hi-Tea Gathering ikx adalah sifu Aman safuan dan Cik Jay. Satu gandingan yang mantap dari mereka berdua. celoteh-celoteh mereka berdua amat menghiburkan.. sekali-sekala ada juga usikan-usikan nakal mereka kedengaran.. membuatkan para tetamu ketawa.. tak kering gusilah jawabnya.
Acara majlis.
Berbagai-bagai acara yang diadakan untuk menghiburkan para tetamu.. antaranya cabutan nombor bertuah, fesyen show, pertunjukkan nyanyian dari sifu Razzi Rahman. (Suara sifu Razzi masih lagi power) dan acara kemuncak bagi kak sal ketika itu ialah nyanyian yang hebat dari sifu Irfan Khairi. Siap ada back up singer lagi. Memang suka sangat dengan persembahan yang diadakan. Tak sempat rasanya nak bosan..
Selain itu..
Salah satu acara yang juga ditunggu-tunggu oleh semua ahli IKX ialah upacara penyampaian sijil kepada bekas student IK. Seronok rasanya mendapat sijil penghargaan dari sifu ik..
Pada majlis IKX Gathering ini,
Ramai juga penaja-penaja yang telah menjayakan majlis yang gemilang ini. Tahniah semua.. antaranya adalah
Yummylicious, Oh Ballon, Garam Assyifa Aura Rezeki, Her Beaute, Moon Scarves, Amni De Calcas, MFA Boutique, Salpearl, nuzira delight, Amazing Kangen Water, Zawjada Event Photographer. Terima kasih kepada semua penaja.
Waktu berpisah..
Memang waktu yang menyedihkan.. semoga selepas ini ada lagi pertemuan-pertemuan susulan di antara ahli IKX dan juga ahli IKSB. sekurang-kurangnya setahun sekali. Semoga dengan majlis-majlis perjumpaan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama IKX. jumpa lagi di lain kali.