Listen, Listen, Listen…

Listen, Listen, Listen

Baru-baru ini.. kak sal menghadiri satu kelas yang diadakan di IKSB bertajuk “Leadership and communication”. yang dibentangkan oleh Sifu Nizal Muhammad. Selama 3 jam.. memang tidak menghampakan. terlalu banyak ilmu yang sifu Nizal perturunkan.

Hari ini kak sal ingin menceritakan tentang hebatnya ilmu mendengar ini kepada kita semua kerana ianya sememangnya amat penting kepada sesiapa pun juga. Sebagai contoh.. Seorang Ahli perniagaan haruslah mendengar dengan teliti apa yang diinginkan oleh pelanggannya, jika tidak silap-silap lain yang di order lain pula yang dihantar.

IMG_0452

aksesori hand bag dari salpearl.com

Begitu juga seorang ibu, ayah, guru dan semua orang perlu melatih kemahiran mendengar ini..

Tahukah anda? mendengar sesuatu yang ingin disampaikan oleh orang lain kepada kita kadang-kadang bukan hanya menggunakan telinga sahaja.. tetapi kata orang komunikasi tahap yang tertinggi adalah kemampuan kita mendengar sesuatu yang diperdengarkan tanpa suara… pelik kan!

Pada tahap ini ..
Pada tahap tertinggi ini..kita bukan sahaja mendengar menggunakan telinga.. tetapi juga menggunakan mata dan hati nurani… mendengar gunakan telinga kemudian hubungkan kepada mata dan jalinkan kepada hati.. itulah mendengar yang hakiki.
Pada tulisan kak sal  ini ..

kak sal ingin tekankan betapa pentingnya kemahiran mendengar dalam rumah tangga yang kita bina. Kadang-kadang .. kita telah pun mendirikan rumah tangga  bertahun-tahundan  kita rasa kita sudah  cukup memahami apa yang pasangan kita inginkan.. orang kata.. tak perlu kata apa-apa.. betulkah kita tak perlu kata apa-apa ?

 

IMG_0454

Aksesori hand bag dari salpearl

Listen, Listen, Listen
Di sinilah selalunya komunikasi dalam keluarga akan pincang.. bila mana bisikan sudah tidak didengari.. cuma jeritan yang bakal didengari…” saya bosan..dah berkali-kali beritahu tapi tak faham-faham..” luah hati seorang isteri.

Semua kata-kata di atas menunjukkan betapa manusia seringkali gagal mendengar kata-kata pasangannya…

Sebagai manusia, kita seringkali inginkan agar pasangan kita mendengar apa yang ingin kita luahkan…kita ingin mereka memahami apa kemahuan kita..  tapi ramai pasangan yang gagal berbuat demikian…gagal memahami kehendak pasangan masing-masing..

Akhirnya..semua kemahuan dan keinginan dipendamkan .. dibiarkan begitu sahaja .. tidak lagi diperdengarkan.. tiada lagi bisikan ..kerana kegagalan kita mendengar keluh kesah pasangan kita.. Akhirnya jika sudah terlewat.. mugkin hanya jeritan yang terdengar.

Jadi.. sementara pasangan kita masih sudi berbisik mesra di telinga.. dengarlah bisikannya sungguh-sungguh.. Fahamilah keinginannya..

“sebarkan bahagia”

nanti kita sambung lagi ok..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kasih yang ditinggalkan

Kasih yang ditinggalkan

 

Di pelabuhan ini

Di pelabuhan hati ini

Ku sering menanti

Kehadiran mu di sisi

Seperti dahulu lagi..

 

Di pelabuhan hati ini

Ku sering mengharapkan

Kasih sayang yang kau berikan

Berkekalan hingga ke mati

 

Di pelabuhan hati ini

Ku selalu mendambakan

Janji setia yang kau ucapkan

Takkan kau mungkiri

 

Namun segalanya berkecai kini

Kehadiran ku tak kau hargai

Kasih sayang ku kau tolak ke tepi

Janji manis mu kau bawa pergi

 

Kini…

Ku pasrahkan diri

Hanya pada Mu Ilahi

Berikan aku cinta sejati

Dalam meneruskan hidup ini

 

Kini…

Ku serahkan hati ini

Hanya pada Mu Ilahi

Kau cantumkanlah kembali

Kau ubatilah luka ini ..

Dengan Rahmat Mu Ilahi..

 

Izmah

 

Dia sahabat ku..
seorang wanita yang kecewa.. ditinggalkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk mengejar keseronokkan lain, tanpa memperdulikan perasaan orang yang ditinggalkan. Kasihan melihat dia berusaha lagi dan lagi agar dapat memenangi semula hati seorang suami.

 

“Aku sedih kerana suami ku memperlakukan aku  seperti ini. Meninggalkan aku  tanpa memberikan sebarang peluang.. peluang kepada diri ku, peluang kepada keluarga kami dan peluang kepada rumahtangga kami.”

IMG_1234

kerongsang mutiara

 

     Terkesima aku mendengar keluhannya. Dia seorang isteri yang ditinggalkan. Dia sedang bersedih .. kecewa dengan sikap seorang suami yang tak bertanggungjawab. Ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.

 

Dia seorang sahabat yang baik..Dia singgah sebentar di kedai ku untuk berbual-bual sambil mencari kekuatan dan dorongan. Aku mendengar saja apa yang ingin dia luahkan sebutir demi sebutir perkataan keluar.. dengan suara yang amat perlahan.. kadang-kadang dia mengesat air mata yang mengalir tanpa dapat dikawal.

 

     “ Aku benci kerana dia memperlakukan aku sedemikian.” keluhnya berulangkali..

.

IMG_1232

kerongsang mutiara

“dik berhentilah mengeluh, kasihanilah diri adik sendiri. Cubalah mulakan hidup baru. Buat apa adik menunggu dia. Adik seharusnya meneruskan kehidupan adik.”aku cuba memujuk

“Apa yang perlu aku  buat lagi?”Tanya dia .. seperti sangat mengharap jawapan dari ku. “cuba lupakan dia.. sibukkan diri dengan aktiviti lain.. aktiviti yang lebih bermanfaat dan tukarkan dia dengan cinta yang lebih utama.”

 

Dia terdiam.. diam seribu Bahasa. “Jangan biarkan hidup adik merana dengan perbuatan dia. Dia telah tinggalkan adik.. hidup adik terjejas..tapi dengan dendam dan marah yang tak berkesudahan akan membuatkan hidup adik terjejas berkali-kali.” pujuk ku lagi.

 

“Cubalah isi masa lapang adik dengan belajar.. belajar mengawal emosi, belajar melupakan dia, belajar menyintai diri sendiri, belajar menyintai yang lebih utama dan belajar untuk meningkatkan lagi ekonomi agar dapat menambahkan pendapatan tanpa perlu meminta-minta dengan orang yang telah melupakan kita.”
IMG_1237

kerongsang mutiara

 

“Baiklah kak, saya akan cuba mengikuti segala nasihat akak Cuma, saya tak tahu nak bermula dari mana.”?.

 

“Apa kata jika adik balik ke rumah dahulu, rehat dan tenangkan hati dan fikiran adik. Jika adik dah bersedia datanglah berjumpa dengan akak.. akak ada satu projek untuk adik.” Pujuk ku .. Kasihan dia, ku harap dia tabah..

 

Selang beberapa minggu.. kemudian, dia muncul lagi. Pada kali ini wajahnya kelihatan lebih ceria dari sebelumnya. Alhamdulillah.

 

“kak, tempohari akak ada menyatakan agar aku  melakukan satu projek. Projek apakah yang akak nak aku lakukan itu?” Tanya dia bersungguh-sungguh. Macam ni dik, apa kata adik berniaga secara kecil-kecilan. Ambil barang akak secara consignment..bila dapat jual baru bayar dengan akak harga yang kita persetujui.
IMG_1236

kerongsang mutiara

 

Aku melihat wajahnya berubah. Tak pasti sama ada dia gembira ataupun sebaliknya. “Kenapa dik.. adakah adik tidak menyukai cadangan ku ini? Ini hanyalah cadangan.. terpulang pada adik untuk melaksanakannya atau pun tidak.” Terang ku perlahan-lahan.

 

Sambil dia menggeleng-geleng kepala dia pun berkata “sebenarnya kak, aku merasa amat terharu. Tak tahu macam mana nak berterima kasih kepada akak. Pada saat aku  susah begini, ramai teman-teman menjauhkan diri. Tetapi akak tidak..akak menemani ku malah cuba untuk membantu..”jawabnya dalam sendu.

 

“Tentang tawaran akak tu, aku  terima dengan hati yang terbuka kerana aku  amat memerlukan duit tambahan untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak ku. Aku  berjanji tidak akan mengecewakan akak.”

 

Di situlah kisah dia bermula.. Dari seorang yang sangat reaktif bertukar menjadi proaktif. Dia berani menerima tanggungjawab yang baru. Berani menanggung risiko akibat pilihannya sendiri. Dan kemudiannya berani pula untuk memperbaiki kelemahan itu dengan mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu perkara.

 

IMG_1229

Kemudian dia berpindah balik ke negeri kelahirannya .. dia teruskan juga usaha dia di sana. Sehingga kini.. dia telah pun berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Walaupun aku dapat melihat dan mendengar kisahnya dari jauh (sebab berpindah). Namun aku tetap berasa bangga. Bangga kerana dia mampu bangun semula selepas jatuh tersungkur.

 

 

Setelah bertahun-tahun tak bersua muka.. semalam aku mendengar berita yang menggembirakan darinya.. dia telah pun mendirikan rumahtangga yang baru dengan lelaki pilihan hatinya. Semoga kali ini dia akan mengecapi kebahagian yang dia harap-harapkan.

…”sebarkan bahagia”…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Fokus..Fokus..Fokus

 

Fokus..Fokus..Fokus

Hai semua.. Hari ni Kak Sal nak tulis sesuatu topik yang telah biasa dan sesetengah orang sangat biasa mereka dengar apalagi jika mereka tergolong di dalam golongan usahawan. Fokus..Fokus..Fokus

 

FOKUS

Ini sesuatu yang penting dan jangan diambil mudah kerana jika kita tidak focus dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi.. nanti satu benda pun tidak akan berhasil.

 

Ingat lagi ketika mula-mula memasuki kelas Irfan Khairi .. di mana kami disuruh niche kan perniagaan yang ingin kami buat agar mudah fokus.  Fokus tentang kelebihan kita.. fokus tentang minat kita.. fokus tentang apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin kita ceburi.. sebelum terjun lebih jauh ..

 

IMG_0451

Pelbagai jenis mutiara dari salpearl.com

 

Perkataan fokus itu sendiri sangat mudah diucapkan tetapi sukar untuk dilakukan kerana ianya memerlukan kemahiran.. kemahiran fokus ini umpama kaca.. mudah pecah.

 

Misalnya ..hari ini kita dah berusaha untuk fokus tentang perniagaan kita. Esok lusa bila ada yang mengatakan ada perniagaan baru yang lebih menguntungkan .. kita mula goyah..

 

yang dapat bertahan mungkin akan fokus kembali. yang tak dapat bertahan terus goyah dan pecah..

 

Tidak dinafikan.. bahawa kita pasti akan menerima gangguan setiap hari dalam menjalankan aktiviti perniagaan kita. Misalnya ketika online di media sosial seperti FB pasti kita akan dapat melihat potensi-potensi perniagaan yang baru dari mata kasar kita. di situ fokus akan mula terganggu.

 

IMG_0450

pelbagai jenis aksesori.. dari salpearl.com

 

Kita juga akan sentiasa terdengar tentang kejayaan yang dimiliki oleh usahawan-usahawan tertentu dalam perniagaan yang berbeza dengan perniagaan kita..

 

kita pun mula memasang angan-angan untuk menjalankan perniagaan seperti mereka tanpa memikirkan adakah perniagaan itu sesuai dengan diri kita ataupun tidak.

 

oleh kerana itulah..kemahiran fokus sangat penting agar kita boleh terselamat daripada segala macam gangguan yang akan mengekori kita

setiap masa.

 

cuba lihat di sekeliling kita..
Ramai usahawan yang telah Berjaya kerana mempunyai kemahiran fokus umpama laser.. usahawan yang dapat melihat hala tuju mereka dengan jelas sekali tanpa menghiraukan sebarang gangguan.

 

IMG_0183

pelbagai jenis tools yang digunakan .. salpearl.com

Bagaimana pula kita ingin belajar agar lebih fokus ?

Pakar-pakar dari Negara barat ada mencadangkan agar kita menulis dan melihat impian kita setiap hari. lihat apa yang ingin kita capai.. dan fikirkan jika kita hilang fokus.. impian kita pasti akan lambat tercapai.

 

berkawan dan bersahabatlah dengan mereka yang seringkali mengingatkan kita .. jika kita terlalai sekejap dia pasti akan menegur kita.. . sahabatku.. fokuslah..

 

yang terakhir… jalan terus.. sehingga matlamat tercapai. Jangan pandang belakang , kiri ataupun kanan.. (hahahaha).

 

Bagaimana sahabat semua.. boleh tak kita cabar diri kita agar lebih fokus? Cubalah .. kalau tak cuba tak tahu kan!!!

 

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jangan jadi seperti lalang

 Jangan jadi seperti lalang

 

“Kalau tak mampu menjadi sepohon pokok yang tegak di atas bukit,

Janganlah jadi lalang yang menyemakkan.. yang tumbuh di serata tempat,

Kalau tak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan,

Janganlah jadi lalat yang membusukkan.. yang hinggap merata tempat.

 

      tahukah anda apakah sifat lalang yang sebenarnya?..

 

lalang biasanya akan berdiri tegak, kemudiannya mengikuti ke mana sahaja arah tiupan angin. bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan.. kadang-kadang ia akan melentik-lentik sebelum kembali tegak.

 

Biasanya lalang akan tumbuh di merata tempat.. di tepi tasik, di padang rata, di lereng-lereng bukit di mana -mana sahaja . Selalunya lalang akan dianggap musuh kepada tanaman manusia… kerana jika lalang tumbuh, tanaman lain sukar untuk tumbuh. pokok lain akan terbantut kesuburannya.. lebih buruk lagi boleh menyebabkan tanaman lain mati.. menjejaskan keindahan alam semulajadi.

 

IMG_1119

pin tudung mutiara

cuba pandang sekeliling kita..

cuba lihat teman-teman kita.. cuba selami diri kita.. adakah kita , anda dan mereka dah jadi seperti lalang.. atau hampir-hampir jadi lalang.

 

Kita tidak sepatutnya menjadi seperti lalang.. berada di mana sahaja.. di pejabat, di sekolah,  di rumah.. kita jangan menyusahkan orang lain.

 

 

Dari segi tingkah laku dan akhlak.. jangan sekali-kali kita jadi seperti lalang.. mencemarkan keindahan ruang kerja, rumah dan tempat awam. Berikan akhlak terbaik, tutur kata yang sopan dan adab yang elok.. yang disukai orang.

Perhatikan lalang..
akan bergerak ke arah mana sahaja arah angin bertiup.. di tiup ke kiri.. maka melentoklah ke kiri.. di tiup kekanan melentok pula ke kanan.. berpusing-pusing mengikut pusaran angin.

 

Ramai di antara kita dah jadi seperti lalang.. yang suka sangat mengikuti petunjuk orang lain.. seolah-olah tidak ada keputusan sendiri. Tidak salah mendengar nasihat daripada pelbagai pihak kerana semakin banyak pendapat.. maka semakin banyaklah peluang. Akan tetapi.. pada pengakhirannya..  buatlah keputusan sendiri.

 

IMG_1113

pin tudung mutiara

Ada juga yang tidak mempunyai pendirian yang tetap. cepat sahaja berubah fikiran.. kadang-kadang tak sampai sedetik.. ketegasannya sangat lemah.

 

Manusia tidak boleh menjadi seperti itu.. kita mesti mempunyai pendirian yang teguh.. sekiranya kita di pihak yang benar dan betul.. janganlah berdolak-dalik lagi.. nyatakan pendirian walaupun pasti ada cabaran yang bakal melanda.

 

Akhir sekali.. jangan jadi seperti lalang.. jadilah  seperti karang  di lautan .. yang sentiasa teguh.. walau dilanda badai sekuat mana.. ia tetap teguh..

 

p/s.. nanti kita sambung lagi sembang pasal lalang ni..

 

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Start small… think big

Start small… think big

 

10157136_626462534156915_4204258833204883274_n

Start small… think big

 

Boleh dikatakan kebanyakkan dari kita  sentiasa mempunyai impian dan cita-cita yang besar.. ada yang ingin berjaya dalam hidup, ada yang ingin menjadi kaya, ada yang ingin menjadi jutawan.. dan macam-macam lagi..

Tapi semua itu masih lagi digelar angan-angan jika tiada sebarang usaha yang hebat yang digerakkan ke arah itu..

 

 

 

kita seringkali mendengar orang bercerita tentang idea Start Small..Think Big namun adakah istilah yang seringkali dilaung-laungkan itu.. amat mudah..semudah menyebutnya? Sudah tentu tidak! ianya harus disertai dengan komitmen yang tinggi.
sahabat ku..

sejak semalam saya mulai berfikir apa itu idea “Think Big”.. itupun setelah diasak berkali-kali oleh sifu Irfan Khairi dalam kelas terbaru beliau.. selama ini saya hanya memikirkan bagaimana hendak memasarkan barangan yang biasa-biasa sahaja tanpa memandang lebih jauh lagi.

 

Dan sejak itu saya mulai berimaginasi.. melatih jiwa dan fikiran agar menjadi lebih besar.. Sebenarnya banyak yang perlu dikorbankan dan perlu diubah jika ingin berfikiran besar..

 

 

11412359_834568199955039_8299055781319150504_n

 

Start Small.. Think Big
1.  Kena ubah cara pemikiran.
Berfikiran besar dan menolak segala sesuatu yang akan memperkecilkan diri kita       sendiri. Kita kena sentiasa bersemangat, berfikiran luas dan bersikap terbuka. Buang semua fikiran negatif yang akan membuat diri kita menjadi lemah.

 

2.  Belajar dan sentiasa mencari ilmu yang baru.

 

3. Kaji kembali produk, logo, jenama, business card
dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan perniagaan kita. cuba perhatikan.. adakah semua itu mampu memacu kita melangkah lebih jauh ke peringkat global. Jika tidak.. buatlah penambahbaikkan. Ubahlah ..

 

4. Kaji pesaing kita.
macam mana hendak jadi “be the first” dalam kelompok bidang kita.. walaupun kita mungkin bukan yang pertama namun cari jalan untuk menonjolkan produk kita.. seolah-olah kita yang pertama melakukannya.

 

5. Kaji pasaran / trend antarabangsa
perlu ambil tahu minat, citarasa dan lain-lain lagi .. terhadap produk yang ingin kita pasarkan.

 

6. Bina jenama dan tingkatkan penjenamaan
(ini kena belajar dengan sifu Irfan Khairi)

 

7. Kena titik beratkan tentang Packaging.

 

Sahabat ku..

ini hanya ringkasan sahaja.. banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menjayakan idea “Think Big” itu.. Good Luck
Share the knowledge... Thanks for Sharing

Siapa Arnab siapa Kura-Kura?

Siapa Arnab siapa Kura-Kura?

 

kedai salpearl (6)

Saya pasti, ramai di antara kita yang pernah mendengar cerita tentang perlumbaan di antara sang Arnab dengan sang kura-kura. Ianya sebuah kisah yang amat menarik yang sering diceritakan oleh ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah.

 

Dalam cerita ini Sang Arnab telah dapat ditewaskan oleh Sang Kura-Kura padahal Sang Arnab sememangnya telah Allah ciptakan sebagai makhluk yang laju berlari dan Sang Kura-kura pula… amat perlahan, merangkak satu-persatu.

Daripada kisah ini,
jika dilihat daripada fizikal sang arnab yang berkaki panjang dan tangkas adalah mustahil dia dapat dikalahkan oleh sang kura-kura . Malangnya sikap sang arnab sendiri yang telah menyebabkan dia kalah!

 

Cuba kita lihat apakah sikap negatif yang ada pada sang Arnab yang telah menyebabkan sang arnab kalah. Diantaranya adalah suka memandang rendah terhadap orang lain, over confident, suka bertangguh dan mudah berpuas hati.

 

kedai salpearl (2)

Dengan sikap-sikap yang negatif inilah yang menyebabkan Sang Arnab tewas. Padahal Sang Arnab sememangnya mempunyai tenaga yang banyak, atau mungkin lebih pandai sedikit daripada sang kura-kura.

 

Dari segi fizikal sang kura-kura pula yang berkaki pendek, malah kekuatannya tidak setanding  dengan sang arnab, sememang tidak dijangka dapat mengalahkan sang arnab. Namun kelebihan sang kura-kura adalah sikapnya yang betul.

 

Sang Kura-kura mempunyai keazaman yang tinggi. Dia melihat dengan jelas matlamat dihadapannya. Dia tidak mengubah langsung matlamatnya walaupun dia telah ketinggalan jauh di belakang. Dia terus berusaha agar matlamatnya tercapai.

 

Sebaliknya Sang Arnab yang telah jauh berlari di hadapan mengambil langkah untuk berehat dan tertidur. Dia telah mengubah matlamatnya di tengah-tengah jalan.

 

Sang kura-kura juga amat konsisten dengan perjuangannya. Dia teruskan juga perjalanannya walaupun dia telah jauh ketinggalan. Dia amat sabar menempuh perjalanan yang jauh itu walaupun bayang-bayang Sang Arnab tidak kelihatan langsung.

 

kedai salpearl (4)

 

Sang Kura kura juga mempunyai harga diri yang cukup tinggi. Dia tidak mahu maruahnya dipijak-pijak oleh Sang Arnab. Dia menerima juga cabaran itu walaupun dia tahu dia akan kalah.

 

Kesemua sikap positif yang ada pada diri Sang Kura-kura memberikannya satu kelebihan untuk berjaya. Walaupun dari segi fizikal dia kelihatan kalah. Namun, dari segi emosi Sang kura-kura mempunyai jiwa yang lebih stabil.

 

 

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini adalah untuk berjaya bukan semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan.. tapi yang paling penting adalah sikap.

 

Mengikut kajian daripada pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang hanya menyumbang kira-kira 3 peratus sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya iaitu 97 peratus adalah ditentukan oleh sikap individu tersebut.

 

Kisah ini sebenarnya boleh dibandingkan di dalam kehidupan manusia. Cuba kita tanya diri kita sendiri.. siapakah kita ? adakah kita mempunyai sikap seperti Sang Arnab tidak konsisten, sombong dan angkuh, over confident ataupun Sang kura-kura yang mempunyai matlamat yang jelas, sabar,konsisten dan mempunyai harga diri yang tinggi.

 

kedai salpearl (3)

Tapi pada zaman yang serba maju ini.. kedua-dua sikap daripada sang arnab dan sang kura-kura harus kita gabungkan jika kita ingin Berjaya..jika kita ingin mendapat momentum yang tinggi. Tiada istilah
“slow and steady will win the race”.

 

Kita kena bersedia untuk berubah. Bergerak pantas, konsisten, mempunyai matlamat yang jelas, sabar,jangan sekali-kali sombong .. malah harus juga mempunyai harga diri yang tinggi.

 

Walaupun kisah Sang Arnab dan Sang Kura-kura ini adalah hanya sebuah cerita kanak-kanak .. namun terdapat iktibar yang besar disebalik kisah yang kecil ini..itu pun jika anda ingin berfikir mengenainya…

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing
1 2 3