perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara
Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara
kak sal sangat meminati mutiara dan kak sal pasti ramai juga di luar sana seperti kak sal. Kak sal bangga dapat memertabatkan mutiara Sabah di mana sahaja kak sal berada.
Ingat lagi..
Dulu memang susah nak dapatkan mutiara Sabah ini. kena pergi ke Sabah beli..baru boleh dapat. sekarang ini.. amat mudah.. tengok online, order,bayar..dah boleh dapat.
Persoalan sekarang adalah apabila aksesori yang cik puan semua beli rosak, terputus, tertanggal atau macam-macam lagi???.. agak-agak apa yang akan terjadi dengan semua aksesori itu.
Pasti..
semuanya disimpan di dalam kotak atau di dalam laci.. paling teruk apabila aksesori tersebut terus dilupakan. ini adalah satu pembaziran.. kan sayang aksesori yang mahal-mahal ini dibiarkan begitu sahaja.
Padahal aksesori ini masih boleh dibaiki semula. Di sinilah perlunya Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara dari salpearl.
Cuba buka laci dan kotak aksesori puan..
mungkin ada rantai yang telah putus, gelang tangan yang telah longgar ikatannya malah aksesori lain yang telah rosak.. yang puan sangat sayang.. ataupun rantai mahupun gelang puan.. memerlukan claps yang baru?
Semua itu boleh dibaiki dan puan boleh menggunakan semula semua aksesori puan.
In shaa Allah..
apa sahaja masalah yang puan hadapi mengenai aksesori puan.. kami sedia membantu. hanya perlu hantar kepada kami.. dan kami akan kenal pastikan apa masalah sebenar..
In shaa Allah kami akan sedaya upaya membantu membaikpulih aksesori puan.
Hanya satu harapan kak sal..
agar diberikan kepercayaan untuk melakukan yang terbaik untuk aksesori anda.. kak sal hanya mahu agar kalian semua dapat menggunakan kembali aksesori anda.. ataupun setidak-tidaknya boleh diberikan kepada orang yang tersayang dalam keadaan yang terbaik..
Di sini kak sal sertakan alamat kedai kak sal..
bolehlah datang berjumpa kak sal jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan kerosakkan aksesori. Apa tunggu lagi.. jomlah selongkar laci dan kotak aksesori..