Ruang kerja yang selesa.

Ruang kerja yang selesa.binderlayingopen_550x634Ruang kerja.

Membuat ruang kerja yang selesa sangat diperlukan jika ingin menjalankan kerja-kerja   merungkai aksesori yang diinginkan. Tidak kira anda ingin menjalankan perniagaan tersebut di rumah mahupun di kedai.

Anda  hanya memerlukan sedikit ruang kosong di salah satu ruangan di rumah mahupun di kedai anda. Misalnya jika di rumah, ruang yang boleh digunakan sebagai ruang kerja seperti ruang keluarga, ruang kosong di tepi tingkap, ruang kosong di bawah tangga dan banyak lagi.

 

IMG_20150308_142318

Kerja-kerja merungkai aksesori seperti rantai, gelang dan lain-lain lagi akan membuat kita berhadapan dengan ribuan benda-benda kecil seperti manik, mutiara,kristal logam-logam perhiasan yang mana amat mudah bertaburan, tumpah dan kadang-kadang amat sukar ditemui apabila kita memerlukannya.

Jadi..

Jika ingin mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.. tidak salah sekiranya kita menyediakan ruang kerja yang selesa bagi memudahkan kita melakukan kerja-kerja kita.

 

IMG_0450

 

Jika perlu..

simpanlah aksesori-aksesori, logam-logam kecil, manik-manik, Kristal-Kristal, mutiara dan pelbagai jenis manik batu di tempat penyimpanan yang berasingan.

Penyimpanan yang lebih teratur ini akan  lebih memudahkan anda untuk menemukan apa sahaja bahan-bahan yang anda ingin gunakan.

 

IMG_0252

Jika perlu..

anda boleh letakkan label  pada bekas penyimpanan agar mudah bagi anda untuk menemukan kelengkapan yang diperlukan. ini pasti akan menjimatkan masa anda.

Labelkan mengikut kategori, saiz, mahupun jenis-jenis aksesori yang disimpan. Pada permulaan melakukannya memang agak leceh. akan tetapi lama-kelamaan anda pasti akan biasa dan ianya pasti akan memudahkan dan mempercepatkan lagi
 kerja-kerja anda.

 

IMG_0077

Jika..

Terlalu banyak tempat aksesori yang terpaksa digunakan, anda boleh sahaja menggabungkan beberapa benda yang mempunyai warna yang berbeza dan saiz yang tidak sama.

Namun sebaiknya gunakanlah bekas yang lut sinar agar mudah dilihat. Biasanya bekas plastik lut sinar ini ada dalam pelbagai bentuk dan ukuran.

 

 

 

kedai salpearl (3)

Tempat penggantungan juga diperlukan untuk menggantungkan hasil-hasil  kerja yang telah siap agar nampak lebih teratur malah memudahkan kita mencari stok yang tinggal jika ada pelanggan berminat membeli aksesori tersebut.

Tempat penggantungan ini juga biasanya digunakan untuk menggantung pelbagai aneka stok manik-manik, mutiara dan pelbagai batuan lain .

 

20150318105403

Patung leher pula adakalanya diperlukan untuk menilai rantai yang telah siap dirangkai.. jika rasa tidak menepati apa yang diinginkan .. rantai akan dirangkai semula.

Setelah berpuas hati, patung leher ini akan digunakan pula untuk mempamerkan rantai yang telah siap. Patung leher paras dada ini tersedia dalam 4 warna iaitu warna putih, kelabu, hitam dan krim.

 

12439241_930273810384477_6132631380825772428_n

Work board atau papan manik akan memudahkan anda menyusun manik dan logam sebelum ianya dirangkai menjadi rantai mahupun gelang.

Saluran-saluran berbentuk melengkung membantu anda dalam menyusun kombinasi rangkaian kerana ianya dilengkapi dengan ukuran rantai atau gelang yan ingin dibuat. Petak-petak kecil pula adalah untuk meletakkan manik dan aksesori yang akan dirangkai.

Ruang kerja yang selesa

Biarlah terang dan mempunyai cahaya yang mencukupi. dengan cahaya yang terang, anda akan merasa selesa dan bebas ketika melakukan kerja-kerja anda kerana anda akan berhadapan dengan manik-manik yang kecil dan halus.

Jika kurang pencahayaan anda mungkin tidak merasa selesa, mata akan terasa sakit dan akan melambatkan kerja-kerja yang ingin anda lakukan. penggunaan pencahayaan lampu neon yang berwarna putih adalah lebih baik. daripada lampu yang kerwarna kuning.

Permukaan meja haruslah sentiasa  kemas dan berwarna terang. Ini pula secara tidak langsung dapat membantu anda untuk memilih kombinasi warna manik/beads yang sesuai dan menarik.

Diharap artikel kak sal pada kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin menyediakan ruang kerja yang selesa untuk mempersiapkan diri membuat kerja-kerja tangan yang anda minati.
Share the knowledge... Thanks for Sharing