Dilema .. antara mutiara Sabah atau Kristal Swarovski?

Dilema .. antara mutiara Sabah atau kristal Swarovski?

Pernahkah anda berada di dalam dilema harus memilih salah satu di antara 2 benda yang akan menentukan masa depan dan hala tuju anda? Kak sal rasa ramai yang pernah mengalaminya..

Sebenarnya bukan mudah untuk membuat pilihan. berbagai-bagai persoalan yang bakal bermain di fikiran. itu belum lagi ditambah dengan bermacam-macam pendapat dari orang di sekeliling kita.. lagi pening dan memeningkan.
11012135_903094239769101_1385871034659980643_n

Dilema.. antara mutiara sabah atau kristal swarovski

Begitu juga kak sal..

masa mula-mula ingin menceburkan diri di dalam perniagaan mutiara ini.. kak sal berada dalam dilema..antara mutiara sabah atau kristal swarovki?

 Pada 7 tahun yang lepas.. trend pada masa itu adalah menggunakan aksesori yang diperbuat daipada Kristal Swarovski.

Di mana-mana sahaja orang memperkatakan tentangnya.. memang tidak dinafikan kristal Swarovski memang cantik.. berkilau-kilau dan kak sal pun suka..hihihi..

Dilema.. antara mutiara sabah atau kristal swrovski

Pada masa itu terfikir juga.. mengapa harus berebut dengan orang lain menggunakan bahan yang sama.. sampai bilakah trend itu akan bertahan. Lagipun bukan mudah untuk mendapatkan stok Kristal Swarovski pada masa itu.

Sedangkan mutiara Sabah memang telah mendapat tempat di hati penduduk Sabah dan juga rakan-rakan dari semenanjung Malaysia. stok pula amat mudah untuk mendapatkannya.

12113510_891875554224303_2553217338505627850_o

Dilema.. antara mutiara sabah atau kristal swarovski

Dari situlah bermulanya kisah kak sal belajar membuat aksesori mengunakan mutiara.. Dari tak tahu apa-apa tentang mutiara.. tak tahu nak buat sebarang aksesori langsung tak tahu menggunakan sebarang tools.. tak tahu di mana hendak bermula..  malah paksa diri sendiri belajar dan terus belajar..

(Tujuan asal pada masa itu adalah untuk mengajar surirumah di kawasan itu membuat aksesori..agar mereka boleh menjual hasil kraftangan mereka.. bagi menambahkan  pendapatan mereka sekeluarga).

Jadi..

sebab nak ajar orang lain buat aksesori.. kak sal kena belajar dulu. Segalanya bermula dari bawah. Bermula dari mencari buku-buku rujukan, bahan-bahan mentah, tools yang sesuai dan juga aksesori lain yang ingin digabungkan dengan mutiara.

Alhamdulillah .. niat asal hanya ingin membantu orang lain menaiktarafkan taraf hidup mereka .. kini ianya  bertukar menjadi bisnes pula.

Ingat lagi..

Mula-mula aksesori yang kak sal buat adalah subang.. bukan mudah sebab belajar sendiri.. hanya tengok contoh daripada buku yang kak sal beli.. buku pula tulisan dalam bahasa cina..

Hanya mampu ikut contoh gambar yang diberikan satu-persatu. setelah ada peningkatan.. kak cuba pula buat gelang.. kemudian rantai.. akhirnya macam-macam yang kak sal buat..hingga ke hari ini..

12038388_664168277053007_399866728285254800_n

Ingat lagi..

waktu itu.. kak sal  hanya mampu beli beberapa utas mutiara sahaja.. leraikan masuk dalam bekas plastik.. Dapatlah satu bekas plastik kecil sahaja.

Ingat lagi..

modal lebih kurang RM250.00 sahaja. Akan tetapi.. dari hari ke sehari.. bertambahlah stok mutiara kak sal..

Apabila stok semakin bertambah..minat untuk membuat aksesori daripada mutiara pun semakin bercambah.

Mula-mula hanya untuk belajar dan mengajarkannya..

kini, menjadi satu bisnes yang menyeronokkan. Setiap hari ada sahaja benda baru yang dihasilkan. Memang betul kata orang .. jika ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan.. biarlah dari minat kita.. agar kita lebih passion dengan apa yang kita buat.

Nampaknya pilihan untuk menggunakan mutiara sebagai bahan utama dalam perniagaan kak sal adalah satu pilihan yang tepat. Walaupun pada mulanya permintaan untuk aksesori berasaskan mutiara agak terhad.. namun kini.. ianya membuahkan hasil yang agak memberangsangkan.

12193293_679333808869787_323537235913642072_n

Buat teman-teman yang mempunyai masalah untuk memilih perniagaan apa yang patut diceburi..

lihatlah dahulu minat anda ..passion anda.. jangan ikutkan trend sangat, jangan ikut perniagaan orang lain yang kelihatan maju tapi sebenarnya tak sesuai dengan jiwa anda.

Kajilah dulu pasaran.. jangan main terjun sahaja. Buat pilihan betul-betul sebelum menjebakkan diri.

Dunia perniagaan bukannya mudah.. tapi tidak juga susah.. kena kuat semangat.. kena kuat usaha.. kena kuat berdoa.. (ini yang paling penting).

P/S.. Nanti kita sambung sembang-sembang lagi.. banyak lagi yang hendak diceritakan

semoga berjaya membuat pilihan yang tepat.

Dilema.. antara mutiara sabah atau kristal swarovski.

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing