Diberi atau memberi..

Diberi atau memberi

Diberi atau memberi  ? sama-sama mempunyai maksud yang tersendiri. Diberi sama seperti menerima pemberian orang lain dan memberi pula adalah sebaliknya. keduanya saling berkaitan.. jika ada yang memberi.. pasti ada yang menerimanya..

12029566_886153628129829_1968118346076425945_o

 

Kedua-keduanya tak salah.. kadang-kadang hidup kita sentiasa ada yang diberi oleh orang lain.. terimalah seadanya. Diberikan pertolongan tanpa kita pinta adalah suatu yang diluar jangkaan.

Orang yang memberi itu .. selalunya mempunyai hati bak mutiara. Hati yang sentiasa ingin memberikan pertolongan tanpa dipinta.. tentu sukar untuk menemuinya bukan.. terutama sekarang ini.. dizaman yang semakin mencabar.. aku-aku..kau-kau menjadi slogan.
IMG_0527

Diberi atau memberi

 

Tapi tak mustahil!.. baru-baru ini.. ada insan yang berhati mulia. Memberikan pertolongan tanpa dipinta.. kerana sememangnya rasa malu untuk diri ini meminta-minta.. nanti apa pula orang kata.

Dengan pertolongannya ini.. sekaligus aku dapat merasai.. ada lagi insan yang mementingkan kualiti jiwa.. kerana jika banyak memberi.. ianya akan meningkatkan kualiti jiwa.

Kan bagus jika ramai insan seperti dia ini.. malangnya dalam hidup kita ini..ramai manusia yang lebih mementingkan slogan.. bagaimana untuk mendapatkan.. bukan untuk memberi!

Pada sangkaan mereka.. jika sentiasa mendapat sesuatu.. hidup mereka akan bahagia. Maka berlakulah banyak persaingan.. persaingan yang tidak sihat. Padahal dalam kehidupan kita ini.. jika kita selalu memberi… kita pasti akan merasa bahagia..
12030290_887491764662682_5809905543031896635_o

Diberi atau memberi

Benarkah jika kita banyak memberi kita akan merasa bahagia? cuba perhatikan kehidupan kita seharian.. intailah melalui cermin-cermin kehidupan.Perasan tak..pada hari dan saat-saat yang paling menggembirakan apabila kita lebih banyak memberi dari menerima.. kerana untuk merasa lebih bahagia.. bahagiakanlah orang lain.

 

Orang akan bertanya..bukankah memberi itu akan mengurangkan dan menerima itu akan mendapat lebih banyak? Itu hanyalah anggapan semata-mata .. cuba perhatikan orang yang Berjaya tahap yang ‘Biasa-Biasa’ sahaja.. dia akan membawa dirinya seorang sahaja untuk berjaya.. akan tetapi orang yang berjaya tahap ‘Luar Biasa’ ialah orang yang akan membawa orang lain berjaya bersamanya..

 

Memberi ini jangan kita sempitkan ke dalam skop harta benda sahaja..banyak lagi yang boleh kita berikan kepada insan lain. Misalnya dari sudut ilmu. Kita boleh ajarkan ilmu yang kita tahu kepada orang lain. Kita boleh menyebarkan panduan dan kemahiran kita .. Ingatlah.. ilmu akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain. Jadi.. Jangan kedekut menabur kebaikkan .. kerana tangan yang menghulur bunga pasti akan berbau harum.

 

mutiara (165)

Keronsang mutiara Sabah dari salpearl

Cuba kita lihat di sekeliling kita.. ramai insan yang tidak suka memberi.. walaupun hanya memberi maaf.. memberi senyuman.. memberi kata-kata yang baik.. memberi sokongan moral.. dan macam-macam lagi.. padahal memberi dalam kategori ini tidak memerlukan modal pun..

Susah sangatkah memberikan senyuman kepada insan lain? padahal senyuman itu satu sedekah dan yang menerimanya pasti akan gembira.

Susah sangatkah memberikan kata-kata yang baik? kata-kata yang sedap didengar.. kata-kata yang menggembirakan telinga yang mendengarnya… semua ini dikategorikan dalam pemberian tanpa modal.

Dari segi positifnya sikap suka memberi ini.. ianya secara tidak langsung akan menjadi dorongan yang kuat untuk kita meningkatkan usaha kita. Ini adalah kerana.. untuk memberi.. kita kenalah memiliki. Untuk memiliki kita kenalah berusaha mencari… dan bila memiliki kita bolehlah memberi..

Tapi satu pesanan ikhlas dari ku.. jika kita memberi.. janganlah kita mengharapkan orang akan berterima kasih.. kerana kadang-kadang ada insan yang akan berterima kasih .. akan tetapi ada juga yang tidak. Jika kita mengharapkan semua orang akan menghargai apa yang kita berikan.. itu adalah sesuatu yang mustahil. Belajarlah memberi dengan ikhlas.

IMG_0152

Hah.. jika hendak belajar memberi dengan ikhlas.. cuba-cubalah memberi makan stray cats yang ada banyak di luar sana, ini adalah kerana.. jika kita memberi makan kepada kucing.. kucing-kucing ini tidak akan mengucapkan terima kasih ataupun thank you..ini akan mendidik jiwa kita memberikan sesuatu secara ikhlas dan bukannya mengharapkan sebarang balasan.

Secara ringkasnya.. menerima akan membahagiakan orang yang memberi.. dan memberi pula akan membahagiakan orang yang menerima.. hidup ini saling berkongsi kebahagiaan…

“We are here to complete not to compete”

.. Buatlah kebaikkan kerana kebaikkan akan terus hidup selepas kita mati..

SEBARKAN BAHAGIA

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing