Jangan Lupakan dia.. (3)

Jangan Lupakan dia.. (3)

 

Jangan tengok pada kecantikkan wajah yang kian luntur..
lihatlah pada jasa yang ditabur..
bukan juga pada sinar mata yang kehilangan sinar…
tetapi lihatlah pada kesetiaan isteri yang tak pernah pudar..”

Jangan Lupakan dia.. (3)

 

kisah pakcik teksi itu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam di dalam sanubari ku.. alangkah beruntungnya jika kita boleh menyelusuri kehidupan yang sementara ini dengan orang yang kita sayangi.. menghabiskan sisa-sisa umur yang semakin singkat.. ikutilah sambungan cerita .. Jangan Lupakan dia.. (3)

mutiara (13)

 

Aku ingin sekali mengetahui dan mengenali isteri pakcik teksi yang bagi aku sungguh bertuah itu.. harapan ku agar suatu hari nanti aku akan dipertemukan dengan dia.

 

Masa berlalu begitu cepat..

aku semakin lupa kisah ini.. sehinggalah suatu hari pakcik teksi itu datang membawa isterinya.. agak terperanjat seketika..

 

 Rupanya dia (isteri pakcik) tidak lagi sihat seperti insan biasa.. dia lumpuh dan tidak dapat berkata-kata.. hanya senyuman sahaja yang mampu dia lemparkan.

 

pakcik teksi memperkenalkan isterinya.. dengan panggilan sayang.. wah.. untungnya.. masih lagi menggelarkan isterinya sayang dalam keadaan seperti itu.. memang membuat aku kagum.. tak ramai kaum adam yang akan jadi seperti ini.. (jangan marah).

Diringkaskan cerita..

 

Aku bertanya macam mana isteri pakcik boleh jadi seperti ini.. mula-mula memang pakcik agak keberatan untuk menceritakan kisah hidupnya.. dan aku pun tak memaksa.. namun apabila dia telah bersedia pakcik pun menceritakan bagaimana semua ini bermula..

IMG_0103

 

Semua ini bermula apabila isteri pakcik melahirkan anak kedua. Tiba-tiba tubuhnya lumpuh separuh badan dan tidak dapat digerakkan.  setahun kemudian, seluruh badannya menjadi lemah dan lidahnya pula tidak dapat digerakkan lagi.

 

Bermula dari hari itu,  pakcik terpaksa berhenti kerja dan mengambil keputusan membawa teksi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga agar dia boleh meluangkan sedikit masa untuk menjaga isterinya yang sakit.

 

Jadual harian pakcik memang padat dengan memandikan isteri dan anak kecilnya.. menyuapi makanan, membersihkan segala kekotoran yang terpalit di tubuh isterinya.. pada mulanya memang agak sukar dia hendak berhadapan dengan dugaan yang amat getir itu.. namun melihat senyuman yang sentiasa terukir dibibir isterinya membuatkan semangatnya kukuh kembali..

 

Rutin harian inilah yang telah pakcik tempuhi selama 20 tahun. Dengan penuh ketabahan dia merawat dan menjaga isterinya.. malah dapat membesarkan kedua-dua anaknya.

IMG_0302

Pernah juga sesekali ..

keluarga dan teman-temannya menyarankan agar pakcik khawin lain..  untuk menikmati sia-sia hidup didunia ..mereka ingin melihat pakcik bahagia. Tetapi ditolak dengan lembut oleh pakcik.

 

Pakcik faham mengapa mereka bertindak sedemikian.. mereka inginkan pakcik bahagia.. akan tetapi mereka tak faham perasaan pakcik.

 

Adakah pakcik akan bahagia jikalau isteri pakcik hidup menderita. mereka inginkan pakcik dirawat ketika sakit akan tetapi siapa yang akan merawat isteri pakcik jika pakcik ada bersama orang lain.

 

Bagi pakcik, cukuplah dia berada di sisi pakcik.. mendengar segala cerita pakcik merenung mata pakcik setiap hari dan menyambut kepulangan pakcik dengan senyumannya yang tak pernah lekang.

 

Memang cukup terharu aku mendengarkan luahan hati pakcik itu…

Dia meluahkan apa yang terpendam  sambil menggenggam erat tangan isterinya. Sesekali butiran mutiara air mata ini jatuh jua.. memang tak dapat ku tahan.

IMG_0588

 

Dari situlah tercetus jua kata-kata bahawa jika ingin hidup bahagia dengan pasangan kita.. kita haruslah berusaha membahagiakannya.. jika kita telah mengambil keputusan untuk bersama dalam suka dan duka ..

 

Pakcik pun masih ingat..

 bila masa dia sihat dan sentiasa berada disamping..dia juga sabar merawat diri ini ketika pakcik sakit.. memasak dan menyuapi diri pakcik ketika tidak sihat. dan memberikan 2 orang cahaya mata yang hebat. Adakah patut pakcik mementingkan diri sendiri untuk keseronokkan yang sementara.?

Hanya ini yang pakcik nak ceritakan..
bukan pakcik hendak memuji diri pakcik.. tapi itulah kisah hidup pakcik. Harapan pakcik agar dapat menjaga isteri pakcik seumur hidup pakcik.Memang hebat pengorbanan pakcik teksi ini.. memang sukar untuk menemui insan seperti ini di zaman yang semakin mencabar ini..

 

Aku sentiasa berdoa agar pakcik teksi akan diberikan kesihatan yang baik.. rezeki yang melimpah ruah dan semoga dia akan menemui kebahagiaan di dalam hidupnya..

 

 

Aamiin…

Share the knowledge... Thanks for Sharing