About Us

cropped-11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n.jpg

 

Pada tahun 2008,saya mengikuti suami pindah ke sabah.di sana saya melihat ramai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan sampingan untuk membantu ekonomi keluarga.padahal, pendapatan suami mereka memang cukup kecil. Melihat situasi ini, saya pun terfikir bagaimana cara yang terbaik untuk membantu mereka memulakan perniagaan tanpa memerlukan kos yang besar.

      Saya mula membeli buku-buku rujukan yang pada masa itu hanya ada buku rujukan dalam Bahasa cina sahaja. Saya beli juga,walaupun tidak faham sebutir patah perkataan pun.yang penting matlamat saya tercapai. Saya pun memulakan percubaan dengan contoh yang paling mudah sekali iaitu membuat subang. Setelah Berjaya saya pun memberanikan diri untuk membuat produk-produk yang lain pula.

      setelah mahir membuat aksesori,saya pun mengeluarkan modal sebanyak rm 1000 untuk membeli bahan-bahan yang bakal saya gunakan untuk mengajar dan melatih suri rumah yang saya pilih. Saya juga mengajar dan menggalakkan mereka menjual produk yang mereka buat. Selama 3 tahun bersama mereka, mereka telah boleh berdikari. Mereka telah berjaya membuat dan produk mereka tanpa perlu dipantau.

      Pada tahun 2011, saya berpindah pula ke negeri Johor. Di sana saya mendapat idea untuk mendaftarkan nama Salpearl dan membuka sebuah premis perniagaan di Tesco Desa Tebrau berasaskan perniagaan mutiara. Perniagaan Salpearl memang mendapat sambutan yang hebat terutama sekali pelanggan dari negeri Singapura.

      Pada tahun 2013, saya sekali lagi berpindah ke negeri Selangor dan perniagaan Salpearl terpaksa saya hentikan sehingga mendapat lokasi terbaru.

 

 

IMG_0404

Share the knowledge... Thanks for Sharing

158 comments

Leave a Reply