IKX Hi-Tea Gathering

 

IKX Hi-Tea Gathering

 

img_8541

 

Pada 29 Mei 2016 yang lalu, IKSB telah mengadakan satu majlis  iaitu IKX Hi-Tea Gathering  yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara. Ianya adalah suatu majlis yang julung-julung kali diadakan oleh IKSB bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ikx ..menguatkan lagi ukhuwah dan juga membina networking yang kukuh sesama student ikx.

 

IKX Hi-Tea Gathering

sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai student.. ianya juga seperti meraikan satu keluarga yang besar ikx. Maklumlah.. selepas habis tempoh belajar, masing-masing telah membawa diri.. masing-masing cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Jadi inilah masa yang sesuai untuk pertemuan semula bekas pelajar IK.

 

img_8538

Pada hari yang telah ditetapkan..

kak sal sampai lewat sedikit, bergegas menuju ke pintu dewan.. tak sabar rasanya melangkah masuk ke dalam dewan.Mata sempat lagi melihat bunting yang terletak cantik di kiri dan kanan pintu dewan.. terasa amat bangga pada diri ini yang telah menjadi sebahagian keluarga besar ikx. Alhamdulillah.

Selak je pintu..

Terlihat senyuman manis dari sifu Amim Najmie, Sifu Naim Marinin, Cik Jay, encik Nazrul Shairi dan juga Cik Aie yang manis. Mereka tengah sibuk mengesahkan kehadiran para tetamu dan juga memberikan doorgift dari para sponsors ikx kepada para tetamu yang hadir.

 

img_8636

Dekorasi Dewan

Memang cantik dekorasi dewan pada hari tu.. nampak belon hitam-merah.. ini sudah tentu kerja tuan Zahid Dol dari Ohballon.

img_8539

 

 

img_8540

 

Pada masa itu..

Emcee yang ditugaskan untuk mengacarakan majlis Hi-Tea Gathering ikx adalah sifu Aman safuan dan Cik Jay. Satu gandingan yang mantap dari mereka berdua. celoteh-celoteh mereka berdua amat menghiburkan.. sekali-sekala ada juga usikan-usikan nakal mereka kedengaran.. membuatkan para tetamu ketawa.. tak kering gusilah jawabnya.

img_8479

 

Acara majlis.

Berbagai-bagai acara yang diadakan untuk menghiburkan para tetamu.. antaranya cabutan nombor bertuah, fesyen show, pertunjukkan nyanyian dari sifu Razzi Rahman. (Suara sifu Razzi masih lagi power) dan acara kemuncak bagi kak sal ketika itu ialah nyanyian yang hebat dari sifu Irfan Khairi. Siap ada back up singer lagi. Memang suka sangat dengan persembahan yang diadakan. Tak sempat rasanya nak bosan..

 

img_8510

 

Selain itu..

Salah satu acara yang juga ditunggu-tunggu oleh semua ahli IKX ialah upacara penyampaian sijil kepada bekas student IK. Seronok rasanya mendapat sijil penghargaan dari sifu ik..

 

img_8502

 

img_8505

 

 

Pada majlis IKX Gathering ini,

Ramai juga penaja-penaja yang telah menjayakan majlis yang gemilang ini. Tahniah semua.. antaranya adalah

Yummylicious, Oh Ballon, Garam Assyifa Aura Rezeki, Her Beaute, Moon Scarves, Amni De Calcas, MFA Boutique, Salpearl, nuzira delight, Amazing Kangen Water, Zawjada Event Photographer. Terima kasih kepada semua penaja.

 

img_8534

Antara door gift yang diberikan oleh para penaja

 

Waktu berpisah..

Memang waktu yang menyedihkan.. semoga selepas ini ada lagi pertemuan-pertemuan susulan di antara ahli IKX dan juga ahli IKSB. sekurang-kurangnya setahun sekali. Semoga dengan majlis-majlis perjumpaan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama IKX. jumpa lagi di lain kali.

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jadilah yang terbaik.

Jadilah yang terbaik

Jadilah yang terbaik

Manusia seringkali tidak berpuas hati..

dengan  segala kekurangan yang ada..

yang pasti..

segala apa yang kau inginkan..

belum tentu akan kau perolehi..

rama-rama pun harus jadi ulat dahulu..

sebelum menjadi rama-rama yang sangat indah..

marilah kita sama-sama berusaha

untuk menjadi lebih baik..

dari hari-hari yang sudah..

” Jika kamu memilih.. pilihlah yang terbaik

jika kamu dipilih.. jadilah yang terbaik”.

 

IMG_3135

Jadilah yang terbaik

 

Jadilah yang terbaik..

Ungkapan yang seringkali diucapkan.. jadilah yang terbaik.. bukan mudah sebenarnya untuk merealisasikan ungkapan tersebut.. tapi tak mustahil bukan untuk kita capai jika kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

 

Tajuk jadilah yang terbaik ini amat luas maknanya.. seluas angkasa raya.. seluas lautan yang tak bertepi.. dan tak mungkin kak sal huraikan satu persatu.. jadi kak sal cuma ambil satu tajuk yang kecil sahaja.. yang seringkali menyentuh kehidupan kita seharian..

 

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

 

Ingin mendapatkan yang terbaik kena  jadi yang terbaik.

  1. Tentukan apa matlamat anda dan kejarlah impian anda.

Anda pasti ada cita-cita mahupun impian yang ingin anda capai pada masa hadapan. Jadi tetapkan matlamat anda sedari awal dan cuba buat yang terbaik untuk mengejar impian anda.

Misalnya jika anda seorang yang sangat mencintai bidang hiasan dalaman.. cuba cari ilmu dalam bidang tersebut.. buat bersungguh-sungguh sehingga anda menjadi pereka hiasan dalam yang professional.
           2.     Perlukan passion yang tinggi.

Melakukan sesuatu yang kita minati akan memberikan suatu perasaan.. iaitu perasaan passion yang tinggi terhadap apa yang kita lakukan.. ianya akan membuatkan hidup kita lebih seronok untuk dilalui…

masa yang kita peruntukkan untuk apa yang kita lakukan kadang-kadang berlalu tanpa kita sedari. ini juga secara tidak langsung akan membantu kita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita inginkan itu.
         3.     Perlukan kesabaran yang tinggi.

Ini bermaksud.. kadang-kadang kita telah melakukan yang terbaik tapi masih juga belum mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Jangan berputus asa.. pada masa lalu mungkin kita telah gagal.. tetapi pada masa hadapan belum tentu lagi.. jadi bersabarlah. cuba jadikan masa hadapan anda lebih baik dengan cara memperbaiki kehidupan anda pada masa kini.
        4.    Berdoalah bersungguh-sungguh.

Siapalah kita sebenarnya.. hanya hamba Allah yang lemah.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan kita kejayaan yang indah bila tiba masa yang paling sesuai untuk kita.

 Hanya Allah sahaja yang tahu adakah kita telah bersedia ataupun tidak. Setelah kita cuba untuk jadikan diri kita yang terbaik berdoalah bersungguh-sungguh.. mintalah yang terbaik untuk diri anda.
         5.   Bersikap terbuka.

Kadang-kadang kita sukar untuk menerima teguran.. kita seringkali merasakan diri kita di pihak yang benar.. padahal nyata-nyata kita yang salah. Bagaimana kita hendak jadi yang terbaik jika kita sukar ditegur apabila melakukan kesilapan.

Mulai dari sekarang cubalah bersikap terbuka.. untuk menerima kesalahan diri. Cuba jangan mudah emosi kerana jika anda terlalu mengikut perasaan anda.. ianya akan membuat wibawa anda menurun.

jadi kesimpulannya.. jika ingin mendapatkan yang terbaik..berusahalah terlebih dahulu untuk jadi yang terbaik… kerana pada saat-saat anda menyiapkan diri untuk menjadi yang lebih baik..pada masa yang sama Allah menyiapkan sesuatu yang terbaik untuk anda.. In shaa Allah.

Semoga Semua sahabat-sahabat ku yang terbaik ini akan diberikan sesuatu yang terbaik dari Allah.. Aamiin.. In Shaa Allah.

 

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Ruang kerja yang selesa.

Ruang kerja yang selesa.binderlayingopen_550x634Ruang kerja.

Membuat ruang kerja yang selesa sangat diperlukan jika ingin menjalankan kerja-kerja   merungkai aksesori yang diinginkan. Tidak kira anda ingin menjalankan perniagaan tersebut di rumah mahupun di kedai.

Anda  hanya memerlukan sedikit ruang kosong di salah satu ruangan di rumah mahupun di kedai anda. Misalnya jika di rumah, ruang yang boleh digunakan sebagai ruang kerja seperti ruang keluarga, ruang kosong di tepi tingkap, ruang kosong di bawah tangga dan banyak lagi.

 

IMG_20150308_142318

Kerja-kerja merungkai aksesori seperti rantai, gelang dan lain-lain lagi akan membuat kita berhadapan dengan ribuan benda-benda kecil seperti manik, mutiara,kristal logam-logam perhiasan yang mana amat mudah bertaburan, tumpah dan kadang-kadang amat sukar ditemui apabila kita memerlukannya.

Jadi..

Jika ingin mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.. tidak salah sekiranya kita menyediakan ruang kerja yang selesa bagi memudahkan kita melakukan kerja-kerja kita.

 

IMG_0450

 

Jika perlu..

simpanlah aksesori-aksesori, logam-logam kecil, manik-manik, Kristal-Kristal, mutiara dan pelbagai jenis manik batu di tempat penyimpanan yang berasingan.

Penyimpanan yang lebih teratur ini akan  lebih memudahkan anda untuk menemukan apa sahaja bahan-bahan yang anda ingin gunakan.

 

IMG_0252

Jika perlu..

anda boleh letakkan label  pada bekas penyimpanan agar mudah bagi anda untuk menemukan kelengkapan yang diperlukan. ini pasti akan menjimatkan masa anda.

Labelkan mengikut kategori, saiz, mahupun jenis-jenis aksesori yang disimpan. Pada permulaan melakukannya memang agak leceh. akan tetapi lama-kelamaan anda pasti akan biasa dan ianya pasti akan memudahkan dan mempercepatkan lagi
 kerja-kerja anda.

 

IMG_0077

Jika..

Terlalu banyak tempat aksesori yang terpaksa digunakan, anda boleh sahaja menggabungkan beberapa benda yang mempunyai warna yang berbeza dan saiz yang tidak sama.

Namun sebaiknya gunakanlah bekas yang lut sinar agar mudah dilihat. Biasanya bekas plastik lut sinar ini ada dalam pelbagai bentuk dan ukuran.

 

 

 

kedai salpearl (3)

Tempat penggantungan juga diperlukan untuk menggantungkan hasil-hasil  kerja yang telah siap agar nampak lebih teratur malah memudahkan kita mencari stok yang tinggal jika ada pelanggan berminat membeli aksesori tersebut.

Tempat penggantungan ini juga biasanya digunakan untuk menggantung pelbagai aneka stok manik-manik, mutiara dan pelbagai batuan lain .

 

20150318105403

Patung leher pula adakalanya diperlukan untuk menilai rantai yang telah siap dirangkai.. jika rasa tidak menepati apa yang diinginkan .. rantai akan dirangkai semula.

Setelah berpuas hati, patung leher ini akan digunakan pula untuk mempamerkan rantai yang telah siap. Patung leher paras dada ini tersedia dalam 4 warna iaitu warna putih, kelabu, hitam dan krim.

 

12439241_930273810384477_6132631380825772428_n

Work board atau papan manik akan memudahkan anda menyusun manik dan logam sebelum ianya dirangkai menjadi rantai mahupun gelang.

Saluran-saluran berbentuk melengkung membantu anda dalam menyusun kombinasi rangkaian kerana ianya dilengkapi dengan ukuran rantai atau gelang yan ingin dibuat. Petak-petak kecil pula adalah untuk meletakkan manik dan aksesori yang akan dirangkai.

Ruang kerja yang selesa

Biarlah terang dan mempunyai cahaya yang mencukupi. dengan cahaya yang terang, anda akan merasa selesa dan bebas ketika melakukan kerja-kerja anda kerana anda akan berhadapan dengan manik-manik yang kecil dan halus.

Jika kurang pencahayaan anda mungkin tidak merasa selesa, mata akan terasa sakit dan akan melambatkan kerja-kerja yang ingin anda lakukan. penggunaan pencahayaan lampu neon yang berwarna putih adalah lebih baik. daripada lampu yang kerwarna kuning.

Permukaan meja haruslah sentiasa  kemas dan berwarna terang. Ini pula secara tidak langsung dapat membantu anda untuk memilih kombinasi warna manik/beads yang sesuai dan menarik.

Diharap artikel kak sal pada kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin menyediakan ruang kerja yang selesa untuk mempersiapkan diri membuat kerja-kerja tangan yang anda minati.
Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jom baca e-book kak sal

 

Jom baca e-book kak sal

 

12039405_1075232745827762_4520144148277207272_n

Jom baca e-book kak sal

 

Alhamdulillah..

akhirnya siap juga.. Jom baca e-book kak sal ini. Selama lebih kurang 3 bulan bertungkus-lumus menyiapkannya. Memang penat.. di siang hari membuat tempahan dan bermacam-macam lagi yang perlu dilakukan. Hanya pada malam hari sahaja baru dapat menumpukan perhatian kepada proses pembikinan e-book ini.

 

12002213_665767653559736_8797216960053021730_n

 

Kenapa pada malam hari?.. ini kerana pada malam hari.. barulah ‘line internet laju sedikit..’ pada siang hari.. line sangat slow.. nak download gambar pun tak dapat.

 

Memang kak sal bertungkus lumus menyiapkannya .. agar nanti ilmunya boleh dikongsi dengan semua orang.

 

Seperti mana yang anda semua sedia maklum, membuat aksesori ini sememangnya tugas rutin kak sal setiap hari sejak 7 tahun yang lalu.

 

Di mana kak sal bermula dari zero knowledge tentang mereka, merungkai dan membuat aksesori hinggalah sekarang kak sal masih lagi belajar ilmu yang baru setiap hari.

 

IMG_0464

Jom baca e-book kak sal

 

Pada 7 tahun yang lepas, kak sal telah mula mencari buku-buku yang ditulis dalam bahasa melayu.. tujuannya semata-mata ingin belajar dan seterusnya mengajarkannya kepada komuniti kejiranan di tempat kak sal tinggal dahulu.

 

Malangnya, kak sal hanya terjumpa buku dalam bahasa cina  sahaja. kak sal beli juga beberapa buah buku untuk menjadi bahan rujukkan. Dari situ kak sal memang menyimpan hasrat ingin menulis buku tentang langkah-langkah yang mudah untuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang membuat aksesori ini.

Akhirnya..

cita-cita kak sal tercapai juga, apabila belajar di Irfan Khairi Sdn. Bhd. Di IKSB kak sal dapat belajar dengan sifu Razzi Rahman cara-cara membuat e-book. Walaupun  kak sal ini bukannya penulis professional, namun kak sal berusaha juga menulis ebook ini agar ilmu yang ada  ini, sedikit sebanyak dapat  disampaikan dan dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin belajar tentang cara-cara membuat aksesori ini..

 

IMG_0468

Seperti yang anda semua ketahui..

membaca adalah kunci ilmu pengetahuan… dan ilmu itulah yang akan menggerakkan kita untuk lebih maju ke hadapan. Tegasnya dengan bertitik tolak dengan membacalah .. seseorang akan di bawa melalui proses mengenal, belajar, mengamalkan dan juga mengajarkannya.

 

MENGAPA SUBANG?

Ramai yang mempersoalkan kenapa harus belajar membuat subang pula? ..

Jawapannya..

Kerana kak sal mula-mula sekali belajar membuat aksesori wanita ini dengan membuat subang. Ianya mudah bagi sesiapa yang tidak mempunyai asas langsung. Anda tidak akan tertekan kerana pasti boleh buat…Ianya cepat untuk disiapkan.. anda pasti gembira bila projek yang anda buat cepat sahaja siap.

 

Yang paling penting anda kena mesra dengan tools yang anda gunakan.. dengan membuat subang.. anda akan mempelajari semua langkah-langkah yang penting tanpa rasa tertekan.

 

IMG_0450

pelbagai jenis aksesori

Apabila anda telah boleh membuat subang itu satu-persatu.. bolehlah naik ke level yang seterusnya (macam main games pula). Percayalah.. ingin belajar .. memerlukan masa, kena langkah demi langkah… agar ilmu yang kita belajar itu menjadi mesra dengan diri kita.. menambahkan lagi minat kita.. seterusnya akan membuatkan kita lebih mahir lagi tentang ilmu yang kita pelajari.

 

Perlukah memiliki buku ini?

Memang perlu jika anda berminat untuk belajar.. kerana ilmu itu bagaikan mutiara.. ilmu itu perlu didatangi dan bukan mendatangi. Lihatlah mutiara laut dalam yang mahal harganya.. mutiara jenis ini bukannya terdampar di tepi pantai.

 

Jika anda menginginkannya juga.. anda kena berusaha terjun ke dalam laut.. mencari cengkerang tiram yang bermutu seterusnya membukanya satu persatu sehingga bertemu mutiara yang diidamkan.

 

Mahalnya harga sebiji mutiara laut dalam .. boleh mengubah nasib seorang nelayan yang miskin.. yang tidak dipedulikan oleh sesiapa sebelumnya… dan jadi kaya dan terhormat gara-gara bertemu dengan mutiara yang bernilai.

 

IMG_0484

pelbagai jenis mutiara

Begitulah perumpamaan ilmu..

ilmu perlu dicari.. agar ilmu itu lebih dihargai.. ilmu itu ada nilainya tersendiri.. agar yang ingin mendapatkannya berusaha lebih kuat dan apabila mendapatkannya.. mereka akan berusaha 2 kali ganda lebih kuat untuk mengamalkannya.

 

 

 

Semoga ebook ini berguna kepada sesiapa yang memilikinya..

 

ILMU BAK MUTIARA.. ILMU PERLU DIDATANGI

 

DAN BUKAN MENDATANGI.

 

Sila lawati www.salpearl.com/ebook

 

untuk maklumat yang lebih lanjut

Share the knowledge... Thanks for Sharing

stray cats..

Stray cats..

 

Adakah anda seorang pencinta kucing?

 

jika ya.. bolehlah terus membaca coretan ku pada kali ini.. jika tidak . pun boleh baca, manalah tahu terbuka pintu hati untuk membela.. walaupun seekor kucing.(Semua ini tidak mustahil berlaku).

 

Untuk pengetahuan semua.. dahulu saya bukannya berani sangat dengan kucing ni. Memang geli dengan binatang yang berbulu.. masih ingat lagi.. apabila pergi makan kat restoran mahupun gerai.. jika ada kucing yang saja-saja lalu di depan mata.. memang secara tidak disedari.. pasti panjat atas kerusi. Padahal kucing tu hanya buat jelingan manja sahaja..huhuhu

11902442_865434486868410_8242077811860640443_n

 

Pertama kali memelihara kucing.. apabila kami sekeluarga pindah ke negeri Johor kerana mengikuti suami yang bertugas di sana. Dipendekkan cerita ada seekor stray cats.. yang datang menumpang di hadapan rumah dan beranak 5 ekor anak kucing yang comel.

 

Anak-anak sangat excited waktu itu..pujuklah ayah dia belikan cage.. tak nak menghampakan permintaan anak-anak.. husband pergilah ke kedai dan belikan cage dan makanan kucing.. cage warna pink lagi..
sejak hari itu..

perasaan takut kepada kucing semakin lama semakin hilang.. timbul pula perasaan sayang terhadap kucing. Hinggalah ke hari ini.. setiap pagi saya akan meletakkan makanan kucing di belakang rumah khusus untuk Stray cat.. yang selalu lepak di belakang rumah.

 

Di hadapan rumah pun ada stray cats yang lain.. pun letakkan makanan juga. Apabila melihat mana-mana kucing yang datang ke rumah sakit seperti luka dan sebagainya.. saya akan letakkan ubat di tempat yang luka.. perkara normal kucing ni luka-luka kerana selalu sahaja bergaduh.

11863510_865434536868405_1743851560055624308_n

 

Akan tetapi.. bagi yang luka teruk.. sememangnya kena masuk wad lah jawabnya.. misalnya abang kawasan yang selalu sahaja bergaduh.. akibatnya asyik keluar masuk wad sahaja ..hihihihi..

 

Menjaga dan merawati kucing ini sememangnya memerlukan komitmen yang kuat, kesabaran yang tinggi dan kos juga semakin meningkat daripada segi makanan, perubatan dan pasir.

 

Tapi semua itu..

Pasti ada rezeki untuk kucing-kucing itu. Sehingga sekarang ada 17 ekor kucing yang masih di dalam jagaan kami. Ini tidak termasuk kucing-kucing yang berada di kawasan luar rumah. Ada juga beberapa ekor kucing yang telah di adopt oleh insan pencinta kucing yang lain (terima kasih).

 

Tak tahu macam mana nak ceritakan di sini.. perasaan sayang pada kucing-kucing ini semakin hari semakin kuat.. sangat sedih apabila melihat adalah insan-insan yang tak berperikemanusiaan .. yang akan membuli kucing-kucing ini..

11889514_865434500201742_6507447719824796946_n

 

sebenarnya..

jika tidak sukakan kucing jangan ganggu kehidupan mereka .. biarkan kucing-kucing itu hidup dengan dunia mereka.. kucing-kucing ini pun bukannya nak ganggu kehidupan manusia…

 

Harapan ku..
kalaulah boleh.. setiap keluarga membela sekurang-kurangnya satu ekor kucing.. mungkin kuranglah sedikit stray cats yang berkeliaran di luar sana.. mencari sisa-sisa makanan untuk meneruskan hidup mereka.

 

ya…

itu cumalah harapan.. sebagai insan.. cubalah kita sebarkan bahagia ..walaupun bukan dengan sesama manusia.. Tapi kucing pun makhluk Allah juga..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Nota hati seorang murid buat sifu Irfan Khairi

Nota hati seorang murid buat sifu Irfan Khairi

19807_864169900291758_6010372047825174096_n

Nota hati seorang murid buat sifu Irfan Khairi

Nota hati seorang murid buat sifu Irfan Khairi .. Masih aku teringat ketika melangkahkan kaki buat pertama kalinya di IKSB .. kecut juga perut ini.. yalah inilah kali pertama keluar dari kepompong yang biasa menyelubungi diri ini.. dah lebih 20 tahun duduk di rumah dan bekerja sendiri.

 

Pada mulanya bukan mudah mengambil keputusan untuk belajar dan menuntut ilmu semula . Apalagi berkaitan penggunaan computer yang sememangnya zero knowledge buat ku.

Pada hari pertama memang sengaja aku mencari tempat duduk paling belakang sekali kerana jika duduk di bahagian hadapan.. nanti ketara sangat gelagat aku yang terkial-kial mengendalikan laptop yang sememangnya aku tidak tahu menggunakannya.

 

11425505_10153430203703466_5064248967453188842_o

Kelakar juga pada kelas pertama.. duduk belakang dengan orang-orang yang sebaya..kak jan, kak baeryah dan aisyah dah lah kurang penglihatan (rabun) kurang pula pendengaran… hihihi . itulah cabaran bagi orang seperti kami menuntut ilmu.

 

Apabila Sifu Ik mula menerangkan kepada kami tentang perniagaan online yang sememangnya baru bagi aku.. terasa diri ini.. terlalu kerdil. Mampukah aku melakukannya! terlalu banyak yang perlu dipelajari dan terlalu baru bagi diri ini.

 

Tapi teringat kata-kata seorang rakan.. ” Apabila kita sudah bersedia untuk belajar, maka akan muncul guru-guru yang mahu mengajar kita.”Memang benar.. menuntut ilmu adalah sukar..tapi lagi sukar kalau kita tidak berilmu..

10453032_973849455980992_9122014565925377119_o

 

Kata-kata Sifu ik membuat diri sedar ..tiada had umur untuk belajar.. kerana aliran ilmu umpama aliran air...ianya akan sentiasa mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah.. semakin banyak air mengalir semakin banyak juga air bertakung..menjadikannya tasik dan sungai.

 

Begitu juga dengan ilmu.. semakin banyak kita menuntut ilmu.. semakin banyak ilmu yang akan kita miiki dan warisi. Tapi dengan syarat.. ilmu perlu ditakung dengan hati yang merendah diri. “Merendah diri” .. Ya.. begitulah adab menuntut ilmu, jika merendah diri, kita boleh belajar dengan semua orang..tempat dan keadaan.

 

1480778_903368049705276_9171423350230131811_n

Pada mulanya memang sukar.. membuat research, membuat sales letter, blog, shopping cart.. kadang-kadang memang hampir berputus asa. pernah sekali.. sales letter terhilang.. padahal dah siap.. kena buat semula. begitu juga dengan blog yang dah tulis panjang lebar.. pun lupa nak save.. hilang juga dan kena tulis balik.

 

10526084_903367909705290_4734868161469849102_n

Memang penat.. tapi terselit keseronokkan.. apabila kita melakukannya ada yang betul dan kadang-kadang salah.. itulah pengalaman hidup yang mahal harganya. Sesetengah ilmu perlu dirasai baru boleh difahami..dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan ini

 

Masa berlalu begitu cepat.. sedar tak sedar kini kita tiba juga di penghujung pencarian kita.. setelah mencari dan meneroka dunia baru.. bersama teman-teman baru yang sentiasa positif, sifu IK yang sentiasa agresif dan para trainer yang begitu kreatif..

 

11120558_10152837158389856_788525061170995550_n

 

 

 

 

 

Buat Sifu Irfan Khairi dan para Trainers ..Mungkin bagi kalian.. merasakan bahawa gelangang kalian hanyalah sekangkang kera dalam menabur ilmu.. namun bagi kami..peranan kalian umpama seluas maya..

 

Buat rakan-rakan.. marilah kita teruskan perjuangan.. jangan berputus asa di tengah jalan.. Jangan mengeluh, apabila kita tidak Berjaya seperti orang lain. Jika kita terus mengeluh.. kita tidak akan dapat pergi ke mana-mana. Kaki akan melekat di anak tangga yang pertama..

 

Terimalah dengan pasrah.. tapi jangan mengalah..bersabar… tapi akal tetap berputar.. mencari jalan keluar..

 

GOOD LUCK..Batch ProEdu20

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Just For You Teacher

hari guru

Just For You Teacher

Just For You Teacher
Tiada perkataan yang paling sesuai yang dapat aku catatkan di sini.. untuk menyatakan penghargaan .. buat semua guru-guru yang memberikan sepenuh komitmen mereka mendidik dan mengasuh semua anak bangsa.

 

 

Terima kasih cikgu..

kerana mengajar kami dari mula..ABC..123..Alif Ba Ta..sehingga kami boleh bertatih mengenal huruf dan merangkak-rangkak menyebut nombor sehinggalah kami boleh membaca ..

 

Terima kasih cikgu..
kerana ketabahanmu mendidik kami.. dengan perkara-perkara positif… sehingga boleh mencorakkan pemikiran dan perbuatan kami untuk menjadi insan yang berguna.

 

Terima kasih Cikgu..

kerana memberikan kami kekuatan di kala kami terasa lemah.. memberikan kami dorongan di kala kami berputus asa… memberikan kami keyakinan di kala kami berasa rendah diri.

 

Terima kasih cikgu..

di atas segala-galanya…  Anda semua umpama mutiara  yang menyinari hidup kami..

You All Are The Best Teacher Ever..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

belajar dari university kehidupan

 

gambar SalPearl

 

Hidup ini penuh dengan pelbagai peristiwa yang pernah kita alami. Ada suka.. ada yang duka.. ada manis..ada yang pahit.. ada gembira.. ada yang sedih.. Realitinya itulah guru yang mengajar kita erti kehidupan terselit banyak pelajaran…

Pernah suatu ketika dulu, ada seseorang menghantar pesanan ringkas.. ingin belajar, ingin menuntut ilmu..

cara-cara membuat aksesori berasaskan mutiara..katanya berminat sangat. Saya terima dia seadanya, niat nak bantu agar boleh majukan bangsa sendiri. Dia belajar sekerat jalan.. rupanya ada niat tersembunyi. Dia pergi.. membawa barang salpearl sekali.. membina jenamanya sendiri.. mengatakan semua produk yang dibawa pergi ..adalah dari hasil usahanya sendiri..

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

Pernah juga.. ada seseorang.. membeli barang.. secara borong.. kata untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan..akhirnya dapat tahu.. produk salpearl sekali lagi ditukar nama.. siap keluar dalam surat khabar mingguan.. siap keluar kenyataan.. semua produk buatan sendiri.. memang minat dari kecil.

ini hanya secebis dari kehidupan.. sepak terajang dunia perniagaan tak semuanya manis.. tapi tak semuanya pahit. Sebenarnya banyak pelajaran yang Allah hendak kita fahami. Dia berikan kita kesedihan hari ini.. untuk menganugerahkan kita kegembiraan yang lebih besar..pada esok hari.

sahabat ku.. ingatkan diri kita selalu bahawa kejayaan yang diraih selepas menerima kesusahan itu lebih membahagiakan, malah mengajar kita untuk lebih bersyukur.

Mutiara Sabah

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

” Saya tak sukalah mutiara saya

Saya tak sukalah mutiara saya

 

Pernah ada costumer datang kat kedai meninjau-ninjau aksesori dan perhiasan yang saya buat yang berasaskan Mutiara dari negeri Sabah. Seperti biasa setiap pelanggan pasti mempunyai attitudenya sendiri. Sekali imbas dan tengok gaya memang seperti orang berada.

accessories handphone (1)

Setelah puas bertanya itu dan ini..

 

Dia pun berkata ” tak apalah cik, esok saya hendak pergi ke sabah. saya akan membeli mutiara di sana yang pasti lagi murah harganya dan mempunyai banyak pilihan.

Sebagai seorang peniaga.. penolakkan daripada seorang pelanggan adalah satu perkara rutin yang kita akan sentiasa hadapi.

 

kita tidak boleh memaksa pelanggan yang datang untuk membeli barang kita.. semua itu adalah hak mutlak mereka. Kita hanya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terpulang kepada pelanggan kita untuk meneruskan urus niaga dengan kita ataupun tidak.

 selang beberapa minggu, kedai kami dikunjungi oleh orang yang sama, membawa satu kotak perhiasan berwarna merah yang dipenuhi dengan Mutiara. Dia berkata ” saya tak suka pearl saya!”. Terkejut dengan kata-katanya itu, saya membuka kotak tersebut dan mengeluarkan 2 utas rantai mutiara jenis potato pearl.

 

Daripada pandangan kasar saya, memang tidak terdapat sebarang kecacatan pada pearl tersebut. Mutiara tersebut cantik, bentuknya unik dan memang bersinar dan yang paling penting.. ianya adalah mutiara asli.

” Saya tak suka pearl saya!”
Ulangnya berulang kali.” Tengok saja dari segi design dia ..sangat simple, saya tak tahu nak gunakan waktu bila dan kenapa harus saya menggunakannya. Boleh tak awak transform rantai saya menjadi lebih cantik”.
cropped-IMG_0072.jpg

Rantai mutiara jenis collar

 

“Baiklah.. jika itu yang puan mahukan, saya hanya minta diberikan tempoh selama 3 hari untuk mencari idea dan seterusnya merealisasikan impian puan”.

 

Selang 3 hari selepas perjumpaan itu, puan itu  datang untuk melihat sendiri hasilnya.. pada kali ini saya dapat melihat senyuman terukir di bibirnya senyuman seoarang pelanggan yang aku rasakan sangat berpuas hati dengan hasil kerja ku.. sambil berkata ” I love it”.

 

Daripada 2 utas rantai mutiara jenis potato menjadi seutas rantai pearl yang dilengkapi dengan aksesori  serta dipadankan dengan gelang mutiara 2 layer.

Tq Sal..

 

Pengalaman ini memang mencabar diri dan minda..  kerana bukan mudah untuk mengubah persepsi pelanggan..daripada benci kepada suka. Ini hanyalah secebis kenangan daripada pelbagai pengalaman bersama pelanggan yang saya
sangat hargai…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing