Happy Anniversary sayang ku

 Happy Anniversary sayang ku..

Ku mulakan coretan ini dengan ucapan Happy Anniversary sayang ku kita yang ke 22 tahun. Rasa sekejap sangat masa berlalu.. seolah-olah baru semalam kau melafazkan akad nikah mu itu.

13707518_1042173245861199_6863677964877049165_n

happy anniversary

 

Terima kasih ya Allah ..

kerana Kau telah menganugerahkan aku rasa yang termahal di celah-celah seribu ujian yang melanda kami. Mudah-mudahan cebisan kasih-sayang dan cinta yang murni dari serpihan cinta Mu ini akan terus hidup dan subur.. malah mampu menyemarakkan cinta kami ini..

 

Terima kasih sayang..

kerana dengan kehadiran mu di sisi dapat melengkapkan kehidupan ku.. kehidupan kita juga… kita sama-sama bergandingan tangan.. memperbaharui langkah kita.. menguatkan jiwa kita untuk memburu cinta-Nya. Dan dengan itu kita akan saling menyinta dengan cinta yang suci..
12342389_917504501661408_3337726557686141079_n

happy anniversary

 

sayang ku..

terima kasih kerana selalu mengajak ku berjalan di sisimu dalam mengharungi kehidupan kita seharian.. walaupun kita belum tahu bagaimana pula liku-liku yang bakal kita tempuh.. cuma pesanan mu yang sentiasa aku ingat.. “maniskanlah malam mu dengan solat dan munajat.. sibukkanlah siangmu dengan tanggungjawab dan memberi kebaikkan”.

sayangku..

Doaku agar ikatan ini akan berkekalan hingga ke Jannah. Jadi.. sama-samalah kita berusaha ke arah itu.. di daerah ini.. kita kena kuat .. apabila kita lalai sahaja dari mengingati Allah.. pelbagai perasaan mulai datang. Prasangka, curiga, bimbang akan bertandang. Perasaan ini mesti dilontar jauh-jauh. Jangan dilayan rasa dan sangka  yang bukan-bukan…
Abang dan Mah

happy anniversary

 

Imamku..

sekali lagi ku ucapkan selamat menyambut ulang tahun perkhawinan kita.. jagalah cinta ini kerana cinta bukan hanya kata-kata penuh bermadah.. tetapi cinta adalah amanah dari Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurniaan daripada Allah Yang Maha Indah.

” aku cinta kepada mu kerana Allah”.

Sayangku..

Kala cinta mu bertandang
Hidupku terasa lapang
Suasana malam yang hening
Terasa sungguh bening…

 

Kala cinta mu bersemi
Mewarnai hidup ku ini
Duniaku semakin berseri
Dengan cinta yang kau beri
Sungguh-sungguh ku hargai

 

Kala cinta ini semakin subur
Hari-hari yang ku lalui penuh syukur
Harta benda bukannya pengukur
Bagi menilai cinta yang kau tabur

 

Kala cinta ini memancarkan seri
Janganlah ianya kau bawa pergi
Kerana aku tak sanggup menyendiri
Melalui hari-hari sepi..
 Izmah.
Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jadilah tukang kebun cinta

Jadilah tukang kebun cinta

 

Kala cinta mu bertandang

Hidupku terasa lapang

Suasana malam yang hening

Terasa sungguh bening…

 

Kala cinta mu bersemi

Mewarnai hidup ku ini

Duniaku semakin berseri

Dengan kasih yang kau beri

Sungguh-sungguh ku hargai

 

Kala cinta ini semakin subur

Hari-hari yang ku lalui penuh syukur

Harta benda bukannya pengukur

Bagi menilai cinta yang kau tabur

Sungguh-sungguh ku bersyukur

 

Kala cinta ini memancarkan seri

Janganlah ianya kau bawa pergi

Kerana aku tak sanggup menyendiri

Melalui hari-hari sepi

 izmah.

Berbicara tentang rindu dan cinta..

manusia tidak dapat lari darinya. Ya.. rindu dan cinta terletak di dalam hati.. tapi mestilah rindu dan cinta yang ‘BAIK’. Cintakan ALLAH dan cinta seseorang kerana Allah SWT hakikatnya tidak terpisahkan.

Namun ramai yang hanya tahu mengungkapkan “Aku menyintaimu kerana Allah”. Hakikatnya hanya pada ungkapan.. tetapi tidak pada tindakan dan juga perlakuan.
330823_10151293994581855_1685978766_o

Jadilah tukang kebun cinta

 

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang tukang kebun cinta yang rajin dan setia? jika tidak.. apakata mulakannya hari ini.. Jadilah tukang kebun cinta..

Cuba umpamakan rumah tangga kita seperti kebun yang harus dijaga, disirami dan dibaja. Tapi harus di ingat.. amat mudah untuk memiliki sebuah kebun berbanding menjaga kebun itu agar sentiasa subur.. dan tidak dirosakkan oleh haiwan perosak.

 

Langkah yang utama..

Untuk menjadi tukang kebun cinta  adalah menjaga kesuburan kebun cinta kita dengan berusaha membahagiakan pasangan kita kerana jika pasangan kita merasa bahagia.. kebahagiaan itu pasti akan terpalit kepada kita juga.

 Berbagai cara yang boleh kita lakukan.. jangan ketandusan idea.. percayalah jika hati kita mula melakukan sesuatu yang kreatif.. akan timbul pelbagai inovasi dengan sendirinya..
Abang dan Mah

Jadilah tukang kebun cinta

 

Selain itu..

jika ingin menjadi tukang kebun cinta yang Berjaya.. berusahalah untuk menjaga perasaan kita sendiri terlebih dahulu… cerialah. Insya-Allah keceriaan itu akan lebih memudahkan lagi kita menjaga perasaan pasangan kita. Hindarilah rasa benci, marah.. dan lain-lain perasaan negatif yang lain.

Tetapi sebagai manusia biasa..

perasaan-perasaan seperti ini pasti akan bertandang juga.. bermujahadahlah.. jangan biarkan ianya bertandang terlalu lama.. ia umpama racun perosak yang bakal memusnahkan kebun cinta kita. Jadilah tukang kebun  cinta yang kreatif!!!

Dah ada idea bagaimana nak menjadi tukang kebun cinta yang Berjaya???.. apakata anda sirami kebun cinta anda dengan perasaan kasih sayang..

budayakan kehidupan seharian dengan memberikan senyuman.. ucapkanlah salam selalu.. dan sering mencium tangan pasangan kita  ketika bertemu dan berpisah. Anggaplah senyuman itu umpama air, salam itu umpama Baja dan mencium tangan pasangan kita umpama cahaya.. Jika ini sentiasa kita lakukan, ianya pasti akan menyuburkan kebun cinta kita. cubalah!!

12342389_917504501661408_3337726557686141079_n

Jadilah tukang kebun cinta

Banyak lagi cara-cara yang harus dipelajari untuk menjadi tukang kebun cinta yang baik.. nanti kita akan bincangkan di coretan yang lain.

Cuma..

 jangan mudah berputus asa jika ditimpa sebarang masalah.. kerana dalam berumah tangga pasti ada kesusahan tapi ada juga kesenangan… ada kepahitan tapi kemanisan juga banyak. Kita bersusah-susah pun .. kita dijanjikan pahala… Baiti Jannati.

Di mana lagi syurga di dunia kalau bukan di dalam rumah tangga kita sendiri.

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

kenali tools anda.

Kenali Tools Anda.

 

Tools Yang biasa digunakan.

Di dalam artikel kak sal pada kali ini adalah ingin mengajak para pembaca agar cuba kenali tools anda yang bakal anda gunakan ketika merungkai aksesori nanti.

 

IMG_5671

Round nose pliers

Round Nose pliers.

– Merupakan peralatan asas yang diperlukan untuk membuat loop(lingkaran kecil). Bahagian hujungnya berbentuk kerucut supaya boleh mengikuti lingkaran loop yang dikehendaki.

Semakin ke hujung muncung round nose pliers digunakan semakin kecil bentuk loop yang akan terhasil.

 

 

IMG_5672

Small Chain-nose Pliers

 

Small Chain-Nose Pliers.

– Juga dikenali sebagai Flat Nose pliers. Di bahagian dalam playar adalah rata / datar tanpa sebarang gerigi.

Ia berfungsi untuk meratakan dawai yang bengkok. Ia juga seringkali digunakan untuk membuka jump ring.

 

 

IMG_5673

Needle Nose Pliers.

 

Needle Nose Pliers.

– Selalunya didatangkan  dalam pelbagai bentuk saiz kerana untuk memudahkan pengguna menggunakan playar yang selesa dengan tangan mereka.

Playar yang memiliki hujung yang panjang dengan permukaan yang rata pada bahagian dalam. Ianya berfungsi untuk mencapai bahagian yang kecil dan sukar untuk dicapai.

 

 

IMG_5675

Wire Snips

 

Wire Snips.

– Ia berfungsi untuk memotong rantai ataupun dawai dengan mudah.

Pilihlah playar dari kualiti yang baik kerana playar yang tidak berkualiti mudah tumpul dan rosak. malah ianya akan turut menjejaskan kualiti rantai dan dawai yang telah dipotong.

 

 

IMG_5676

Memory Wire Cutters

 

Memory Wire Cutters.

– digunakan untuk memotong semua jenis wire terutama sekali wire dan rantai yang keras tanpa merosakkan wire atapun rantai tersebut.

 

 

IMG_5677

Crimping Pliers

 

Crimping Pliers.

– Berbentuk seperti playar flat nose, cuma perbezaannya ialah bahagian dalamnya terdapat gerigi.

Ia berfungsi untuk meratakan crimp bead. crimp bead yang diratakan dengan playar ini akan berbentuk gelombang dan ia mampu menghimpit tali nylon ataupun dawai dengan kuat.

 

 

IMG_5678

Bend-Nose Pliers

 

Bend-Nose Pliers.

– Berbentuk seperti playar flat nose, tetapi bahagian paruhnya membengkok.

Ia digunakan untuk mencapai bahagian yang agak tersembunyi (sukar dicapai).

Dengan mempelajari jenis-jenis tools..

yang digunakan untuk membuat aksesori, diharap dapat membantu anda untuk menyediakan set basic kit tools supaya lebih mudah anda membuat pelbagai jenis aksesori.

Walaupun anda seorang yang belum mahir dalam membuat aksesori, anda digalakkan mempunyai set tools ini.. sekurang-kurangnya Round-Nose Plies, Flat-Nose Pliers dan juga wire cutter.

Apabila anda merasakan anda ingin menjadi lebih serius untuk mempelajari cara-cara membuat aksesori ini.. adalah lebih baik anda melengkapkan koleksi tools anda dan sekaligus ‘upgrade’ your tools to those that are better quality.

Cuba kenali tools anda sebelum anda melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini..

Good luck.

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kenapa anda berniaga?

Kenapa anda berniaga .

Sekarang ini, ramai yang ingin memulakan perniagaan tanpa mengetahui asal tujuan mereka ingin memulakan perniagaan. Jadi apabila anda ingin memulakan perniagaan.. asas yang paling penting yang perlu anda jawab pada diri anda sendiri ialah “kenapa anda berniaga?”.

Fikir sebaik-baik mungkin!

12113510_891875554224303_2553217338505627850_o

Kenapa anda berniaga

 Mencipta sebuah perniagaan dari tiada ke lakaran-lakaran yang hebat .. seterusnya mengaplikasikannya ke sebuah perniagaan.. akan memerlukan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak.

Jadi..
sebelum anda melangkah lebih jauh lagi, anda kena faham dan bersedia untuk memulakan satu perjalanan yang sangat mencabar kerana dengan kefahaman yang jelas.. anda mungkin akan lebih kuat uuntuk menghadapi segala macam rintangan yang bakal anda hadapi.

Bagi kebanyakkan orang..

mereka ingin memulakan perniagaan agar mereka bebas dari sebarang kekangan. Bebas dari kerja-kerja seharian yang bukan minat mereka, bebas dari bebanan kewangan, bebas dari bebelan seorang boss dan menjadi boss sendiri dan macam-macam lagi.

Akan tetapi.. adakah keputusan yang anda ambil untuk memulakan perniagaan sendiri ini adalah satu langkah yang bijak jika menggunakan  sebab-sebab di atas?
kedai salpearl (2)

kenapa anda berniaga

Akan tetapi..

Jika keputusan telah diambil dan ia adalah keputusan yang muktamad.. Walau apapun alasan anda untuk memulakan perniagaan sendiri.. anda perlu kuat..anda perlu positif..

Anda tidak perlukan kelulusan yang tinggi. Anda tidak perlu mengisi sebarang borang untuk menjual produk anda sendiri. Hanya perlukan satu keputusan dan disertakan dengan sebuah tindakan.

Jadi..

Mulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Jangan menghabiskan wang yang ada dengan sesuatu produk yang belum tentu akan terjual.

Anda boleh mencuba dan membuat penambahbaikkan secara beransur-ansur dan pastikan produk anda telah mampu untuk berdaya saing dengan saingan anda sebelum melaburkan wang yang banyak.

Pada saya..

mula-mula berniaga dahulu.. saya hanya target RM 100.00 sehari. ini mungkin bukan satu angka yang menarik bagi anda, akan tetapi.. ini hanyalah satu target sahaja. Jika ingin lebih.. berusahalah dengan lebih gigih lagi.

Dengan   sedikit demi sedikit  penambahbaikkan dari mana-mana yang kurang berkesan saya pasti  anda akan berjaya meningkatkan pendapatan anda. Walaubagaimanapun.. jika ingin terjun ke dunia perniagaan.. anda perlu bersedia.
Anda perlu ada..

1. stamina untuk menamatkan apa yang anda ingin mulakan. Ramai usahawan yang tersungkur di pertengahan jalan sebelum berjaya mengaut keuntungan. (bukan ingin menakutkan.. tetapi itulah kenyataan).

2. Perlu berfikiran terbuka untuk mempelajari benda-benda baru setiap hari.

3. Jangan ego. “Arrogance is a business – killer”.

4. membina sebuah perniagaan adalah sebuah proses yang sentiasa dilakukan berulangkali. Sentiasa membuat keputusan untuk perniagaan yang dibina. Apabila anda telah membuat sesuatu keputusan.. anda kenalah bertanggungjawab dengan keputusan yang telah anda pilih.

Anda kena berusaha untuk menjadikan pilihan yang telah ambil Berjaya dilaksanakan tanpa menyalahkan ekonomi, politik, masyarakat mahupun sebarang cuaca yang melanda.

5. sentiasa memantau perkembangan perniagaan anda.. samada ianya berjalan lancar atau sebaliknya.

IMG_4044

kenapa anda berniaga

Memang benar..

50% perniagaan yang baru muncul akan tersungkur dalam tempoh keramat.. “within 3 years”, tetapi sebahagian pula akan berjaya.

Jadi pastikan anda berada di tempat yang betul!… pastikan anda memilih produk yang betul.. perkhidmatan yang hebat anda laksanakan marketing secara betul, anda pasti boleh melakukannya.

 

Good Luck

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kisah sang kancil

Kisah sang kancil

 

IMG_4504

Kisah sang kancil

Kisah sang kancil  ini..

hanyalah sebagai satu simbolik dalam kehidupan manusia ketika ini. Betapa ramai manusia yang akan kita temui bertopengkan kuasa dan kekuatan untuk menindas insan-insan yang lemah.

Kadang-kadang untuk survive dalam kehidupan ini.. ramai yang akan menjadi pak angguk bagi menjaga periuk nasi masing-masing walaupun menyedari bahawa apa yang mereka iyakan itu adalah salah. Jadi jom kita baca kisah sang kancil  ini.. untuk melihat diri kita berada di pihak yang mana..

 

Di dalam sebuah hutan tinggal seekor sang kancil yang sangat bijak dan baik hati. Dengan kebijaksanaan yang dimilikinya itulah yang membolehkan dia menyelamatkan dirinya daripada haiwan- haiwan pemangsa.

Dengan kebaikkan yang ada pada dirinya juga banyak menolong haiwan-haiwan yang lemah daripada dibuli oleh haiwan yang lebih besar.

kebijaksanaan Sang Kancil sentiasa menjadi buah mulut haiwan-haiwan di hutan itu. Di mana-mana sahaja haiwan-haiwan lain akan bercerita tentang  sang kancil. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan cemburu kepada raja rimba iaitu Sang Singa.

IMG_4490

kisah sang kancil

 

Singa merasa geram dan cemburu kerana haiwan-haiwan yang ada di situ lebih suka berjumpa dengan Sang Kancil apabila mereka menghadapi sebarang masalah.

Mereka jarang sekali bertemu singa,walaupun singa adalah raja di rimba itu. Peranan singa sebagai raja seolah-olah tidak wujud.

 

Pada suatu hari..

singa memanggil pembantu kanannya Sang Harimau untuk berbincang bagaimana caranya untuk menghalau ataupun lebih baik membunuh Sang Kancil. Sang Singa takut jika suatu hari nanti Sang Kancil akan merampas kedudukkannya.

 

 ” Wahai Sang Harimau, pembantu ku yang ku percayai. Beta ingin meminta pendapat mu .Bagaimanakah caranya beta dapat menyingkir Sang Kancil daripada kawasan hutan ini ataupun membunuh Sang Kancil sahaja”, tanya Sang Singa.

 

 ” Tuanku, untuk mengelakkan rasa kurang senang di kalangan rakyat tuanku, tuanku tidak boleh mengenakan hukuman begitu sahaja kepada Sang Kancil. Bukankah Sang Kancil selalu sahaja menolong haiwan lain menyelesaikan sesuatu masalah, jadi tuanku, hamba rasa baik jika tuanku tanyakan satu

IMG_4480

soalan kepada Sang Kancil, jika dia tidak dapat menjawab soalan tuanku, maka tuanku bolehlah menjatuhkan hukuman mati kepada Sang kancil”. Cadang Sang Harimau.

” Atas kesalahan apa pula hendak beta kaitkan?” . Tanya Sang Singa bersungguh-sungguh.

 

“Apabila Sang Kancil tidak dapat menjawab soalan itu, tuanku boleh menuduh Sang Kancil selalu menyarankan sesuatu yang salah kepada haiwan lain apabila mereka datang memerlukan bantuan. Ini mengakibatkan masalah menjadi semakin rumit ” . Jelas Sang Haimau panjang lebar.

 

       ” Bagus sungguh idea kamu itu Sang Harimau, kerana jika beta menjatuhkan hukuman tanpa sebarang alasan yang kukuh, haiwan lain akan mengatakan bahawa beta adalah seorang raja yang zalim “.

 

“Jika begitu wahai Sang Harimau pergilah kamu berjumpa dengan Sang Kancil dan katakan pada dia esok dia kena mengadap beta “. Arah raja rimba kepada pembantunya.

IMG_4486

 

Sang Harimau pun bergegas pergi menjalankan tugas yang diarahkan oleh Sang Singa. Harimau mencari Sang Kancil di merata-rata tempat.

Tugas yang diberikan oleh sang singa harus dilaksanakan secepat mungkin. Jika tidak, dialah yang akan menerima padahnya.

 

     Akhirnya Sang Harimau berjumpa Sang Kancil yang sedang berehat di bawah sepohon pokok yang rimbun. Sang Kancil sedang menikmati makanan kegemarannya iaitu rumput yang segar bugar yang banyak tumbuh di sekitar pokok besar itu.

 

       ” Sang Kancil, di sini rupanya kau berada. Sudah puas aku mencari kamu di merata – rata tempat. Aku ada membawa utusan dari raja rimba khas untuk kamu. Aku harap kau bersedia mendengarnya”. Kata Sang Harimau.

 

” Ada apa Sang Harimau? nampaknya macam penting sangat”. Tanya Sang Kancil.

  ” Sebenarnya, Sang Singa mengarahkan awak datang mengadapnya esok pagi. Jadi diharap awak akan datang mengadap raja rimba tanpa sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri atau awak akan dikenakan hukuman yang berat “. Arah Sang Harimau.

12038388_664168277053007_399866728285254800_n

 

Pada keesokkan harinya, awal-awal lagi Sang Kancil telah bangun dari tidurnya. Dia bersiap ala kadar sahaja. Di sepanjang jalan, Sang Kancil tertanya-tanya sendirian apakah sebab sebenarnya Sang Singa ingin berjumpa dengannya.

” Apakah agaknya kesalahan yang telah aku lakukan, soal sang kancil sendirian. .. atau adakah Sang Singa iaitu raja Rimba mempunyai sebarang masalah dan menghendaki aku menolongnya untuk menyelesaikan masalahnya”. Keluh Sang Kancil sendirian.

 

 Setiba di sana , Sang Singa dan Sang Harimau sememangnya telah lama menunggu. Mereka berdua sebenarnya telah lama menunggu dan tak sabar-sabar lagi ingin mengenakan Sang Kancil.

 

” Selamat sejahtera wahai raja rimba yang aku hormati. Tujuan kedatangan hamba ke sini adalah untuk memenuhi arahan Sang Harimau. Sang Harimau mengatakan bahawa tuanku ingin berjumpa dengan tuan hamba. Betulkah begitu tuanku”? . Tanya Sang kancil.

 

” Ha! Memang betul, memang beta yang menyuruh Sang Harimau menjemput engkau datang ke sini kerana ingin menyiasat aduan yang beta dengar daripada haiwan-haiwan lain yang tinggal di kawasan jajahan beta ini “. Ucap Sang Singa dengan sombong sekali.

 

” Aduan!. Aduan apakah raja rimba? Setahu hamba, hamba tak pernah pun melakukan kesalahan yang boleh membuatkan haiwan-haiwan yang tinggal di sini marah”. Tanya Sang Kancil dengan nada keliru.

IMG_4484

 

” Begini, ada beberapa ekor haiwan yang datang dan mengadu bahawa kau seringkali memberikan idea yang salah kepada mereka apabila mereka memerlukan pertolongan.

Dengan idea yang kau berikan itu masalah mereka menjadi semakin rumit”. Jelas Sang Singa lagi.

 

Sang Kancil menjadi semakin keliru dengan persoalan yang terpaksa dia hadapi kini. Sang Kancil pun meminta sebarang bukti daripada tuduhan yang dikenakan kepadanya. ” Jika benar seperti apa yang tuanku katakan itu , berikanlah aku 1 contoh ataupun bukti aduan yang telah mereka adukan kepada tuanku”. Sang Kancil seolah-olah inginkan penjelasan yang lebih lanjut lagi

 

” Tak perlulah beta berikan buktinya, yang paling penting sekarang ialah beta akan menguji kamu dengan 1 soalan teka-teki dan beta inginkan jawapannya pada hari ini juga. Beta ingin melihat sejauh mana kebijaksanaan kamu nanti “. Terang Sang Singa.

 

Kini, Sang Kancil sudah mengerti, dia sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi Sang Singa ingin menjeratnya dengan soalan itu. ” Baiklah tuanku, apakah soalan yang ingin tuanku utarakan itu ? . Jika beta tidak dapat menjawabnya apakah pula hukuman yang terpaksa hamba terima “?. Tanya Sang Kancil pula.

IMG_4496

” Jika kamu dapat menjawab soalan yang beta utarakan kamu akan beta lepaskan dan jika tidak,kamu akan beta hukum.

Baiklah, tak perlu lagi kita membuang masa . Soalannya mudah sahaja, bagaimanakah caranya hendak mengasingkan pasir yang telah dicampur dengan garam “?.

Raja rimba merasa amat yakin Sang Kancil tidak akan dapat menjawab soalan itu.

 

Agaknya apakah jawapan yang diberikan oleh Sang Kancil? Dapatkah sang kancil menyelamatkan dirinya… Baiklah kita sambung kisah Sang Kancil kembali.

 

Sang Kancil sedikit pun tidak merasa gentar dengan soalan yang diberikan, Sang Kancil seolah- olah telah pun mendapat jawapannya. Sang Kancil hanya tersenyum sahaja.

 

    ” Baiklah tuanku, seperti yang telah tuanku katakan bahawa soalannya amat mudah, jadi jawapannya pun amat mudah juga iaitu jika hendak mengasingkan garam dan pasir yang telah dicampurkan masukkan sahaja sedikit air ke dalam bekas campuran garam dan pasir, gaulkan perlahan-lahan. Tuanku akan melihat bahawa pasir akan mendak ke bawah”?. Jawab Sang Kanci

IMG_4482
” Ke mana pula perginya garam tersebut”  Tanya Sang Harimau pula. ” Kemarilah Sang Harimau, hamba akan tunjukkan di mana pula garam itu berada “. Ajak Sang Kancil.

Sang Harimau pun datang mendekati Sang kancil seperti yang diminta . Sang Kancil memberikan bekas campuran tersebut kepada Sang Harimau. Sang Harimau membelek-beleknya dan berkata ” tiada sebutir garam pun yang ada di sini “? Tanya Sang Harimau kehairanan.

 

 ” Cuba kamu rasa air tu pula “. Saran Sang Kancil. Sang Harimau pun mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Sang Kancil. Hampir termuntah Sang Harimau apabila merasa air garam yang masin itu. Kini Sang Harimau faham ke mana perginya garam tersebut. Tergamam Sang Harimau melihat kebijaksanaan Sang Kancil.

” Bagaimana tuanku, adakah jawapan yang saya berikan itu betul”? Tanya Sang Kancil Sang Singa terdiam sejenak, walaupun dia ingin mengenakan Sang Kancil, akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Sang Kancil sangat tepat. Jadi Sang Singa kenalah berlaku adil tetapi dia tidak akan melepaskan Sang Kancil begitu sahaja.

 

IMG_4487

 

“Tahniah Sang Kancil kerana berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat. Sepertimana yang telah beta janjikan, kamu akan beta lepaskan, akan tetapi, kamu mesti mengadap beta setiap 6 bulan sekali. Ingat Sang Kancil, setiap 6 bulan sekali dan tak boleh lewat walaupun sehari”. Perintah Sang Singa .

 

“Baiklah tuanku, hamba akan datang mengadap tuanku pada waktu yang telah ditetapkan. ” jawab Sang Kancil . Tanpa membuang masa Sang Kancil bergegas pergi dari .Baiklah , ikutilah cerita Sang Kancil seterusnya nanti…

Seperti di awal-awal cerita..

ada  kak sal sebutkan bahawa watak-watak ini hanyalah sekadar simbolik sahaja… dan watak-watak ini akan kita temui di mana-mana sahaja. Orang yang berkuasa menyalah gunakan kekuasaannya.

Orang yang tidak seberapa bijak masih dapat menjawat jawatan yang penting hanya kerana mengikuti telunjuk oang-orang tertentu. Orang yang bijak pula selalunya jarang digemari.. nanti mengganggu periuk nasi orang yang lain.

“Renung-renungkanlah….agak-agak kita sedang memainkan watak yang mana satu.??” Pasti ada sedikit pengajaran yang telah anda dapati dalam kisah sang kancil ini..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

saat berpisah..

Saat Berpisah.

 Saat berpisah..

Teman…

Alangkah indah jika dapat diulang..

Detik-detik kenangan itu..

Satu-persatu bermain difikiran..

Memang sukar untuk ku lupakan..

 

Teman…

Di kejauhan ini..

Hanya doa ku utuskan..

Hanya salam ku hulurkan..

Bagi mengingati kembali..

Saat-saat  kita bertatih..

mengutip ilmu satu persatu..

 

Teman…

Andai kita dipertemukan kembali..

Ku harap kalian akan meniti kejayaan..

Seperti mana yang kita rancangkan..

Seperti mana yang kita harapkan..

 

Teman…

Hanya itu doa ku pasti..

Agar kita bertemu lagi

Agar kita berjaya nanti..

Di dunia …di akhirat..pasti…

12189873_974180992623981_8314674002592186043_n

Semalam adalah hari terakhir kelas Advanced Marketing & Branding Masterclass batch 1 yang dikendalikan sepenuhnya oleh master sifu Irfan Khairi. Selama 6 bulan mengutip ilmu satu persatu.. bersama teman-teman yang cukup positif dalam mengejar impian masing-masing.. bersama Master Sifu yang super positif.. yang auranya memang hebat..

Sedih dan gembira bercampur-campur… berbaur-baur di dalam hati. sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman-teman seperguruan..juga dengan sifu .. kerana masih terasa diri ini terlalu banyak yang perlu dipelajari. Benarlah kata imam Syafie, ” semakin bertambah ilmu ku.. semakin banyak yang aku tak tahu.”

11064772_1018671834832087_6803742121214872741_n

Saat perpisahan…

pasti tiba juga.. memang tidak akan ada masa yang paling sesuai untuk berpisah.. tapi itulah hakikatnya.. jika berani menjengahkan diri bertandang dalam gelanggang ini..kena berani juga mengundurkan diri.. kini tibalah masa untuk kita mengaplikasikan segala ilmu yang telah sifu Irfan Khairi berikan.

Tapi .. semua ini bukan pengakhiran. Ianya merupakan satu permulaan yang lebih bermakna. Hari-hari yang kita lalui adalah satu lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan… agar kita lebih positif .. hari-hari adalah peluang untuk kita mencipta sesuatu yang lebih baik.

11817155_1004702819562322_1452806441412154581_n

Dengan ilmu yang kita kutip satu persatu.. dari sifu kita.. kita sepatutnya sudah boleh melangkah ke dalam dunia yang ingin kita lukis.. lukis dan tulislah langkah kita satu persatu.. biar teratur agar bila kita bertempur nanti kemenangan akan berpihak kepada kita.

Tapi..

ingatlah.. bila kita memulakan langkah. Perjalanan ini pasti memenatkan. setiap langkah yang kita buat.. semakin sarat tanggungjawab yang akan kita pikul. Tapi apakah ada pilihan lain selain meneruskannya?

1472877_904242466284501_900864890593076385_n

 

Teman..

seringkali kita harus ingatkan diri kita.. kalau ada masalah di pertengahan jalan.. teruskan perjalanan.. jika tidak boleh berlari.. cukuplah berjalan perlahan-lahan. Apabila yakin tujuan dan matlamat telah betul, soal kembali ke pangkal jalan tidak akan timbul. pasakkan pada diri ..tanamkan dalam hati..

 Inilah jalan yang benar..

walaupun jalan yang paling sukar.

Inilah jalan paling singkat.

walaupun terasa amat berat..

 

12227035_974181015957312_7823250486728669206_n

 

 

 

teman..

semoga nanti bila kita dipertemukan kembali.. kejayaan akan bersama kalian.. kerana kalian semua memang hebat.. dan paling beruntung sekali… kita ada mentor yang paling hebat.. Master Sifu Irfan Khairi.

11141352_1688429484718389_6468206821606020131_n

Kami anak murid Irfan Khairi

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Perjuangan yang kita tempuh.

Perjuangan yang kita tempuh.

Sahabat ku..

Perjuangan yang kita tempuh

Walaupun susah..

Jangan sekali-kali beralah

Walaupun payah..

Jangan sesekali mengalah

 

Sahabat ku..

Perjalanan hidup ini

Walaupun sukar..

Jangan sekali-kali mundur

 

Sahabat ku…

Perjuangan yang kita tempuh..

Memang tidak mudah

Itulah jalan mujahadah

Memang penuh onak dan duri

Itulah jalan bagi orang yang diuji

Memang penuh dengan cabaran

Itulah ujian meningkatkan keimanan

 

Sahabat ku..

Jangan putus asa..

Kerana..semua kesusahan..

Kerana.. semua kesukaran..

Kerana..semua kepayahan..

Kerana..semua kerumitan..

Untuk menuju kejayaan

Untuk menggapai impian

Sangat tinggi nilainya

Tak terhitung harganya

Bagi diri kita..

 

Perjuangan yang kita tempuh.

 

Sekali lagi diri ini terpanggil untuk meluahkan apa yang aku rasakan di sini.. semoga apa yang aku coretkan ini dapat sedikit sebanyak menguatkan jiwamu yang kini sedang bergelora dalam menghadapi ujian dari NYA. Dengan menulis ..aku dapat katakan dari rasa hatiku yang sebenar..

10440812_897510333660825_8219281354693298897_n

Perjuangan yang kita tempuh

Sahabatku..

Memang ujian yang melanda ini agak berat.. tapi fikirkanlah.. setiap musibah itu sebagai didikan dari Allah.

Jika kita merasa keluh kesah, itu adalah perkara yang normal.. kita hanya manusia biasa.

Tapi.. kesedihan itu jangan dibiarkan terlalu lama bertandang. Nanti diri sendiri yang akan binasa. Cubalah bangkit kembali.. sahabat ku..

Sahabat ku..

Cuba tanamkan perasaan .. Allah yang menentukan segalanya. Hanya Dia yang boleh membolak-balik hati manusia.. Setiap peristiwa itu pasti ada hikmahnya..

Ini hanyalah sekadar cubitan daripadaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.. yang mana adalah jauh lebih baik daripada belaian kasih sayang seorang musuh.!!. seperti gunting dalam lipatan.

Memang benar sahabatku..

“Berani kerana benar, takut kerana salah.”.. Tapi kini ramai orang melakukan.. berani kerana salah.. dan ada pula yang takut walaupun  benar!.Macam pelikkan. Tapi itulah dunia sekarang. Dunia yang semakin berubah. Tapi biarlah.. asal kita jangan berubah.

IMG_0127

perjuangan yang kita tempuh.

Sahabat..

Sebaik-baiknya.. belalah dirimu.. jika kau telah tidak mampu menghadapinya.. tapi pastikan dalam usaha membela diri, kita jangan mencarik maruah orang lain.. nanti diri kita pun sama seperti dia..

Kebenaran haruslah ditegakkan dengan cara yang benar. Jangan pilih jalan yang salah untuk menegakkan kebenaran… ianya sama seperti air najis tidak akan boleh mensucikan najis.

Sahabat..

Cuba bayangkan.. hidup kita ini umpama menaiki sebuah kenderaan yang mana kita sendirilah yang menjadi pemandunya.. Stereng kehidupan ini mesti kita yang memegangnya.. jangan sekali-kali kita serahkan pada orang lain… agar jelas arah tuju dan destinasi tempat yang nak dituju.

Dalam mengawal stereng kehidupan.. kita mesti yakin. Jangan sekejap ke ke kanan dan sekejap ke kiri.. sekejap ke sana dan sekejap ke sini.. nanti akan berasa lesu dan letih… akibatnya nanti pelanggaran akan terjadi.. dan kita pasti tidak sampai ke destinasi yang hendak kita pergi..

Sahabat..

Ujian ini bukanlah penamat kepada jalan yang hendak kita tuju… Jalan itu masih jauh lagi. peluang untuk Berjaya masih  terbuka luas… seluas maya.

Ingatlah ini.. kejayaan itu bukannya kita akan kecapi bila tiba di penghujung jalan.. Tapi kita akan mula merasakannya di sepanjang jalan.. sedikit demi sedikit  diselang seli dengan dugaan.

Malah.. dalam langkah pertama kita telah merasakan kejayaan itu.. “berjaya memulakan langkah”.hihihi…

IMG_4044

Perjuangan yang kita tempuh

Sahabat..

 Malah aku yakin .. selepas peristiwa ini kau dan aku akan lebih gigih lagi. Jangan risau.. jika ada yang tidak suka melihat kita berjaya..

Percayalah,  pasti masih ada juga yang insan yang menyayangi kita.. yang akan mendidik dan membimbing kita.. dan bukannya menghukum dan menjatuhkan..

Sahabat..

ketika menulis bait-bait kata ini.. harapanku  agar kau dapat menghayatinya.. cuba resapkan dalam hati mu.. Bila ada ujian berat yang melanda.. di situ nanti ada kejayaan yang menanti.

Kejayaan yang indah. Percayalah.. dengan usaha dan susah payah kita memburu kejayaan itu..maka makin besarlah peluang untuk kita kecapinya. Jangan berputus asa..

                 “Semakin Payah …. Semakin Indah “

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jadilah seorang sahabat yang baik.

Jadilah seorang sahabat yang baik.

 

Teman..

Hidup ini penuh dugaan

Jangan hanyut dengan pujian

Hidup ini penuh cubaan

Jangan hanyut dengan kemewahan

Hidup ini penuh rintangan

Jangan hanyut dengan keindahan

 

Teman..

Berwaspadalah..

Kadang-kadang

Teman yang rapat

Barangkali musuh yang ketat

Kadang-kadang

Rakan kita berjuang

Dialah yang menikam dari belakang

 

Teman..

Berwaspadalah..

Kadang-kadang

Orang yang kita cintai

Barangkali individu yang dibenci

Kadang-kadang

Sahabat yang dipercayai

Dialah yang akan mengkhianati

 

Teman..

Berwaspadalah…

Sebelum kita jauh tersasar

Sebelum kita jatuh tersungkur

Sebelum kita jauh terjerumus

Sebelum segala-galanya tak terurus

 

Teman..

Berikanlah kepercayaan berpada-pada

Jangan beri segala-gala

Berikanlah kepercayaan seadanya

Jangan beri semuanya

 

Teman..

Aku bukan dia

Dia bukan aku

Berwaspadalah…

 

Ah..

begitulah realitinya dunia. Bukan mudah mencari sahabat yang setia, sayang, dan jujur pada kita. Dalam ramai-ramai.. boleh dibilang dengan jari.. itupun dah dikira bernasib baik. Memang agak sukar.. seperti mencari seekor gagak berwarna putih.

Tapi..

pernahkah kita terfikir petua yang selalu orang bijak pandai katakan, jadilah seorang sahabat yang baik terlebih dahulu.. pasti kita akan  berjumpa dengan seorang sahabat yang baik.. bukan mencari sahabat yang baik baru kita akan berubah jadi baik.

12030290_887491764662682_5809905543031896635_o

Jadilah seorang sahabat yang baik.

sahabatku..

Dalam bersahabat ini.. haruslah sentiasa berwaspada…kerana di dalam kehidupan kita seharian.. akan wujud orang -orang sebegitu untuk menguji kita.

Ada seseorang yang kita anggap sahabat baik kita.. rupanya seorang insan yang pandai bermuka-muka. Lalu kita berikan setimbun kepercayaan dan amanah kepadanya

Berhati-hatilah.. sahabat ku,  kita mungkin telahpun memberikannya senjata yang paling tajam untuk menikam kita dari belakang.

Sahabatku..

Berhati-hatilah dalam memberi kasih.. pada sahabat kita.. Dengan senyuman paling manis, pujian yang melangit tinggi dan simpatinya melimpah ruah.. sehingga kita tidak boleh mengatakan tidak.

Walaupun kadang-kadang karenahnya itu telah jauh melanggar hak peribadi kita.. jarakkanlah diri. Jika tidak.. anda pasti akan dieksploitasi dan dimanipulasi berkali-kali.

sahabatku..

Apakah yang  dimaksudkan jarakkanlah diri bukannya untuk memutuskan tali silaturahim. Cuma letakkan satu jarak yang lebih jauh sedikit daripada sebelumnya antara diri anda dengan si dia. Agar diri kita tak terluka dan dia tidak pula membenci.

12029566_886153628129829_1968118346076425945_o

Jadilah seorang sahabat yang baik.

Sahabat ku,

Dalam persahabatan ini.. kita kena tahu membezakan antara kelemahan dengan kejahatan.

Kelemahan.. semua orang memilikinya. Saya punya kelemahan.. anda punya kelemahan.. sahabat kita pun punya kelemahan.

Tiada siapa pun yang sempurna. Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan sifat marah, rajuk dan lain-lain lagi.

Yang ini kita kena hadapi sebagai seorang sahabat. Kasih sayang kita kepada sahabat kita tidak akan membuat kita buta untuk melihat kelemahannya dan menerimanya seadanya.

Apa yang boleh kita buat .. hanyalah bersabar sahaja dengan karenahnya.. sebagaimana dia akan bersabar dengan karenah kita. kelemahan sahabat kita kalaupun tidak dapat diatasi.. akan lebih mudah jika kita dapat menerimanya dengan redha

12087991_886594178085774_1452886023782307270_n

Jadilah seorang sahabat yang baik.

.

Kejahatan pula .. berhati-hatilah apabila berhadapan dengan sahabat seperti ini..

Dia pandai merancang menggunakan anda, melaga-lagakan anda, mensabotaj anda dan yang paling malang bila dia memijak anda untuk melonjakkan dirinya sendiri. Yang ini bukannya satu kelemahan.. ini adalah satu kesalahan.

Sahabat ku..

Berdoalah kita agar kita dijauhkan dengan insan-insan sebegini. Kita tidak digalakkan untuk membenci.. tapi jangan pula biarkan diri dipijak berkali-kali. Hidup sebenarnya terlalu singkat untuk membenci.. tapi hidup juga terlalu singkat untuk dinafikan hak kebahagian oleh insan sebegini..

Sahabat ku..

Dalam menjaga perhubungan persahabatan.. selalulah menjaga syariatNya.. Biarlah hukum halal, haram, makruh, harus dan sunnat menjadi rujukan bila bertembung dengan sebarang masalah. Biarlah iman menjadi pengikat antara dua hati.. umpama simen yang melekatkan batu bata.

12115835_886283088116883_8736851277379655120_n

Jom ..

kita betulkan niat kita dalam membina persahabatan.. Apabila kita merasai kebaikkan sahabat kita.. bersyukurlah dan bajailah ia dengan kasih sayang, kejujuran dan kesetiaan.

Apabila kita melihat kelemahan dia.. percayalah..itulah ujian untuk kita mengukuhkan lagi persahabatan itu.. terimalah dia seadanya.. dan apabila melihat kejahatannya.. jarakkan diri.. untuk lebih mudah bagi kita menggelakkan sengketa.

“Sebarkan Bahagia”

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Langkah demi langkah

Langkah demi langkah.

 

Di sinilah…

perjalanan ku bermula..

Menyusun bait demi bait..

Mencari idea demi idea..

Mengatur langkah demi langkah

Menyuai padan segalanya..

Di sinilah..

Ku curah segalanya..

penat lelah tidak ku endah..

sakit pening tolak ketepi..

sindiran dan kutukan tidak ku hirau..

agar terbuku segalanya..

Di sinilah..

segalanya bermula..

membuka lembaran baru..

menyingkap sejarah dulu…

semuanya diaduk menjadi satu..

di dalam e-book ini ..

semuanya berpadu..

12039405_1075232745827762_4520144148277207272_n

Langkah demi langkah.

 

untuk apa E-book ini Kak Sal tulis..?

sebenarnya banyak faktor yang berkaitan.. tapi yang terpenting ialah agar ilmu yang Kak Sal miliki ini tidak akan hilang begitu sahaja. Mungkin anda fikir ilmu kemahiran seperti ini tidak penting.. tapi anda tak tahu.. mungkin suatu hari nanti .. anak-anak, cucu-cucu mahupun keturunan kita memerlukannya. SIAPA TAHU???

 

Satu sebab lagi..

Seperti kata seorang tuan guru.. kita tidak boleh sentiasa menjadi pelajar. Akan tiba masa kita kena mengajar.. mengajar ilmu yang kita ada..Ada ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan ilmu pengetahuan dan bimbingan dari kita… malah mendapat manfaat dari ilmu yang kita ada.
12002213_665767653559736_8797216960053021730_n

Langkah demi langkah.

Mengapa kita harus sentiasa belajar?

Seperti mana yang anda  tahu, ingin  mendapatkan kemahiran.. bukan sesuatu yang mudah.. lihat sahaja di mana-mana.. untuk menjadi mahir kita perlu belajar dari bawah.

Kita perlu tahu perkara asas dahulu. Kita perlu bersedia untuk menadah telinga.. Kita perlu banyak belajar dan belajar..

Ingat lagi.. pada tahun 2008.. bila mula-mula belajar membuat aksesori.. bukan mudah.. banyak cabaran yang terpaksa diharungi. Banyak dugaan yang perlu ditempuhi..

satu-persatu Kak Sal hadapi.. Akan tetapi.. kepahitan itulah  kini.. menjadi lebih manis.. lagi manis bila Kak Sal boleh berkongsi ilmu yang ada dengan semua orang..

                                            Mengapa ilmu harus dibayar..?

12047115_666996220103546_6304471265057708858_n

Langkah demi langkah.

Banyak yang mempersoalkan.. jika ingin berkongsi ilmu.. mengapa harus dibayar?.

Tanpa mereka menyedari .. bahawa jika mereka mendapat ilmu secara percuma.. adakah mereka akan menggunakan ilmu itu bersungguh-sungguh ..

sama seperti jika mereka membayar yuran kebijaksanaan itu !!.. tepuk dada tanyalah ilmu ..

Ingatlah .. jika kita mula bertatih sekarang dengan membayar yuran kebijaksanaan itu.. mungkin suatu hari nanti.. bila sampai waktunya.. orang lain pula yang akan membayar kita yuran kebijaksanaan itu..

lantaran ilmu pengetahuan yang kita ada.. dengan bekas-bekas luka pengalaman yang telah kita punyai.. Belajar dan mencari ilmu itu adalah perlu.. mulakan langkah hari ini untuk mencari ilmu-ilmu yang berguna.. agar kita dapat mencapai destinasi yang ingin kita tuju..

 

IMG_0115

Langkah demi langkah.

Ingatlah.. ilmu bak mutiara.. Ilmu didatangi dan bukan mendatangi..

Terima kasih buat mr suami.. dan anak-anak.. yang sentiasa memberikan 100% sokongan dan dorongan..

Terima kasih tak terhingga buat sifu Irfan khairi yang sentiasa memberi motivasi dari jarak jauh..

Terima kasih buat sifu Razzi Rahman yang sentiasa memberi tujuk ajar.. pada insan yang serba kekurangan ini..

Terima kasih kepada para trainer.. yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan tika diperlukan..

Terima kasih buat para sahabat.. yang sentiasa memberi sokongan..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Penjenamaan Semula Bukan Sekadar Logo

11402700_903968939645187_446602968964510832_n

Penjenamaan semula bukan sekadar logo.

 

Pada  14 jun yang lalu..  saya  telah mengikuti kelas Advance Marketing & Branding Masterclass Di Irfan Khairi Sdn. Bhd. Seperti biasa ramai juga student yang mendaftar dan memang kelihatan sangat bersemangat.

Di dalam kelas ini..

  kami didedahkan dengan dunia perniagaan yang sebenarnya.. Totally Off Line… dan bermacam-macam perkara baru yang kami pelajari dari Master Sifu Irfan Khairi seperti jenama, logo, warna yang sesuai dengan bisnes dan macam-macam lagi.

 Penjenamaan semula bukan sekadar logo.

penjenamaan..

menurut Kamus Dewan Bahasa adalah pemberian jenama tertentu kepada sesuatu barangan yang dihasilkan. Akan tetapi.. mengikut fahaman biasa , penjenamaan semula adalah memberi nama  baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikkan.

11202119_919020074806740_7344015840234352388_n

penjenamaan semula bukan sekadar logo

Penjenamaan semula dilakukan oleh hampir semua perniagaan tidak kira sama ada perniagaan  yang kecil mahupun yang besar. Sebagai contoh Syarikat Coca-cola sentiasa melakukan penjenamaan semula. Ianya dilakukan untuk kelihatan lebih up to date dan mengikut aliran semasa.

Pendek kata selalunya yang terlibat dengan penjenamaan semula ialah nama, logo, tag line, design, warna, tema, produk, perkhidmatan dan pelbagai lagi

cropped-image1.jpg

.

Di Negara kita ..

ramai usahawan yang tidak menitik beratkan kepentingan penjenamaan  .. apalagi penjenamaan semula. Saya pun antara yang terlibat. hanya terfikir untuk membuat produk sahaja.. akan tetapi jika produk kita bagus sekali pun jika tiada jenama yang kuat untuk menyokong kewujudan produk kita.. memang produk kita akan sukar untuk menembusi pasaran tempatan.

Apabila mengikuti kelas Sifu Irfan Khairi..

baru  kak sal tahu betapa pentingnya penjenamaan jika kita ingin memasarkan produk maupun perkhidmatan ke arah global. Bayangkan.. tanpa penjenamaan.. bagaimana pelanggan boleh mengingati kita .. dengan persaingan yang kuat dan pelbagai ribuan produk yang terdapat di pasaran .

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

Jadi apakah tindakan yang sewajarnya kita ambil untuk memperlihatkan kewujudan kita? .

Inilah pentingnya penjenamaan semula.. ianya boleh diaplikasikan untuk barangan yang telah wujud di pasaran akan tetapi kurang mendapat sambutan, Barangan  yang masih dalam proses pembuatan dan barangan yang telah wujud akan tetapi ingin menambahkan lagi jualannya.. dengan melakukan tranformasi ini.

 Jenama kita pasti akan nampak lebih berbeza daripada produk yang sedia ada di pasaran tempatan mahupun global.. juga Nampak berbeza dengan produk pesaing kita.

11805792_856585731086619_1376299280_n

Apakah kelebihan jika kita membuat penjenamaan semula kepada perniagaan kita??

Perbezaan yang paling ketara sekali ialah .. bisnes kita Nampak lebih segar, moden serta Nampak lebih mengikuti trend semasa.

Kenapa kita rasakan seperti itu?..

kerana jika produk kita telah telah lama di pasaran.. walaupun kita sentiasa menukar design mahupun pattern sesuatu produk.. persepsi pelanggan tetap sama.. iaitu merasakan produk kita itu adalah tetap sama dengan produk yang dibuat oleh pesaing kita.

 

11218212_10153110437504856_5969233758106007464_n

Satu perubahan perlu dilakukan untuk menonjolkan kesegaran dan juga kelainan produk kita dengan pesaing kita.

Maka tidak hairanlah jenama yang besar seperti Coca-Cola, Pepsi, Nike dan banyak lagi jenama besar yang mengeluarkan modal yang cukup besar untuk mencipta nama dan membuat penjenamaan semula untuk meningkatkan lagi persepsi pelanggan terhadap produk mereka.

Sebab itulah saya pun mengikut kata Sifu Irfan Khairi..

melakukan penjenamaan semula .. agar saya boleh lebih berdaya saing dan tidak ketinggalan dengan kecanggihan teknologi terkini.

Mungkin perubahan ini Nampak kecil di mata orang lain.. tapi bagi diri saya ianya terlalu besar untuk perniagaan saya.

Memang perniagaan saya “Start Small” sahaja akan tetapi yang paling penting adalah “Think Big” itu..

nak tahu lebih lanjut tentang penjenamaan mahupun penjenamaan semula.. ikutilah kelas yang disediakan oleh Sifu Irfan Khairi

Share the knowledge... Thanks for Sharing
1 2 3