Bila nak bermula?

Bila nak bermula ?

soalan itulah yang seringkali lahir di kotak fikiran kita sehingga kita sendiri pun tidak tahu bila nak bermula. Bila kita melihat ramai yang memulakan perniagaan secara online mahupun offline.. kita pun merasakan kita telahpun bersedia untuk memulakan perniagaan. Akan tetapi bila fikir-fikir balik.. takut pula. Apa yang menghalang anda untuk melangkahkan kaki ke dunia bisnes ini?

 

1455033_969020739843117_4143198167975502693_n

Bila nak bermula ?

 

Halangan terbesar yang seringkali di hadapi apabila kita’ bila nak bermula ‘ ialah perasaan  takut pada pesaing. Takut jika produk atau perkhidmatan kita tak dapat menyaingi pesaing. Takut jika orang tidak mahu membeli produk kita jika dibandingkan dengan pesaing.

Adakah anda terfikir yang pesaing anda  itu terlalu sempurna sehingga tiada ruang untuk anda bertapak? jika ya.. cuba cari cara pemasaran yang berbeza.. lain daripada mereka

sebagai pengguna dan juga bakal peniaga ..

anda pasti pernah menggunakan perkhidmatan ataupun membeli barangan daripada syarikat-syarikat yang besar ini. Kadang-kadang perkhidmatan mereka tidaklah sesempurna mana.

Di sinilah perlunya kita menunjukkan skill kita.. personal touch. Memang kita tidak dapat bersaing dari segi modal, produk dan lain-lain lagi.. tetapi dari segi personal touch mungkin ada sedikit harapan.

kedai salpearl (4)

Bila nak bermula ?

 

Bila Nak bermula ?

Soalan lain yang seringkali dipersoalkan ialah ” saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan”..?

Di sini yang paling penting.. jangan percaya pada mitos yang anda seharusnya menyediakan perkhidmatan mahupun produk yang sama kepada semua golongan. sebagai contoh jika anda ingin memulakan perniagaan pakaian.. niche kan.

kenal pasti aspek mana yang bakal memenuhi citarasa  golongan tertentu. Tak perlu target untuk semua orang. Nanti anda sendiri yang penat. Buat market research terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

 

Seterusnya..

ada yang takut jika rugi dalam perniaagaan dan kehilangan modal.

Sebenarnya memulakan perniagaan bukannya bermakna merisikokan seluruh hidup kita. Start small .. untuk permulaan lebihkan masa bekerja dan cuba kurangkan kos.

Cubalah bisnes online yang memerlukan modal yang sedikit. Tak perlu sewa kedai dan menggajikan pekerja. Apabila kewangan semakin stabil barulah besarkan sedikit saiz perniagaan anda. Tapi ingat peraturan penting ini “never take risk more than you can afford to lose”.

accessories handphone (1)

Bila nak bermula ?

 

Masalah lain yang timbul ialah ..

adakah saya mempunyai masa??

Jangan jadikan tiada masa sebagai satu alasan .. jika anda tiada masa yang banyak dalam hidup seharian anda.. cubalah cari masa walaupun sedikit. 7 jam seminggu pun tak mengapa. Jika penat bekerja seharian.. cuba tidur awal dan bangun awal pagi. Jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan walaupun secara sambilan.. make time and throw yourself into it.

 

Sebenarnya tidak rugi jika anda mencuba.. jangan terlalu risaukan risiko yang bakal anda hadapi. manalah tahu anda akan Berjaya.. siapa tahu????..

Jadi.. Bila nak bermula ?

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Teknik Memory wire

Teknik memory wire.

 

Terdapat banyak teknik-teknik yang digunakan untuk mencipta aksesori idaman terutama sekali apabila membuat aksesori gelang dan rantai leher .  Antaranya adalah teknik  wire, teknik jump ring, teknik chain, teknik glue, teknik dan banyak lagi.

 

IMG_3591

Gelang mutiara 2 layer

 

 

Pada hari ini ,kak sal ingin tunjukkan antara design-design aksesori daripada salpearl yang menggunakan  teknik memory wire. Biasanya design yang menggunakan teknik ini kelihatan kemas dan teratur.

 

IMG_3593

Gelang mutiara 3 layer

 

Pada contoh di atas adalah gelang mutiara mengggunakan teknik memory wire 3 layer. teknik ini menggunakan mutiara yang sama besar dan diselang-selikan dengan pelbagai jenis aksesori finding.

Design gelang yang menggunakan teknik ini amat sesuai digunakan oleh mereka-mereka yang mementingkan penumpuan aksesori di pergelangan tangan mereka.

 

 

IMG_3591

Teknik memory wire

 

Contoh di atas menggunakan teknik memory wire 2 layer.. Sama sahaja seperti gambar di atas tadi cuma pada kali ini hanya menggunakan wire 2 layer sahaja.

Ianya lebih kelihatan simple dan ramai juga yang suka akan design ini.

 

IMG_20150310_124005

Gelang mutiara jenis gabung

 

Contoh di atas pula adalah  menggunakan teknik memory wire secara gabung, iaitu memory wire 1 layer digabungkan dengan memory wire 2 layer.

Design ini kelihatan lain sedikit daripada design yang biasa orang lain gunakan.. namun agak unik juga. Akan tetapi ada sahaja orang-orang yang suka bereksperimen dengan design-design sebegini.

 

IMG_4619

Gelang mutiara jenis gabung

 

Contoh di atas pula adalah teknik yang menggunakan teknik memory wire 3 layer yang menggabungkan mutiara bersaiz kecil dan mutiara bersaiz sederhana.

Design ini sangat diminati ramai kerana ianya  memperlihatkan keunikkan dalam mencipta design-design yang lain daripada yang lain. Namun bukan mudah membuat design seperti ini kerana mutiara yang digunakan bukannya mempunyai saiz yang sama.. saiz yang lebih kurang sama.. bukan mudah ya!!
IMG_0327

Gelang mutiara jenis liltan

 

Contoh di atas menggunakan  wire jenis lilitan 3 layer yang digabungkan dengan pelbagai aksesori findings. Mudah dibuat dan mudah juga digunakan.

 

IMG_4908

gelang Kristal 1 layer

 

Contoh di atas menggunakan  memory wire yang paling mudah dan senang dibuat.

 

11045450_589019637901205_1942033966007299394_n

 

Ini adalah secara ringkas, pengenalan tentang design-design yang biasa menggunakan memory wire ini. Semoga ianya memudahkan anda untuk mengenali dan mengenalpasti design-design yang anda minati sebelum menempahnya.

 

Terima kasih..

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jewelry Findings

Jewelry Findings.

 

Logam-logam yang biasa digunakan untuk membuat aksesori.

Terdapat pelbagai jenis logam yang digunakan untuk membuat aksesori.

Aksesori logam ini digunakan untuk melengkapkan sesuatu design elemen , memberhentikan manik daripada bergerak di tali nilon dan seterusnya dapat menyatukan semua elemen yang hendak digunakan dan logam-logam ini dikenali sebagai Jewelry findings

 

Ini adalah antara elemen-elemen logam yang akan kita gunakan nanti.

 

IMG_0166

 Head Pin.

Fungsinya adalah untuk mengunci manik/beads agar tidak terjatuh dan dihujung sebelahnya pula selalunya akan disambungkan dengan manik/beads yang sudah dipasangkan dengan eye pin mahupun ring.

 Berbentuk seperti jarum peniti. Terdapat dalam pelbagai ukuran dan saiz.

 

 

IMG_0167

 

Eye Pin

Bentuknya lebih kurang Head Pin. Cuma, salah satu di hujungnya terdapat satu lubang.

Fungsinya adalah untuk merangkai manik / beads, yang telah dipasang dengan Eye Pin, Head Pin ataupun ring dengan manik/beads yang lain.

Terdapat dalam pelbagai ukuran dan saiz.

 

 

 

IMG_0168

Jump Ring.

 

  • Jump Ring adalah Ring Metal yang digunakan untuk menyambung rangkaian manik/beads yang sudah dipasang Eye Pin, Head Pin, Charms, Loop ataupun slider ke Eye Pin yang lain.

 

 

 

IMG_0174
Crimb Bead. (Stopper)

 

  • Digunakan untuk mengakhiri rangkaian gelang ataupun rantai yang menggunakan tali nilon/tangsi.
  • Gunakan stopper yang bersesuaian dengan ukuran tebal tali/nilon.

 

 

 

IMG_0176

Caps.

 Digunakan untuk menutup hujung manik/beads agar menambah seri dan dapat melindungi kecacatan manik yang rosak akibat penebukan keatas manik/beads.

  • Boleh menutup simpulan tali dan mencantikkan lagi simpulan yang menghubungkan tali ke manik yang lain.

 

 

IMG_0179

 

Claps.

 

  • Untuk menguatkan atau mengunci rangkaian rantai atau gelang.
  • Tersedia dalam berbagai bentuk, model dan paten.

 

 

 

IMG_0175

 

Lobster Claps

 

  • Pengunci ini sangat biasa digunakan untuk mengunci rantai mahupun gelang.
    Ianya berbentuk seperti lobster. Terdapat dalam berbagai warna dan ukuran

 

 

 

IMG_0180

 

Toggle.

  • Fungsinya sama seperti claps tetapi, toggle mempunyai bulatan dan pengait berbentuk T yang sangat mudah digunakan.

 

 

 

 

 

IMG_0182

 

Champs

Digunakan untuk menghiasi rantai mahupun gelang yang dibuat.

memiliki bulatan kecil yang terletak di bahagian hujung yang digunakan untuk menggantungkan champs pada rangkaian rantai mahupun gelang.

Terdapat dalam banyak bentuk dan paten.

 

 

 

IMG_0154

 

Earring Hook.

Digunakan untuk menggantung aksesori yang dirangkai. Bahagian crook hook akan disangkutkan ke telinga dan bulatan loop kecil dihiasi dengan pelbagai elemen aksesori.

Stail earring hook yang sangat popular adalah fish hook wire.

 

 

IMG_0169

Pendant Holder.

Digunakan untuk menggantung beads, mutiara ataupun Kristal untuk dijadikan loket / buah rantai.

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jenis-jenis rantai dan ukurannya.

Jenis-jenis rantai dan ukurannya.

 

12439241_930273810384477_6132631380825772428_n

Jenis-jenis rantai dan ukurannya.

 

Pelbagai jenis Rantai.

 

Sebelum ini kak sal pernah menyentuh tentang pentingnya work board ataupun beards board yang digunakan untuk lebih memudahkan kita menyusun beads sebelum kerja-kerja merangkai dimulakan.

Petak-petak kecil yang terletak di tengah-tengah work board itu adalah untuk meletakkan manik-manik, logam-logam aksesori tambahan, kristal mahupun mutiara yang akan digunakan.
Biasanya work board ini digunakan untuk memudahkan kita merangkai rantai mahupun gelang yang dipesan oleh pelanggan dengan meletakkan kesemua bahan-bahan yang ingin kita gunakan mengikut design yang telah kita pilih.

saluran-saluran dalam yang melengkung dilengkapi dengan nombor-nombor ukuran di bahagian tepi adalah untuk kita menentukan jenis-jenis rantai dan ukurannya  yang ditempah oleh pelanggan kita.

IMG_20150305_100622

Jenis-jenis rantai yang terdapat di salpearl

 

Jenis-jenis rantai.

Di sini kak sal akan memperkenalkan jenis-jenis rantai yang biasa digunakan dan ditempah di kedai salpearl  iaitu, collar, rope/lariat, coker, princess, Opera-length dan juga matinee.

Bentuk-bentuknya juga adalah pelbagai.. ada yang berangkai-rangkai, ada yang seutas sahaja, ada yang menggunakan buah rantai sebagai perhiasan, ada yang kelihatan elegan.. ada juga yang bergaya etnik.

 

IMG_0588

Rantai mutiara Sabah jenis collar

 

Collar.

Ukuran panjang rantai jenis collar biasanya 30-33 sm / 12-13 inci. Biasanya terdiri daripada beberapa rangkaian dan ianya terletak di tengah-tengah leher.

Gaya ini sangat terkenal pada zaman Victoria.

 

DSC_0330

Rantai mutiara Sabah jenis coker

 

Coker (Choker).

Ukuran panjang rantai jenis coker lazimnya 35-40 sm / 14-16 inci. Coker merupakan rantai dan gaya paling klasik dari semua jenis rantai.

Biasanya terdiri daripada rantai tunggal. Panjang rantai coker biasanya tepat berada di atas tulang pangkal leher.

 

DSC_0325

Rantai mutiara Sabah jenis Princess

 

Princess.

Panjang rantai jenis princess adalah 43-49 sm / 17-19 inci. Rantai jenis ini adalah yang paling popular dan diminati.

Rantai jenis ini sangat sesuai bila digantungi loket.

 

DSC_0359

Rantai mutiara Sabah jenis Rope atau lariat

 

Rope atau Lariat.

Panjang jenis rantai rope ini adalah 115sm / 45 inci. Ukuran terpanjang dari semua jenis rantai.

Boleh dipasang pengancing di tempat yang tersembunyi agar rantai boleh diubah menjadi gelang ataupun menjadi rantai berangkai.

 

DSC_0350

Rantai mutiara Sabah jenis matinee

 

Matinee.

Panjang rantai jenis matinee ialah 50 -60 sm / 20-24 inci.

Lebih panjang daripada rantai princess.

 

DSC_0332

Rantai mutiara Sabah jenis Opera-length

 

Opera-length.

Panjang rantai jenis Opera-length ialah 70-85 sm / 28-30 inci.

Dikenali sebagai rantai tunggal dan akan menimbulkan kesan keanggunan. Juga boleh menjadi coker yang elegan jika dilipat dua.

Keemua jenis rantai di atas menggunakan pengancing (claps) di belakang leher, kecuali kalung jenis rope dan opera-length.

Namun jika ingin bercadang untuk membuat rantai rope dan sekali-sekala boleh diubah menjadi rantai coker, maka perlulah memasang claps.

Claps pula perlulah dipilih  yang bersesuaikan dengan panjang pendek seutas rantai  ataupun berat .. ringan beads yang digunakan untuk merangkai rantai.

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Ruang kerja yang selesa.

Ruang kerja yang selesa.binderlayingopen_550x634Ruang kerja.

Membuat ruang kerja yang selesa sangat diperlukan jika ingin menjalankan kerja-kerja   merungkai aksesori yang diinginkan. Tidak kira anda ingin menjalankan perniagaan tersebut di rumah mahupun di kedai.

Anda  hanya memerlukan sedikit ruang kosong di salah satu ruangan di rumah mahupun di kedai anda. Misalnya jika di rumah, ruang yang boleh digunakan sebagai ruang kerja seperti ruang keluarga, ruang kosong di tepi tingkap, ruang kosong di bawah tangga dan banyak lagi.

 

IMG_20150308_142318

Kerja-kerja merungkai aksesori seperti rantai, gelang dan lain-lain lagi akan membuat kita berhadapan dengan ribuan benda-benda kecil seperti manik, mutiara,kristal logam-logam perhiasan yang mana amat mudah bertaburan, tumpah dan kadang-kadang amat sukar ditemui apabila kita memerlukannya.

Jadi..

Jika ingin mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.. tidak salah sekiranya kita menyediakan ruang kerja yang selesa bagi memudahkan kita melakukan kerja-kerja kita.

 

IMG_0450

 

Jika perlu..

simpanlah aksesori-aksesori, logam-logam kecil, manik-manik, Kristal-Kristal, mutiara dan pelbagai jenis manik batu di tempat penyimpanan yang berasingan.

Penyimpanan yang lebih teratur ini akan  lebih memudahkan anda untuk menemukan apa sahaja bahan-bahan yang anda ingin gunakan.

 

IMG_0252

Jika perlu..

anda boleh letakkan label  pada bekas penyimpanan agar mudah bagi anda untuk menemukan kelengkapan yang diperlukan. ini pasti akan menjimatkan masa anda.

Labelkan mengikut kategori, saiz, mahupun jenis-jenis aksesori yang disimpan. Pada permulaan melakukannya memang agak leceh. akan tetapi lama-kelamaan anda pasti akan biasa dan ianya pasti akan memudahkan dan mempercepatkan lagi
 kerja-kerja anda.

 

IMG_0077

Jika..

Terlalu banyak tempat aksesori yang terpaksa digunakan, anda boleh sahaja menggabungkan beberapa benda yang mempunyai warna yang berbeza dan saiz yang tidak sama.

Namun sebaiknya gunakanlah bekas yang lut sinar agar mudah dilihat. Biasanya bekas plastik lut sinar ini ada dalam pelbagai bentuk dan ukuran.

 

 

 

kedai salpearl (3)

Tempat penggantungan juga diperlukan untuk menggantungkan hasil-hasil  kerja yang telah siap agar nampak lebih teratur malah memudahkan kita mencari stok yang tinggal jika ada pelanggan berminat membeli aksesori tersebut.

Tempat penggantungan ini juga biasanya digunakan untuk menggantung pelbagai aneka stok manik-manik, mutiara dan pelbagai batuan lain .

 

20150318105403

Patung leher pula adakalanya diperlukan untuk menilai rantai yang telah siap dirangkai.. jika rasa tidak menepati apa yang diinginkan .. rantai akan dirangkai semula.

Setelah berpuas hati, patung leher ini akan digunakan pula untuk mempamerkan rantai yang telah siap. Patung leher paras dada ini tersedia dalam 4 warna iaitu warna putih, kelabu, hitam dan krim.

 

12439241_930273810384477_6132631380825772428_n

Work board atau papan manik akan memudahkan anda menyusun manik dan logam sebelum ianya dirangkai menjadi rantai mahupun gelang.

Saluran-saluran berbentuk melengkung membantu anda dalam menyusun kombinasi rangkaian kerana ianya dilengkapi dengan ukuran rantai atau gelang yan ingin dibuat. Petak-petak kecil pula adalah untuk meletakkan manik dan aksesori yang akan dirangkai.

Ruang kerja yang selesa

Biarlah terang dan mempunyai cahaya yang mencukupi. dengan cahaya yang terang, anda akan merasa selesa dan bebas ketika melakukan kerja-kerja anda kerana anda akan berhadapan dengan manik-manik yang kecil dan halus.

Jika kurang pencahayaan anda mungkin tidak merasa selesa, mata akan terasa sakit dan akan melambatkan kerja-kerja yang ingin anda lakukan. penggunaan pencahayaan lampu neon yang berwarna putih adalah lebih baik. daripada lampu yang kerwarna kuning.

Permukaan meja haruslah sentiasa  kemas dan berwarna terang. Ini pula secara tidak langsung dapat membantu anda untuk memilih kombinasi warna manik/beads yang sesuai dan menarik.

Diharap artikel kak sal pada kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin menyediakan ruang kerja yang selesa untuk mempersiapkan diri membuat kerja-kerja tangan yang anda minati.
Share the knowledge... Thanks for Sharing

kenali tools anda.

Kenali Tools Anda.

 

Tools Yang biasa digunakan.

Di dalam artikel kak sal pada kali ini adalah ingin mengajak para pembaca agar cuba kenali tools anda yang bakal anda gunakan ketika merungkai aksesori nanti.

 

IMG_5671

Round nose pliers

Round Nose pliers.

– Merupakan peralatan asas yang diperlukan untuk membuat loop(lingkaran kecil). Bahagian hujungnya berbentuk kerucut supaya boleh mengikuti lingkaran loop yang dikehendaki.

Semakin ke hujung muncung round nose pliers digunakan semakin kecil bentuk loop yang akan terhasil.

 

 

IMG_5672

Small Chain-nose Pliers

 

Small Chain-Nose Pliers.

– Juga dikenali sebagai Flat Nose pliers. Di bahagian dalam playar adalah rata / datar tanpa sebarang gerigi.

Ia berfungsi untuk meratakan dawai yang bengkok. Ia juga seringkali digunakan untuk membuka jump ring.

 

 

IMG_5673

Needle Nose Pliers.

 

Needle Nose Pliers.

– Selalunya didatangkan  dalam pelbagai bentuk saiz kerana untuk memudahkan pengguna menggunakan playar yang selesa dengan tangan mereka.

Playar yang memiliki hujung yang panjang dengan permukaan yang rata pada bahagian dalam. Ianya berfungsi untuk mencapai bahagian yang kecil dan sukar untuk dicapai.

 

 

IMG_5675

Wire Snips

 

Wire Snips.

– Ia berfungsi untuk memotong rantai ataupun dawai dengan mudah.

Pilihlah playar dari kualiti yang baik kerana playar yang tidak berkualiti mudah tumpul dan rosak. malah ianya akan turut menjejaskan kualiti rantai dan dawai yang telah dipotong.

 

 

IMG_5676

Memory Wire Cutters

 

Memory Wire Cutters.

– digunakan untuk memotong semua jenis wire terutama sekali wire dan rantai yang keras tanpa merosakkan wire atapun rantai tersebut.

 

 

IMG_5677

Crimping Pliers

 

Crimping Pliers.

– Berbentuk seperti playar flat nose, cuma perbezaannya ialah bahagian dalamnya terdapat gerigi.

Ia berfungsi untuk meratakan crimp bead. crimp bead yang diratakan dengan playar ini akan berbentuk gelombang dan ia mampu menghimpit tali nylon ataupun dawai dengan kuat.

 

 

IMG_5678

Bend-Nose Pliers

 

Bend-Nose Pliers.

– Berbentuk seperti playar flat nose, tetapi bahagian paruhnya membengkok.

Ia digunakan untuk mencapai bahagian yang agak tersembunyi (sukar dicapai).

Dengan mempelajari jenis-jenis tools..

yang digunakan untuk membuat aksesori, diharap dapat membantu anda untuk menyediakan set basic kit tools supaya lebih mudah anda membuat pelbagai jenis aksesori.

Walaupun anda seorang yang belum mahir dalam membuat aksesori, anda digalakkan mempunyai set tools ini.. sekurang-kurangnya Round-Nose Plies, Flat-Nose Pliers dan juga wire cutter.

Apabila anda merasakan anda ingin menjadi lebih serius untuk mempelajari cara-cara membuat aksesori ini.. adalah lebih baik anda melengkapkan koleksi tools anda dan sekaligus ‘upgrade’ your tools to those that are better quality.

Cuba kenali tools anda sebelum anda melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini..

Good luck.

Share the knowledge... Thanks for Sharing