IKX Hi-Tea Gathering

 

IKX Hi-Tea Gathering

 

img_8541

 

Pada 29 Mei 2016 yang lalu, IKSB telah mengadakan satu majlis  iaitu IKX Hi-Tea Gathering  yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara. Ianya adalah suatu majlis yang julung-julung kali diadakan oleh IKSB bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ikx ..menguatkan lagi ukhuwah dan juga membina networking yang kukuh sesama student ikx.

 

IKX Hi-Tea Gathering

sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai student.. ianya juga seperti meraikan satu keluarga yang besar ikx. Maklumlah.. selepas habis tempoh belajar, masing-masing telah membawa diri.. masing-masing cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Jadi inilah masa yang sesuai untuk pertemuan semula bekas pelajar IK.

 

img_8538

Pada hari yang telah ditetapkan..

kak sal sampai lewat sedikit, bergegas menuju ke pintu dewan.. tak sabar rasanya melangkah masuk ke dalam dewan.Mata sempat lagi melihat bunting yang terletak cantik di kiri dan kanan pintu dewan.. terasa amat bangga pada diri ini yang telah menjadi sebahagian keluarga besar ikx. Alhamdulillah.

Selak je pintu..

Terlihat senyuman manis dari sifu Amim Najmie, Sifu Naim Marinin, Cik Jay, encik Nazrul Shairi dan juga Cik Aie yang manis. Mereka tengah sibuk mengesahkan kehadiran para tetamu dan juga memberikan doorgift dari para sponsors ikx kepada para tetamu yang hadir.

 

img_8636

Dekorasi Dewan

Memang cantik dekorasi dewan pada hari tu.. nampak belon hitam-merah.. ini sudah tentu kerja tuan Zahid Dol dari Ohballon.

img_8539

 

 

img_8540

 

Pada masa itu..

Emcee yang ditugaskan untuk mengacarakan majlis Hi-Tea Gathering ikx adalah sifu Aman safuan dan Cik Jay. Satu gandingan yang mantap dari mereka berdua. celoteh-celoteh mereka berdua amat menghiburkan.. sekali-sekala ada juga usikan-usikan nakal mereka kedengaran.. membuatkan para tetamu ketawa.. tak kering gusilah jawabnya.

img_8479

 

Acara majlis.

Berbagai-bagai acara yang diadakan untuk menghiburkan para tetamu.. antaranya cabutan nombor bertuah, fesyen show, pertunjukkan nyanyian dari sifu Razzi Rahman. (Suara sifu Razzi masih lagi power) dan acara kemuncak bagi kak sal ketika itu ialah nyanyian yang hebat dari sifu Irfan Khairi. Siap ada back up singer lagi. Memang suka sangat dengan persembahan yang diadakan. Tak sempat rasanya nak bosan..

 

img_8510

 

Selain itu..

Salah satu acara yang juga ditunggu-tunggu oleh semua ahli IKX ialah upacara penyampaian sijil kepada bekas student IK. Seronok rasanya mendapat sijil penghargaan dari sifu ik..

 

img_8502

 

img_8505

 

 

Pada majlis IKX Gathering ini,

Ramai juga penaja-penaja yang telah menjayakan majlis yang gemilang ini. Tahniah semua.. antaranya adalah

Yummylicious, Oh Ballon, Garam Assyifa Aura Rezeki, Her Beaute, Moon Scarves, Amni De Calcas, MFA Boutique, Salpearl, nuzira delight, Amazing Kangen Water, Zawjada Event Photographer. Terima kasih kepada semua penaja.

 

img_8534

Antara door gift yang diberikan oleh para penaja

 

Waktu berpisah..

Memang waktu yang menyedihkan.. semoga selepas ini ada lagi pertemuan-pertemuan susulan di antara ahli IKX dan juga ahli IKSB. sekurang-kurangnya setahun sekali. Semoga dengan majlis-majlis perjumpaan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama IKX. jumpa lagi di lain kali.

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

 

Hari demi hari.. usia kita semakin meningkat.. takkan berpatah balik walaupun sesaat cuma. Ini bermakna semakin dekatlah juga kita pada detik kematian yang telah ditentukan oleh Allah pada setiap makhluk Nya.

Di saat-saat ini.. ketika tenaga semakin berkurangan.. bebanan semakin terasa.. malah kita semakin penat. Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan? segala masalah akan selesai. Apakah kita semakin gagah menuju kepada Nya.. ataupun semakin goyah?

 

IMG_3135

 

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

padahal..

hidup ini memerlukan kekuatan .. kekuatan untuk terus istiqamah melakukan amal jariah tanpa putus-putus.. tanpa jemu.. tanpa bosan. pesankan pada diri..walaupun kita insan yang serba kekurangan dan sekalipun diri ini terhijab dari nikmat ketaatan. Namun, jangan biarkan diri sampai merasa nikmat pada kejahatan.

pesan juga..

pada diri.. Biarlah kita menangis sepuas-puasnya sekarang ini.. daripada kita menangis di sana nanti.. di mana pintu taubat telahpun terkunci rapi..sebenarnya tak mengapa kita selalu menangis kerana dosa kita yang menggunung tinggi.. daripada kita tersenyum nikmat kerananya.

 

img_8928

 

Pesan pada diri..

biarlah diri menghadapi kesukaran dalam bertaubat.. lakukan sahaja .. paksakan diri  untuk bertaubat.. walaupun kadang-kadang tidak menjadi, tapi lakukan juga. cuba dan cuba lagi. Ianya lebih baik daripada kita melakukan dosa tanpa henti.

Wahai diri..

kan lebih baik jika kita menangis kerana sentiasa merasakan diri berdosa.. biarlah kita tersenyum gembira dan ketawa mesra apabila kita bersama insan lain. Tapi, jauh di sudut hati yang paling dalam.. biarlah kita merintih mengenangkan dosa-dosa yang lampau.

 

Di usia yang semakin senja ini..

Cuba tanyakan diri.. lenakah tidur mu dengan beban dosa yang kau pikul? Mimpi indahkah dikau.. dengan perlakuan-perlakuan yang engkau lakukan?.. Duhai diri.. adakah kamu lupakan Mati? Di manakah Qalbun Salim yang akan menjadi penjamin mu pada hari di mana segala harta dan keluarga tidak lagi berharga?

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

jawapannya tidak!.

Kena berusaha lagi bersungguh-sungguh untuk bertaubat dan jangan berputus asa kerana sesungguhnya ALLAH itu dekat.. Pintu keampunan Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan Nya. dan.. yang paling cantik sekali.. walaupun apa keluhan dan rintihan yang hamba Nya ingin luahkan. Allah itu Maha Mendengar!!

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing