Jadilah yang terbaik.

Jadilah yang terbaik

Jadilah yang terbaik

Manusia seringkali tidak berpuas hati..

dengan  segala kekurangan yang ada..

yang pasti..

segala apa yang kau inginkan..

belum tentu akan kau perolehi..

rama-rama pun harus jadi ulat dahulu..

sebelum menjadi rama-rama yang sangat indah..

marilah kita sama-sama berusaha

untuk menjadi lebih baik..

dari hari-hari yang sudah..

” Jika kamu memilih.. pilihlah yang terbaik

jika kamu dipilih.. jadilah yang terbaik”.

 

IMG_3135

Jadilah yang terbaik

 

Jadilah yang terbaik..

Ungkapan yang seringkali diucapkan.. jadilah yang terbaik.. bukan mudah sebenarnya untuk merealisasikan ungkapan tersebut.. tapi tak mustahil bukan untuk kita capai jika kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

 

Tajuk jadilah yang terbaik ini amat luas maknanya.. seluas angkasa raya.. seluas lautan yang tak bertepi.. dan tak mungkin kak sal huraikan satu persatu.. jadi kak sal cuma ambil satu tajuk yang kecil sahaja.. yang seringkali menyentuh kehidupan kita seharian..

 

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

 

Ingin mendapatkan yang terbaik kena  jadi yang terbaik.

  1. Tentukan apa matlamat anda dan kejarlah impian anda.

Anda pasti ada cita-cita mahupun impian yang ingin anda capai pada masa hadapan. Jadi tetapkan matlamat anda sedari awal dan cuba buat yang terbaik untuk mengejar impian anda.

Misalnya jika anda seorang yang sangat mencintai bidang hiasan dalaman.. cuba cari ilmu dalam bidang tersebut.. buat bersungguh-sungguh sehingga anda menjadi pereka hiasan dalam yang professional.
           2.     Perlukan passion yang tinggi.

Melakukan sesuatu yang kita minati akan memberikan suatu perasaan.. iaitu perasaan passion yang tinggi terhadap apa yang kita lakukan.. ianya akan membuatkan hidup kita lebih seronok untuk dilalui…

masa yang kita peruntukkan untuk apa yang kita lakukan kadang-kadang berlalu tanpa kita sedari. ini juga secara tidak langsung akan membantu kita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita inginkan itu.
         3.     Perlukan kesabaran yang tinggi.

Ini bermaksud.. kadang-kadang kita telah melakukan yang terbaik tapi masih juga belum mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Jangan berputus asa.. pada masa lalu mungkin kita telah gagal.. tetapi pada masa hadapan belum tentu lagi.. jadi bersabarlah. cuba jadikan masa hadapan anda lebih baik dengan cara memperbaiki kehidupan anda pada masa kini.
        4.    Berdoalah bersungguh-sungguh.

Siapalah kita sebenarnya.. hanya hamba Allah yang lemah.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan kita kejayaan yang indah bila tiba masa yang paling sesuai untuk kita.

 Hanya Allah sahaja yang tahu adakah kita telah bersedia ataupun tidak. Setelah kita cuba untuk jadikan diri kita yang terbaik berdoalah bersungguh-sungguh.. mintalah yang terbaik untuk diri anda.
         5.   Bersikap terbuka.

Kadang-kadang kita sukar untuk menerima teguran.. kita seringkali merasakan diri kita di pihak yang benar.. padahal nyata-nyata kita yang salah. Bagaimana kita hendak jadi yang terbaik jika kita sukar ditegur apabila melakukan kesilapan.

Mulai dari sekarang cubalah bersikap terbuka.. untuk menerima kesalahan diri. Cuba jangan mudah emosi kerana jika anda terlalu mengikut perasaan anda.. ianya akan membuat wibawa anda menurun.

jadi kesimpulannya.. jika ingin mendapatkan yang terbaik..berusahalah terlebih dahulu untuk jadi yang terbaik… kerana pada saat-saat anda menyiapkan diri untuk menjadi yang lebih baik..pada masa yang sama Allah menyiapkan sesuatu yang terbaik untuk anda.. In shaa Allah.

Semoga Semua sahabat-sahabat ku yang terbaik ini akan diberikan sesuatu yang terbaik dari Allah.. Aamiin.. In Shaa Allah.

 

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

perjalanan ini..

Perjalanan ini..

Perjalanan ini.. entah..

kita tak tahu bila kita akan sampai..?

 Perjalanan ini.. membuat kita cemas..

bilakah ianya akan berakhir..?

Perjalanan ini..

penamatnya adalah sebuah kejayaan ataupun kegagalan..?

 

img_9946

 

Hari pertama kita disini.. agenda utama kita adalah untuk menuju ke tempat perjuangan..  dunia ini adalah tempat perjuangan  yang telah  dirutinkan untuk diri kita.. sejak kita dilahirkan sehinggalah kita kembali kepada Nya. 

Walaupun agak bermalasan untuk memulai perjalanan ini..  namun, kita kena gagahkan juga.. kita tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan perjalanan yang terbentang di hadapan mata.  Bukan mudah memotivasikan diri untuk melakukan sebarang aktiviti .. apalagi jika ianya dilakukan tanpa kita ketahui di mana penghujungnya…

 

Perjalanan ini ..

umpama perjalanan hidup. Di mana .. di awal kehidupan kita , kita tidak tahu ke arah mana tempat yang akan kita tuju. langkahan demi langkahan yang kita lakukan bakal membawa kita ke suatu destinasi yang baru.  Kemudiannya kita akan bertemu dengan insan-insan lain.. insan-insan yang akan memberikan corak dan warna-warni dalam kehidupan kita.

Dengan insan-insan yang kita temui ini..  kita akan bertanyakan sedikit informasi tentang banyak perkara. Di sini.. banyak perkara-perkara baru yang akan kita pelajari. Ketika kita telah mengetahui  banyak perkara tentang tujuan perjalanan ini.. kita akan mula menanyakan tentang bagaimana cara untuk menuju ke jalan itu?

Kita akan bertanya dan bertanya berulangkali kepada orang-orang yang kita temui.. ianya untuk memastikan langkah-langkah akhir kita adalah langkah yang benar. Berbekalkan sedikit kekuatan dalam melayari peta kehidupan yang hendak dijelajahi.. agar perjalanan tidak tersasar jauh.. agar kita tahu jalan mana nak dilalui. Menambahkan lagi keasyikkan perjalanan ini.

Semua orang akan melalui detik-detik ini.. Wajah-wajah ceria dan duka, suara-suara riang dan sedih mengiringi perjalanan saat ini sungguh memberikan motivasi yang tertinggi ..  di mana pengakhirannya…??.Entah.. Kita gagahi juga menelusuri perjalanan ini..

 

Perjalanan ini..

 

 Selama melalui perjalanan yang mencabar hati dan minda ini.. banyak pertanyaan-pertanyaan awal yang tiada jawapan yang pasti. Ada yang menanyakan “kemanakah arah tujuan kita?”  , “Berapakah masa yang diambil untuk sampai di sana?” dan banyak lagi soalan-soalan yang sedang menari-nari diminda. Tarian minda yang seringkali membuat jiwa kita kacau.. 

Sebenarnya semua pertanyaan ini adalah sukar untuk dijawab kerana si penanya dan yang ditanya tidak mempunyai sebarang jawapan yang pasti. Ah! Betapa sukar untuk diterangkan…

 Keraguan mulai menghinggapi mereka-mereka yang melalui perjalanan ini. Keraguan mulai berbintik-bintik di hati mereka dan sedar tak sedar ianya sudah merebak perlahan-lahan pada diri yang lelah.

Kenapa ini berlaku?

Kerana walaupun sudah jauh berjalan.. kaki pun terasa sangat lenguh, lutut sendi juga terasa sakit.. namun masih  belum lagi mendekati tujuan.

 Apabila bertemu dengan insan-insan lain dalam melewati perjalanan ini.. banyak konflik yang akan terjadi.. sama ada ianya baik mahupun tidak berapa elok.. itulah hiasan yang terpaksa kita tempuh.

Siapalah kita untuk memilih-milih apa yang kita kehendaki. Namun konflik itulah nanti yang akan menentukan simpang mana yang layak kita selusuri nanti.

 

kadangkala kita akan mengeluh di saat langkahan kaki sudah menunjukkan kelelahan yang nyata.. masih bertanya dan bertanya .. untuk memastikan hala tujuan akhir kita. Apakah yang harus dilakukan?.. apakah harus kita melangkah terus dan mencuba untuk bertahan atau berhenti sahaja di sini..?

 

Perjalanan ini.. sampai bila??..

kita akan cuba menikmati setiap langkah-langkah.. dan berharap agar kita akan selamat sampai ke destinasi yang hendak kita tuju dan tidak akan disesatkan dengan sesuatu yang menjadikan kita terlupa tujuan asal kita yang utama..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing