perkhidmatan yang kami sediakan
Perkhidmatan yang kami sediakan.
Alhamdulillah..
syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kami dapat meneruskan hasrat kami membuka sebuah butik yang lebih berorentasikan tempahan dan perkhidmatan.. walaupun terdapat sedikit kelewatan yang tak dapat kami hindari. In shaa Allah butik kami akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1/4/2016.
Di butik kami.. iaitu Sarimah Adzrina boutique, kami ada menjual pakaian wanita,tudung,shawl dan juga aksesori berasaskan mutiara dari negeri Sabah.
Selain itu..
Perkhidmatan yang kami sediakan termasuklah menerima tempahan jahitan untuk pakaian wanita untuk majlis-majlis keraian tertentu seperti majlis tunang, majlis nikah dan juga majlis kahwin.
Jangan risau tentang kualiti perkhidmatan tempahan jahitan yang puan sarimah berikan kerana puan sarimah telah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Untuk makluman semua..
tempahan baju raya telahpun dibuka lebih awal dari biasa jadi sesiapa yang ingin menempah baju raya untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga yang lain bolehlah menempahnya di butik kami..
jangan tunggu lama-lama kerana tempahan akan ditutup sebulan sebelum bulan ramadhan. Cepat-cepat tau!!.
Selain menerima tempahan pakaian ..
perkhidmatan lain yang kami sediakan ialah menerima tempahan untuk doorgift, corporate gift, personal gift dan macam-macam lagi cenderahati yang berasaskan mutiara.
Biasanya doorgift yang kami sediakan adalah lebih unik dan lain daripada yang lain dan semestinya akan meninggalkan kenangan yang manis untuk para tetamu ..
Di butik kami..
Banyak juga aksesori yang ada disini untuk kegunaan sendiri… seperti kerongsang,pin tudung, cincin, gelang , rantai, lanyard dan banyak lagi..
kena datang dan tengok sendiri.. baru tahu..
Baiklah..
nanti sesiapa yang ada masa yang terluang tu.. sudi-sudilah bertandang ke butik kami nanti ya..ada bermacam-macam barangan yang mungkin menarik minat anda dan tidak terdapat di tempat lain
Terima kasih semua…