perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara

Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara

 

12744076_948404468571411_8631611311566297848_n

 

kak sal sangat meminati mutiara dan kak sal pasti ramai juga di luar sana seperti kak sal. Kak sal bangga dapat memertabatkan mutiara Sabah di mana sahaja kak sal berada.

Ingat lagi..

Dulu memang susah nak dapatkan mutiara Sabah ini. kena pergi ke Sabah beli..baru boleh dapat. sekarang ini.. amat mudah.. tengok online, order,bayar..dah boleh dapat.

Persoalan sekarang adalah apabila aksesori yang cik puan semua beli rosak, terputus, tertanggal atau macam-macam lagi???.. agak-agak apa yang akan terjadi dengan semua aksesori itu.

10423644_948424095236115_4469494855599745680_n

Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara

Pasti..

semuanya disimpan di dalam kotak atau di dalam laci.. paling teruk apabila aksesori tersebut terus dilupakan. ini adalah satu pembaziran.. kan sayang aksesori yang mahal-mahal ini dibiarkan begitu sahaja.

Padahal aksesori ini masih boleh dibaiki semula. Di sinilah perlunya Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara dari salpearl.

 

12241181_903010186444173_39674150776488666_n

Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiar

 

Cuba buka laci dan kotak aksesori puan..

mungkin ada rantai yang telah putus, gelang tangan yang telah longgar ikatannya malah aksesori lain yang telah rosak.. yang puan sangat sayang.. ataupun rantai mahupun gelang puan.. memerlukan claps yang baru?

Semua itu boleh dibaiki dan puan boleh menggunakan semula semua aksesori puan.
934156_948453091899882_5772130755274794528_n (1)

Perkhidmatan baikpulih aksesori mutiara

In shaa Allah..

apa sahaja masalah yang puan hadapi mengenai aksesori puan.. kami sedia membantu. hanya perlu hantar kepada kami.. dan kami akan kenal pastikan apa masalah sebenar..

In shaa Allah kami akan sedaya upaya membantu membaikpulih aksesori puan.

 

12745987_949387398473118_1429743996738810706_n

Perkhidmatan baikpulih Aksesori Mutiara

 

Hanya satu harapan kak sal..

agar diberikan kepercayaan untuk melakukan yang terbaik untuk aksesori anda.. kak sal hanya mahu agar kalian semua dapat menggunakan kembali aksesori anda.. ataupun setidak-tidaknya boleh diberikan kepada orang yang tersayang dalam keadaan yang terbaik..

12751749_949074521837739_1896727130_o

Di sini kak sal sertakan alamat kedai kak sal..

bolehlah datang berjumpa kak sal jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan kerosakkan aksesori. Apa tunggu lagi..    jomlah  selongkar laci dan kotak aksesori..

Manalah tahu terjumpa aksesori lama yang masih boleh dibaiki.. manalah tahu aksesori tersebut  boleh digunakan masa raya nanti ..

siapa tahu???

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Teknik Memory wire

Teknik memory wire.

 

Terdapat banyak teknik-teknik yang digunakan untuk mencipta aksesori idaman terutama sekali apabila membuat aksesori gelang dan rantai leher .  Antaranya adalah teknik  wire, teknik jump ring, teknik chain, teknik glue, teknik dan banyak lagi.

 

IMG_3591

Gelang mutiara 2 layer

 

 

Pada hari ini ,kak sal ingin tunjukkan antara design-design aksesori daripada salpearl yang menggunakan  teknik memory wire. Biasanya design yang menggunakan teknik ini kelihatan kemas dan teratur.

 

IMG_3593

Gelang mutiara 3 layer

 

Pada contoh di atas adalah gelang mutiara mengggunakan teknik memory wire 3 layer. teknik ini menggunakan mutiara yang sama besar dan diselang-selikan dengan pelbagai jenis aksesori finding.

Design gelang yang menggunakan teknik ini amat sesuai digunakan oleh mereka-mereka yang mementingkan penumpuan aksesori di pergelangan tangan mereka.

 

 

IMG_3591

Teknik memory wire

 

Contoh di atas menggunakan teknik memory wire 2 layer.. Sama sahaja seperti gambar di atas tadi cuma pada kali ini hanya menggunakan wire 2 layer sahaja.

Ianya lebih kelihatan simple dan ramai juga yang suka akan design ini.

 

IMG_20150310_124005

Gelang mutiara jenis gabung

 

Contoh di atas pula adalah  menggunakan teknik memory wire secara gabung, iaitu memory wire 1 layer digabungkan dengan memory wire 2 layer.

Design ini kelihatan lain sedikit daripada design yang biasa orang lain gunakan.. namun agak unik juga. Akan tetapi ada sahaja orang-orang yang suka bereksperimen dengan design-design sebegini.

 

IMG_4619

Gelang mutiara jenis gabung

 

Contoh di atas pula adalah teknik yang menggunakan teknik memory wire 3 layer yang menggabungkan mutiara bersaiz kecil dan mutiara bersaiz sederhana.

Design ini sangat diminati ramai kerana ianya  memperlihatkan keunikkan dalam mencipta design-design yang lain daripada yang lain. Namun bukan mudah membuat design seperti ini kerana mutiara yang digunakan bukannya mempunyai saiz yang sama.. saiz yang lebih kurang sama.. bukan mudah ya!!
IMG_0327

Gelang mutiara jenis liltan

 

Contoh di atas menggunakan  wire jenis lilitan 3 layer yang digabungkan dengan pelbagai aksesori findings. Mudah dibuat dan mudah juga digunakan.

 

IMG_4908

gelang Kristal 1 layer

 

Contoh di atas menggunakan  memory wire yang paling mudah dan senang dibuat.

 

11045450_589019637901205_1942033966007299394_n

 

Ini adalah secara ringkas, pengenalan tentang design-design yang biasa menggunakan memory wire ini. Semoga ianya memudahkan anda untuk mengenali dan mengenalpasti design-design yang anda minati sebelum menempahnya.

 

Terima kasih..

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing