Jewelry Findings

Jewelry Findings.

 

Logam-logam yang biasa digunakan untuk membuat aksesori.

Terdapat pelbagai jenis logam yang digunakan untuk membuat aksesori.

Aksesori logam ini digunakan untuk melengkapkan sesuatu design elemen , memberhentikan manik daripada bergerak di tali nilon dan seterusnya dapat menyatukan semua elemen yang hendak digunakan dan logam-logam ini dikenali sebagai Jewelry findings

 

Ini adalah antara elemen-elemen logam yang akan kita gunakan nanti.

 

IMG_0166

 Head Pin.

Fungsinya adalah untuk mengunci manik/beads agar tidak terjatuh dan dihujung sebelahnya pula selalunya akan disambungkan dengan manik/beads yang sudah dipasangkan dengan eye pin mahupun ring.

 Berbentuk seperti jarum peniti. Terdapat dalam pelbagai ukuran dan saiz.

 

 

IMG_0167

 

Eye Pin

Bentuknya lebih kurang Head Pin. Cuma, salah satu di hujungnya terdapat satu lubang.

Fungsinya adalah untuk merangkai manik / beads, yang telah dipasang dengan Eye Pin, Head Pin ataupun ring dengan manik/beads yang lain.

Terdapat dalam pelbagai ukuran dan saiz.

 

 

 

IMG_0168

Jump Ring.

 

  • Jump Ring adalah Ring Metal yang digunakan untuk menyambung rangkaian manik/beads yang sudah dipasang Eye Pin, Head Pin, Charms, Loop ataupun slider ke Eye Pin yang lain.

 

 

 

IMG_0174
Crimb Bead. (Stopper)

 

  • Digunakan untuk mengakhiri rangkaian gelang ataupun rantai yang menggunakan tali nilon/tangsi.
  • Gunakan stopper yang bersesuaian dengan ukuran tebal tali/nilon.

 

 

 

IMG_0176

Caps.

 Digunakan untuk menutup hujung manik/beads agar menambah seri dan dapat melindungi kecacatan manik yang rosak akibat penebukan keatas manik/beads.

  • Boleh menutup simpulan tali dan mencantikkan lagi simpulan yang menghubungkan tali ke manik yang lain.

 

 

IMG_0179

 

Claps.

 

  • Untuk menguatkan atau mengunci rangkaian rantai atau gelang.
  • Tersedia dalam berbagai bentuk, model dan paten.

 

 

 

IMG_0175

 

Lobster Claps

 

  • Pengunci ini sangat biasa digunakan untuk mengunci rantai mahupun gelang.
    Ianya berbentuk seperti lobster. Terdapat dalam berbagai warna dan ukuran

 

 

 

IMG_0180

 

Toggle.

  • Fungsinya sama seperti claps tetapi, toggle mempunyai bulatan dan pengait berbentuk T yang sangat mudah digunakan.

 

 

 

 

 

IMG_0182

 

Champs

Digunakan untuk menghiasi rantai mahupun gelang yang dibuat.

memiliki bulatan kecil yang terletak di bahagian hujung yang digunakan untuk menggantungkan champs pada rangkaian rantai mahupun gelang.

Terdapat dalam banyak bentuk dan paten.

 

 

 

IMG_0154

 

Earring Hook.

Digunakan untuk menggantung aksesori yang dirangkai. Bahagian crook hook akan disangkutkan ke telinga dan bulatan loop kecil dihiasi dengan pelbagai elemen aksesori.

Stail earring hook yang sangat popular adalah fish hook wire.

 

 

IMG_0169

Pendant Holder.

Digunakan untuk menggantung beads, mutiara ataupun Kristal untuk dijadikan loket / buah rantai.

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jenis-jenis rantai dan ukurannya.

Jenis-jenis rantai dan ukurannya.

 

12439241_930273810384477_6132631380825772428_n

Jenis-jenis rantai dan ukurannya.

 

Pelbagai jenis Rantai.

 

Sebelum ini kak sal pernah menyentuh tentang pentingnya work board ataupun beards board yang digunakan untuk lebih memudahkan kita menyusun beads sebelum kerja-kerja merangkai dimulakan.

Petak-petak kecil yang terletak di tengah-tengah work board itu adalah untuk meletakkan manik-manik, logam-logam aksesori tambahan, kristal mahupun mutiara yang akan digunakan.
Biasanya work board ini digunakan untuk memudahkan kita merangkai rantai mahupun gelang yang dipesan oleh pelanggan dengan meletakkan kesemua bahan-bahan yang ingin kita gunakan mengikut design yang telah kita pilih.

saluran-saluran dalam yang melengkung dilengkapi dengan nombor-nombor ukuran di bahagian tepi adalah untuk kita menentukan jenis-jenis rantai dan ukurannya  yang ditempah oleh pelanggan kita.

IMG_20150305_100622

Jenis-jenis rantai yang terdapat di salpearl

 

Jenis-jenis rantai.

Di sini kak sal akan memperkenalkan jenis-jenis rantai yang biasa digunakan dan ditempah di kedai salpearl  iaitu, collar, rope/lariat, coker, princess, Opera-length dan juga matinee.

Bentuk-bentuknya juga adalah pelbagai.. ada yang berangkai-rangkai, ada yang seutas sahaja, ada yang menggunakan buah rantai sebagai perhiasan, ada yang kelihatan elegan.. ada juga yang bergaya etnik.

 

IMG_0588

Rantai mutiara Sabah jenis collar

 

Collar.

Ukuran panjang rantai jenis collar biasanya 30-33 sm / 12-13 inci. Biasanya terdiri daripada beberapa rangkaian dan ianya terletak di tengah-tengah leher.

Gaya ini sangat terkenal pada zaman Victoria.

 

DSC_0330

Rantai mutiara Sabah jenis coker

 

Coker (Choker).

Ukuran panjang rantai jenis coker lazimnya 35-40 sm / 14-16 inci. Coker merupakan rantai dan gaya paling klasik dari semua jenis rantai.

Biasanya terdiri daripada rantai tunggal. Panjang rantai coker biasanya tepat berada di atas tulang pangkal leher.

 

DSC_0325

Rantai mutiara Sabah jenis Princess

 

Princess.

Panjang rantai jenis princess adalah 43-49 sm / 17-19 inci. Rantai jenis ini adalah yang paling popular dan diminati.

Rantai jenis ini sangat sesuai bila digantungi loket.

 

DSC_0359

Rantai mutiara Sabah jenis Rope atau lariat

 

Rope atau Lariat.

Panjang jenis rantai rope ini adalah 115sm / 45 inci. Ukuran terpanjang dari semua jenis rantai.

Boleh dipasang pengancing di tempat yang tersembunyi agar rantai boleh diubah menjadi gelang ataupun menjadi rantai berangkai.

 

DSC_0350

Rantai mutiara Sabah jenis matinee

 

Matinee.

Panjang rantai jenis matinee ialah 50 -60 sm / 20-24 inci.

Lebih panjang daripada rantai princess.

 

DSC_0332

Rantai mutiara Sabah jenis Opera-length

 

Opera-length.

Panjang rantai jenis Opera-length ialah 70-85 sm / 28-30 inci.

Dikenali sebagai rantai tunggal dan akan menimbulkan kesan keanggunan. Juga boleh menjadi coker yang elegan jika dilipat dua.

Keemua jenis rantai di atas menggunakan pengancing (claps) di belakang leher, kecuali kalung jenis rope dan opera-length.

Namun jika ingin bercadang untuk membuat rantai rope dan sekali-sekala boleh diubah menjadi rantai coker, maka perlulah memasang claps.

Claps pula perlulah dipilih  yang bersesuaikan dengan panjang pendek seutas rantai  ataupun berat .. ringan beads yang digunakan untuk merangkai rantai.

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Ruang kerja yang selesa.

Ruang kerja yang selesa.binderlayingopen_550x634Ruang kerja.

Membuat ruang kerja yang selesa sangat diperlukan jika ingin menjalankan kerja-kerja   merungkai aksesori yang diinginkan. Tidak kira anda ingin menjalankan perniagaan tersebut di rumah mahupun di kedai.

Anda  hanya memerlukan sedikit ruang kosong di salah satu ruangan di rumah mahupun di kedai anda. Misalnya jika di rumah, ruang yang boleh digunakan sebagai ruang kerja seperti ruang keluarga, ruang kosong di tepi tingkap, ruang kosong di bawah tangga dan banyak lagi.

 

IMG_20150308_142318

Kerja-kerja merungkai aksesori seperti rantai, gelang dan lain-lain lagi akan membuat kita berhadapan dengan ribuan benda-benda kecil seperti manik, mutiara,kristal logam-logam perhiasan yang mana amat mudah bertaburan, tumpah dan kadang-kadang amat sukar ditemui apabila kita memerlukannya.

Jadi..

Jika ingin mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.. tidak salah sekiranya kita menyediakan ruang kerja yang selesa bagi memudahkan kita melakukan kerja-kerja kita.

 

IMG_0450

 

Jika perlu..

simpanlah aksesori-aksesori, logam-logam kecil, manik-manik, Kristal-Kristal, mutiara dan pelbagai jenis manik batu di tempat penyimpanan yang berasingan.

Penyimpanan yang lebih teratur ini akan  lebih memudahkan anda untuk menemukan apa sahaja bahan-bahan yang anda ingin gunakan.

 

IMG_0252

Jika perlu..

anda boleh letakkan label  pada bekas penyimpanan agar mudah bagi anda untuk menemukan kelengkapan yang diperlukan. ini pasti akan menjimatkan masa anda.

Labelkan mengikut kategori, saiz, mahupun jenis-jenis aksesori yang disimpan. Pada permulaan melakukannya memang agak leceh. akan tetapi lama-kelamaan anda pasti akan biasa dan ianya pasti akan memudahkan dan mempercepatkan lagi
 kerja-kerja anda.

 

IMG_0077

Jika..

Terlalu banyak tempat aksesori yang terpaksa digunakan, anda boleh sahaja menggabungkan beberapa benda yang mempunyai warna yang berbeza dan saiz yang tidak sama.

Namun sebaiknya gunakanlah bekas yang lut sinar agar mudah dilihat. Biasanya bekas plastik lut sinar ini ada dalam pelbagai bentuk dan ukuran.

 

 

 

kedai salpearl (3)

Tempat penggantungan juga diperlukan untuk menggantungkan hasil-hasil  kerja yang telah siap agar nampak lebih teratur malah memudahkan kita mencari stok yang tinggal jika ada pelanggan berminat membeli aksesori tersebut.

Tempat penggantungan ini juga biasanya digunakan untuk menggantung pelbagai aneka stok manik-manik, mutiara dan pelbagai batuan lain .

 

20150318105403

Patung leher pula adakalanya diperlukan untuk menilai rantai yang telah siap dirangkai.. jika rasa tidak menepati apa yang diinginkan .. rantai akan dirangkai semula.

Setelah berpuas hati, patung leher ini akan digunakan pula untuk mempamerkan rantai yang telah siap. Patung leher paras dada ini tersedia dalam 4 warna iaitu warna putih, kelabu, hitam dan krim.

 

12439241_930273810384477_6132631380825772428_n

Work board atau papan manik akan memudahkan anda menyusun manik dan logam sebelum ianya dirangkai menjadi rantai mahupun gelang.

Saluran-saluran berbentuk melengkung membantu anda dalam menyusun kombinasi rangkaian kerana ianya dilengkapi dengan ukuran rantai atau gelang yan ingin dibuat. Petak-petak kecil pula adalah untuk meletakkan manik dan aksesori yang akan dirangkai.

Ruang kerja yang selesa

Biarlah terang dan mempunyai cahaya yang mencukupi. dengan cahaya yang terang, anda akan merasa selesa dan bebas ketika melakukan kerja-kerja anda kerana anda akan berhadapan dengan manik-manik yang kecil dan halus.

Jika kurang pencahayaan anda mungkin tidak merasa selesa, mata akan terasa sakit dan akan melambatkan kerja-kerja yang ingin anda lakukan. penggunaan pencahayaan lampu neon yang berwarna putih adalah lebih baik. daripada lampu yang kerwarna kuning.

Permukaan meja haruslah sentiasa  kemas dan berwarna terang. Ini pula secara tidak langsung dapat membantu anda untuk memilih kombinasi warna manik/beads yang sesuai dan menarik.

Diharap artikel kak sal pada kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin menyediakan ruang kerja yang selesa untuk mempersiapkan diri membuat kerja-kerja tangan yang anda minati.
Share the knowledge... Thanks for Sharing

kenali tools anda.

Kenali Tools Anda.

 

Tools Yang biasa digunakan.

Di dalam artikel kak sal pada kali ini adalah ingin mengajak para pembaca agar cuba kenali tools anda yang bakal anda gunakan ketika merungkai aksesori nanti.

 

IMG_5671

Round nose pliers

Round Nose pliers.

– Merupakan peralatan asas yang diperlukan untuk membuat loop(lingkaran kecil). Bahagian hujungnya berbentuk kerucut supaya boleh mengikuti lingkaran loop yang dikehendaki.

Semakin ke hujung muncung round nose pliers digunakan semakin kecil bentuk loop yang akan terhasil.

 

 

IMG_5672

Small Chain-nose Pliers

 

Small Chain-Nose Pliers.

– Juga dikenali sebagai Flat Nose pliers. Di bahagian dalam playar adalah rata / datar tanpa sebarang gerigi.

Ia berfungsi untuk meratakan dawai yang bengkok. Ia juga seringkali digunakan untuk membuka jump ring.

 

 

IMG_5673

Needle Nose Pliers.

 

Needle Nose Pliers.

– Selalunya didatangkan  dalam pelbagai bentuk saiz kerana untuk memudahkan pengguna menggunakan playar yang selesa dengan tangan mereka.

Playar yang memiliki hujung yang panjang dengan permukaan yang rata pada bahagian dalam. Ianya berfungsi untuk mencapai bahagian yang kecil dan sukar untuk dicapai.

 

 

IMG_5675

Wire Snips

 

Wire Snips.

– Ia berfungsi untuk memotong rantai ataupun dawai dengan mudah.

Pilihlah playar dari kualiti yang baik kerana playar yang tidak berkualiti mudah tumpul dan rosak. malah ianya akan turut menjejaskan kualiti rantai dan dawai yang telah dipotong.

 

 

IMG_5676

Memory Wire Cutters

 

Memory Wire Cutters.

– digunakan untuk memotong semua jenis wire terutama sekali wire dan rantai yang keras tanpa merosakkan wire atapun rantai tersebut.

 

 

IMG_5677

Crimping Pliers

 

Crimping Pliers.

– Berbentuk seperti playar flat nose, cuma perbezaannya ialah bahagian dalamnya terdapat gerigi.

Ia berfungsi untuk meratakan crimp bead. crimp bead yang diratakan dengan playar ini akan berbentuk gelombang dan ia mampu menghimpit tali nylon ataupun dawai dengan kuat.

 

 

IMG_5678

Bend-Nose Pliers

 

Bend-Nose Pliers.

– Berbentuk seperti playar flat nose, tetapi bahagian paruhnya membengkok.

Ia digunakan untuk mencapai bahagian yang agak tersembunyi (sukar dicapai).

Dengan mempelajari jenis-jenis tools..

yang digunakan untuk membuat aksesori, diharap dapat membantu anda untuk menyediakan set basic kit tools supaya lebih mudah anda membuat pelbagai jenis aksesori.

Walaupun anda seorang yang belum mahir dalam membuat aksesori, anda digalakkan mempunyai set tools ini.. sekurang-kurangnya Round-Nose Plies, Flat-Nose Pliers dan juga wire cutter.

Apabila anda merasakan anda ingin menjadi lebih serius untuk mempelajari cara-cara membuat aksesori ini.. adalah lebih baik anda melengkapkan koleksi tools anda dan sekaligus ‘upgrade’ your tools to those that are better quality.

Cuba kenali tools anda sebelum anda melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini..

Good luck.

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kenapa anda berniaga?

Kenapa anda berniaga .

Sekarang ini, ramai yang ingin memulakan perniagaan tanpa mengetahui asal tujuan mereka ingin memulakan perniagaan. Jadi apabila anda ingin memulakan perniagaan.. asas yang paling penting yang perlu anda jawab pada diri anda sendiri ialah “kenapa anda berniaga?”.

Fikir sebaik-baik mungkin!

12113510_891875554224303_2553217338505627850_o

Kenapa anda berniaga

 Mencipta sebuah perniagaan dari tiada ke lakaran-lakaran yang hebat .. seterusnya mengaplikasikannya ke sebuah perniagaan.. akan memerlukan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak.

Jadi..
sebelum anda melangkah lebih jauh lagi, anda kena faham dan bersedia untuk memulakan satu perjalanan yang sangat mencabar kerana dengan kefahaman yang jelas.. anda mungkin akan lebih kuat uuntuk menghadapi segala macam rintangan yang bakal anda hadapi.

Bagi kebanyakkan orang..

mereka ingin memulakan perniagaan agar mereka bebas dari sebarang kekangan. Bebas dari kerja-kerja seharian yang bukan minat mereka, bebas dari bebanan kewangan, bebas dari bebelan seorang boss dan menjadi boss sendiri dan macam-macam lagi.

Akan tetapi.. adakah keputusan yang anda ambil untuk memulakan perniagaan sendiri ini adalah satu langkah yang bijak jika menggunakan  sebab-sebab di atas?
kedai salpearl (2)

kenapa anda berniaga

Akan tetapi..

Jika keputusan telah diambil dan ia adalah keputusan yang muktamad.. Walau apapun alasan anda untuk memulakan perniagaan sendiri.. anda perlu kuat..anda perlu positif..

Anda tidak perlukan kelulusan yang tinggi. Anda tidak perlu mengisi sebarang borang untuk menjual produk anda sendiri. Hanya perlukan satu keputusan dan disertakan dengan sebuah tindakan.

Jadi..

Mulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Jangan menghabiskan wang yang ada dengan sesuatu produk yang belum tentu akan terjual.

Anda boleh mencuba dan membuat penambahbaikkan secara beransur-ansur dan pastikan produk anda telah mampu untuk berdaya saing dengan saingan anda sebelum melaburkan wang yang banyak.

Pada saya..

mula-mula berniaga dahulu.. saya hanya target RM 100.00 sehari. ini mungkin bukan satu angka yang menarik bagi anda, akan tetapi.. ini hanyalah satu target sahaja. Jika ingin lebih.. berusahalah dengan lebih gigih lagi.

Dengan   sedikit demi sedikit  penambahbaikkan dari mana-mana yang kurang berkesan saya pasti  anda akan berjaya meningkatkan pendapatan anda. Walaubagaimanapun.. jika ingin terjun ke dunia perniagaan.. anda perlu bersedia.
Anda perlu ada..

1. stamina untuk menamatkan apa yang anda ingin mulakan. Ramai usahawan yang tersungkur di pertengahan jalan sebelum berjaya mengaut keuntungan. (bukan ingin menakutkan.. tetapi itulah kenyataan).

2. Perlu berfikiran terbuka untuk mempelajari benda-benda baru setiap hari.

3. Jangan ego. “Arrogance is a business – killer”.

4. membina sebuah perniagaan adalah sebuah proses yang sentiasa dilakukan berulangkali. Sentiasa membuat keputusan untuk perniagaan yang dibina. Apabila anda telah membuat sesuatu keputusan.. anda kenalah bertanggungjawab dengan keputusan yang telah anda pilih.

Anda kena berusaha untuk menjadikan pilihan yang telah ambil Berjaya dilaksanakan tanpa menyalahkan ekonomi, politik, masyarakat mahupun sebarang cuaca yang melanda.

5. sentiasa memantau perkembangan perniagaan anda.. samada ianya berjalan lancar atau sebaliknya.

IMG_4044

kenapa anda berniaga

Memang benar..

50% perniagaan yang baru muncul akan tersungkur dalam tempoh keramat.. “within 3 years”, tetapi sebahagian pula akan berjaya.

Jadi pastikan anda berada di tempat yang betul!… pastikan anda memilih produk yang betul.. perkhidmatan yang hebat anda laksanakan marketing secara betul, anda pasti boleh melakukannya.

 

Good Luck

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Mutiara Sabah.

Mutiara Sabah.       

Seringkali timbul persoalan di minda kita.. adakah perlu kita membersihkan mutiara yang selalu kita gunakan ataupun tidak kerana ramai pengguna yang menggunakan mutiara sebagai aksesori dan perhiasan diri risau jika membersihkan mutiara tersebut ianya akan menyebabkan kerosakkan pada aksesori mahupun mutiara itu.

IMG_4480

kerongsang mutiara Sabah.

Jawapannya..

Ya..Mutiara perlu dibersihkan sekali-sekala, bukannya selalu.

Kenapa?

sebab jika anda memakai mutiara  seperti gelang, rantai, subang dan cincin dan sebagainya. Ianya secara tidak langsung akan mengakibatkan aksesori itu bersentuhan dengan kulit dan terkena dengan peluh, kotoran dan lembapan semulajadi daripada kulit anda.

Kesan kotoran itu akan melekat pada aksesori. Bayangkan jika setiap hari anda akan menggunakan aksesori tersebut.. ianya bakal membuatkan mutiara anda kelihatan tidak bersinar dan malap.

  “But, I Thought…”

Ya, ya saya tahu apa yang anda fikirkan!..anda mesti selalu mendengar tentang mutiara.. jika selalu digunakan ia akan semakin bersinar dan cantik. Kenyataan itu ada benarnya tetapi ada juga salahnya..

          Here is why..

Pearl love moisture..they love the feel of being against our moist skin. It makes them feel great!.. but on the other hands, your natural skin oils can make those pearl down.. so, if you want your pearls always looking great..take good care of them..keep them clean.

 

kerongsang muriara 02

Mutiara Sabah

Sebenarnya..

bukan susah untuk membersihkan Mutiara kita.. hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Anda hanya perlu mengelapnya dengan tuala atau kain yang lembap dan mutiara anda akan kembali bersinar.

Jika anda ada masa terluang ( atau sedikit rajin hihihi.. ) anda boleh menggunakan sabun yang paling lembut seperti sabun mandian bayi dan semua kekotoran itu akan hilang. Selepas itu, lapkan mutiara itu sehingga kering.

Untuk rantai leher pula..

Apabila membersihkan rantai leher.. ianya  akan mengambil sedikit masa untuk kering. Jangan sekali-kali anda memakai rantai leher anda yang masih lembap atau menggantungkannya selepas mencuci.

Ini adalah kerana rantai leher biasanya diikat menggunakan silk thread ataupun nylon. Ini akan membuat rantai leher tersebut menjadi longgar. Cara yang betul dan paling sesuai adalah meletakkannya terlebih dahulu di atas tuala ataupun kain yang lembut dan biarkan ianya kering sendiri.

 

IMG_0588

Rantai mutiara 3 layer

Bagi Aksesori mutiara yang digabungkan dengan aksesori lain seperti besi, kaedah pembersihannya agak berlainan.

Anda hanya perlu mengelap perlahan-lahan mutiara tersebut.. hanya mutiara sahaja.. selepas itu letakkan di atas tuala ataupun kain dan biarkan ianya kering terlebih dahulu sebelum di simpan.

Sekarang ..

anda semua telah tahu bagaimana cara yang betul untuk membersihkan dan menjaga mutiara anda agar kecantikkannya tetap terpelihara. Jadi apa tunggu lagi,   anda bolehlah membersihkan aksesori mutiara anda sekarang!!

love your pearl..

Share the knowledge... Thanks for Sharing