Berminat hendak membuat aksesori sendiri?

Berminat hendak membuat aksesori sendiri?

Seringkali orang akan membayangkan bahawa perniagaan aksesori wanita memerlukan modal yang banyak. Sebenarnya dengan modal yang kecil sahaja perniagaan ini dapat dijalankan.

Dengan bahan-bahan yang mudah diperolehi seperti  Kristal, batu-batuan lain, mutiara dan juga chinese stone serta banyak bahan-bahan aksesori  sebagai pelengkap gaya cukup untuk anda memulakan perniagaan ini.
12113510_891875554224303_2553217338505627850_o

Berminat hendak membuat aksesori sendiri?

Sebenarnya ..

Keperluan aksesori wanita untuk melengkapkan diri melalui penampilan adalah satu kemestian. Tidak hairanlah, jika perniagaan untuk memenuhi keperluan wanita adalah salah satu peluang perniagaan yang cukup berpotensi.

Aksesori yang digunakan oleh kaum wanita sangat mempengaruhi penampilan dan keyakinan seorang wanita.. sebab itulah kaum wanita pasti ingin menggunakan aksesori yang terbaik buat diri mereka.

 

Sebenarnya,

aksesori wanita mempunyai pelbagai variasi. Ada yang mahal, ada yang berharga sederhana dan ada yang lebih murah. Masing-masing mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kerana itulah, perniagaan aksesori wanita masih mempunyai pasaran yang luas.

Anda boleh  memulakan projek anda untuk belajar sekaligus dapat mereka sendiri aksesori yang sesuai dengan keinginan anda dan juga pembeli. Dengan menggunakan modal yang relatif kecil, anda telah boleh memulakan perniagaan anda .

 

Sebelum memulakan projek aksesori ini, mari kak sal  kenalkan bahan-bahan yang diperlukan.

 

  1. Manik Batu. (gemstone)
  • Terdapat banyak jenis gemstone yang berada di pasaran sekarang ini, yang boleh dijadikan pilihan untuk memulakan projek aksesori anda. Terpulang kepada budget anda masing-masing.
  • Harga batu-batu perhiasan ini biasanya bergantung dengan tingkat kekerasan batu tersebut. Semakin tinggi kekerasannya, semakin mahal harganya.
  • Batu yang tingkat kekerasannya lebih tinggi adalah lebih bagus jika dibandingkan dengan batu yang tingkat kekerasannya lebih rendah kerana mudah pecah dan patah.
  • Untuk projek kali ini, pastikan harganya sesuai dengan budget yang anda ada.
  • Terdapat 5 kategori jenis-jenis batu:

 

1.Batu kelas pertama – nilai kekerasannya antara 8 – 10.

Contohnya (Delima) Ruby.

 

2.Batu kelas kedua – nilai kekerasannya antara 7 – 8

Contohnya Opal

 

3.Batu kelas ketiga – nilai kekerasannya – 7

Contoh – Firus (turquoise)

 

IMG_2186

 

4.Batu Kristal gunung – nilai kekerasannya antara 4-7

Contoh – Amethyst

 

5.Jenis Calcedoon – nilai kekerasannya antara 4-7

Contoh – Agaat

 

2. Batu Kristal.

 

Kristal Swarovski.

  • Kristal Swarovski adalah salah satu batu yang seringkali digunakan untuk membuat perhiasan wanita.
  • Kristal Swarovski mempunyai lapisan standard yang sangat tinggi dan akan bertahan lama .
  • Kristal Swarovski sangat cantik. Ianya memberikan kesan mewah dan mahal kerana kilauannya yang cantik.

 

 

IMG_4942

berminat hendak membuat aksesori sendiri?

 

 

 

mutiara (45)

tasbih menggunakan Kristal china

 

 

Mutiara.

 

  1. Mutiara Air masin / Mutiara Laut.
  • Mutiara Air Masin mempunyai nilai dan kualiti yang tinggi. Sebiji Mutiara laut yang berkualiti harganya selalu mencecah ratusan ringgit. Misalnya rantai mutiara yang panjangnya 18 inci harganya mencecah ribuan ringgit berbanding rantai mutiara yang diperbuat daripada mutiara air tawar.
  • Faktor ini banyak dipengaruhi oleh permintaan yang tinggi untuk Mutiara Laut tetapi penawaran untuk Mutiara Laut adalah kurang. Ini disebabkan Mutiara Laut sukar diperolehi sedangkan Mutiara Air Tawar banyak dihasilkan.

 

IMG_0190

Mutiara Laut / Mutiara Air Masin

 

2. Mutiara air tawar / mutiara ternak

 

(untuk keterangan lanjut rujuk pada artikel kak sal.. bagaimana mutiara terhasil dan dihasilkan).

 

IMG_3593

Gelang tangan menggunakan mutiara air Tawar

 

3. Mutiara Faux / Fake.

Manik yang disalut . tidak tahan lama dan mudah terkopek.

 

IMG_0326

Mutiara Faux/fake

 

Ok..

setakat ini sahaja coretan kak sal pada kal ini.. nanti kak sal perkenalkan lagi bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk membuat aksesori. Kalau ada yang ingin tahu lebih lanjut lagi.. just komen nak tahu.. boleh kak sal lanjutkan lagi.

Jadi..

adakah anda berminat hendak membuat aksesori sendiri?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kisah sang kancil

Kisah sang kancil

 

IMG_4504

Kisah sang kancil

Kisah sang kancil  ini..

hanyalah sebagai satu simbolik dalam kehidupan manusia ketika ini. Betapa ramai manusia yang akan kita temui bertopengkan kuasa dan kekuatan untuk menindas insan-insan yang lemah.

Kadang-kadang untuk survive dalam kehidupan ini.. ramai yang akan menjadi pak angguk bagi menjaga periuk nasi masing-masing walaupun menyedari bahawa apa yang mereka iyakan itu adalah salah. Jadi jom kita baca kisah sang kancil  ini.. untuk melihat diri kita berada di pihak yang mana..

 

Di dalam sebuah hutan tinggal seekor sang kancil yang sangat bijak dan baik hati. Dengan kebijaksanaan yang dimilikinya itulah yang membolehkan dia menyelamatkan dirinya daripada haiwan- haiwan pemangsa.

Dengan kebaikkan yang ada pada dirinya juga banyak menolong haiwan-haiwan yang lemah daripada dibuli oleh haiwan yang lebih besar.

kebijaksanaan Sang Kancil sentiasa menjadi buah mulut haiwan-haiwan di hutan itu. Di mana-mana sahaja haiwan-haiwan lain akan bercerita tentang  sang kancil. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan cemburu kepada raja rimba iaitu Sang Singa.

IMG_4490

kisah sang kancil

 

Singa merasa geram dan cemburu kerana haiwan-haiwan yang ada di situ lebih suka berjumpa dengan Sang Kancil apabila mereka menghadapi sebarang masalah.

Mereka jarang sekali bertemu singa,walaupun singa adalah raja di rimba itu. Peranan singa sebagai raja seolah-olah tidak wujud.

 

Pada suatu hari..

singa memanggil pembantu kanannya Sang Harimau untuk berbincang bagaimana caranya untuk menghalau ataupun lebih baik membunuh Sang Kancil. Sang Singa takut jika suatu hari nanti Sang Kancil akan merampas kedudukkannya.

 

 ” Wahai Sang Harimau, pembantu ku yang ku percayai. Beta ingin meminta pendapat mu .Bagaimanakah caranya beta dapat menyingkir Sang Kancil daripada kawasan hutan ini ataupun membunuh Sang Kancil sahaja”, tanya Sang Singa.

 

 ” Tuanku, untuk mengelakkan rasa kurang senang di kalangan rakyat tuanku, tuanku tidak boleh mengenakan hukuman begitu sahaja kepada Sang Kancil. Bukankah Sang Kancil selalu sahaja menolong haiwan lain menyelesaikan sesuatu masalah, jadi tuanku, hamba rasa baik jika tuanku tanyakan satu

IMG_4480

soalan kepada Sang Kancil, jika dia tidak dapat menjawab soalan tuanku, maka tuanku bolehlah menjatuhkan hukuman mati kepada Sang kancil”. Cadang Sang Harimau.

” Atas kesalahan apa pula hendak beta kaitkan?” . Tanya Sang Singa bersungguh-sungguh.

 

“Apabila Sang Kancil tidak dapat menjawab soalan itu, tuanku boleh menuduh Sang Kancil selalu menyarankan sesuatu yang salah kepada haiwan lain apabila mereka datang memerlukan bantuan. Ini mengakibatkan masalah menjadi semakin rumit ” . Jelas Sang Haimau panjang lebar.

 

       ” Bagus sungguh idea kamu itu Sang Harimau, kerana jika beta menjatuhkan hukuman tanpa sebarang alasan yang kukuh, haiwan lain akan mengatakan bahawa beta adalah seorang raja yang zalim “.

 

“Jika begitu wahai Sang Harimau pergilah kamu berjumpa dengan Sang Kancil dan katakan pada dia esok dia kena mengadap beta “. Arah raja rimba kepada pembantunya.

IMG_4486

 

Sang Harimau pun bergegas pergi menjalankan tugas yang diarahkan oleh Sang Singa. Harimau mencari Sang Kancil di merata-rata tempat.

Tugas yang diberikan oleh sang singa harus dilaksanakan secepat mungkin. Jika tidak, dialah yang akan menerima padahnya.

 

     Akhirnya Sang Harimau berjumpa Sang Kancil yang sedang berehat di bawah sepohon pokok yang rimbun. Sang Kancil sedang menikmati makanan kegemarannya iaitu rumput yang segar bugar yang banyak tumbuh di sekitar pokok besar itu.

 

       ” Sang Kancil, di sini rupanya kau berada. Sudah puas aku mencari kamu di merata – rata tempat. Aku ada membawa utusan dari raja rimba khas untuk kamu. Aku harap kau bersedia mendengarnya”. Kata Sang Harimau.

 

” Ada apa Sang Harimau? nampaknya macam penting sangat”. Tanya Sang Kancil.

  ” Sebenarnya, Sang Singa mengarahkan awak datang mengadapnya esok pagi. Jadi diharap awak akan datang mengadap raja rimba tanpa sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri atau awak akan dikenakan hukuman yang berat “. Arah Sang Harimau.

12038388_664168277053007_399866728285254800_n

 

Pada keesokkan harinya, awal-awal lagi Sang Kancil telah bangun dari tidurnya. Dia bersiap ala kadar sahaja. Di sepanjang jalan, Sang Kancil tertanya-tanya sendirian apakah sebab sebenarnya Sang Singa ingin berjumpa dengannya.

” Apakah agaknya kesalahan yang telah aku lakukan, soal sang kancil sendirian. .. atau adakah Sang Singa iaitu raja Rimba mempunyai sebarang masalah dan menghendaki aku menolongnya untuk menyelesaikan masalahnya”. Keluh Sang Kancil sendirian.

 

 Setiba di sana , Sang Singa dan Sang Harimau sememangnya telah lama menunggu. Mereka berdua sebenarnya telah lama menunggu dan tak sabar-sabar lagi ingin mengenakan Sang Kancil.

 

” Selamat sejahtera wahai raja rimba yang aku hormati. Tujuan kedatangan hamba ke sini adalah untuk memenuhi arahan Sang Harimau. Sang Harimau mengatakan bahawa tuanku ingin berjumpa dengan tuan hamba. Betulkah begitu tuanku”? . Tanya Sang kancil.

 

” Ha! Memang betul, memang beta yang menyuruh Sang Harimau menjemput engkau datang ke sini kerana ingin menyiasat aduan yang beta dengar daripada haiwan-haiwan lain yang tinggal di kawasan jajahan beta ini “. Ucap Sang Singa dengan sombong sekali.

 

” Aduan!. Aduan apakah raja rimba? Setahu hamba, hamba tak pernah pun melakukan kesalahan yang boleh membuatkan haiwan-haiwan yang tinggal di sini marah”. Tanya Sang Kancil dengan nada keliru.

IMG_4484

 

” Begini, ada beberapa ekor haiwan yang datang dan mengadu bahawa kau seringkali memberikan idea yang salah kepada mereka apabila mereka memerlukan pertolongan.

Dengan idea yang kau berikan itu masalah mereka menjadi semakin rumit”. Jelas Sang Singa lagi.

 

Sang Kancil menjadi semakin keliru dengan persoalan yang terpaksa dia hadapi kini. Sang Kancil pun meminta sebarang bukti daripada tuduhan yang dikenakan kepadanya. ” Jika benar seperti apa yang tuanku katakan itu , berikanlah aku 1 contoh ataupun bukti aduan yang telah mereka adukan kepada tuanku”. Sang Kancil seolah-olah inginkan penjelasan yang lebih lanjut lagi

 

” Tak perlulah beta berikan buktinya, yang paling penting sekarang ialah beta akan menguji kamu dengan 1 soalan teka-teki dan beta inginkan jawapannya pada hari ini juga. Beta ingin melihat sejauh mana kebijaksanaan kamu nanti “. Terang Sang Singa.

 

Kini, Sang Kancil sudah mengerti, dia sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi Sang Singa ingin menjeratnya dengan soalan itu. ” Baiklah tuanku, apakah soalan yang ingin tuanku utarakan itu ? . Jika beta tidak dapat menjawabnya apakah pula hukuman yang terpaksa hamba terima “?. Tanya Sang Kancil pula.

IMG_4496

” Jika kamu dapat menjawab soalan yang beta utarakan kamu akan beta lepaskan dan jika tidak,kamu akan beta hukum.

Baiklah, tak perlu lagi kita membuang masa . Soalannya mudah sahaja, bagaimanakah caranya hendak mengasingkan pasir yang telah dicampur dengan garam “?.

Raja rimba merasa amat yakin Sang Kancil tidak akan dapat menjawab soalan itu.

 

Agaknya apakah jawapan yang diberikan oleh Sang Kancil? Dapatkah sang kancil menyelamatkan dirinya… Baiklah kita sambung kisah Sang Kancil kembali.

 

Sang Kancil sedikit pun tidak merasa gentar dengan soalan yang diberikan, Sang Kancil seolah- olah telah pun mendapat jawapannya. Sang Kancil hanya tersenyum sahaja.

 

    ” Baiklah tuanku, seperti yang telah tuanku katakan bahawa soalannya amat mudah, jadi jawapannya pun amat mudah juga iaitu jika hendak mengasingkan garam dan pasir yang telah dicampurkan masukkan sahaja sedikit air ke dalam bekas campuran garam dan pasir, gaulkan perlahan-lahan. Tuanku akan melihat bahawa pasir akan mendak ke bawah”?. Jawab Sang Kanci

IMG_4482
” Ke mana pula perginya garam tersebut”  Tanya Sang Harimau pula. ” Kemarilah Sang Harimau, hamba akan tunjukkan di mana pula garam itu berada “. Ajak Sang Kancil.

Sang Harimau pun datang mendekati Sang kancil seperti yang diminta . Sang Kancil memberikan bekas campuran tersebut kepada Sang Harimau. Sang Harimau membelek-beleknya dan berkata ” tiada sebutir garam pun yang ada di sini “? Tanya Sang Harimau kehairanan.

 

 ” Cuba kamu rasa air tu pula “. Saran Sang Kancil. Sang Harimau pun mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Sang Kancil. Hampir termuntah Sang Harimau apabila merasa air garam yang masin itu. Kini Sang Harimau faham ke mana perginya garam tersebut. Tergamam Sang Harimau melihat kebijaksanaan Sang Kancil.

” Bagaimana tuanku, adakah jawapan yang saya berikan itu betul”? Tanya Sang Kancil Sang Singa terdiam sejenak, walaupun dia ingin mengenakan Sang Kancil, akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Sang Kancil sangat tepat. Jadi Sang Singa kenalah berlaku adil tetapi dia tidak akan melepaskan Sang Kancil begitu sahaja.

 

IMG_4487

 

“Tahniah Sang Kancil kerana berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat. Sepertimana yang telah beta janjikan, kamu akan beta lepaskan, akan tetapi, kamu mesti mengadap beta setiap 6 bulan sekali. Ingat Sang Kancil, setiap 6 bulan sekali dan tak boleh lewat walaupun sehari”. Perintah Sang Singa .

 

“Baiklah tuanku, hamba akan datang mengadap tuanku pada waktu yang telah ditetapkan. ” jawab Sang Kancil . Tanpa membuang masa Sang Kancil bergegas pergi dari .Baiklah , ikutilah cerita Sang Kancil seterusnya nanti…

Seperti di awal-awal cerita..

ada  kak sal sebutkan bahawa watak-watak ini hanyalah sekadar simbolik sahaja… dan watak-watak ini akan kita temui di mana-mana sahaja. Orang yang berkuasa menyalah gunakan kekuasaannya.

Orang yang tidak seberapa bijak masih dapat menjawat jawatan yang penting hanya kerana mengikuti telunjuk oang-orang tertentu. Orang yang bijak pula selalunya jarang digemari.. nanti mengganggu periuk nasi orang yang lain.

“Renung-renungkanlah….agak-agak kita sedang memainkan watak yang mana satu.??” Pasti ada sedikit pengajaran yang telah anda dapati dalam kisah sang kancil ini..

Share the knowledge... Thanks for Sharing