7 years beautiful journey with pearls

7 years beautiful journey with pearls

 

Perjalanan ku bersama mutiara bermula pada tahun 2008, apabila aku mengikuti suami pindah ke sabah. Memang suatu perkara yang menyeronokkan apabila pindah ke Sabah kerana di sana adalah tempat kelahiran ku. Seolah-olah balik ke kampung halaman sendiri.

 

IMG_0404

Di Sabah kami ditempatkan di sebuah bandar kecil bernama Felda Sahabat perjalanannya ke bandar yang terdekat iaitu Bandar Lahad Datu mengambil masa kira-kira 1 jam. Memulakan hidup yang baru di kawasan pendalaman adalah satu pengalaman yang baru bagi kami sekeluarga.

 

Pada mulanya, saya tidak bercampur gaul sangat dengan jiran-jiran dan penduduk setempat. Mungkin kerana baru sahaja pindah dan banyak pula barang yang terpaksa saya kemaskan. Apabila telah menetap di situ kira-kira 1 bulan barulah saya cuba untuk bergaul dengan mereka.

 

Dari hari ke sehari mengenali dan bergaul dengan mereka ada sesuatu yang telah aku pelajari.. sesuatu yang sangat berharga yang tidak akan aku temui jika aku masih tinggal di bandar besar. Di sana, kehidupan mereka sangat sederhana..

 

Aku melihat ada di antara anak-anak mereka pergi ke sekolah memakai kasut sekolah yang sangat usang..ada yang telah koyak dan ada juga yang memakai selipar.Aku juga pernah melihat anak sekolah yang memakai baju sekolah yang lengan bajunya telah sampai ke siku (baju pengawas) dan apabila ku tanya.. rupa-rupanya baju tersebut telah dia gunakan selama 3 tahun..tak berganti. Banyak lagi peristiwa yang menyayat hati..yang tidak dapat aku kongsikan..

IMG_1120

Namun kesimpulannya aku perlu buat sesuatu.. sesuatu yang boleh menolong mereka bagaimana meningkatkan taraf hidup mereka. Biasanya suami mereka hanyalah bekerja sebagai buruh ladang ataupun pemandu lori dan isteri mereka pula hanyalah suri rumah sepenuh masa yang tidak mempunyai pendapatan sampingan untuk membantu ekonomi keluarga.

 

Jika dilihat.. pendapatan suami mereka memang cukup kecil. Melihat situasi ini, aku pun terfikir bagaimana cara yang terbaik untuk membantu mereka memulakan perniagaan tanpa memerlukan kos yang besar. Sekurang-kurangnya dapat menambah sedikit duit dapur bagi keluarga mereka.

 

Aku pun menyatakan hasrat ku ini kepada suami dan menceritakan panjang lebar tentang projek yang ingin aku laksanakan. Alhamdulillah.. dia tak menghalang malah sanggup mengeluarkan modal permulaan untuk membiayai projek ku ini.

 

IMG_0451

7 years beautiful journey with pearls

 

Untuk permulaan, aku terpaksa pergi ke bandar Tawau iaitu mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan dari rumah untuk mencari bahan. Mula-mula sekali aku pergi mencari buku-buku panduan untuk membuat aksesori kerana aku sendiri pun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang membuat aksesori.

 

Setiba di bandar Tawau, kami memasuki kedai buku di sana satu persatu. Tapi hampa kerana tidak ada satu pun kedai buku di sana yang menjual buku panduan cara-cara membuat aksesori wanita di dalam Bahasa Melayu. Yang ada hanyalah Bahasa cina sahaja.

 

IMG_0146

Buku rujukan dalam bahasa cina

 

 Aku nekad, walaupun aku tidak memahami sebutir apa pun tentang Bahasa cina , aku beli juga buku tersebut.. sekurang-kurangnya gambar-gambar yang ada di dalam buku tersebut boleh membantuku. Pada aku yang paling penting ketika itu adalah berusaha bersungguh-sungguh agar matlamat aku tercapai.

Selepas itu, kami pergi ke sebuah kedai yang sememangnya menjual pelbagai jenis aksesori mutiara. Aku menyatakan hasrat ku ingin membeli loose pearl dan menceritakan tentang projek ku .. dan sekali lagi Allah permudahkan urusan ku.

 

Allah pertemukan aku dengan seorang hambanya yang baik hati.. Dia mengajar ku tentang apa benda yang aku perlukan dan cara-cara menggunakannya. Dia juga menyediakan semua peralatan yang perlu untuk memulakan projekku itu. Di situlah aku mula mengenali tools yang digunakan dan bahan-bahan lain seperti jump ring,claps,stopper, eye pin,head pin dan banyak lagi.

 

IMG_0183

cutter, playar round nose dan playar flat nose

Untuk permulaan, aku memulakan projek aku dengan mengikuti contoh yang paling mudah sekali iaitu membuat subang. Setelah Berjaya.. aku pun memberanikan diri untuk membuat produk-produk yang lain pula seperti gelang dan rantai.

 

Setelah berlatih berhari-hari dan telah berasa bersedia untuk mengajarkannya, aku pun mengajak jiran-jiran yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik membuat aksesori dengan mudah . Tanpa mengenakan sebarang bayaran .. aku pun memulakan projek ku ini.

Sememangnya pada mulanya agak sukar..  banyak juga eye pin dan pin head yang rosak apabila membuat loop.. kerana apabila membuat loop seelok-eloknya bulatannya biar betul-betul bulat.. tapi lama-kelamaan mereka dapat juga membuatnya.

 

Apabila mereka menjadi mahir, aku pun menggalakkan mereka menjual produk yang mereka buat.  Selama 3 tahun bersama mereka, mereka telah boleh berdikari. Mereka telah berjaya membuat produk mereka tanpa perlu dipantau.Malah mereka telah Berjaya menjualkannya.

 

IMG_0115

7 years beautiful jorney with pearls

Inilah pentingnya ilmu.. kita belajar dan kita mengajarkannya.. semakin banyak kita belajar.. semakin banyak juga kita dapat mengajarkannya.. biarlah ilmu itu mengalir seperti aliran air.. diwarisi dan mewarisi..

 

Pada tahun 2011, aku sekali lagi berpindah. Kali ini ke negeri Johor pula. Memang sedih meninggalkan negeri kelahiran dan teman-teman yang sememangnya memperlihatkan peningkatan yang cukup menggalakkan dari segi ekonomi mahupun sosial. Aku percaya kini mereka mampu membantu mempertingkatkan ekonomi keluarga mereka masing-masing.

 

IMG_20150402_093805

7 years beautiful years with pearls

Apabila berpindah ke negeri Johor.. Di sana aku mendapat idea untuk mendaftarkan nama Salpearl dan membuka sebuah premis perniagaan di Tesco Desa Tebrau berasaskan perniagaan mutiara. Aku mula membuat dan mereka cipta pelbagai jenis aksesori berasaskan mutiara Sabah.

 

Di sinilah Perniagaan Salpearl bermula dan pengembaraanku semakin menarik…Pelbagai pengalaman pahit manis yang ku tempuh semasa di sana..

Para pelanggan dari Indonesia, singapura dan juga Australia juga ada yang datang ke kedai Salpearl. Biasanya mereka suka menempah design-design tertentu.. Limited Edition..

 

Kini.. sekali lagi aku mengikuti suami berpindah ke Selangor atas urusan kerja.. Pada kali ini.. aku ingin mencuba perniagaan melalui internet pula.. Langkah pertama ialah berguru dengan Sifu Irfan Khairi..

 

19807_864169900291758_6010372047825174096_n

Bersama sifu Irfan Khairi dan group batch 20

Sememangnya payah pada mulanya.. banyak benda baru yang terpaksa dipelajari.. tapi kena juga paksa diri dan tidak boleh berputus asa.. kerana jika kita fikirkan.. sifu IK dan para trainers pun tidak pernah berputus asa.. mendidik murid-muridnya.. bagaimana pula kita harus mengalah???

 

Alhamdulillah.. setelah belajar sedikit sebanyak ilmu dari Sifu Irfan Khairi dan para trainers.. dapatlah juga aku menjalankan perniagaan internet aku dari rumah.

Cerita selanjutnya nanti aku update lagi.. ikutilah pengembaraanku ini.. semoga ianya akan memberikan seribu inspirasi kepada anda dan perniagaan anda…

7 years beautiful journey with pearls

Mutiara Sabah
Share the knowledge... Thanks for Sharing