Langkah demi langkah

Langkah demi langkah.

 

Di sinilah…

perjalanan ku bermula..

Menyusun bait demi bait..

Mencari idea demi idea..

Mengatur langkah demi langkah

Menyuai padan segalanya..

Di sinilah..

Ku curah segalanya..

penat lelah tidak ku endah..

sakit pening tolak ketepi..

sindiran dan kutukan tidak ku hirau..

agar terbuku segalanya..

Di sinilah..

segalanya bermula..

membuka lembaran baru..

menyingkap sejarah dulu…

semuanya diaduk menjadi satu..

di dalam e-book ini ..

semuanya berpadu..

12039405_1075232745827762_4520144148277207272_n

Langkah demi langkah.

 

untuk apa E-book ini Kak Sal tulis..?

sebenarnya banyak faktor yang berkaitan.. tapi yang terpenting ialah agar ilmu yang Kak Sal miliki ini tidak akan hilang begitu sahaja. Mungkin anda fikir ilmu kemahiran seperti ini tidak penting.. tapi anda tak tahu.. mungkin suatu hari nanti .. anak-anak, cucu-cucu mahupun keturunan kita memerlukannya. SIAPA TAHU???

 

Satu sebab lagi..

Seperti kata seorang tuan guru.. kita tidak boleh sentiasa menjadi pelajar. Akan tiba masa kita kena mengajar.. mengajar ilmu yang kita ada..Ada ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan ilmu pengetahuan dan bimbingan dari kita… malah mendapat manfaat dari ilmu yang kita ada.
12002213_665767653559736_8797216960053021730_n

Langkah demi langkah.

Mengapa kita harus sentiasa belajar?

Seperti mana yang anda  tahu, ingin  mendapatkan kemahiran.. bukan sesuatu yang mudah.. lihat sahaja di mana-mana.. untuk menjadi mahir kita perlu belajar dari bawah.

Kita perlu tahu perkara asas dahulu. Kita perlu bersedia untuk menadah telinga.. Kita perlu banyak belajar dan belajar..

Ingat lagi.. pada tahun 2008.. bila mula-mula belajar membuat aksesori.. bukan mudah.. banyak cabaran yang terpaksa diharungi. Banyak dugaan yang perlu ditempuhi..

satu-persatu Kak Sal hadapi.. Akan tetapi.. kepahitan itulah  kini.. menjadi lebih manis.. lagi manis bila Kak Sal boleh berkongsi ilmu yang ada dengan semua orang..

                                            Mengapa ilmu harus dibayar..?

12047115_666996220103546_6304471265057708858_n

Langkah demi langkah.

Banyak yang mempersoalkan.. jika ingin berkongsi ilmu.. mengapa harus dibayar?.

Tanpa mereka menyedari .. bahawa jika mereka mendapat ilmu secara percuma.. adakah mereka akan menggunakan ilmu itu bersungguh-sungguh ..

sama seperti jika mereka membayar yuran kebijaksanaan itu !!.. tepuk dada tanyalah ilmu ..

Ingatlah .. jika kita mula bertatih sekarang dengan membayar yuran kebijaksanaan itu.. mungkin suatu hari nanti.. bila sampai waktunya.. orang lain pula yang akan membayar kita yuran kebijaksanaan itu..

lantaran ilmu pengetahuan yang kita ada.. dengan bekas-bekas luka pengalaman yang telah kita punyai.. Belajar dan mencari ilmu itu adalah perlu.. mulakan langkah hari ini untuk mencari ilmu-ilmu yang berguna.. agar kita dapat mencapai destinasi yang ingin kita tuju..

 

IMG_0115

Langkah demi langkah.

Ingatlah.. ilmu bak mutiara.. Ilmu didatangi dan bukan mendatangi..

Terima kasih buat mr suami.. dan anak-anak.. yang sentiasa memberikan 100% sokongan dan dorongan..

Terima kasih tak terhingga buat sifu Irfan khairi yang sentiasa memberi motivasi dari jarak jauh..

Terima kasih buat sifu Razzi Rahman yang sentiasa memberi tujuk ajar.. pada insan yang serba kekurangan ini..

Terima kasih kepada para trainer.. yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan tika diperlukan..

Terima kasih buat para sahabat.. yang sentiasa memberi sokongan..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jom baca e-book kak sal

 

Jom baca e-book kak sal

 

12039405_1075232745827762_4520144148277207272_n

Jom baca e-book kak sal

 

Alhamdulillah..

akhirnya siap juga.. Jom baca e-book kak sal ini. Selama lebih kurang 3 bulan bertungkus-lumus menyiapkannya. Memang penat.. di siang hari membuat tempahan dan bermacam-macam lagi yang perlu dilakukan. Hanya pada malam hari sahaja baru dapat menumpukan perhatian kepada proses pembikinan e-book ini.

 

12002213_665767653559736_8797216960053021730_n

 

Kenapa pada malam hari?.. ini kerana pada malam hari.. barulah ‘line internet laju sedikit..’ pada siang hari.. line sangat slow.. nak download gambar pun tak dapat.

 

Memang kak sal bertungkus lumus menyiapkannya .. agar nanti ilmunya boleh dikongsi dengan semua orang.

 

Seperti mana yang anda semua sedia maklum, membuat aksesori ini sememangnya tugas rutin kak sal setiap hari sejak 7 tahun yang lalu.

 

Di mana kak sal bermula dari zero knowledge tentang mereka, merungkai dan membuat aksesori hinggalah sekarang kak sal masih lagi belajar ilmu yang baru setiap hari.

 

IMG_0464

Jom baca e-book kak sal

 

Pada 7 tahun yang lepas, kak sal telah mula mencari buku-buku yang ditulis dalam bahasa melayu.. tujuannya semata-mata ingin belajar dan seterusnya mengajarkannya kepada komuniti kejiranan di tempat kak sal tinggal dahulu.

 

Malangnya, kak sal hanya terjumpa buku dalam bahasa cina  sahaja. kak sal beli juga beberapa buah buku untuk menjadi bahan rujukkan. Dari situ kak sal memang menyimpan hasrat ingin menulis buku tentang langkah-langkah yang mudah untuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang membuat aksesori ini.

Akhirnya..

cita-cita kak sal tercapai juga, apabila belajar di Irfan Khairi Sdn. Bhd. Di IKSB kak sal dapat belajar dengan sifu Razzi Rahman cara-cara membuat e-book. Walaupun  kak sal ini bukannya penulis professional, namun kak sal berusaha juga menulis ebook ini agar ilmu yang ada  ini, sedikit sebanyak dapat  disampaikan dan dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin belajar tentang cara-cara membuat aksesori ini..

 

IMG_0468

Seperti yang anda semua ketahui..

membaca adalah kunci ilmu pengetahuan… dan ilmu itulah yang akan menggerakkan kita untuk lebih maju ke hadapan. Tegasnya dengan bertitik tolak dengan membacalah .. seseorang akan di bawa melalui proses mengenal, belajar, mengamalkan dan juga mengajarkannya.

 

MENGAPA SUBANG?

Ramai yang mempersoalkan kenapa harus belajar membuat subang pula? ..

Jawapannya..

Kerana kak sal mula-mula sekali belajar membuat aksesori wanita ini dengan membuat subang. Ianya mudah bagi sesiapa yang tidak mempunyai asas langsung. Anda tidak akan tertekan kerana pasti boleh buat…Ianya cepat untuk disiapkan.. anda pasti gembira bila projek yang anda buat cepat sahaja siap.

 

Yang paling penting anda kena mesra dengan tools yang anda gunakan.. dengan membuat subang.. anda akan mempelajari semua langkah-langkah yang penting tanpa rasa tertekan.

 

IMG_0450

pelbagai jenis aksesori

Apabila anda telah boleh membuat subang itu satu-persatu.. bolehlah naik ke level yang seterusnya (macam main games pula). Percayalah.. ingin belajar .. memerlukan masa, kena langkah demi langkah… agar ilmu yang kita belajar itu menjadi mesra dengan diri kita.. menambahkan lagi minat kita.. seterusnya akan membuatkan kita lebih mahir lagi tentang ilmu yang kita pelajari.

 

Perlukah memiliki buku ini?

Memang perlu jika anda berminat untuk belajar.. kerana ilmu itu bagaikan mutiara.. ilmu itu perlu didatangi dan bukan mendatangi. Lihatlah mutiara laut dalam yang mahal harganya.. mutiara jenis ini bukannya terdampar di tepi pantai.

 

Jika anda menginginkannya juga.. anda kena berusaha terjun ke dalam laut.. mencari cengkerang tiram yang bermutu seterusnya membukanya satu persatu sehingga bertemu mutiara yang diidamkan.

 

Mahalnya harga sebiji mutiara laut dalam .. boleh mengubah nasib seorang nelayan yang miskin.. yang tidak dipedulikan oleh sesiapa sebelumnya… dan jadi kaya dan terhormat gara-gara bertemu dengan mutiara yang bernilai.

 

IMG_0484

pelbagai jenis mutiara

Begitulah perumpamaan ilmu..

ilmu perlu dicari.. agar ilmu itu lebih dihargai.. ilmu itu ada nilainya tersendiri.. agar yang ingin mendapatkannya berusaha lebih kuat dan apabila mendapatkannya.. mereka akan berusaha 2 kali ganda lebih kuat untuk mengamalkannya.

 

 

 

Semoga ebook ini berguna kepada sesiapa yang memilikinya..

 

ILMU BAK MUTIARA.. ILMU PERLU DIDATANGI

 

DAN BUKAN MENDATANGI.

 

Sila lawati www.salpearl.com/ebook

 

untuk maklumat yang lebih lanjut

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Penjenamaan Semula Bukan Sekadar Logo

11402700_903968939645187_446602968964510832_n

Penjenamaan semula bukan sekadar logo.

 

Pada  14 jun yang lalu..  saya  telah mengikuti kelas Advance Marketing & Branding Masterclass Di Irfan Khairi Sdn. Bhd. Seperti biasa ramai juga student yang mendaftar dan memang kelihatan sangat bersemangat.

Di dalam kelas ini..

  kami didedahkan dengan dunia perniagaan yang sebenarnya.. Totally Off Line… dan bermacam-macam perkara baru yang kami pelajari dari Master Sifu Irfan Khairi seperti jenama, logo, warna yang sesuai dengan bisnes dan macam-macam lagi.

 Penjenamaan semula bukan sekadar logo.

penjenamaan..

menurut Kamus Dewan Bahasa adalah pemberian jenama tertentu kepada sesuatu barangan yang dihasilkan. Akan tetapi.. mengikut fahaman biasa , penjenamaan semula adalah memberi nama  baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikkan.

11202119_919020074806740_7344015840234352388_n

penjenamaan semula bukan sekadar logo

Penjenamaan semula dilakukan oleh hampir semua perniagaan tidak kira sama ada perniagaan  yang kecil mahupun yang besar. Sebagai contoh Syarikat Coca-cola sentiasa melakukan penjenamaan semula. Ianya dilakukan untuk kelihatan lebih up to date dan mengikut aliran semasa.

Pendek kata selalunya yang terlibat dengan penjenamaan semula ialah nama, logo, tag line, design, warna, tema, produk, perkhidmatan dan pelbagai lagi

cropped-image1.jpg

.

Di Negara kita ..

ramai usahawan yang tidak menitik beratkan kepentingan penjenamaan  .. apalagi penjenamaan semula. Saya pun antara yang terlibat. hanya terfikir untuk membuat produk sahaja.. akan tetapi jika produk kita bagus sekali pun jika tiada jenama yang kuat untuk menyokong kewujudan produk kita.. memang produk kita akan sukar untuk menembusi pasaran tempatan.

Apabila mengikuti kelas Sifu Irfan Khairi..

baru  kak sal tahu betapa pentingnya penjenamaan jika kita ingin memasarkan produk maupun perkhidmatan ke arah global. Bayangkan.. tanpa penjenamaan.. bagaimana pelanggan boleh mengingati kita .. dengan persaingan yang kuat dan pelbagai ribuan produk yang terdapat di pasaran .

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

Jadi apakah tindakan yang sewajarnya kita ambil untuk memperlihatkan kewujudan kita? .

Inilah pentingnya penjenamaan semula.. ianya boleh diaplikasikan untuk barangan yang telah wujud di pasaran akan tetapi kurang mendapat sambutan, Barangan  yang masih dalam proses pembuatan dan barangan yang telah wujud akan tetapi ingin menambahkan lagi jualannya.. dengan melakukan tranformasi ini.

 Jenama kita pasti akan nampak lebih berbeza daripada produk yang sedia ada di pasaran tempatan mahupun global.. juga Nampak berbeza dengan produk pesaing kita.

11805792_856585731086619_1376299280_n

Apakah kelebihan jika kita membuat penjenamaan semula kepada perniagaan kita??

Perbezaan yang paling ketara sekali ialah .. bisnes kita Nampak lebih segar, moden serta Nampak lebih mengikuti trend semasa.

Kenapa kita rasakan seperti itu?..

kerana jika produk kita telah telah lama di pasaran.. walaupun kita sentiasa menukar design mahupun pattern sesuatu produk.. persepsi pelanggan tetap sama.. iaitu merasakan produk kita itu adalah tetap sama dengan produk yang dibuat oleh pesaing kita.

 

11218212_10153110437504856_5969233758106007464_n

Satu perubahan perlu dilakukan untuk menonjolkan kesegaran dan juga kelainan produk kita dengan pesaing kita.

Maka tidak hairanlah jenama yang besar seperti Coca-Cola, Pepsi, Nike dan banyak lagi jenama besar yang mengeluarkan modal yang cukup besar untuk mencipta nama dan membuat penjenamaan semula untuk meningkatkan lagi persepsi pelanggan terhadap produk mereka.

Sebab itulah saya pun mengikut kata Sifu Irfan Khairi..

melakukan penjenamaan semula .. agar saya boleh lebih berdaya saing dan tidak ketinggalan dengan kecanggihan teknologi terkini.

Mungkin perubahan ini Nampak kecil di mata orang lain.. tapi bagi diri saya ianya terlalu besar untuk perniagaan saya.

Memang perniagaan saya “Start Small” sahaja akan tetapi yang paling penting adalah “Think Big” itu..

nak tahu lebih lanjut tentang penjenamaan mahupun penjenamaan semula.. ikutilah kelas yang disediakan oleh Sifu Irfan Khairi

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Diberi atau memberi..

Diberi atau memberi

Diberi atau memberi  ? sama-sama mempunyai maksud yang tersendiri. Diberi sama seperti menerima pemberian orang lain dan memberi pula adalah sebaliknya. keduanya saling berkaitan.. jika ada yang memberi.. pasti ada yang menerimanya..

12029566_886153628129829_1968118346076425945_o

 

Kedua-keduanya tak salah.. kadang-kadang hidup kita sentiasa ada yang diberi oleh orang lain.. terimalah seadanya. Diberikan pertolongan tanpa kita pinta adalah suatu yang diluar jangkaan.

Orang yang memberi itu .. selalunya mempunyai hati bak mutiara. Hati yang sentiasa ingin memberikan pertolongan tanpa dipinta.. tentu sukar untuk menemuinya bukan.. terutama sekarang ini.. dizaman yang semakin mencabar.. aku-aku..kau-kau menjadi slogan.
IMG_0527

Diberi atau memberi

 

Tapi tak mustahil!.. baru-baru ini.. ada insan yang berhati mulia. Memberikan pertolongan tanpa dipinta.. kerana sememangnya rasa malu untuk diri ini meminta-minta.. nanti apa pula orang kata.

Dengan pertolongannya ini.. sekaligus aku dapat merasai.. ada lagi insan yang mementingkan kualiti jiwa.. kerana jika banyak memberi.. ianya akan meningkatkan kualiti jiwa.

Kan bagus jika ramai insan seperti dia ini.. malangnya dalam hidup kita ini..ramai manusia yang lebih mementingkan slogan.. bagaimana untuk mendapatkan.. bukan untuk memberi!

Pada sangkaan mereka.. jika sentiasa mendapat sesuatu.. hidup mereka akan bahagia. Maka berlakulah banyak persaingan.. persaingan yang tidak sihat. Padahal dalam kehidupan kita ini.. jika kita selalu memberi… kita pasti akan merasa bahagia..
12030290_887491764662682_5809905543031896635_o

Diberi atau memberi

Benarkah jika kita banyak memberi kita akan merasa bahagia? cuba perhatikan kehidupan kita seharian.. intailah melalui cermin-cermin kehidupan.Perasan tak..pada hari dan saat-saat yang paling menggembirakan apabila kita lebih banyak memberi dari menerima.. kerana untuk merasa lebih bahagia.. bahagiakanlah orang lain.

 

Orang akan bertanya..bukankah memberi itu akan mengurangkan dan menerima itu akan mendapat lebih banyak? Itu hanyalah anggapan semata-mata .. cuba perhatikan orang yang Berjaya tahap yang ‘Biasa-Biasa’ sahaja.. dia akan membawa dirinya seorang sahaja untuk berjaya.. akan tetapi orang yang berjaya tahap ‘Luar Biasa’ ialah orang yang akan membawa orang lain berjaya bersamanya..

 

Memberi ini jangan kita sempitkan ke dalam skop harta benda sahaja..banyak lagi yang boleh kita berikan kepada insan lain. Misalnya dari sudut ilmu. Kita boleh ajarkan ilmu yang kita tahu kepada orang lain. Kita boleh menyebarkan panduan dan kemahiran kita .. Ingatlah.. ilmu akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain. Jadi.. Jangan kedekut menabur kebaikkan .. kerana tangan yang menghulur bunga pasti akan berbau harum.

 

mutiara (165)

Keronsang mutiara Sabah dari salpearl

Cuba kita lihat di sekeliling kita.. ramai insan yang tidak suka memberi.. walaupun hanya memberi maaf.. memberi senyuman.. memberi kata-kata yang baik.. memberi sokongan moral.. dan macam-macam lagi.. padahal memberi dalam kategori ini tidak memerlukan modal pun..

Susah sangatkah memberikan senyuman kepada insan lain? padahal senyuman itu satu sedekah dan yang menerimanya pasti akan gembira.

Susah sangatkah memberikan kata-kata yang baik? kata-kata yang sedap didengar.. kata-kata yang menggembirakan telinga yang mendengarnya… semua ini dikategorikan dalam pemberian tanpa modal.

Dari segi positifnya sikap suka memberi ini.. ianya secara tidak langsung akan menjadi dorongan yang kuat untuk kita meningkatkan usaha kita. Ini adalah kerana.. untuk memberi.. kita kenalah memiliki. Untuk memiliki kita kenalah berusaha mencari… dan bila memiliki kita bolehlah memberi..

Tapi satu pesanan ikhlas dari ku.. jika kita memberi.. janganlah kita mengharapkan orang akan berterima kasih.. kerana kadang-kadang ada insan yang akan berterima kasih .. akan tetapi ada juga yang tidak. Jika kita mengharapkan semua orang akan menghargai apa yang kita berikan.. itu adalah sesuatu yang mustahil. Belajarlah memberi dengan ikhlas.

IMG_0152

Hah.. jika hendak belajar memberi dengan ikhlas.. cuba-cubalah memberi makan stray cats yang ada banyak di luar sana, ini adalah kerana.. jika kita memberi makan kepada kucing.. kucing-kucing ini tidak akan mengucapkan terima kasih ataupun thank you..ini akan mendidik jiwa kita memberikan sesuatu secara ikhlas dan bukannya mengharapkan sebarang balasan.

Secara ringkasnya.. menerima akan membahagiakan orang yang memberi.. dan memberi pula akan membahagiakan orang yang menerima.. hidup ini saling berkongsi kebahagiaan…

“We are here to complete not to compete”

.. Buatlah kebaikkan kerana kebaikkan akan terus hidup selepas kita mati..

SEBARKAN BAHAGIA

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

7 years beautiful journey with pearls

7 years beautiful journey with pearls

 

Perjalanan ku bersama mutiara bermula pada tahun 2008, apabila aku mengikuti suami pindah ke sabah. Memang suatu perkara yang menyeronokkan apabila pindah ke Sabah kerana di sana adalah tempat kelahiran ku. Seolah-olah balik ke kampung halaman sendiri.

 

IMG_0404

Di Sabah kami ditempatkan di sebuah bandar kecil bernama Felda Sahabat perjalanannya ke bandar yang terdekat iaitu Bandar Lahad Datu mengambil masa kira-kira 1 jam. Memulakan hidup yang baru di kawasan pendalaman adalah satu pengalaman yang baru bagi kami sekeluarga.

 

Pada mulanya, saya tidak bercampur gaul sangat dengan jiran-jiran dan penduduk setempat. Mungkin kerana baru sahaja pindah dan banyak pula barang yang terpaksa saya kemaskan. Apabila telah menetap di situ kira-kira 1 bulan barulah saya cuba untuk bergaul dengan mereka.

 

Dari hari ke sehari mengenali dan bergaul dengan mereka ada sesuatu yang telah aku pelajari.. sesuatu yang sangat berharga yang tidak akan aku temui jika aku masih tinggal di bandar besar. Di sana, kehidupan mereka sangat sederhana..

 

Aku melihat ada di antara anak-anak mereka pergi ke sekolah memakai kasut sekolah yang sangat usang..ada yang telah koyak dan ada juga yang memakai selipar.Aku juga pernah melihat anak sekolah yang memakai baju sekolah yang lengan bajunya telah sampai ke siku (baju pengawas) dan apabila ku tanya.. rupa-rupanya baju tersebut telah dia gunakan selama 3 tahun..tak berganti. Banyak lagi peristiwa yang menyayat hati..yang tidak dapat aku kongsikan..

IMG_1120

Namun kesimpulannya aku perlu buat sesuatu.. sesuatu yang boleh menolong mereka bagaimana meningkatkan taraf hidup mereka. Biasanya suami mereka hanyalah bekerja sebagai buruh ladang ataupun pemandu lori dan isteri mereka pula hanyalah suri rumah sepenuh masa yang tidak mempunyai pendapatan sampingan untuk membantu ekonomi keluarga.

 

Jika dilihat.. pendapatan suami mereka memang cukup kecil. Melihat situasi ini, aku pun terfikir bagaimana cara yang terbaik untuk membantu mereka memulakan perniagaan tanpa memerlukan kos yang besar. Sekurang-kurangnya dapat menambah sedikit duit dapur bagi keluarga mereka.

 

Aku pun menyatakan hasrat ku ini kepada suami dan menceritakan panjang lebar tentang projek yang ingin aku laksanakan. Alhamdulillah.. dia tak menghalang malah sanggup mengeluarkan modal permulaan untuk membiayai projek ku ini.

 

IMG_0451

7 years beautiful journey with pearls

 

Untuk permulaan, aku terpaksa pergi ke bandar Tawau iaitu mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan dari rumah untuk mencari bahan. Mula-mula sekali aku pergi mencari buku-buku panduan untuk membuat aksesori kerana aku sendiri pun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang membuat aksesori.

 

Setiba di bandar Tawau, kami memasuki kedai buku di sana satu persatu. Tapi hampa kerana tidak ada satu pun kedai buku di sana yang menjual buku panduan cara-cara membuat aksesori wanita di dalam Bahasa Melayu. Yang ada hanyalah Bahasa cina sahaja.

 

IMG_0146

Buku rujukan dalam bahasa cina

 

 Aku nekad, walaupun aku tidak memahami sebutir apa pun tentang Bahasa cina , aku beli juga buku tersebut.. sekurang-kurangnya gambar-gambar yang ada di dalam buku tersebut boleh membantuku. Pada aku yang paling penting ketika itu adalah berusaha bersungguh-sungguh agar matlamat aku tercapai.

Selepas itu, kami pergi ke sebuah kedai yang sememangnya menjual pelbagai jenis aksesori mutiara. Aku menyatakan hasrat ku ingin membeli loose pearl dan menceritakan tentang projek ku .. dan sekali lagi Allah permudahkan urusan ku.

 

Allah pertemukan aku dengan seorang hambanya yang baik hati.. Dia mengajar ku tentang apa benda yang aku perlukan dan cara-cara menggunakannya. Dia juga menyediakan semua peralatan yang perlu untuk memulakan projekku itu. Di situlah aku mula mengenali tools yang digunakan dan bahan-bahan lain seperti jump ring,claps,stopper, eye pin,head pin dan banyak lagi.

 

IMG_0183

cutter, playar round nose dan playar flat nose

Untuk permulaan, aku memulakan projek aku dengan mengikuti contoh yang paling mudah sekali iaitu membuat subang. Setelah Berjaya.. aku pun memberanikan diri untuk membuat produk-produk yang lain pula seperti gelang dan rantai.

 

Setelah berlatih berhari-hari dan telah berasa bersedia untuk mengajarkannya, aku pun mengajak jiran-jiran yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik membuat aksesori dengan mudah . Tanpa mengenakan sebarang bayaran .. aku pun memulakan projek ku ini.

Sememangnya pada mulanya agak sukar..  banyak juga eye pin dan pin head yang rosak apabila membuat loop.. kerana apabila membuat loop seelok-eloknya bulatannya biar betul-betul bulat.. tapi lama-kelamaan mereka dapat juga membuatnya.

 

Apabila mereka menjadi mahir, aku pun menggalakkan mereka menjual produk yang mereka buat.  Selama 3 tahun bersama mereka, mereka telah boleh berdikari. Mereka telah berjaya membuat produk mereka tanpa perlu dipantau.Malah mereka telah Berjaya menjualkannya.

 

IMG_0115

7 years beautiful jorney with pearls

Inilah pentingnya ilmu.. kita belajar dan kita mengajarkannya.. semakin banyak kita belajar.. semakin banyak juga kita dapat mengajarkannya.. biarlah ilmu itu mengalir seperti aliran air.. diwarisi dan mewarisi..

 

Pada tahun 2011, aku sekali lagi berpindah. Kali ini ke negeri Johor pula. Memang sedih meninggalkan negeri kelahiran dan teman-teman yang sememangnya memperlihatkan peningkatan yang cukup menggalakkan dari segi ekonomi mahupun sosial. Aku percaya kini mereka mampu membantu mempertingkatkan ekonomi keluarga mereka masing-masing.

 

IMG_20150402_093805

7 years beautiful years with pearls

Apabila berpindah ke negeri Johor.. Di sana aku mendapat idea untuk mendaftarkan nama Salpearl dan membuka sebuah premis perniagaan di Tesco Desa Tebrau berasaskan perniagaan mutiara. Aku mula membuat dan mereka cipta pelbagai jenis aksesori berasaskan mutiara Sabah.

 

Di sinilah Perniagaan Salpearl bermula dan pengembaraanku semakin menarik…Pelbagai pengalaman pahit manis yang ku tempuh semasa di sana..

Para pelanggan dari Indonesia, singapura dan juga Australia juga ada yang datang ke kedai Salpearl. Biasanya mereka suka menempah design-design tertentu.. Limited Edition..

 

Kini.. sekali lagi aku mengikuti suami berpindah ke Selangor atas urusan kerja.. Pada kali ini.. aku ingin mencuba perniagaan melalui internet pula.. Langkah pertama ialah berguru dengan Sifu Irfan Khairi..

 

19807_864169900291758_6010372047825174096_n

Bersama sifu Irfan Khairi dan group batch 20

Sememangnya payah pada mulanya.. banyak benda baru yang terpaksa dipelajari.. tapi kena juga paksa diri dan tidak boleh berputus asa.. kerana jika kita fikirkan.. sifu IK dan para trainers pun tidak pernah berputus asa.. mendidik murid-muridnya.. bagaimana pula kita harus mengalah???

 

Alhamdulillah.. setelah belajar sedikit sebanyak ilmu dari Sifu Irfan Khairi dan para trainers.. dapatlah juga aku menjalankan perniagaan internet aku dari rumah.

Cerita selanjutnya nanti aku update lagi.. ikutilah pengembaraanku ini.. semoga ianya akan memberikan seribu inspirasi kepada anda dan perniagaan anda…

7 years beautiful journey with pearls

Mutiara Sabah
Share the knowledge... Thanks for Sharing