Budaya Bangau Oh Bangau

Budaya Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau

Mengapa engkau kurus

Macam mana aku tak kurus

Ikan tak timbul-timbul

 

Ikan oh ikan

Mengapa kau tak timbul

Macam mana aku tak timbul

Rumput panjang sangat

 

Rumput oh rumput

Kenapa engkau panjang sangat

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku

 

sehinggalah…

 

katak oh katak

kenapa panggil hujan

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku

 

Ular oh ular

Mengapa nak makan katak

macam mana aku tak makan

Memang makanan aku

 

 

11017851_859640500781142_380610465412177898_n

 

 Jika kita dengarkan bait-bait lagu ini satu persatu.. ianya memang menghiburkan.. sehingga amat mudah untuk menghafalnya. Akan tetapi.. ambil masa walaupun seketika, untuk memahami maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat ini.

Cuba perhalusi apa yang ingin disampaikan oleh penulis lirik tersebut. Beliau cuba menegur dengan cara yang cukup berhemah menggunakan haiwan dan tumbuhan sebagai simbol . Menyindir sekumpulan masyarakat yang sangat suka menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing menuding jari untuk melepaskan diri daripada dipersalahkan.

Sebenarnya.. setiap orang yang terdiri dalam masyarakat haruslah melihat kelemahan, kekurangan dan kemampuan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Cubalah cari apa yang salah dan bukannya mencari siapa yang salah.

IMG_0347

Dalam urusan perniagaan misalnya.. ada diantara kita yang Berjaya sampai ke puncak.. ada yang masih lagi mendaki dan sentiasa berusaha untuk sampai ke pendakian yang tertinggi. Tapi yang paling ramai adalah mereka yang masih lagi di kaki bukit. Masih mencari-cari arah mana nak tuju.

Kenapakah agaknya ini terjadi??.

salah satu sebabnya ialah kerana sentiasa menyalahkan orang lain kerana kegagalan untuk maju kehadapan tanpa melihat kesalahan diri sendiri.

Seperti rangkap lagu bangau  yang kurus kerana rumput terlalu panjang dan bangau menyalahkan rumput tersebut. Kenapa bangau harus menyalahkan rumput.. sedangkan bangau haruslah berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan ikan. Yang terpenting.. ikan tidak akan menyerahkan dirinya pulak!

Begitulah dengan diri kita.. kita hendak maju kehadapan kenalah berusaha.. seperti kata pepatah.. kejayaan tidak datang bergolek.. bukan senang nak senang..betul tak ?

Bagaimana pula kita hendak sampai ke puncak??..

ubahlah diri.. jadilah manusia yang lebih proaktif. Berusahalah dengan lebih gigih.. beranilah mengakui kelemahan diri.. kena berani juga untuk memperbaiki kelemahan tersebut dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran terhadap sesuatu bidang yang ingin kita capai.

IMG_0348

Jangan lupa.. kita juga haruslah tahu apa kekuatan yang kita ada. Dengan mengetahui kekuatan kita… ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan kita.

Dengan sikap yang proaktif, memperbaiki kelemahan diri, meningkatkan ilmu dan kemahiran ditambah pula dengan kekuatan yang kita ada.. tak mustahil kita akan Berjaya.

Akan tetapi.. kita jangan lupa.. Di dalam masyarakat kita.. kita pasti akan berhadapan dengan golongan REAKTIF.. iaitu golongan yang suka menyalahkan orang lain apabila dia ditimpa sebarang masalah. Jika dia tidak maju-maju kehadapan.. Jika dia tidak Berjaya..

Individu jenis ini akan cuba menyelesaikan masalahnya dengan menyalahkan orang lain. Jikalau ini yang terjadi.. masalah itu tidak akan berakhir sampai bila-bila.. asyik menuding jari  ke arah orang lain. inilah budaya bangau oh bangau yang sepatutnya kita elakkan.

IMG_0349

Cuba periksa diri kita.. adakah kita berada dalam golongan reaktif ataupun golongan proaktif? jika kita terdiri dari golongan proaktif.. baguslah. teruskan.. Akan tetapi jika kita terdiri dari golongan reaktif.. berubahlah.. cukup-cukuplah sudah.. tak perlulah kita meneruskan budaya bangau oh bangau ini.

Akhir sekali..

cuba jadi seperti ular yang berani mengakui kesalahannya.. jika tidak.. entah kemana-mana agaknya kisah ini.. pasti akan meleret-leret panjangnya dan tidak akan ada kesudahannya..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing