Kisah raja tanpa baju

Kisah raja tanpa baju

Pernahkah anda mendengar cerita ini.. kisah Raja tanpa baju masih teringat lagi masa kecil-kecil ketika membaca buku cerita ini.. terasa memang sungguh tidak mengerti … mengapa seorang raja yang paling tinggi kedudukkannya di mata masyarakat sanggup mengenakan baju yang sebenarnya.???. omongan kosong sahaja.
IMG_0018

kerongsang mutiara sabah

Kini baru ku sedar.. ada iktibar disebalik cerita Kisah raja tanpa baju yang dapat kita manfaatkan sehingga ke hari ini. Iktibar itu bukan sahaja digunakan untuk menilai diri kita sendiri dan sekaligus memperbaiki kelemahan diri kita sendiri, malah menilai orang lain dan juga suasana perkembangan semasa.
Tentu kalian tahu cerita tersebut bukan?
Di ringkaskan cerita.. Dahulu ada seorang raja.. yang sangat suka berpakaian cantik.. telah dikerahnya seluruh Negara untuk menjahit baju baru setiap hari.. selepas itu Raja tersebut akan memakai dan muncul dikalangan rakyat jelata untuk mendengar pujian..
Hari berganti hari..

hinggalah tahun berganti tahun.. raja tesebut masih belum lagi berpuas hati.. Raja tersebut  sentiasa inginkan fesyen yang terkini. Pembesar istana pun dah pening kepala untuk memenuhi kehendak Raja.

Kehendak Raja mesti dijaga.. Ego Raja mesti dilayan.. jika tidak jawatan akan terbang kepada orang lain.. Pembesar-pembesar kaki bodek mesti mengipas Raja agar raja sentiasa merasa bahagia.

 

IMG_20150330_092637

kerongsang mutiara sabah

Pembesar-pembesar istana diraja telah pun menghebohkannya ke seluruh pelosok Negara..Barang siapa yang dapat menjahit baju yang paling istimewa buat  Raja akan mendapat upah yang sangat lumayan.

maka berduyun-duyunlah tukang jahit yang terkenal di Negara tersebut datang mencuba nasib. Masing-masing membawa rekaan yang terkini.

Akan tetapi Raja tetap tidak berpuas hati… Baginda menolak semua cadangan yang diberikan oleh kesemua tukang jahit yang  terkenal itu. Mereka pun kembali dengan perasaan yang sangat hampa.

Akhirnya berita raja inginkan baju baru telah sampai ke pengetahuan dua orang lelaki yang sangat bijak menipu. Mereka merasakan inilah masanya untuk mereka membuat duit. Mereka pun datang dan berjumpa Raja dan pembesarnya lalu menceritakan betapa hebatnya mereka menjahit..

Apabila mendengar kata-kata si penipu tadi .. raja pun memerintahkan agar baju tersebut segera di buat. Perbelanjaan untuk membuat baju tersebut sangatlah besar sehingga menggunakan khazanah Negara.

IMG_20150330_092515

Tidak lama kemudian..
baju tersebut telah siap dijahit. Raja pun membuka semua pakaiannya untuk mencuba pakaian yang baru.. sambil berpura-pura memakaikan raja pakaian tersebut.. kedua-dua penipu itu tidak berhenti-henti memuji betapa cantiknya pakaian baru raja itu.

Raja merasa sungguh gembira mendengar pujian itu.. walaupun baginda sendiiri tidak melihat pakaian yang dipakai olehnya lalu baginda Keluar dari bilik persalinan dengan perasaan bangga..

Para pembesar terkejut melihat Raja yang tidak mengenakan sebarang pakaian.Akan tetapi apabila melihat raja beria-ria memuji kecantikkan baju tersebut.. para pembesar ikut sama memuji. Apalagi.. raja semakin yakin dengan kecantikkan baju tersebut.

Raja melangkah keluar istana dengan penuh keyakinan.. Pada mulanya rakyat jelata amat terkejut melihat Raja mereka tidak berpakaian. Akan tetapi apabila mendengar para pembesar memuji-muji pakaian raja.. mereka pun turut serta memuji. Apalagi.. raja pun berjalan dengan penuh kesombongan..

Tiba-tiba ada seorang budak kecil menjerit..
“Raja tidak berpakaian”.. semua orang tersentak dengan kejujuran dan keberanian budak tersebut. Raja pun tersedar.. malu..lalu lari lintang pukang ke istana.

20150318070659

Apakah Pengajaran disebalik cerita ini??
Inilah kisah pemimpin yang suka diampu.. yang sukakan pujian yang mana pujian inilah yang akan membutakan mata mereka.. mereka tidak Nampak kelemahan.. mereka merasakan diri mereka sangat hebat. Mereka berbelanja besar  kadang kala diluar kemampuan mereka.
Perhatikanlah..

selalunya pemimpin yang gila puji akan dikelilingi oleh pengikut yang kaki ampu.. yang ingin menjaga periuk nasi sendiri. Semua masalah bawahan tidak akan sampai ke atas.. semuanya kena tapis dahulu.. mereka akan sampaikan yang manis-manis sahaja.. walaupun palsu belaka.

Pujian yang melampau juga akan menjadikan pemimpin tersebut tidak dapat melihat sisi gelap pada dirinya. Semuanya indah-indah belaka.. bila tersedar.. segalanya telahpun terlambat.

Pada hakikatnya.. masih ada para pemimpin yang belum lagi mendapat pengajaran daripada cerita ini. mereka masih lagi berada di awang-awangan.. belum lagi memijak dunia yang nyata.

Belajarlah dengan kejujuran kanak-kanak dari Kisah raja tanpa baju ini..yang mengeluarkan pendapat tanpa ada sebarang kepentingan.. !! Tapi biasalah.. risiko dia pastilah besar

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing