Kasih yang ditinggalkan

Kasih yang ditinggalkan

 

Di pelabuhan ini

Di pelabuhan hati ini

Ku sering menanti

Kehadiran mu di sisi

Seperti dahulu lagi..

 

Di pelabuhan hati ini

Ku sering mengharapkan

Kasih sayang yang kau berikan

Berkekalan hingga ke mati

 

Di pelabuhan hati ini

Ku selalu mendambakan

Janji setia yang kau ucapkan

Takkan kau mungkiri

 

Namun segalanya berkecai kini

Kehadiran ku tak kau hargai

Kasih sayang ku kau tolak ke tepi

Janji manis mu kau bawa pergi

 

Kini…

Ku pasrahkan diri

Hanya pada Mu Ilahi

Berikan aku cinta sejati

Dalam meneruskan hidup ini

 

Kini…

Ku serahkan hati ini

Hanya pada Mu Ilahi

Kau cantumkanlah kembali

Kau ubatilah luka ini ..

Dengan Rahmat Mu Ilahi..

 

Izmah

 

Dia sahabat ku..
seorang wanita yang kecewa.. ditinggalkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk mengejar keseronokkan lain, tanpa memperdulikan perasaan orang yang ditinggalkan. Kasihan melihat dia berusaha lagi dan lagi agar dapat memenangi semula hati seorang suami.

 

“Aku sedih kerana suami ku memperlakukan aku  seperti ini. Meninggalkan aku  tanpa memberikan sebarang peluang.. peluang kepada diri ku, peluang kepada keluarga kami dan peluang kepada rumahtangga kami.”

IMG_1234

kerongsang mutiara

 

     Terkesima aku mendengar keluhannya. Dia seorang isteri yang ditinggalkan. Dia sedang bersedih .. kecewa dengan sikap seorang suami yang tak bertanggungjawab. Ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.

 

Dia seorang sahabat yang baik..Dia singgah sebentar di kedai ku untuk berbual-bual sambil mencari kekuatan dan dorongan. Aku mendengar saja apa yang ingin dia luahkan sebutir demi sebutir perkataan keluar.. dengan suara yang amat perlahan.. kadang-kadang dia mengesat air mata yang mengalir tanpa dapat dikawal.

 

     “ Aku benci kerana dia memperlakukan aku sedemikian.” keluhnya berulangkali..

.

IMG_1232

kerongsang mutiara

“dik berhentilah mengeluh, kasihanilah diri adik sendiri. Cubalah mulakan hidup baru. Buat apa adik menunggu dia. Adik seharusnya meneruskan kehidupan adik.”aku cuba memujuk

“Apa yang perlu aku  buat lagi?”Tanya dia .. seperti sangat mengharap jawapan dari ku. “cuba lupakan dia.. sibukkan diri dengan aktiviti lain.. aktiviti yang lebih bermanfaat dan tukarkan dia dengan cinta yang lebih utama.”

 

Dia terdiam.. diam seribu Bahasa. “Jangan biarkan hidup adik merana dengan perbuatan dia. Dia telah tinggalkan adik.. hidup adik terjejas..tapi dengan dendam dan marah yang tak berkesudahan akan membuatkan hidup adik terjejas berkali-kali.” pujuk ku lagi.

 

“Cubalah isi masa lapang adik dengan belajar.. belajar mengawal emosi, belajar melupakan dia, belajar menyintai diri sendiri, belajar menyintai yang lebih utama dan belajar untuk meningkatkan lagi ekonomi agar dapat menambahkan pendapatan tanpa perlu meminta-minta dengan orang yang telah melupakan kita.”
IMG_1237

kerongsang mutiara

 

“Baiklah kak, saya akan cuba mengikuti segala nasihat akak Cuma, saya tak tahu nak bermula dari mana.”?.

 

“Apa kata jika adik balik ke rumah dahulu, rehat dan tenangkan hati dan fikiran adik. Jika adik dah bersedia datanglah berjumpa dengan akak.. akak ada satu projek untuk adik.” Pujuk ku .. Kasihan dia, ku harap dia tabah..

 

Selang beberapa minggu.. kemudian, dia muncul lagi. Pada kali ini wajahnya kelihatan lebih ceria dari sebelumnya. Alhamdulillah.

 

“kak, tempohari akak ada menyatakan agar aku  melakukan satu projek. Projek apakah yang akak nak aku lakukan itu?” Tanya dia bersungguh-sungguh. Macam ni dik, apa kata adik berniaga secara kecil-kecilan. Ambil barang akak secara consignment..bila dapat jual baru bayar dengan akak harga yang kita persetujui.
IMG_1236

kerongsang mutiara

 

Aku melihat wajahnya berubah. Tak pasti sama ada dia gembira ataupun sebaliknya. “Kenapa dik.. adakah adik tidak menyukai cadangan ku ini? Ini hanyalah cadangan.. terpulang pada adik untuk melaksanakannya atau pun tidak.” Terang ku perlahan-lahan.

 

Sambil dia menggeleng-geleng kepala dia pun berkata “sebenarnya kak, aku merasa amat terharu. Tak tahu macam mana nak berterima kasih kepada akak. Pada saat aku  susah begini, ramai teman-teman menjauhkan diri. Tetapi akak tidak..akak menemani ku malah cuba untuk membantu..”jawabnya dalam sendu.

 

“Tentang tawaran akak tu, aku  terima dengan hati yang terbuka kerana aku  amat memerlukan duit tambahan untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak ku. Aku  berjanji tidak akan mengecewakan akak.”

 

Di situlah kisah dia bermula.. Dari seorang yang sangat reaktif bertukar menjadi proaktif. Dia berani menerima tanggungjawab yang baru. Berani menanggung risiko akibat pilihannya sendiri. Dan kemudiannya berani pula untuk memperbaiki kelemahan itu dengan mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu perkara.

 

IMG_1229

Kemudian dia berpindah balik ke negeri kelahirannya .. dia teruskan juga usaha dia di sana. Sehingga kini.. dia telah pun berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Walaupun aku dapat melihat dan mendengar kisahnya dari jauh (sebab berpindah). Namun aku tetap berasa bangga. Bangga kerana dia mampu bangun semula selepas jatuh tersungkur.

 

 

Setelah bertahun-tahun tak bersua muka.. semalam aku mendengar berita yang menggembirakan darinya.. dia telah pun mendirikan rumahtangga yang baru dengan lelaki pilihan hatinya. Semoga kali ini dia akan mengecapi kebahagian yang dia harap-harapkan.

…”sebarkan bahagia”…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing