Budaya Bangau Oh Bangau

Budaya Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau

Mengapa engkau kurus

Macam mana aku tak kurus

Ikan tak timbul-timbul

 

Ikan oh ikan

Mengapa kau tak timbul

Macam mana aku tak timbul

Rumput panjang sangat

 

Rumput oh rumput

Kenapa engkau panjang sangat

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku

 

sehinggalah…

 

katak oh katak

kenapa panggil hujan

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku

 

Ular oh ular

Mengapa nak makan katak

macam mana aku tak makan

Memang makanan aku

 

 

11017851_859640500781142_380610465412177898_n

 

 Jika kita dengarkan bait-bait lagu ini satu persatu.. ianya memang menghiburkan.. sehingga amat mudah untuk menghafalnya. Akan tetapi.. ambil masa walaupun seketika, untuk memahami maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat ini.

Cuba perhalusi apa yang ingin disampaikan oleh penulis lirik tersebut. Beliau cuba menegur dengan cara yang cukup berhemah menggunakan haiwan dan tumbuhan sebagai simbol . Menyindir sekumpulan masyarakat yang sangat suka menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing menuding jari untuk melepaskan diri daripada dipersalahkan.

Sebenarnya.. setiap orang yang terdiri dalam masyarakat haruslah melihat kelemahan, kekurangan dan kemampuan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Cubalah cari apa yang salah dan bukannya mencari siapa yang salah.

IMG_0347

Dalam urusan perniagaan misalnya.. ada diantara kita yang Berjaya sampai ke puncak.. ada yang masih lagi mendaki dan sentiasa berusaha untuk sampai ke pendakian yang tertinggi. Tapi yang paling ramai adalah mereka yang masih lagi di kaki bukit. Masih mencari-cari arah mana nak tuju.

Kenapakah agaknya ini terjadi??.

salah satu sebabnya ialah kerana sentiasa menyalahkan orang lain kerana kegagalan untuk maju kehadapan tanpa melihat kesalahan diri sendiri.

Seperti rangkap lagu bangau  yang kurus kerana rumput terlalu panjang dan bangau menyalahkan rumput tersebut. Kenapa bangau harus menyalahkan rumput.. sedangkan bangau haruslah berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan ikan. Yang terpenting.. ikan tidak akan menyerahkan dirinya pulak!

Begitulah dengan diri kita.. kita hendak maju kehadapan kenalah berusaha.. seperti kata pepatah.. kejayaan tidak datang bergolek.. bukan senang nak senang..betul tak ?

Bagaimana pula kita hendak sampai ke puncak??..

ubahlah diri.. jadilah manusia yang lebih proaktif. Berusahalah dengan lebih gigih.. beranilah mengakui kelemahan diri.. kena berani juga untuk memperbaiki kelemahan tersebut dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran terhadap sesuatu bidang yang ingin kita capai.

IMG_0348

Jangan lupa.. kita juga haruslah tahu apa kekuatan yang kita ada. Dengan mengetahui kekuatan kita… ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan kita.

Dengan sikap yang proaktif, memperbaiki kelemahan diri, meningkatkan ilmu dan kemahiran ditambah pula dengan kekuatan yang kita ada.. tak mustahil kita akan Berjaya.

Akan tetapi.. kita jangan lupa.. Di dalam masyarakat kita.. kita pasti akan berhadapan dengan golongan REAKTIF.. iaitu golongan yang suka menyalahkan orang lain apabila dia ditimpa sebarang masalah. Jika dia tidak maju-maju kehadapan.. Jika dia tidak Berjaya..

Individu jenis ini akan cuba menyelesaikan masalahnya dengan menyalahkan orang lain. Jikalau ini yang terjadi.. masalah itu tidak akan berakhir sampai bila-bila.. asyik menuding jari  ke arah orang lain. inilah budaya bangau oh bangau yang sepatutnya kita elakkan.

IMG_0349

Cuba periksa diri kita.. adakah kita berada dalam golongan reaktif ataupun golongan proaktif? jika kita terdiri dari golongan proaktif.. baguslah. teruskan.. Akan tetapi jika kita terdiri dari golongan reaktif.. berubahlah.. cukup-cukuplah sudah.. tak perlulah kita meneruskan budaya bangau oh bangau ini.

Akhir sekali..

cuba jadi seperti ular yang berani mengakui kesalahannya.. jika tidak.. entah kemana-mana agaknya kisah ini.. pasti akan meleret-leret panjangnya dan tidak akan ada kesudahannya..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Andai Aku Pergi Dulu

Andai Aku Pergi Dulu

 Andai aku pergi dulu

Berikanlah aku keredhaan mu

Hapuskanlah air mata mu

Teguhkanlah jiwa mu

Kuatkanlah semangat mu

 

Esok..

Bangkitlah kembali

Janganlah bersedih

Janganlah merintih

Kuatkanlah diri

 

Esok..

Teruskanlah berjuang

Anak-anak perlukan pimpinan

Jangan kesedihan jadi halangan

Kehidupan ini perlu diteruskan

Doa kalian yang ku harapkan

 

Andai aku pergi dulu..

Jangan bersedih

Kita berpisah hanya sementara

Kau pasti menyusul nanti

Doakanlah dipertemukan kembali

Di syurga yang abadi

Janji Allah itu pasti

Di sana ku menanti

 Izmah

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan manusia.. selain daripada kematian? Perginya orang yang kita kasihi secara tidak langsung akan memutuskan kebahagiaan yang kita cipta. Samada kita meninggalkan ataupun kita ditinggalkan.. saat itu adalah saat yang paling derita..

 

mutiara (57)

Tasbih dari salpearl.com

 

Coretan ini buat semua.. buat yang mengenali diri ini.. andainya esok aku pergi dulu..janganlah bersedih keterlaluan.. bersedih seketika itu adalah fitrah jiwa.. namun bersederhanalah.. esok kena bangkit semula.. itu semua bukan pengakhiran dunia.

Suami ku..

andai aku pergi dulu sebelum mu.. aku harapkan keredhaan mu pada ku.. maafkan aku andai selama bersamamu aku menyakiti hati mu..

Aku telah cuba untuk menjadi yang terbaik untuk mu.. tapi yang pasti.. kau memang yang paling baik untukku. Jika sedih bertandang selalu.. sibuk-sibukkan diri mu.. beribadatlah selalu.. sehingga kau penat untuk bersedih.

Jika kesedihan menerpa juga ..

Bisikkanlah pada hati mu bahawa dia bukanlah milikku yang kekal.. dia hanyalah pinjaman.. yang telah diamanahkan kepada ku.. sampai waktu dan ketika terpaksa juga ku kembalikan. Juga bisikkan.. kita berpisah untuk bertemu.. bertemu di alam yang lebih kekal..

mutiara (45)

Tasbih dari salpearl.com

Jika ku pergi dulu..

galaslah amanah ini.. walaupun kau terpaksa menggunakan segala kudrat yang ada.. teruskan perjuangan yang kita rancang.. jangan patah semangat.. anak-anak punya masa hadapan..

jangan kesedihan menjadi halangan.. berjuanglah.. agar kita boleh senyum di alam barzakh nanti.. oleh doa-doa yang mereka titipkan dari anak-anak yang solehah.. agar sungai pahala mengalir selama.. tanpa dapat dibendung..
Anak-anakku..

Cuba gembirakan hati orang yang rapat dengan mu.. ayah, keluarga, sahabat dan…. jika mereka gembira ..kau pun akan turut gembira juga.

carilah peluang untuk membuat kebaikkan dan kebajikan yang bertaburan di mana-mana. Buat baik selalu.. seperti yang selalu ummi pesan.

Jika sesekali kesedihan melanda.. Ambil wuduk anakku.. serahkan diri padaNya.. Adukan dan luahkanlah semuanya padaNya.. kau pasti akan tenang..

mutiara (137)

Tasbih dari salpearl.com

Buat semua.. keluarga dan para sahabat..
maaf juga yang ku pinta.. andai terkasar bahasa.. andai kesilapan yang ku lakukan.. aku hanya insan biasa.. aku telah cuba untuk melakukan yang terbaik.

Jangan takut dengan mengingati kematian.. kerana ia akan menjadikan kita lebih kuat untuk berusaha.. berusaha di dunia  untuk menuai hasilnya di akhirat kelak..

cukuplah coretan ku buat kali ini.. sekadar melayan perasaan.. andai terasa sepi melanda.. janganlah rasa diri keseorangan.. bisikkan ke dalam hati yang paling dalam.. katakan padanya.. bahawa ada yang sentiasa memerhati..
Mutiara Sabah
Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kisah raja tanpa baju

Kisah raja tanpa baju

Pernahkah anda mendengar cerita ini.. kisah Raja tanpa baju masih teringat lagi masa kecil-kecil ketika membaca buku cerita ini.. terasa memang sungguh tidak mengerti … mengapa seorang raja yang paling tinggi kedudukkannya di mata masyarakat sanggup mengenakan baju yang sebenarnya.???. omongan kosong sahaja.
IMG_0018

kerongsang mutiara sabah

Kini baru ku sedar.. ada iktibar disebalik cerita Kisah raja tanpa baju yang dapat kita manfaatkan sehingga ke hari ini. Iktibar itu bukan sahaja digunakan untuk menilai diri kita sendiri dan sekaligus memperbaiki kelemahan diri kita sendiri, malah menilai orang lain dan juga suasana perkembangan semasa.
Tentu kalian tahu cerita tersebut bukan?
Di ringkaskan cerita.. Dahulu ada seorang raja.. yang sangat suka berpakaian cantik.. telah dikerahnya seluruh Negara untuk menjahit baju baru setiap hari.. selepas itu Raja tersebut akan memakai dan muncul dikalangan rakyat jelata untuk mendengar pujian..
Hari berganti hari..

hinggalah tahun berganti tahun.. raja tesebut masih belum lagi berpuas hati.. Raja tersebut  sentiasa inginkan fesyen yang terkini. Pembesar istana pun dah pening kepala untuk memenuhi kehendak Raja.

Kehendak Raja mesti dijaga.. Ego Raja mesti dilayan.. jika tidak jawatan akan terbang kepada orang lain.. Pembesar-pembesar kaki bodek mesti mengipas Raja agar raja sentiasa merasa bahagia.

 

IMG_20150330_092637

kerongsang mutiara sabah

Pembesar-pembesar istana diraja telah pun menghebohkannya ke seluruh pelosok Negara..Barang siapa yang dapat menjahit baju yang paling istimewa buat  Raja akan mendapat upah yang sangat lumayan.

maka berduyun-duyunlah tukang jahit yang terkenal di Negara tersebut datang mencuba nasib. Masing-masing membawa rekaan yang terkini.

Akan tetapi Raja tetap tidak berpuas hati… Baginda menolak semua cadangan yang diberikan oleh kesemua tukang jahit yang  terkenal itu. Mereka pun kembali dengan perasaan yang sangat hampa.

Akhirnya berita raja inginkan baju baru telah sampai ke pengetahuan dua orang lelaki yang sangat bijak menipu. Mereka merasakan inilah masanya untuk mereka membuat duit. Mereka pun datang dan berjumpa Raja dan pembesarnya lalu menceritakan betapa hebatnya mereka menjahit..

Apabila mendengar kata-kata si penipu tadi .. raja pun memerintahkan agar baju tersebut segera di buat. Perbelanjaan untuk membuat baju tersebut sangatlah besar sehingga menggunakan khazanah Negara.

IMG_20150330_092515

Tidak lama kemudian..
baju tersebut telah siap dijahit. Raja pun membuka semua pakaiannya untuk mencuba pakaian yang baru.. sambil berpura-pura memakaikan raja pakaian tersebut.. kedua-dua penipu itu tidak berhenti-henti memuji betapa cantiknya pakaian baru raja itu.

Raja merasa sungguh gembira mendengar pujian itu.. walaupun baginda sendiiri tidak melihat pakaian yang dipakai olehnya lalu baginda Keluar dari bilik persalinan dengan perasaan bangga..

Para pembesar terkejut melihat Raja yang tidak mengenakan sebarang pakaian.Akan tetapi apabila melihat raja beria-ria memuji kecantikkan baju tersebut.. para pembesar ikut sama memuji. Apalagi.. raja semakin yakin dengan kecantikkan baju tersebut.

Raja melangkah keluar istana dengan penuh keyakinan.. Pada mulanya rakyat jelata amat terkejut melihat Raja mereka tidak berpakaian. Akan tetapi apabila mendengar para pembesar memuji-muji pakaian raja.. mereka pun turut serta memuji. Apalagi.. raja pun berjalan dengan penuh kesombongan..

Tiba-tiba ada seorang budak kecil menjerit..
“Raja tidak berpakaian”.. semua orang tersentak dengan kejujuran dan keberanian budak tersebut. Raja pun tersedar.. malu..lalu lari lintang pukang ke istana.

20150318070659

Apakah Pengajaran disebalik cerita ini??
Inilah kisah pemimpin yang suka diampu.. yang sukakan pujian yang mana pujian inilah yang akan membutakan mata mereka.. mereka tidak Nampak kelemahan.. mereka merasakan diri mereka sangat hebat. Mereka berbelanja besar  kadang kala diluar kemampuan mereka.
Perhatikanlah..

selalunya pemimpin yang gila puji akan dikelilingi oleh pengikut yang kaki ampu.. yang ingin menjaga periuk nasi sendiri. Semua masalah bawahan tidak akan sampai ke atas.. semuanya kena tapis dahulu.. mereka akan sampaikan yang manis-manis sahaja.. walaupun palsu belaka.

Pujian yang melampau juga akan menjadikan pemimpin tersebut tidak dapat melihat sisi gelap pada dirinya. Semuanya indah-indah belaka.. bila tersedar.. segalanya telahpun terlambat.

Pada hakikatnya.. masih ada para pemimpin yang belum lagi mendapat pengajaran daripada cerita ini. mereka masih lagi berada di awang-awangan.. belum lagi memijak dunia yang nyata.

Belajarlah dengan kejujuran kanak-kanak dari Kisah raja tanpa baju ini..yang mengeluarkan pendapat tanpa ada sebarang kepentingan.. !! Tapi biasalah.. risiko dia pastilah besar

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

stray cats..

Stray cats..

 

Adakah anda seorang pencinta kucing?

 

jika ya.. bolehlah terus membaca coretan ku pada kali ini.. jika tidak . pun boleh baca, manalah tahu terbuka pintu hati untuk membela.. walaupun seekor kucing.(Semua ini tidak mustahil berlaku).

 

Untuk pengetahuan semua.. dahulu saya bukannya berani sangat dengan kucing ni. Memang geli dengan binatang yang berbulu.. masih ingat lagi.. apabila pergi makan kat restoran mahupun gerai.. jika ada kucing yang saja-saja lalu di depan mata.. memang secara tidak disedari.. pasti panjat atas kerusi. Padahal kucing tu hanya buat jelingan manja sahaja..huhuhu

11902442_865434486868410_8242077811860640443_n

 

Pertama kali memelihara kucing.. apabila kami sekeluarga pindah ke negeri Johor kerana mengikuti suami yang bertugas di sana. Dipendekkan cerita ada seekor stray cats.. yang datang menumpang di hadapan rumah dan beranak 5 ekor anak kucing yang comel.

 

Anak-anak sangat excited waktu itu..pujuklah ayah dia belikan cage.. tak nak menghampakan permintaan anak-anak.. husband pergilah ke kedai dan belikan cage dan makanan kucing.. cage warna pink lagi..
sejak hari itu..

perasaan takut kepada kucing semakin lama semakin hilang.. timbul pula perasaan sayang terhadap kucing. Hinggalah ke hari ini.. setiap pagi saya akan meletakkan makanan kucing di belakang rumah khusus untuk Stray cat.. yang selalu lepak di belakang rumah.

 

Di hadapan rumah pun ada stray cats yang lain.. pun letakkan makanan juga. Apabila melihat mana-mana kucing yang datang ke rumah sakit seperti luka dan sebagainya.. saya akan letakkan ubat di tempat yang luka.. perkara normal kucing ni luka-luka kerana selalu sahaja bergaduh.

11863510_865434536868405_1743851560055624308_n

 

Akan tetapi.. bagi yang luka teruk.. sememangnya kena masuk wad lah jawabnya.. misalnya abang kawasan yang selalu sahaja bergaduh.. akibatnya asyik keluar masuk wad sahaja ..hihihihi..

 

Menjaga dan merawati kucing ini sememangnya memerlukan komitmen yang kuat, kesabaran yang tinggi dan kos juga semakin meningkat daripada segi makanan, perubatan dan pasir.

 

Tapi semua itu..

Pasti ada rezeki untuk kucing-kucing itu. Sehingga sekarang ada 17 ekor kucing yang masih di dalam jagaan kami. Ini tidak termasuk kucing-kucing yang berada di kawasan luar rumah. Ada juga beberapa ekor kucing yang telah di adopt oleh insan pencinta kucing yang lain (terima kasih).

 

Tak tahu macam mana nak ceritakan di sini.. perasaan sayang pada kucing-kucing ini semakin hari semakin kuat.. sangat sedih apabila melihat adalah insan-insan yang tak berperikemanusiaan .. yang akan membuli kucing-kucing ini..

11889514_865434500201742_6507447719824796946_n

 

sebenarnya..

jika tidak sukakan kucing jangan ganggu kehidupan mereka .. biarkan kucing-kucing itu hidup dengan dunia mereka.. kucing-kucing ini pun bukannya nak ganggu kehidupan manusia…

 

Harapan ku..
kalaulah boleh.. setiap keluarga membela sekurang-kurangnya satu ekor kucing.. mungkin kuranglah sedikit stray cats yang berkeliaran di luar sana.. mencari sisa-sisa makanan untuk meneruskan hidup mereka.

 

ya…

itu cumalah harapan.. sebagai insan.. cubalah kita sebarkan bahagia ..walaupun bukan dengan sesama manusia.. Tapi kucing pun makhluk Allah juga..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Mengapa sukar untuk setia?

Mengapa sukar untuk setia?

 

Bila terkenang peristiwa semalam

Terasa pedih menghiris hati

Kasih sayang yang kau berikan

Terselit kecurangan yang berjaya kau kaburi

 

Air mata ini mengalir lagi

Jatuh setitis demi setitis

Cuba membawa pergi

Ingatan yang seringkali mampir

 

Kalaulah boleh…

Biarlah airmata ini..

Memadam semua kelukaan yang terpendam

Menghanyutkan memori silam

Menghilangkan ingatan kelam…

 

Kerana aku…

Ingin hidup bahagia

Dalam waktu yang semakin singkat

Dalam menghabiskan sisa-sisa usia

Sebelum aku pergi …

Pergi tak kembali…

 

IZMAH

 

 

 

 

Aku ingin bahagia..
aku tak ingin bersedih lagi.. aku tak ingin mengingati kisah-kisah silam .. yang sungguh memedihkan.. satu persatu air mata berguguran..keluar dari kelopak mata tanpa boleh dihalang. Mengalir perlahan-lahan menuruni.. membasahi pipi..

Sukarnya untuk merasa bahagia apabila mendapati pasangan kita mencurangi.. konon setia hingga ke mati… akan tetapi bila dibelakang kita ada kekasih hati yang lain. Memang pedih.. memang sedih..itulah realiti yang terpaksa dihadapi..

 

Mengapa sukar untuk setia?

orang kata.. “kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa tapi.. kesetiaan lelaki teruji apabila dia mempunyai segalanya..” betulkah?..


IMG_20150310_180312

 

Diringkaskan cerita..
Apabila kita mempunyai segalanya dan dia mencintai kita.. itu dianggap kenyataan hidup. Akan tetapi… apabila kau tidak mempunyai apa-apa dan dia masih mencintaimu.. itulah ketulusan yang sukar dicari..

 

 

Persoalannya sekarang ialah kenapa sukar untuk setia..?

 Kesetiaan ini kadang-kadang bukannya bergantung pada harta benda.. kadang-kadang terdapat pasangan yang hidup sederhana sahaja.. tidaklah berharta .. tetapi tidak juga setia.. Ada juga pasangan yang sememangnya hidup mewah.. segalanya terpenuhi.. tetapi malang.. kekasih hati lain.. ada keliling pinggang.

Mengapa sukar untuk setia?
Satu pesanan ku.. jika kalian ingin melangkahkan kaki.. walaupun tinggal selangkah lagi..ke daerah kecurangan.. sekurang-kurangnya cubalah kenangkan kembali.. saat-saat indah ketika bersama, ingatkah lagi.. siapa yang sudi bersamamu di saat kamu susah.. di saat kamu tidak mempunyai apa-apa..

Cubalah berfikir sejenak.. jangan ikutkan nafsu yang sedang berkobar-kobar mengajak kalian ke daerah yang bakal menghancurkan kebahagiaan yang telah lama kalian bina bersama. Usah biarkan dirimu diperbodohkan dengan kelakuan si mata duitan.. Janganlah membutakan mata dalam sedar.

IMG_20150310_125929

Cubalah belajar untuk jadi pasangan yang setia pada pasangan masing-masing.. elakkan pergaulan yang akan melebihi batasan tata susila walaupun di mana anda berada.. tak kira lelaki mahupun wanita.. elakkan gurauan yang boleh membenihkan perasaan sayang..

kumpulkan kekuatan untuk setia .. memang bukan mudah.. tapi tidaklah susah .. cubalah berikanlah kebahagiaan kepada pasangan kita kerana hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.. esok lusa entah siapa yang akan pergi dahulu..

 

Sebenarnya.. kamu tidak perlu memiliki segalanya.. untuk merasa bahagia.. kamu hanya perlu seseorang yang mampu membuat mu tersenyum di saat hati mu terluka…
Doa ku..

semoga kita semua dikurniakan pasangan halal..yang benar-benar mencintai kita.. dan mampu saling membahagiakan antara satu sama lain…dan yang terpenting.. biarlah dia setia sehingga ke akhir hayat..

Aamiin..

“Sebarkan Bahagia”…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Indahnya persaudaraan

Indahnya persaudaraan

 

Semalam..
seperti yang dirancang .. telah diadakan aktiviti tahunan keluarga…perkelahan di tepian sungai Ulu Yam.. mula-mula memang seperti tidak akan turut serta kerana kurang sihat.. tapi apabila melihat encik suami dan anak-anak terlebih exited.. jadi ikutkan sahaja.

image

Pada kali ini..

memang aku tidak menyiapkan apa-apa bekalan.. rancang nak beli sahaja sebab tak larat hendak memasak..Budak-budak pun packinglah apa-apa sahaja barangan yang diperlukan.. hihihi.. aku hanya angkat handbag dan duduk di kereta..macam permaisuri agung.

 

setiba di sana..
ramai keluarga yang telah menunggu.. tengok sahaja dah tahu betapa terujanya mereka..kanak-kanak comel.. lagilah.. tak sabar-sabar nak mandi sungai. masing-masing dengan bekalan yang di bawa..

 

wow.. banyaknya makanan.. biasalah , jika ada perkelahan..salah satu aktiviti yang paling hebat ialah acara makan.. bermacam-macam makanan terhidang..

 

Razeff and family (Aisyah).. bawa nasi lemak, sambal udang dan bermacam-macam lauk (rajin sungguh).

 

Nazreen dan isteri.. cik puan lilo bawa lasagne bakar.. yummy.. dan pelbagai peralatan untuk berkelah.. siap pasang magic khemah ..hihihi

16921_10206409042299014_8046323756453281037_n

Abang rafiki dan hazz memang Nampak paling berusaha.. kenalah sebab dia paling seniorkan..hahaha.

 

Tapi cup cake hazz memang sedap.. bawa banyak.. penuh satu Tupperware besar.. tapi tak cukup..( lain kali kena tambah sebab sedap).

 

Zarul dan Nora.. bawa nasi lemak, meehoon goreng.. siap ada roti canai.. tapi nasi lemak bungkus nora ni lah penyelamat sakit kepala yang berdenyut-denyut ni..sambal dia cukup power hinggakan sakit kepala yang dah dua hari tak baik-baik boleh hilang..

11870812_10153107931601818_4218818495928999004_n

 

Tak lupa juga adik-beradik Zarul yang sudi datang.. lagi menambah kemeriahan suasana perkelahan ini.. yalah.. lagi ramai lagi meriah.

 

Bila tiba masa untuk sesi fotografi..hahaha (fotografilah konon).. macam-macam aksi yang terlihat.. dah ramai-ramai tu ambil gambar candid paling sesuai..

 

Kanak-kanak rianglah..

memang paling gembira.. dapat mandi air sungai yang memang kelihatan jernih.. air pun mengalir tenang dan tidak dalam.. Jadi para ibu tidak ada perasaan was-was melepaskan kanak-kanak riang ini mandi. Tapi masih dalam pengawasan gang-gang sado..

11890958_10153107932001818_6440188198881669694_n

 

Abang Zainol ,yong dan keluarga datang lewat sedikit kerana mengalami sedikit masalah.. tapi yang hebatnya semangat mereka tetap tidak luntur..Mereka datang juga.. yong pun bawa makanan.. meehoon goreng.. ya.. makan lagi buat kali yang ke ??

 

Bila tiba masa nak balik..

 

ada juga kanak-kanak riang yang tidak mahu berhenti mandi.. yalah seronok main air.. siap buat castle lagi, macam main tepi pantai pulanya. Di sini terpaksalah ibu bapa mereka menggunakan parenting skill masing-masing..

 

Bila dah packing barang nak balik..
terasa magic sekali lagi.. barang-barang dah ringan.. makanan dah berkurangan.. tinggal sedikit sahaja. hebat!!

11870838_10206409029858703_288581328539788115_n

Terima kasih buat semua yang hadir..

walaupun perancangan dibuat dalam waktu yang amat singkat.. namun perkelahan ini memang hebat. Sekali-sekala berkumpul untuk menguatkan lagi ikatan kekeluargaan..

 

Buat Zarul dan Nora serta anak-anak yang comel.. yang akan berangkat pulang ke UK untuk menyambung pelajaran di sana.. semoga perjalanan nanti dipermudahkan.. kami di sini.. (keluarga) akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian sekeluarga.. Kami pasti akan merindui kalian.. jauh di mata tapi tetap dekat di hati..

11836698_10206409040858978_1969144725326304198_n

 

Buat semua keluarga..

Indahnya persaudaraan…. yang terjalin andai kita tahu menghargai dan menilainya..

“sebarkan bahagia”

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Listen, Listen, Listen…

Listen, Listen, Listen

Baru-baru ini.. kak sal menghadiri satu kelas yang diadakan di IKSB bertajuk “Leadership and communication”. yang dibentangkan oleh Sifu Nizal Muhammad. Selama 3 jam.. memang tidak menghampakan. terlalu banyak ilmu yang sifu Nizal perturunkan.

Hari ini kak sal ingin menceritakan tentang hebatnya ilmu mendengar ini kepada kita semua kerana ianya sememangnya amat penting kepada sesiapa pun juga. Sebagai contoh.. Seorang Ahli perniagaan haruslah mendengar dengan teliti apa yang diinginkan oleh pelanggannya, jika tidak silap-silap lain yang di order lain pula yang dihantar.

IMG_0452

aksesori hand bag dari salpearl.com

Begitu juga seorang ibu, ayah, guru dan semua orang perlu melatih kemahiran mendengar ini..

Tahukah anda? mendengar sesuatu yang ingin disampaikan oleh orang lain kepada kita kadang-kadang bukan hanya menggunakan telinga sahaja.. tetapi kata orang komunikasi tahap yang tertinggi adalah kemampuan kita mendengar sesuatu yang diperdengarkan tanpa suara… pelik kan!

Pada tahap ini ..
Pada tahap tertinggi ini..kita bukan sahaja mendengar menggunakan telinga.. tetapi juga menggunakan mata dan hati nurani… mendengar gunakan telinga kemudian hubungkan kepada mata dan jalinkan kepada hati.. itulah mendengar yang hakiki.
Pada tulisan kak sal  ini ..

kak sal ingin tekankan betapa pentingnya kemahiran mendengar dalam rumah tangga yang kita bina. Kadang-kadang .. kita telah pun mendirikan rumah tangga  bertahun-tahundan  kita rasa kita sudah  cukup memahami apa yang pasangan kita inginkan.. orang kata.. tak perlu kata apa-apa.. betulkah kita tak perlu kata apa-apa ?

 

IMG_0454

Aksesori hand bag dari salpearl

Listen, Listen, Listen
Di sinilah selalunya komunikasi dalam keluarga akan pincang.. bila mana bisikan sudah tidak didengari.. cuma jeritan yang bakal didengari…” saya bosan..dah berkali-kali beritahu tapi tak faham-faham..” luah hati seorang isteri.

Semua kata-kata di atas menunjukkan betapa manusia seringkali gagal mendengar kata-kata pasangannya…

Sebagai manusia, kita seringkali inginkan agar pasangan kita mendengar apa yang ingin kita luahkan…kita ingin mereka memahami apa kemahuan kita..  tapi ramai pasangan yang gagal berbuat demikian…gagal memahami kehendak pasangan masing-masing..

Akhirnya..semua kemahuan dan keinginan dipendamkan .. dibiarkan begitu sahaja .. tidak lagi diperdengarkan.. tiada lagi bisikan ..kerana kegagalan kita mendengar keluh kesah pasangan kita.. Akhirnya jika sudah terlewat.. mugkin hanya jeritan yang terdengar.

Jadi.. sementara pasangan kita masih sudi berbisik mesra di telinga.. dengarlah bisikannya sungguh-sungguh.. Fahamilah keinginannya..

“sebarkan bahagia”

nanti kita sambung lagi ok..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Kasih yang ditinggalkan

Kasih yang ditinggalkan

 

Di pelabuhan ini

Di pelabuhan hati ini

Ku sering menanti

Kehadiran mu di sisi

Seperti dahulu lagi..

 

Di pelabuhan hati ini

Ku sering mengharapkan

Kasih sayang yang kau berikan

Berkekalan hingga ke mati

 

Di pelabuhan hati ini

Ku selalu mendambakan

Janji setia yang kau ucapkan

Takkan kau mungkiri

 

Namun segalanya berkecai kini

Kehadiran ku tak kau hargai

Kasih sayang ku kau tolak ke tepi

Janji manis mu kau bawa pergi

 

Kini…

Ku pasrahkan diri

Hanya pada Mu Ilahi

Berikan aku cinta sejati

Dalam meneruskan hidup ini

 

Kini…

Ku serahkan hati ini

Hanya pada Mu Ilahi

Kau cantumkanlah kembali

Kau ubatilah luka ini ..

Dengan Rahmat Mu Ilahi..

 

Izmah

 

Dia sahabat ku..
seorang wanita yang kecewa.. ditinggalkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk mengejar keseronokkan lain, tanpa memperdulikan perasaan orang yang ditinggalkan. Kasihan melihat dia berusaha lagi dan lagi agar dapat memenangi semula hati seorang suami.

 

“Aku sedih kerana suami ku memperlakukan aku  seperti ini. Meninggalkan aku  tanpa memberikan sebarang peluang.. peluang kepada diri ku, peluang kepada keluarga kami dan peluang kepada rumahtangga kami.”

IMG_1234

kerongsang mutiara

 

     Terkesima aku mendengar keluhannya. Dia seorang isteri yang ditinggalkan. Dia sedang bersedih .. kecewa dengan sikap seorang suami yang tak bertanggungjawab. Ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.

 

Dia seorang sahabat yang baik..Dia singgah sebentar di kedai ku untuk berbual-bual sambil mencari kekuatan dan dorongan. Aku mendengar saja apa yang ingin dia luahkan sebutir demi sebutir perkataan keluar.. dengan suara yang amat perlahan.. kadang-kadang dia mengesat air mata yang mengalir tanpa dapat dikawal.

 

     “ Aku benci kerana dia memperlakukan aku sedemikian.” keluhnya berulangkali..

.

IMG_1232

kerongsang mutiara

“dik berhentilah mengeluh, kasihanilah diri adik sendiri. Cubalah mulakan hidup baru. Buat apa adik menunggu dia. Adik seharusnya meneruskan kehidupan adik.”aku cuba memujuk

“Apa yang perlu aku  buat lagi?”Tanya dia .. seperti sangat mengharap jawapan dari ku. “cuba lupakan dia.. sibukkan diri dengan aktiviti lain.. aktiviti yang lebih bermanfaat dan tukarkan dia dengan cinta yang lebih utama.”

 

Dia terdiam.. diam seribu Bahasa. “Jangan biarkan hidup adik merana dengan perbuatan dia. Dia telah tinggalkan adik.. hidup adik terjejas..tapi dengan dendam dan marah yang tak berkesudahan akan membuatkan hidup adik terjejas berkali-kali.” pujuk ku lagi.

 

“Cubalah isi masa lapang adik dengan belajar.. belajar mengawal emosi, belajar melupakan dia, belajar menyintai diri sendiri, belajar menyintai yang lebih utama dan belajar untuk meningkatkan lagi ekonomi agar dapat menambahkan pendapatan tanpa perlu meminta-minta dengan orang yang telah melupakan kita.”
IMG_1237

kerongsang mutiara

 

“Baiklah kak, saya akan cuba mengikuti segala nasihat akak Cuma, saya tak tahu nak bermula dari mana.”?.

 

“Apa kata jika adik balik ke rumah dahulu, rehat dan tenangkan hati dan fikiran adik. Jika adik dah bersedia datanglah berjumpa dengan akak.. akak ada satu projek untuk adik.” Pujuk ku .. Kasihan dia, ku harap dia tabah..

 

Selang beberapa minggu.. kemudian, dia muncul lagi. Pada kali ini wajahnya kelihatan lebih ceria dari sebelumnya. Alhamdulillah.

 

“kak, tempohari akak ada menyatakan agar aku  melakukan satu projek. Projek apakah yang akak nak aku lakukan itu?” Tanya dia bersungguh-sungguh. Macam ni dik, apa kata adik berniaga secara kecil-kecilan. Ambil barang akak secara consignment..bila dapat jual baru bayar dengan akak harga yang kita persetujui.
IMG_1236

kerongsang mutiara

 

Aku melihat wajahnya berubah. Tak pasti sama ada dia gembira ataupun sebaliknya. “Kenapa dik.. adakah adik tidak menyukai cadangan ku ini? Ini hanyalah cadangan.. terpulang pada adik untuk melaksanakannya atau pun tidak.” Terang ku perlahan-lahan.

 

Sambil dia menggeleng-geleng kepala dia pun berkata “sebenarnya kak, aku merasa amat terharu. Tak tahu macam mana nak berterima kasih kepada akak. Pada saat aku  susah begini, ramai teman-teman menjauhkan diri. Tetapi akak tidak..akak menemani ku malah cuba untuk membantu..”jawabnya dalam sendu.

 

“Tentang tawaran akak tu, aku  terima dengan hati yang terbuka kerana aku  amat memerlukan duit tambahan untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak ku. Aku  berjanji tidak akan mengecewakan akak.”

 

Di situlah kisah dia bermula.. Dari seorang yang sangat reaktif bertukar menjadi proaktif. Dia berani menerima tanggungjawab yang baru. Berani menanggung risiko akibat pilihannya sendiri. Dan kemudiannya berani pula untuk memperbaiki kelemahan itu dengan mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu perkara.

 

IMG_1229

Kemudian dia berpindah balik ke negeri kelahirannya .. dia teruskan juga usaha dia di sana. Sehingga kini.. dia telah pun berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Walaupun aku dapat melihat dan mendengar kisahnya dari jauh (sebab berpindah). Namun aku tetap berasa bangga. Bangga kerana dia mampu bangun semula selepas jatuh tersungkur.

 

 

Setelah bertahun-tahun tak bersua muka.. semalam aku mendengar berita yang menggembirakan darinya.. dia telah pun mendirikan rumahtangga yang baru dengan lelaki pilihan hatinya. Semoga kali ini dia akan mengecapi kebahagian yang dia harap-harapkan.

…”sebarkan bahagia”…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Mengapa Mutiara begitu berharga?

Mengapa Mutiara begitu berharga?

 

Anda peminat Mutiara?
Adakah anda pernah ditanya mengapa anda suka menggunakan perhiasan dan aksesori yang diperbuat daripada mutiara berbanding germstone yang lain dan Mengapa Mutiara begitu berharga? bagi diri anda dan tidak menggunakan emas sebagai perhiasan utama.

 

Mengapa Mutiara begitu berharga?

Jika anda bukan seorang yang meminati mutiara.. anda tidak akan dapat memahami perasaan peminat-peminat mutiara ini. jika di tanya  mengapa mutiara begitu berharga kepada peminat-peminat mutiara.. bermacam-macam jawapan yang bakal anda dengari.. namun biarlah aku memberikan jawapannya. kerana sememangnya aku salah seorang peminat fanatik mutiara. Telah lama aku jatuh cinta dengan keindahan mutiara dan di sini kita boleh kongsikan bersama apakah sebabnya.

 

IMG_20150330_092515

kerongsang mutiara dari salpearl.com

 

Salah satu sebabnya ialah dari segi sejarah mutiara itu sendiri. Jika dikaji secara terperinci.. Mutiara sangat kaya dengan sejarahnya sendiri.

 

Dari dahulu lagi .. terutama golongan bangsawan sangat meminati mutiara. Dari tahun ke tahun..mutiara tetap disanjungi. walaupun mutiara kini lebih mudah ditemui berbanding dahulu.. malah telah membanjiri pasaran dunia. Namun, mutiara tetap mempuyai peminatnya yang tersendiri.

Cuba luangkan masa seketika..
bayangkan mutiara kultur.. mutiara yang diternak. Bermacam-macam langkah yang telah dilakukan agar mutiara kultur terhasil. pertama sekali memasukkan mollusks ke dalam tiram dan menunggu masa sehingga cukup matang.
IMG_0018

kerongsang mutiara dari salpearl.com

 

selepas cukup matang, sangkar tersebut akan dipindahkan ke dalam laut dan biasanya hanya 50% sahaja yang akan bertahan yang selebihnya akan mati. Tiram yang terselamat akan cuba untuk survive daripada parasites dan juga pencemaran air laut yang semakin teruk.

 

Tiram-tiram ini harus sentiasa dijaga bertahun-tahun semasa tiram menghasilkan mutiara. Daripada semua itu biasanya hanya sedikit sahaja yang akan menjadi mutiara yang betul-betul berkualiti.

 

Proses menghasilkan sebiji mutiara bukanlah mudah. Proses ini mengambil jangka masa yang agak panjang dan susah dan ia semestinya melalui proses organic secara keseluruhan. Bukan mudah !

20150318070659

kerongsang mutiara dari salpearl.com

 

sebab itulah..
aku amat menghargai mutiara.. “how truly remarkable such pearls are”. Apabila   menggunakan pearl.. cubalah hargainya.. rasakan bahawa mutiara itu sungguh berharga. Ianya secara tidak langsung akan menambahkan keyakinan diri kepada sipemakai

.

cubalah pakai mutiara hari ini..

walaupun sebiji kerongsang kecil tenunglah di cermin..cubalah hargainya..ingatlah betapa sukarnya untuk menghasilkannya.. hanya sebiji mutiara kecil mengambil masa yang lama untuk terhasil.. kan sayang jika kita sia-siakannya begitu sahaja..

 

LOVE YOUR PEARLS..

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Fokus..Fokus..Fokus

 

Fokus..Fokus..Fokus

Hai semua.. Hari ni Kak Sal nak tulis sesuatu topik yang telah biasa dan sesetengah orang sangat biasa mereka dengar apalagi jika mereka tergolong di dalam golongan usahawan. Fokus..Fokus..Fokus

 

FOKUS

Ini sesuatu yang penting dan jangan diambil mudah kerana jika kita tidak focus dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi.. nanti satu benda pun tidak akan berhasil.

 

Ingat lagi ketika mula-mula memasuki kelas Irfan Khairi .. di mana kami disuruh niche kan perniagaan yang ingin kami buat agar mudah fokus.  Fokus tentang kelebihan kita.. fokus tentang minat kita.. fokus tentang apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin kita ceburi.. sebelum terjun lebih jauh ..

 

IMG_0451

Pelbagai jenis mutiara dari salpearl.com

 

Perkataan fokus itu sendiri sangat mudah diucapkan tetapi sukar untuk dilakukan kerana ianya memerlukan kemahiran.. kemahiran fokus ini umpama kaca.. mudah pecah.

 

Misalnya ..hari ini kita dah berusaha untuk fokus tentang perniagaan kita. Esok lusa bila ada yang mengatakan ada perniagaan baru yang lebih menguntungkan .. kita mula goyah..

 

yang dapat bertahan mungkin akan fokus kembali. yang tak dapat bertahan terus goyah dan pecah..

 

Tidak dinafikan.. bahawa kita pasti akan menerima gangguan setiap hari dalam menjalankan aktiviti perniagaan kita. Misalnya ketika online di media sosial seperti FB pasti kita akan dapat melihat potensi-potensi perniagaan yang baru dari mata kasar kita. di situ fokus akan mula terganggu.

 

IMG_0450

pelbagai jenis aksesori.. dari salpearl.com

 

Kita juga akan sentiasa terdengar tentang kejayaan yang dimiliki oleh usahawan-usahawan tertentu dalam perniagaan yang berbeza dengan perniagaan kita..

 

kita pun mula memasang angan-angan untuk menjalankan perniagaan seperti mereka tanpa memikirkan adakah perniagaan itu sesuai dengan diri kita ataupun tidak.

 

oleh kerana itulah..kemahiran fokus sangat penting agar kita boleh terselamat daripada segala macam gangguan yang akan mengekori kita

setiap masa.

 

cuba lihat di sekeliling kita..
Ramai usahawan yang telah Berjaya kerana mempunyai kemahiran fokus umpama laser.. usahawan yang dapat melihat hala tuju mereka dengan jelas sekali tanpa menghiraukan sebarang gangguan.

 

IMG_0183

pelbagai jenis tools yang digunakan .. salpearl.com

Bagaimana pula kita ingin belajar agar lebih fokus ?

Pakar-pakar dari Negara barat ada mencadangkan agar kita menulis dan melihat impian kita setiap hari. lihat apa yang ingin kita capai.. dan fikirkan jika kita hilang fokus.. impian kita pasti akan lambat tercapai.

 

berkawan dan bersahabatlah dengan mereka yang seringkali mengingatkan kita .. jika kita terlalai sekejap dia pasti akan menegur kita.. . sahabatku.. fokuslah..

 

yang terakhir… jalan terus.. sehingga matlamat tercapai. Jangan pandang belakang , kiri ataupun kanan.. (hahahaha).

 

Bagaimana sahabat semua.. boleh tak kita cabar diri kita agar lebih fokus? Cubalah .. kalau tak cuba tak tahu kan!!!

 

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing