Jangan Lupakan Dia (2)

Jangan Lupakan Dia (2)

 

… ok.. sebelum saya menyambung cerita semalam.. ramai yang bertanya adakah ini cerita benar atau rekaan semata-mata. Sebenarnya ini memang cerita yang benar-benar berlaku sewaktu saya membuka sebuah kedai mutiara di negeri Johor.. sewaktu-waktu dahulu.. jom baca catatan ku ini.. Jangan Lupakan Dia (2)

 

 

Sambungan cerita semalam…

 

“ Ada pakcik, tapi bila tarikh ulang tahun perkhawinan pakcik?”. Tanya ku inginkan kepastian. Dalam fikiran dah terbayang gelang yang bagaimana yang ingin aku buat untuk pelanggan aku pada kali ini.

IMG_0321

 

 “ Lagi 5 hari.. ada tak gelang mutiara yang berharga rm 15 ?” Soalnya sekali lagi. Dia seolah-olah inginkan kepastian saat itu juga.“ Macam ni lah pakcik, lagi 3 hari pakcik datang saya akan sediakan seutas gelang seperti mana yang  pakcik inginkan”. Jawab ku ringkas

 

 Aku dapat melihat senyuman terukir diwajahnya. Dia pun meminta diri kerana dah tiba waktu dia pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.

 

Alangkah tersentuh hati melihat kesungguhan pakcik tadi. Beruntung sangat isteri dia mendapat seorang suami yang sangat penyanyang malah sangat mengambil berat tentang dirinya.

 

Seperti biasa..

Apabila customer dah balik barulah aku sibuk-sibukkan diri mencari-cari design yang sesuai.. kalau boleh aku ingin memberikan satu kejutan buat pakcik teksi itu.. Apalagi.. mula-mula kena selongkar laci-laci ajaib yang menyimpan bermacam-macam jenis mutiara.

IMG_0327

Setelah bertemu yang berkenan..misi seterusnya pun bermula..

 

mencari aksesori yang sesuai.. pun di laci-laci ajaib. Ada bermacam-macam aksesori yang terkeluar dari laci kemudian disimpan kembali cari pula yang lain. selongkar punya selongkar.. akhirnya bertemu juga.. aksesori yang simple.. sesuai dengan usia bakal customer ku.

 

Idea datang masa tu juga.. memang leceh kerana customized.. ambil masa beberapa jam juga baru siap..kerana jika silap walaupun sedikit..kena buat semula. leceh .. akan tetapi apabila ianya telah siap.. sangat-sangat berpuas hati.

 

Selang 3 hari kemudian, seperti yang dijanjikan pakcik teksi itu .. kali ini dia datang dengan wajah yang agak ceria. Dia pasti tak sabar-sabar untuk melihat hadiah istimewa buat isterinya..  tanpa membuang masa aku pun memberikan sebuah kotak berwarna maroon kepadanya.

 

” Pakcik bukalah kotak ni. ” ujar ku sambil tersenyum. Aku berikan kotak tersebut dan dia menyambutnya juga dengan senyuman yang paling manis bagi aku.. Dia mengeluarkan  gelang mutiara yang telah siap itu dari kotaknya. Dari riak wajahnya terlihat dia sangat terkejut. Dia tidak berkata apa-apa pun..
IMG_0055

Gelang Khas untuk pakcik Teksi

 

“ Betulkah gelang ini yang pakcik tempah. Nampak macam mahal saja. Pakcik takut..pakcik tak mampu nak bayar”. Ujarnya perlahan-lahan.

 

“Betul .. inilah gelang yang pakcik tempah hari tu. Saya buatkan khas untuk pakcik. Pasal harga pakcik jangan risau, pakcik bayar RM 10.00 sahaja , upah gula-gula” jawab saya sambil tersenyum.

 

“ Pakcik tak boleh terima gelang ini.. anak kan berniaga nanti pasti rugi.” Dia menolak dengan lembut pemberian saya. “ Takpe Pakcik, memang niat saya nak tolong pakcik. Saya sangat tersentuh melihat pakcik sangat menyanyangi isteri pakcik. Sekarang ini sangat sukar melihat seseorang yang setia dengan pasangan mereka.” Pujuk saya pulak.

IMG_0322

 

 Lama juga aku memujuk dia untuk menerima pemberian ku itu. Akhirnya dia mengalah juga. “ Jarang sekali pakcik berjumpa dengan insan seperti kamu.. kamu memiliki kedua-duanya.. kekayaan harta dan juga kekayaan jiwa”. Selepas membayar harga gelang mutiara tersebut dan mengucapkan terima kasih .dia pun berlalu pergi.

 

 Ah!… sebak rasa hati bila mengingati peristiwa ini. sewaktu menulis coretan ini.. air mata masih lagi membasahi pipi. Padahal dah bertahun peristiwa ini meninggalkan ku. Namun bekasnya sangat sukar ku padam.

 Banyak pengajaran yang terkandung di dalamnya.. Rasa sangat bahagia bila kita dapat membahagiakan orang lain. sebenarnya.. jika kita masing-masing berusaha menyebarkan bahagia.. kebahagian itu pasti akan terpalit kepada kita juga.

 

Tapi yang paling pasti.. Cubalah mencari kekayaan hati di samping mencari kekayaan harta kerana dunia adalah ladang akhirat di sana nantilah kita akan tuai hasilnya… bagaimana kita dapat menuai hasil yang baik jika di dunia lagi.. kita menanam pokok yang kering layu ..tidak bermaya.

 

Ada lagi cerita selanjutnya.. nak tahu tak?.. komen NAK..
Share the knowledge... Thanks for Sharing