Jangan Lupakan Dia
Jangan lupakan dia
Masihkah kau ingat
Lafaz nikah yang kau ucapkan
Janji setia yang kau katakan
Aku janji yang kau lafazkan
Masihkah kau ingat
Dia rela bersama mu
Dalam suka dan duka
Dalam gembira dan nestapa
Dalam tawa dan tangis
Dalam melalui hari-hari yang sementara ini..
Kini…
Usianya pasti dipagut waktu
Wajahnya pasti dimamah usia
Kekuatannya pasti semakin susut
Kecantikkannya pasti semakin pudar
Pesan ku…
Jangan lupakan dia..
Dia menyokong mu dalam setiap langkah
Dia membantu mu dalam menghadapi kehidupan
Dia membawa mu ke arah ketenangan
Dia menyelimuti mu kala kesejukkan
Dia menemani mu sepanjang jalan…
Pesan ku..
Jangan sekali-kali
Lupakan dia..
Izmah
Sebenarnya hidup ini adalah terlalu singkat untuk menyakiti..
Apalagi menyakiti hati orang yang kita sayangi. Esok lusa siapa tahu kita akan meninggalkan mereka.. ataupun mereka yang akan meninggalkan kita. Sebab itulah , elakkan sesuatu perkara yang akan menjadi penghalang yang besar untuk kita menyebarkan kasih sayang kita.
Pernah suatu ketika dulu, ada seorang pakcik berbangsa cina (Mualaf) yang bekerja sebagai pemandu teksi (agaknya kerana setiap hari pakcik itu akan memakai baju kemeja berwarna putih).
Setiap hari dia memang akan lalu di hadapan kedai ku Salpearl sambil tersenyum. Aku perasan dia pasti ke surau untuk menunaikan solat.
Dia memang tidak pernah menegur ku apalagi singgah di kedai kerana mungkin aku membuka sebuah kedai perhiasan wanita.. apalah yang dia nak cari di sini. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini aku perasan dia asyik mengintai-intai barangan di dalam kedai sebelum pergi ke surau.
Hati kecil berbisik sendirian.. apakah agaknya yang pakcik itu inginkan. Sifat Ingin tahu apa yang dia mahukan , aku pun menunggu dia lalu sekali lagi untuk bertanya apakah pakcik tersebut memerlukan pertolongan.
Lebih kurang 30 minit menunggu, kelibat pakcik tersebut muncul. Aku tersenyum padanya dan mempelawanya masuk ke kedai.
Mula-mula dia memang segan nak masuk ke kedai kerana merasakan tak mampu untuk membeli sebarang benda pun yang ada di dalam kedai aku.
Aku bertanya, “ada apa-apakah yang boleh saya bantu, kerana saya melihat pakcik mundar-mandir di hadapan kedai saya beberapa kali”.tanya ku dengan berharap pakcik itu akan menyatakan hasrat sebenarnya mengapa dia berkelakuan seperti itu.
Mula-mula memang agak sukar juga untuk mengajak dia berbicara. Mungkin dia tak mengenali aku. Atau mungkin dia tengah berfikir.. mencari ayat yang terbaik untuk menjawab segala persoalan yang bermain difikiran ku ketika itu.
“ Sebenarnya pakcik ingin membeli hadiah ulang tahun perkhawinan pakcik yang ke 55 tahun”. Katanya sambil melihat-lihat barangan yang ada di dalam kedai. Akhirnya terjawab juga segala persoalan yang berlegar-legar di fikiran.
“Oh!.. rasa-rasanya apa hadiah yang pakcik berminat nak berikan kepada isteri pakcik”. Tanya saya pula. “ Entahlah… jika pakcik tengok harga kat sini , macam semuanya pakcik tak mampu nak beli”.
Tersentuh hati mendengar kata-katanya itu. Betapa kita kadang-kadang merasakan susah.. tapi sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah daripada kita.
Tersentak sejenak..diam ..tak tahu nak kata apa-apa. Terfikir betapa Allah ingin mengajar kita tentang syukur..DIA hantarkan orang yang susah kepada kita. Itulah cara Allah nak tarbiah kita.
“Sebenarnya berapa budget pakcik untuk hadiah tersebut?” Tanya saya pula. Dengan mengetahui budget yang dia mampu…senanglah aku tunjukkan apa yang sesuai untuk budget tersebut. “ Pakcik ada rm 15 sahaja nak. Ada tak harga gelang mutiara yang boleh pakcik beli”.
Sekali lagi jawapan pakcik ini meruntun jiwa ku.. ah!..rasa nak mengalir air mata ini…tapi tetap ku tahan..Alangkah untung isteri dia .. 55 tahun menyulam kasih.. dia masih lagi berusaha untuk menggembirakan isteri dia walaupun tak mampu berbuat demikian…
ikutilah cerita selanjutnya..memang meruntun jiwa.. tunggulah .. kena comment NAK baru kak sal sambung..
love pearls