Jangan jadi seperti lalang

 Jangan jadi seperti lalang

 

“Kalau tak mampu menjadi sepohon pokok yang tegak di atas bukit,

Janganlah jadi lalang yang menyemakkan.. yang tumbuh di serata tempat,

Kalau tak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan,

Janganlah jadi lalat yang membusukkan.. yang hinggap merata tempat.

 

      tahukah anda apakah sifat lalang yang sebenarnya?..

 

lalang biasanya akan berdiri tegak, kemudiannya mengikuti ke mana sahaja arah tiupan angin. bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan.. kadang-kadang ia akan melentik-lentik sebelum kembali tegak.

 

Biasanya lalang akan tumbuh di merata tempat.. di tepi tasik, di padang rata, di lereng-lereng bukit di mana -mana sahaja . Selalunya lalang akan dianggap musuh kepada tanaman manusia… kerana jika lalang tumbuh, tanaman lain sukar untuk tumbuh. pokok lain akan terbantut kesuburannya.. lebih buruk lagi boleh menyebabkan tanaman lain mati.. menjejaskan keindahan alam semulajadi.

 

IMG_1119

pin tudung mutiara

cuba pandang sekeliling kita..

cuba lihat teman-teman kita.. cuba selami diri kita.. adakah kita , anda dan mereka dah jadi seperti lalang.. atau hampir-hampir jadi lalang.

 

Kita tidak sepatutnya menjadi seperti lalang.. berada di mana sahaja.. di pejabat, di sekolah,  di rumah.. kita jangan menyusahkan orang lain.

 

 

Dari segi tingkah laku dan akhlak.. jangan sekali-kali kita jadi seperti lalang.. mencemarkan keindahan ruang kerja, rumah dan tempat awam. Berikan akhlak terbaik, tutur kata yang sopan dan adab yang elok.. yang disukai orang.

Perhatikan lalang..
akan bergerak ke arah mana sahaja arah angin bertiup.. di tiup ke kiri.. maka melentoklah ke kiri.. di tiup kekanan melentok pula ke kanan.. berpusing-pusing mengikut pusaran angin.

 

Ramai di antara kita dah jadi seperti lalang.. yang suka sangat mengikuti petunjuk orang lain.. seolah-olah tidak ada keputusan sendiri. Tidak salah mendengar nasihat daripada pelbagai pihak kerana semakin banyak pendapat.. maka semakin banyaklah peluang. Akan tetapi.. pada pengakhirannya..  buatlah keputusan sendiri.

 

IMG_1113

pin tudung mutiara

Ada juga yang tidak mempunyai pendirian yang tetap. cepat sahaja berubah fikiran.. kadang-kadang tak sampai sedetik.. ketegasannya sangat lemah.

 

Manusia tidak boleh menjadi seperti itu.. kita mesti mempunyai pendirian yang teguh.. sekiranya kita di pihak yang benar dan betul.. janganlah berdolak-dalik lagi.. nyatakan pendirian walaupun pasti ada cabaran yang bakal melanda.

 

Akhir sekali.. jangan jadi seperti lalang.. jadilah  seperti karang  di lautan .. yang sentiasa teguh.. walau dilanda badai sekuat mana.. ia tetap teguh..

 

p/s.. nanti kita sambung lagi sembang pasal lalang ni..

 

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jangan Lupakan dia.. (3)

Jangan Lupakan dia.. (3)

 

Jangan tengok pada kecantikkan wajah yang kian luntur..
lihatlah pada jasa yang ditabur..
bukan juga pada sinar mata yang kehilangan sinar…
tetapi lihatlah pada kesetiaan isteri yang tak pernah pudar..”

Jangan Lupakan dia.. (3)

 

kisah pakcik teksi itu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam di dalam sanubari ku.. alangkah beruntungnya jika kita boleh menyelusuri kehidupan yang sementara ini dengan orang yang kita sayangi.. menghabiskan sisa-sisa umur yang semakin singkat.. ikutilah sambungan cerita .. Jangan Lupakan dia.. (3)

mutiara (13)

 

Aku ingin sekali mengetahui dan mengenali isteri pakcik teksi yang bagi aku sungguh bertuah itu.. harapan ku agar suatu hari nanti aku akan dipertemukan dengan dia.

 

Masa berlalu begitu cepat..

aku semakin lupa kisah ini.. sehinggalah suatu hari pakcik teksi itu datang membawa isterinya.. agak terperanjat seketika..

 

 Rupanya dia (isteri pakcik) tidak lagi sihat seperti insan biasa.. dia lumpuh dan tidak dapat berkata-kata.. hanya senyuman sahaja yang mampu dia lemparkan.

 

pakcik teksi memperkenalkan isterinya.. dengan panggilan sayang.. wah.. untungnya.. masih lagi menggelarkan isterinya sayang dalam keadaan seperti itu.. memang membuat aku kagum.. tak ramai kaum adam yang akan jadi seperti ini.. (jangan marah).

Diringkaskan cerita..

 

Aku bertanya macam mana isteri pakcik boleh jadi seperti ini.. mula-mula memang pakcik agak keberatan untuk menceritakan kisah hidupnya.. dan aku pun tak memaksa.. namun apabila dia telah bersedia pakcik pun menceritakan bagaimana semua ini bermula..

IMG_0103

 

Semua ini bermula apabila isteri pakcik melahirkan anak kedua. Tiba-tiba tubuhnya lumpuh separuh badan dan tidak dapat digerakkan.  setahun kemudian, seluruh badannya menjadi lemah dan lidahnya pula tidak dapat digerakkan lagi.

 

Bermula dari hari itu,  pakcik terpaksa berhenti kerja dan mengambil keputusan membawa teksi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga agar dia boleh meluangkan sedikit masa untuk menjaga isterinya yang sakit.

 

Jadual harian pakcik memang padat dengan memandikan isteri dan anak kecilnya.. menyuapi makanan, membersihkan segala kekotoran yang terpalit di tubuh isterinya.. pada mulanya memang agak sukar dia hendak berhadapan dengan dugaan yang amat getir itu.. namun melihat senyuman yang sentiasa terukir dibibir isterinya membuatkan semangatnya kukuh kembali..

 

Rutin harian inilah yang telah pakcik tempuhi selama 20 tahun. Dengan penuh ketabahan dia merawat dan menjaga isterinya.. malah dapat membesarkan kedua-dua anaknya.

IMG_0302

Pernah juga sesekali ..

keluarga dan teman-temannya menyarankan agar pakcik khawin lain..  untuk menikmati sia-sia hidup didunia ..mereka ingin melihat pakcik bahagia. Tetapi ditolak dengan lembut oleh pakcik.

 

Pakcik faham mengapa mereka bertindak sedemikian.. mereka inginkan pakcik bahagia.. akan tetapi mereka tak faham perasaan pakcik.

 

Adakah pakcik akan bahagia jikalau isteri pakcik hidup menderita. mereka inginkan pakcik dirawat ketika sakit akan tetapi siapa yang akan merawat isteri pakcik jika pakcik ada bersama orang lain.

 

Bagi pakcik, cukuplah dia berada di sisi pakcik.. mendengar segala cerita pakcik merenung mata pakcik setiap hari dan menyambut kepulangan pakcik dengan senyumannya yang tak pernah lekang.

 

Memang cukup terharu aku mendengarkan luahan hati pakcik itu…

Dia meluahkan apa yang terpendam  sambil menggenggam erat tangan isterinya. Sesekali butiran mutiara air mata ini jatuh jua.. memang tak dapat ku tahan.

IMG_0588

 

Dari situlah tercetus jua kata-kata bahawa jika ingin hidup bahagia dengan pasangan kita.. kita haruslah berusaha membahagiakannya.. jika kita telah mengambil keputusan untuk bersama dalam suka dan duka ..

 

Pakcik pun masih ingat..

 bila masa dia sihat dan sentiasa berada disamping..dia juga sabar merawat diri ini ketika pakcik sakit.. memasak dan menyuapi diri pakcik ketika tidak sihat. dan memberikan 2 orang cahaya mata yang hebat. Adakah patut pakcik mementingkan diri sendiri untuk keseronokkan yang sementara.?

Hanya ini yang pakcik nak ceritakan..
bukan pakcik hendak memuji diri pakcik.. tapi itulah kisah hidup pakcik. Harapan pakcik agar dapat menjaga isteri pakcik seumur hidup pakcik.Memang hebat pengorbanan pakcik teksi ini.. memang sukar untuk menemui insan seperti ini di zaman yang semakin mencabar ini..

 

Aku sentiasa berdoa agar pakcik teksi akan diberikan kesihatan yang baik.. rezeki yang melimpah ruah dan semoga dia akan menemui kebahagiaan di dalam hidupnya..

 

 

Aamiin…

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jangan Lupakan Dia (2)

Jangan Lupakan Dia (2)

 

… ok.. sebelum saya menyambung cerita semalam.. ramai yang bertanya adakah ini cerita benar atau rekaan semata-mata. Sebenarnya ini memang cerita yang benar-benar berlaku sewaktu saya membuka sebuah kedai mutiara di negeri Johor.. sewaktu-waktu dahulu.. jom baca catatan ku ini.. Jangan Lupakan Dia (2)

 

 

Sambungan cerita semalam…

 

“ Ada pakcik, tapi bila tarikh ulang tahun perkhawinan pakcik?”. Tanya ku inginkan kepastian. Dalam fikiran dah terbayang gelang yang bagaimana yang ingin aku buat untuk pelanggan aku pada kali ini.

IMG_0321

 

 “ Lagi 5 hari.. ada tak gelang mutiara yang berharga rm 15 ?” Soalnya sekali lagi. Dia seolah-olah inginkan kepastian saat itu juga.“ Macam ni lah pakcik, lagi 3 hari pakcik datang saya akan sediakan seutas gelang seperti mana yang  pakcik inginkan”. Jawab ku ringkas

 

 Aku dapat melihat senyuman terukir diwajahnya. Dia pun meminta diri kerana dah tiba waktu dia pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.

 

Alangkah tersentuh hati melihat kesungguhan pakcik tadi. Beruntung sangat isteri dia mendapat seorang suami yang sangat penyanyang malah sangat mengambil berat tentang dirinya.

 

Seperti biasa..

Apabila customer dah balik barulah aku sibuk-sibukkan diri mencari-cari design yang sesuai.. kalau boleh aku ingin memberikan satu kejutan buat pakcik teksi itu.. Apalagi.. mula-mula kena selongkar laci-laci ajaib yang menyimpan bermacam-macam jenis mutiara.

IMG_0327

Setelah bertemu yang berkenan..misi seterusnya pun bermula..

 

mencari aksesori yang sesuai.. pun di laci-laci ajaib. Ada bermacam-macam aksesori yang terkeluar dari laci kemudian disimpan kembali cari pula yang lain. selongkar punya selongkar.. akhirnya bertemu juga.. aksesori yang simple.. sesuai dengan usia bakal customer ku.

 

Idea datang masa tu juga.. memang leceh kerana customized.. ambil masa beberapa jam juga baru siap..kerana jika silap walaupun sedikit..kena buat semula. leceh .. akan tetapi apabila ianya telah siap.. sangat-sangat berpuas hati.

 

Selang 3 hari kemudian, seperti yang dijanjikan pakcik teksi itu .. kali ini dia datang dengan wajah yang agak ceria. Dia pasti tak sabar-sabar untuk melihat hadiah istimewa buat isterinya..  tanpa membuang masa aku pun memberikan sebuah kotak berwarna maroon kepadanya.

 

” Pakcik bukalah kotak ni. ” ujar ku sambil tersenyum. Aku berikan kotak tersebut dan dia menyambutnya juga dengan senyuman yang paling manis bagi aku.. Dia mengeluarkan  gelang mutiara yang telah siap itu dari kotaknya. Dari riak wajahnya terlihat dia sangat terkejut. Dia tidak berkata apa-apa pun..
IMG_0055

Gelang Khas untuk pakcik Teksi

 

“ Betulkah gelang ini yang pakcik tempah. Nampak macam mahal saja. Pakcik takut..pakcik tak mampu nak bayar”. Ujarnya perlahan-lahan.

 

“Betul .. inilah gelang yang pakcik tempah hari tu. Saya buatkan khas untuk pakcik. Pasal harga pakcik jangan risau, pakcik bayar RM 10.00 sahaja , upah gula-gula” jawab saya sambil tersenyum.

 

“ Pakcik tak boleh terima gelang ini.. anak kan berniaga nanti pasti rugi.” Dia menolak dengan lembut pemberian saya. “ Takpe Pakcik, memang niat saya nak tolong pakcik. Saya sangat tersentuh melihat pakcik sangat menyanyangi isteri pakcik. Sekarang ini sangat sukar melihat seseorang yang setia dengan pasangan mereka.” Pujuk saya pulak.

IMG_0322

 

 Lama juga aku memujuk dia untuk menerima pemberian ku itu. Akhirnya dia mengalah juga. “ Jarang sekali pakcik berjumpa dengan insan seperti kamu.. kamu memiliki kedua-duanya.. kekayaan harta dan juga kekayaan jiwa”. Selepas membayar harga gelang mutiara tersebut dan mengucapkan terima kasih .dia pun berlalu pergi.

 

 Ah!… sebak rasa hati bila mengingati peristiwa ini. sewaktu menulis coretan ini.. air mata masih lagi membasahi pipi. Padahal dah bertahun peristiwa ini meninggalkan ku. Namun bekasnya sangat sukar ku padam.

 Banyak pengajaran yang terkandung di dalamnya.. Rasa sangat bahagia bila kita dapat membahagiakan orang lain. sebenarnya.. jika kita masing-masing berusaha menyebarkan bahagia.. kebahagian itu pasti akan terpalit kepada kita juga.

 

Tapi yang paling pasti.. Cubalah mencari kekayaan hati di samping mencari kekayaan harta kerana dunia adalah ladang akhirat di sana nantilah kita akan tuai hasilnya… bagaimana kita dapat menuai hasil yang baik jika di dunia lagi.. kita menanam pokok yang kering layu ..tidak bermaya.

 

Ada lagi cerita selanjutnya.. nak tahu tak?.. komen NAK..
Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jangan Lupakan Dia

Jangan lupakan dia

 Masihkah kau ingat

Lafaz nikah yang kau ucapkan

Janji setia yang kau katakan

Aku janji yang kau lafazkan

Masihkah kau ingat

Dia rela bersama mu

Dalam suka dan duka

Dalam gembira dan nestapa

Dalam tawa dan tangis

Dalam melalui hari-hari yang sementara ini..

 

Kini…

Usianya pasti dipagut waktu

Wajahnya pasti dimamah usia

Kekuatannya pasti semakin susut

Kecantikkannya pasti semakin pudar

 

Pesan ku…

Jangan lupakan dia..

Dia menyokong mu dalam setiap langkah

Dia membantu mu dalam menghadapi kehidupan

Dia membawa mu ke arah ketenangan

Dia menyelimuti mu kala kesejukkan

Dia menemani mu sepanjang jalan…

 

Pesan ku..

Jangan sekali-kali

Lupakan dia..

Izmah

 

       Sebenarnya hidup ini adalah terlalu singkat untuk menyakiti..
Apalagi menyakiti hati orang yang kita sayangi. Esok lusa siapa tahu kita akan meninggalkan mereka.. ataupun mereka yang akan meninggalkan kita. Sebab itulah , elakkan sesuatu perkara yang akan menjadi penghalang yang besar untuk kita menyebarkan kasih sayang kita.

 

IMG_20150419_054836

      Pernah suatu ketika dulu, ada seorang pakcik berbangsa cina (Mualaf) yang bekerja sebagai pemandu teksi (agaknya kerana setiap hari pakcik itu akan memakai baju kemeja berwarna putih).

 

Setiap hari dia memang akan lalu di hadapan kedai ku Salpearl sambil tersenyum. Aku perasan dia pasti ke surau untuk menunaikan solat.

 

Dia memang tidak pernah menegur ku apalagi singgah di kedai kerana mungkin aku membuka sebuah kedai perhiasan wanita.. apalah yang dia nak cari di sini. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini aku perasan dia asyik mengintai-intai barangan di dalam kedai sebelum pergi ke surau.

 

Hati kecil berbisik sendirian.. apakah agaknya yang pakcik itu inginkan. Sifat Ingin tahu apa yang dia mahukan , aku pun menunggu dia lalu sekali lagi untuk bertanya apakah pakcik tersebut memerlukan pertolongan.

accessories handphone (1)

Lebih kurang 30 minit menunggu, kelibat pakcik tersebut muncul. Aku tersenyum padanya dan mempelawanya masuk ke kedai.

 

Mula-mula dia memang segan nak masuk ke kedai kerana merasakan tak mampu untuk membeli sebarang benda pun yang ada di dalam kedai aku.

 

 

Aku bertanya, “ada apa-apakah yang boleh saya bantu, kerana saya melihat pakcik mundar-mandir di hadapan kedai saya beberapa kali”.tanya ku dengan berharap pakcik itu akan menyatakan hasrat sebenarnya mengapa dia berkelakuan seperti itu.

 

  Mula-mula memang agak sukar juga untuk mengajak dia berbicara. Mungkin dia tak mengenali aku. Atau mungkin dia tengah berfikir.. mencari ayat yang terbaik untuk menjawab segala persoalan yang bermain difikiran ku ketika itu.

 

 “ Sebenarnya pakcik ingin membeli hadiah ulang tahun perkhawinan pakcik yang ke 55 tahun”. Katanya sambil melihat-lihat barangan yang ada di dalam kedai. Akhirnya terjawab juga segala persoalan yang berlegar-legar di fikiran.

 

 

IMG_20150402_093805

“Oh!.. rasa-rasanya apa hadiah yang pakcik berminat nak berikan kepada isteri pakcik”. Tanya saya pula. “ Entahlah… jika pakcik tengok harga kat sini , macam semuanya pakcik tak mampu nak beli”.

Tersentuh hati mendengar kata-katanya itu. Betapa kita kadang-kadang merasakan susah.. tapi sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah daripada kita.

 

Tersentak sejenak..diam ..tak tahu nak kata apa-apa. Terfikir betapa Allah ingin mengajar kita tentang syukur..DIA hantarkan orang yang susah kepada kita. Itulah cara Allah nak tarbiah kita.

 

 “Sebenarnya berapa budget pakcik untuk hadiah tersebut?” Tanya saya pula. Dengan mengetahui budget yang dia mampu…senanglah aku tunjukkan apa yang sesuai untuk budget tersebut. “ Pakcik ada rm 15 sahaja nak. Ada tak harga gelang mutiara yang boleh pakcik beli”.

 

 Sekali lagi jawapan pakcik ini meruntun jiwa ku.. ah!..rasa nak mengalir air mata ini…tapi tetap ku tahan..Alangkah untung isteri dia .. 55 tahun menyulam kasih.. dia masih lagi berusaha untuk menggembirakan isteri dia walaupun tak mampu berbuat demikian…

 

ikutilah  cerita selanjutnya..memang meruntun jiwa.. tunggulah .. kena comment NAK baru kak sal sambung..

 

love pearls

Share the knowledge... Thanks for Sharing