Siapa pernah buat pin tudung?

Siapa pernah buat pin tudung?

 

IMG_0482

kerongsang Kristal menggunakan pin

 

Siapa pernah buat pin tudung?  menggunakan pin yang panjang ini.. Rasa-rasa jika pertama kali membuat kerongsang jenis pin ini boleh terus menjadi atau terus rosak?

 

Ha! itulah pengalaman pertama saya apabila membuat kerongsang jenis ini.. memang pada mulanya saya berkeyakinan yang saya akan dapat melakukannya pada pin yang ke tiga. namun gagal juga…hihihi..

 

Rupanya bukan mudah untuk melakukannya.. pertama sekali anda kena tahu mana nak adjust betul-betul tempat yang anda hendak lengkuk untuk membuat pusingan 360 darjah.jika salah adjust.. setelah membuat pusingan..pin akan menjadi panjang ataupun pendek. Jika pendek ..langsung tidak boleh digunakan kerana pin tidak sampai untuk dikunci di tempat penyangkutnya.

 

IMG_0195Jika pin terlebih panjang walaupun sedikit pun tidak boleh digunakan juga kerana lebihan pin tadi akan merosakkan kain mahupun tudung dan anda mungkin akan terluka.

 

Masalah kedua ialah apabila kita tidak biasa membuat loop iaitu pusingan 360 darjah .. pusingan itu akan kelihatan tidak cantik kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil dan kadang-kadang bulatan yang kita hendak buat jadi 4 segi ataupun 3 segi..hihihi..

 

Masalah ketiga pula ialah.. jika anda telah membuat loop.. anda tidak boleh memperbaikinya lagi. Jika pin tersebut telah rosak..terpanjang ataupun terpendek.. memang tidak boleh dibaiki..

 

jika anda cuba membuka loop untuk meluruskan dengan niat membuatnya kembali.. usaha anda pasti sia-sia.. pin ini hanya boleh dipusing sekali sahaja.. lebih dari itu, pin itu akan patah.

 

mutiara (121)

Luka perkara biasa

Masalah yang keempat ialah… tangan habis luka.. maklumlah .. baru-baru belajar. Asyik-asyik tangan tercucuk pin. Nasib baiklah memang minat belajar kalau tidak awal-awal lagi dah mengaku kalah.

 

Sebenarnya..
bidang membuat dan mereka aksesori berasaskan mutiara ini memang mencabar.. kena belajar benda baru setiap hari. Kena banyak bersabar dan sentiasa memotivasikan diri sendiri agar tidak cepat berputus asa.

 

Good luck kepada sesiapa yang ingin mencuba..
Share the knowledge... Thanks for Sharing