Siapa Arnab siapa Kura-Kura?

Siapa Arnab siapa Kura-Kura?

 

kedai salpearl (6)

Saya pasti, ramai di antara kita yang pernah mendengar cerita tentang perlumbaan di antara sang Arnab dengan sang kura-kura. Ianya sebuah kisah yang amat menarik yang sering diceritakan oleh ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah.

 

Dalam cerita ini Sang Arnab telah dapat ditewaskan oleh Sang Kura-Kura padahal Sang Arnab sememangnya telah Allah ciptakan sebagai makhluk yang laju berlari dan Sang Kura-kura pula… amat perlahan, merangkak satu-persatu.

Daripada kisah ini,
jika dilihat daripada fizikal sang arnab yang berkaki panjang dan tangkas adalah mustahil dia dapat dikalahkan oleh sang kura-kura . Malangnya sikap sang arnab sendiri yang telah menyebabkan dia kalah!

 

Cuba kita lihat apakah sikap negatif yang ada pada sang Arnab yang telah menyebabkan sang arnab kalah. Diantaranya adalah suka memandang rendah terhadap orang lain, over confident, suka bertangguh dan mudah berpuas hati.

 

kedai salpearl (2)

Dengan sikap-sikap yang negatif inilah yang menyebabkan Sang Arnab tewas. Padahal Sang Arnab sememangnya mempunyai tenaga yang banyak, atau mungkin lebih pandai sedikit daripada sang kura-kura.

 

Dari segi fizikal sang kura-kura pula yang berkaki pendek, malah kekuatannya tidak setanding  dengan sang arnab, sememang tidak dijangka dapat mengalahkan sang arnab. Namun kelebihan sang kura-kura adalah sikapnya yang betul.

 

Sang Kura-kura mempunyai keazaman yang tinggi. Dia melihat dengan jelas matlamat dihadapannya. Dia tidak mengubah langsung matlamatnya walaupun dia telah ketinggalan jauh di belakang. Dia terus berusaha agar matlamatnya tercapai.

 

Sebaliknya Sang Arnab yang telah jauh berlari di hadapan mengambil langkah untuk berehat dan tertidur. Dia telah mengubah matlamatnya di tengah-tengah jalan.

 

Sang kura-kura juga amat konsisten dengan perjuangannya. Dia teruskan juga perjalanannya walaupun dia telah jauh ketinggalan. Dia amat sabar menempuh perjalanan yang jauh itu walaupun bayang-bayang Sang Arnab tidak kelihatan langsung.

 

kedai salpearl (4)

 

Sang Kura kura juga mempunyai harga diri yang cukup tinggi. Dia tidak mahu maruahnya dipijak-pijak oleh Sang Arnab. Dia menerima juga cabaran itu walaupun dia tahu dia akan kalah.

 

Kesemua sikap positif yang ada pada diri Sang Kura-kura memberikannya satu kelebihan untuk berjaya. Walaupun dari segi fizikal dia kelihatan kalah. Namun, dari segi emosi Sang kura-kura mempunyai jiwa yang lebih stabil.

 

 

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini adalah untuk berjaya bukan semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan.. tapi yang paling penting adalah sikap.

 

Mengikut kajian daripada pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang hanya menyumbang kira-kira 3 peratus sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya iaitu 97 peratus adalah ditentukan oleh sikap individu tersebut.

 

Kisah ini sebenarnya boleh dibandingkan di dalam kehidupan manusia. Cuba kita tanya diri kita sendiri.. siapakah kita ? adakah kita mempunyai sikap seperti Sang Arnab tidak konsisten, sombong dan angkuh, over confident ataupun Sang kura-kura yang mempunyai matlamat yang jelas, sabar,konsisten dan mempunyai harga diri yang tinggi.

 

kedai salpearl (3)

Tapi pada zaman yang serba maju ini.. kedua-dua sikap daripada sang arnab dan sang kura-kura harus kita gabungkan jika kita ingin Berjaya..jika kita ingin mendapat momentum yang tinggi. Tiada istilah
“slow and steady will win the race”.

 

Kita kena bersedia untuk berubah. Bergerak pantas, konsisten, mempunyai matlamat yang jelas, sabar,jangan sekali-kali sombong .. malah harus juga mempunyai harga diri yang tinggi.

 

Walaupun kisah Sang Arnab dan Sang Kura-kura ini adalah hanya sebuah cerita kanak-kanak .. namun terdapat iktibar yang besar disebalik kisah yang kecil ini..itu pun jika anda ingin berfikir mengenainya…

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing