Tahukah anda bagaimana mutiara terhasil atau dihasilkan?

kerang ternak

Seperti yang telah saya janjikan pada artikel sebelum ini, pada hari ini saya akan kongsikan tentang ketiga-tiga jenis mutiara yang terdapat dipasaran dunia ketika ini dan bagaimana mutiara itu terhasil ataupun dihasilkan.

Terdapat 3 jenis mutiara yang biasa digunakan untuk membuat perhiasan wanita iaitu Mutiara Air Masin (Salt Water Pearl), Mutiara Air Tawar (Fresh Water Pearl) dan Faux Pearl.

Bagaimana Mutiara yang terhasil secara semulajadi di dasar laut?

Mutiara yang terhasil secara semulajadi di dasar laut adalah daripada bendasing seperti pasir,parasite dan sebagainya yang telah terperangkap di dalam tisu-tisu lembut tiram . Bendasing yang terkumpul ini akan membesar menjadi ” pearl-sac ” mengelilingi nucleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”.

IMG_0190

Mutiara Air Masin

 

Daripada ” pearl – sac ” ini yang akan mengeluarkan lapisan “nacreous” setiap hari dan seterusnya membentuk 3 hingga 4 lapisan sehari.  ianya  mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 tahun untuk menjadi mutiara air masin yang sangat berharga.

Bagaimana Mutiara Air Tawar dihasilkan?

Mutiara Air Tawar dihasilkan dengan melalui proses pembiakkan yang agak lama. Proses pembiakkan ini akan melalui beberapa langkah yang telah ditetapkan.

Para penternak akan memperolehi kerang-kerang yang memangnya berasal dari dasar laut daripada nelayan-nelayan penyelam kerang. Biasanya para penternak akan memilih kerang-kerang daripada breeding yang terbaik. Pembiakkan akan dilakukan di pusat penternakkan Mutiara

colour of pearl.

Setelah berumur 60 hingga 70 hari, kerang tersebut di turunkan di perairan laut yang bersih, cukup plankton, tidak tercemar dan jauh daripada ombak yang besar. Biasanya pada hari yang ke 90, hanya 10% sahaja larva bakal kerang yang dapat bertahan.

Biasanya kerang dewasa yang berumur 15 hingga 24 bulan sahaja yang dapat dibedah untuk dimasukkan inti mutiara/nucleus. Sebelum nucleus dimasukkan, induk mutiara terlebih dahulu disuntik untuk menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian lapisan daripada( piece) moluska akan dipotong dan dilekatkan pada lapisan kulit kerang.

Piece akan membesar dan akan menjadi “pearl-sac” mengelilingi nacreous. Daripada “pearl-sac” inilah bahan nacreous akan keluar dan seterusnya membentuk 3 hingga 4 lapisan sehari. Proses ini akan menjadi lengkap dalam masa 1 hingga 2 tahun.

IMG_0326

Terdapat satu lagi jenis Mutiara, iaitu Faux Pearl yang merupakan mutiara tiruan yang dibuat oleh manusia. Mutiara Faux biasanya disaluti dengan lapisan warna yang seakan-akan sama dengan mutiara asli. Namun begitu, ada juga mutiara faux yang disaluti warna yang lebih terang seperti merah, gold, biru , ungu ,coklat dan sebagainya.Lapisan warna ini tidak tahan lama dan mudah terkopek.

 

Jika anda ingin mengetahui tentang mutiara dengan lebih lanjut lagi…janganlah segan-segan untuk follow saya dan kalau boleh .. sharelah artikel ini agar ianya dapat memberikan Ilmu tentang mutiara yang saya pasti ramai yang kurang arif tentangnya…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing