” Saya tak sukalah mutiara saya!

Pernah ada costumer datang kat kedai meninjau-ninjau aksesori dan perhiasan yang saya buat yang berasaskan Mutiara dari negeri Sabah. Seperti biasa setiap pelanggan pasti mempunyai attitudenya sendiri. Sekali imbas dan tengok gaya memang seperti orang berada.

accessories handphone (1)

Setelah puas bertanya itu dan ini..

Dia pun berkata ” tak apalah cik, esok saya hendak pergi ke sabah. saya akan membeli mutiara di sana yang pasti lagi murah harganya dan mempunyai banyak pilihan.

Sebagai seorang peniaga.. penolakkan daripada seorang pelanggan adalah satu perkara rutin yang kita akan sentiasa hadapi.

kita tidak boleh memaksa pelanggan yang datang untuk membeli barang kita.. semua itu adalah hak mutlak mereka. Kita hanya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terpulang kepada pelanggan kita untuk meneruskan urus niaga dengan kita ataupun tidak.

 

selang beberapa minggu, kedai kami dikunjungi oleh orang yang sama, membawa satu kotak perhiasan berwarna merah yang dipenuhi dengan Mutiara. Dia berkata ” saya tak suka pearl saya!”. Terkejut dengan kata-katanya itu, saya membuka kotak tersebut dan mengeluarkan 2 utas rantai mutiara jenis potato pearl.

Daripada pandangan kasar saya, memang tidak terdapat sebarang kecacatan pada pearl tersebut. Mutiara tersebut cantik, bentuknya unik dan memang bersinar dan yang paling penting.. ianya adalah mutiara asli.

” Saya tak suka pearl saya!”

Ulangnya berulang kali.” Tengok saja dari segi design dia ..sangat simple, saya tak tahu nak gunakan waktu bila dan kenapa harus saya menggunakannya. Boleh tak awak transform rantai saya menjadi lebih cantik”.

cropped-IMG_0072.jpg

Rantai mutiara jenis collar

“Baiklah.. jika itu yang puan mahukan, saya hanya minta diberikan tempoh selama 3 hari untuk mencari idea dan seterusnya merealisasikan impian puan”.

Selang 3 hari selepas perjumpaan itu, puan itu  datang untuk melihat sendiri hasilnya.. pada kali ini saya dapat melihat senyuman terukir di bibirnya senyuman seoarang pelanggan yang aku rasakan sangat berpuas hati dengan hasil kerja ku.. sambil berkata ” I love it“.

Daripada 2 utas rantai mutiara jenis potato menjadi seutas rantai pearl yang dilengkapi dengan aksesori serta dipadankan dengan gelang mutiara 2 layer.

Tq Sal..

Pengalaman ini memang mencabar diri dan minda..  kerana bukan mudah untuk mengubah persepsi pelanggan..daripada benci kepada suka. Ini hanyalah secebis kenangan daripada pelbagai pengalaman bersama pelanggan yang saya

sangat hargai!!!!

Mutiara Sabah

5,389 comments