Di sini perjalanan ku bermula

Di sini perjalanan ku bermula

 

IMG_0103

Rantai mutiara jenis rice pearl

 

Apabila bertemu dengan seseorang yang baru ingin mengenali diri ini, seringkali pertanyaan  yang akan muncul adalah
Bagaimana perniagaan ini bermula.?

Untuk pengetahuan semua.. saya memulakan proses mempelajari cara-cara membuat aksesori ini apabila saya mengikuti suami bertugas di negeri Sabah. Saya juga telah memilih bahan utama dalam projek saya pada waktu itu adalah Mutiara.

 

Saya ingat lagi pada waktu itu.. demam Kristal Swarovski telah melanda . ramai yang ingin memilikinya, namun saya tetapkan pendirian untuk menggunakan mutiara juga ketika itu.. kerana bagi saya mutiara adalah satu permata yang sangat unik dan hanya satu-satunya permata yang dihasilkan daripada benda hidup iaitu kerang.

 

Untuk menjayakan projek saya itu, saya telahpun berusaha mencari buku-buku rujukan yang boleh djadikan bahan rujukan kerana pada waktu itu saya memang tidak mempunyai kemahiran langsung untuk membuat aksesori wanita berasaskan mutiara.

 

IMG_0146

Buku rujukan dalam bahasa cina

saya pun memulakan proses mencari buku rujukkan .. tapi sangat menghampakan. Dari satu kedai ke kedai yang lain.. saya tidak mendapat satu pun buku yang boleh membantu saya.

Akhirnya saya ternampak ada satu kedai buku .. Di sana ada terdapat banyak buku-buku rujukkan. Akan tetapi semua buku-buku tersebut  menggunakan bahasa cina.

 

Oleh kerana saya tidak mempunyai sebarang pilihan ..saya terpaksa juga membeli buku tersebut walaupun saya tidak mengetahui sebutir perkataan pun yang tertulis di dalamnya. Sebagai alternatif, saya hanya melihat contoh-contoh gambar yang terpampang.
IMG_0115

Subang Mutiara

 

saya masih ingat lagi…

projek pertama saya pada waktu itu adalah membuat subang mutiara. Ya! saya rasa membuat subang mutiaralah yang paling mudah pada saya seorang yang tidak pernah membuat aksesori.

 

 

Pada mulanya, agak kekok juga memegang tools yang biasa digunakan untuk  membuat aksesori. Tools tersebut terdiri daripada playar round nose, playar flat nose dan juga cutter.

 

 

 Pada ketika itu,

Untuk membuat sepasang subang mutiara kelihatan amat mudah akan tetapi secara praktikalnya memang susah.. apalagi apabila kita belajar sendiri tanpa ada seorang guru pembimbing.

 

Banyak juga eye pin dan juga head pin yang rosak kerana sukarnya membuat lubang bentuk loop yang sempurna. Orang seringkali berkata “practice makes perfect.”.. begitu juga diri ini…saya tidak berputus asa walaupun saya sememangnya Zero Knowledge dalam bidang pembuatan aksesori .Namun, saya melakukannya lagi dan lagi..

 

IMG_0347

Walaupun kini..

sudah 7 tahun saya menceburi bidang ini membuat aksesori daripada mutiara..  saya masih merasakan yang saya masih lagi belajar. banyak sangat yang perlu dipelajari..

 

Pesan ku..
 Bagi yang ingin menceburkan diri dalam apa-apa pun bidang.. belajarlah mengenali bidang yang ingin anda ceburi, jangan cepat berputus asa… dan jangan juga cepat berpuas hati.. cabarlah diri dan minda untuk lebih berdaya saing.

 

“jika anda berani untuk berubah.. anda mungkin akan Berjaya.. jika anda tidak tidak mahu berubah.. anda pasti akan berada ditakuk yang sama..”
Share the knowledge... Thanks for Sharing

They are made with love

They are made with love

 

Dia pertama kali datang ke kedai ketika mengikuti suaminya bertugas di Malaysia. Dia berasal dari Indonesia. seorang wanita yang yang cantik, lembut dan cara percakapannya yang cukup teratur menampakkan dia seorang yang berpendidikkan.

 

Pada kali pertama kunjungannya, dia membeli bermacam-macam aksesori yang diperbuat daripada mutiara untuk dibuat buah tangan kepada keluarganya. Dia begitu teruja. memilih dan membelek satu persatu.

 

Dia katakan yang dia suka sangat pearl dan koleksi mutiara yang terdapat di kedai salpearl sangat menarik.. They are made with love itulah yang dia gelarkan..

 

brooch mutiara 15

They are made with love

Sebenarnya.. .

Memang betul. Jika kita dah mengenali dan memiliki mutiara dan menyimpannya seperti sesuatu barang yang berharga .. mutiara itu akan sebati dalam diri kita.

 

Jika ingin kemana-mana seperti tidak lengkap perhiasan kita jika tidak memakainya Walaupun hanya satu.. sekadar brooch sahaja pun sudah memadai.

 

Sebelum dia berangkat pulang dia sempat menempah seutas rantai untuk hadiah harijadi anaknya yang ke 19 tahun dan ingin mengambilnya rantai tersebut keesokkan harinya. Biasanya setiap tempahan aku akan meminta tempoh selama 3 hari.

 

Namun, masa yang agak suntuk untuk dia berada di Malaysia membuatkan aku bersetuju. Idea kena cepat.. design kena buat.. aku tidak boleh mengecewakan pelanggan yang meletakkan seribu harapan kepada ku.

 

Sebenarnya banyak benda yang perlu difikirkan jika ingin membuat seutas rantai.. bukan hanya mengambil sebutir mutiara dan terus memasukkannya ke Segulung tali atau Seurat benang. Banyak faktor-faktor lain yang berkait rapat yang perlu difikirkan.

 

20150318105403

Antaranya ialah umur si pemakai, warna pearl yang dia sukai, jenis rantai, digunakan untuk majlis-majlis tertentu atau hanya dipakai selalu.

 

Jika umur si pemakai masih lagi muda sudah tentu dia inginkan sesuatu yang trendy dan kelihatan simple.

Jika semua ini diambil kira, semuanya akan menjadi lebih mudah untuk memulakan sebarang projek tempahan.

 

Akhirnya aku pun memulakan kerja-kerja ku. Membuat seutas rantai yang Nampak elegan sesuai untuk dia gunakan untuk sambutan harijadinya.

 

 Keesokkan Harinya, seperti yang telah dijanjikan, Dia datang untuk melihat hasil tempahannya semalam. Berdebar juga hati ini setiap kali pelanggan ingin melihat hasilnya. Takut juga jika ianya tidak seperti yang mereka inginkan.

 

Aku pun menunjukkan hasilnya.. “i’m had not seen anything more lovely than that strand of pearl.. i’m speechless. These pearl have an aura about them that I have never seen before. Maybe one reason is because
“THEY ARE MADE WITH LOVE.”

Huhuhu…Aku lagilah speechless..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Siapa Arnab siapa Kura-Kura?

Siapa Arnab siapa Kura-Kura?

 

kedai salpearl (6)

Saya pasti, ramai di antara kita yang pernah mendengar cerita tentang perlumbaan di antara sang Arnab dengan sang kura-kura. Ianya sebuah kisah yang amat menarik yang sering diceritakan oleh ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah.

 

Dalam cerita ini Sang Arnab telah dapat ditewaskan oleh Sang Kura-Kura padahal Sang Arnab sememangnya telah Allah ciptakan sebagai makhluk yang laju berlari dan Sang Kura-kura pula… amat perlahan, merangkak satu-persatu.

Daripada kisah ini,
jika dilihat daripada fizikal sang arnab yang berkaki panjang dan tangkas adalah mustahil dia dapat dikalahkan oleh sang kura-kura . Malangnya sikap sang arnab sendiri yang telah menyebabkan dia kalah!

 

Cuba kita lihat apakah sikap negatif yang ada pada sang Arnab yang telah menyebabkan sang arnab kalah. Diantaranya adalah suka memandang rendah terhadap orang lain, over confident, suka bertangguh dan mudah berpuas hati.

 

kedai salpearl (2)

Dengan sikap-sikap yang negatif inilah yang menyebabkan Sang Arnab tewas. Padahal Sang Arnab sememangnya mempunyai tenaga yang banyak, atau mungkin lebih pandai sedikit daripada sang kura-kura.

 

Dari segi fizikal sang kura-kura pula yang berkaki pendek, malah kekuatannya tidak setanding  dengan sang arnab, sememang tidak dijangka dapat mengalahkan sang arnab. Namun kelebihan sang kura-kura adalah sikapnya yang betul.

 

Sang Kura-kura mempunyai keazaman yang tinggi. Dia melihat dengan jelas matlamat dihadapannya. Dia tidak mengubah langsung matlamatnya walaupun dia telah ketinggalan jauh di belakang. Dia terus berusaha agar matlamatnya tercapai.

 

Sebaliknya Sang Arnab yang telah jauh berlari di hadapan mengambil langkah untuk berehat dan tertidur. Dia telah mengubah matlamatnya di tengah-tengah jalan.

 

Sang kura-kura juga amat konsisten dengan perjuangannya. Dia teruskan juga perjalanannya walaupun dia telah jauh ketinggalan. Dia amat sabar menempuh perjalanan yang jauh itu walaupun bayang-bayang Sang Arnab tidak kelihatan langsung.

 

kedai salpearl (4)

 

Sang Kura kura juga mempunyai harga diri yang cukup tinggi. Dia tidak mahu maruahnya dipijak-pijak oleh Sang Arnab. Dia menerima juga cabaran itu walaupun dia tahu dia akan kalah.

 

Kesemua sikap positif yang ada pada diri Sang Kura-kura memberikannya satu kelebihan untuk berjaya. Walaupun dari segi fizikal dia kelihatan kalah. Namun, dari segi emosi Sang kura-kura mempunyai jiwa yang lebih stabil.

 

 

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini adalah untuk berjaya bukan semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan.. tapi yang paling penting adalah sikap.

 

Mengikut kajian daripada pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang hanya menyumbang kira-kira 3 peratus sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya iaitu 97 peratus adalah ditentukan oleh sikap individu tersebut.

 

Kisah ini sebenarnya boleh dibandingkan di dalam kehidupan manusia. Cuba kita tanya diri kita sendiri.. siapakah kita ? adakah kita mempunyai sikap seperti Sang Arnab tidak konsisten, sombong dan angkuh, over confident ataupun Sang kura-kura yang mempunyai matlamat yang jelas, sabar,konsisten dan mempunyai harga diri yang tinggi.

 

kedai salpearl (3)

Tapi pada zaman yang serba maju ini.. kedua-dua sikap daripada sang arnab dan sang kura-kura harus kita gabungkan jika kita ingin Berjaya..jika kita ingin mendapat momentum yang tinggi. Tiada istilah
“slow and steady will win the race”.

 

Kita kena bersedia untuk berubah. Bergerak pantas, konsisten, mempunyai matlamat yang jelas, sabar,jangan sekali-kali sombong .. malah harus juga mempunyai harga diri yang tinggi.

 

Walaupun kisah Sang Arnab dan Sang Kura-kura ini adalah hanya sebuah cerita kanak-kanak .. namun terdapat iktibar yang besar disebalik kisah yang kecil ini..itu pun jika anda ingin berfikir mengenainya…

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Apa itu Coin Pearls?

Apa itu Coin Pearls?

IMG_0302

Brooch ..coin pearl

Apa itu Coin Pearls?
Pernahkah anda melihat mutiara yang leper dan dan kelihatan pelik sedikit daripada pearl yang lain kerana biasa pearl akan berbentuk bulat, lonjong ataupun bujur.

 

Jika ya.. itu adalah coin Pearl. Biasanya Coin Pearl berbentuk duit syiling ataupun butang. Biasanya besar coin Pearl seperti syiling 10 sen dan ada yang lebih besar seperti syiling 20 sen .

 

Coin Pearl adalah Cultured Pearl dan biasanya diternak di kawasan air tawar, sungai, tasik dan juga empangan kecil. Seperti pearl yang lain..

 

Coin pearl juga diperbuat daripada Nucleus, biasanya penternak pearl akan memasukkan sepotong nucleus yang diambil daripada kerang yang terpilih  ke dalam bekas yang diperbuat daripada shell.

 

kemudian memasukkannya ke dalam kerang. Proses ini akan mengambil masa sekitar 2 tahun untuk menjadikannya coin pearl yang cantik.

 

Screenshot_2015-03-31-20-39-37 (2)

Rantai Coin Pearl Salpearl.com

 Untuk mendapatkan coin pearl yang cantik memerlukan kepakaran semasa menentukan masa yang sesuai untuk mengeluarkan pearl tersebut daripada mussel pearl.

 

Jika terlalu awal nacre akan kelihatan terlalu nipis dan membentuk coin pearl yang tidak cantik. Akan tetapi jika terlalu lambat, coin pearl akan membesar dan tidak mengikut bentuk yang diinginkan.

 

Apabila berminat untuk membeli  mutiara jenis coin pearl, perhatikan dahulu kualiti pearl tersebut. Jika anda melihat mutiara coin pearl itu terlalu tipis, ini bermakna mutiara tersebut dikeluarkan terlalu awal dan mungkin mudah calar.

 

Kualiti yang baik untuk mutiara coin pearl adalah bentuknya kelihatan cantik, tidak terlalu tipis atau tebal sederhana sahaja, permukaan yang halus apabila disentuh dan tidak kasar serta berukuran 12mm. Akan tetapi untuk mendapatkan kualiti seperti ini, pasti susah dan harga pun boleh tahan mahal.

 

Mutiara bentuk coin ini sangat sesuai untuk dibuat gelang, rantai dan juga subang kerana bentuknya yang agak unik dan menarik. Akan tetapi mutiara ini agak sukar ditemui di pasaran sebab itulah harga mutiara jenis coin ini boleh mencecah ribuan ringgit.

 

semoga catatan ini akan sedikit sebanyak membantu mereka yang sukakan mutiara sebagai barang perhiasan mereka.

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Just For You Teacher

hari guru

Just For You Teacher

Just For You Teacher
Tiada perkataan yang paling sesuai yang dapat aku catatkan di sini.. untuk menyatakan penghargaan .. buat semua guru-guru yang memberikan sepenuh komitmen mereka mendidik dan mengasuh semua anak bangsa.

 

 

Terima kasih cikgu..

kerana mengajar kami dari mula..ABC..123..Alif Ba Ta..sehingga kami boleh bertatih mengenal huruf dan merangkak-rangkak menyebut nombor sehinggalah kami boleh membaca ..

 

Terima kasih cikgu..
kerana ketabahanmu mendidik kami.. dengan perkara-perkara positif… sehingga boleh mencorakkan pemikiran dan perbuatan kami untuk menjadi insan yang berguna.

 

Terima kasih Cikgu..

kerana memberikan kami kekuatan di kala kami terasa lemah.. memberikan kami dorongan di kala kami berputus asa… memberikan kami keyakinan di kala kami berasa rendah diri.

 

Terima kasih cikgu..

di atas segala-galanya…  Anda semua umpama mutiara  yang menyinari hidup kami..

You All Are The Best Teacher Ever..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Sayangi Mutiara Anda.

IMG_3593

Soalan yang seringkali pelanggan ajukan kepada saya berkenaan dengan mutiara ialah bagaimana untuk mengekalkan kecantikkan dan sinaran yang terbit daripada mutiara agar sentiasa seperti baru, mempunyai aura dan tidak pudar ataupun kusam.

Baiklah..

  untuk menjawab soalan ini..apa kata terlebih dahulu kita lancarkan kempen sayangi mutiara anda..

kerana jika anda tidak mempunyai kesedaran untuk menyanyangi mutiara anda sendiri, bagaimana pula anda ingin melihat mutiara anda sentiasa cantik dan tidak malap sinarannya.

Pertama sekali..

dalam kehidupan kita ini.. ramai di antara kita mungkin memerlukan wangian agar lebih harum dan lebih berkeyakinan dengan penampilan mereka. Selalunya mereka akan menggunakan perfume pada akhir sekali sebelum mereka keluar bekerja atau sebagainya. Namun,Mutiara tidak. Mutiara tidak memerlukan semua itu. Mutiara sangat sensitive dengan segala jenis haruman. Jauhi sebarang perfume..

IMG_3592

Sebenarnya mutiara anda tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rutin kecantikkan anda.

Saranan saya. lakukan semua apa yang anda ingin lakukan.. guna  bedak, makeup, perfume, deodorant, minyak rambut, Losyen dan sebagainya dan selepas itu,….ya .. selepas itu barulah anda disarankan  memakai mutiara anda.

Setelah seharian di luar rumah (pergi kerja, shopping, jalan-jalan )bersama mutiara anda. Sebelum melakukan aktiviti lain dan mencuci muka anda, anda disarankan menyimpan terlebih dahulu mutiara anda. Dengan cara ini, tiada pencuci muka, penanggal makeup ataupun night cream yang akan terkena pada mutiara anda. Anda mungkin memerlukan night cream .. tetapi pearl anda tidak memerlukannya..

IMG_3591

Jika berada di rumah pula dan anda ingin melakukan kerja-kerja rumah seperti mop lantai, mencuci bilik air dan sebagainya, anda dinasihatkan tidak memakai mutiara anda kerana permukaan mutiara sangat sensitive.

Bahan-bahan yang kita gunakan seperti sabun, Clorox dan lain-lain lagi akan menghakis permukaan mutiara.. anda mungkin tidak perasan.. akan tetapi jika ini berlanjutan mutiara anda akan kelihatan kusam dan kurang bersinar..sayangkan!!!

Di sini apabila saya sarankan untuk menanggalkan mutiara dan menyimpannya sebelum melakukan rutin harian anda.. itu bukan bermaksud meletakkannya di mana-mana sahaja.. Take them off ..do not throw them.. Simpan mutiara anda di dalam bekas tetapi jangan campurkan dengan aksesori yang lain seperti Kristal atau germstone yang lain.

IMG_3590

Letakkan mutiara anda di tempat yang berasingan. Paling bagus jika anda menggunakan soft pouch..

Jika tiada anda boleh menggunakan baby sock. pasti di rumah anda ada banyak baby socks yang tidak digunakan lagi.

Rantai, gelang, dan lain-lain aksesori yang berasaskan mutiara diletakkan dalam baby sock yang berasingan. Comelkan..hihihi..

Jika anda rasa susah untuk mengikuti saranan saya di atas, gunakan sahaja tisu untuk membalut mutiara tersebut dan anda boleh menyimpannya dengan aksesori yang lain. Mudahkan!!  anda boleh menggunakan apa-apa sahaja tempat penyimpanan mutiara, cuma pastikan ianya lembut dan jauhi mutiara anda dengan aksesori lain yang akan membuat mutiara anda jadi calar.

IMG_3571

Sebenarnya bukan susah untuk menjaga mutiara  jika kita betul-betul menyanyanginya.. saya pasti ada di antara anda yang mempunyai mutiara yang telah lama tidak digunakan dan terperap di dalam jewelry box..

mungkin rosak ataupun mungkin dah putus ikatannya.. jika anda masih ada perasaan sayang pada mereka (mutiara anda ). Hantarlah ke salpearl.. kami sedia memperbaikinya..

” Mutiara Sabah “

Share the knowledge... Thanks for Sharing

belajar dari university kehidupan

 

gambar SalPearl

 

Hidup ini penuh dengan pelbagai peristiwa yang pernah kita alami. Ada suka.. ada yang duka.. ada manis..ada yang pahit.. ada gembira.. ada yang sedih.. Realitinya itulah guru yang mengajar kita erti kehidupan terselit banyak pelajaran…

Pernah suatu ketika dulu, ada seseorang menghantar pesanan ringkas.. ingin belajar, ingin menuntut ilmu..

cara-cara membuat aksesori berasaskan mutiara..katanya berminat sangat. Saya terima dia seadanya, niat nak bantu agar boleh majukan bangsa sendiri. Dia belajar sekerat jalan.. rupanya ada niat tersembunyi. Dia pergi.. membawa barang salpearl sekali.. membina jenamanya sendiri.. mengatakan semua produk yang dibawa pergi ..adalah dari hasil usahanya sendiri..

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

Pernah juga.. ada seseorang.. membeli barang.. secara borong.. kata untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan..akhirnya dapat tahu.. produk salpearl sekali lagi ditukar nama.. siap keluar dalam surat khabar mingguan.. siap keluar kenyataan.. semua produk buatan sendiri.. memang minat dari kecil.

ini hanya secebis dari kehidupan.. sepak terajang dunia perniagaan tak semuanya manis.. tapi tak semuanya pahit. Sebenarnya banyak pelajaran yang Allah hendak kita fahami. Dia berikan kita kesedihan hari ini.. untuk menganugerahkan kita kegembiraan yang lebih besar..pada esok hari.

sahabat ku.. ingatkan diri kita selalu bahawa kejayaan yang diraih selepas menerima kesusahan itu lebih membahagiakan, malah mengajar kita untuk lebih bersyukur.

Mutiara Sabah

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Tahukah anda bagaimana mutiara terhasil atau dihasilkan?

kerang ternak

Seperti yang telah saya janjikan pada artikel sebelum ini, pada hari ini saya akan kongsikan tentang ketiga-tiga jenis mutiara yang terdapat dipasaran dunia ketika ini dan bagaimana mutiara itu terhasil ataupun dihasilkan.

Terdapat 3 jenis mutiara yang biasa digunakan untuk membuat perhiasan wanita iaitu Mutiara Air Masin (Salt Water Pearl), Mutiara Air Tawar (Fresh Water Pearl) dan Faux Pearl.

Bagaimana Mutiara yang terhasil secara semulajadi di dasar laut?

Mutiara yang terhasil secara semulajadi di dasar laut adalah daripada bendasing seperti pasir,parasite dan sebagainya yang telah terperangkap di dalam tisu-tisu lembut tiram . Bendasing yang terkumpul ini akan membesar menjadi ” pearl-sac ” mengelilingi nucleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”.

IMG_0190

Mutiara Air Masin

 

Daripada ” pearl – sac ” ini yang akan mengeluarkan lapisan “nacreous” setiap hari dan seterusnya membentuk 3 hingga 4 lapisan sehari.  ianya  mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 tahun untuk menjadi mutiara air masin yang sangat berharga.

Bagaimana Mutiara Air Tawar dihasilkan?

Mutiara Air Tawar dihasilkan dengan melalui proses pembiakkan yang agak lama. Proses pembiakkan ini akan melalui beberapa langkah yang telah ditetapkan.

Para penternak akan memperolehi kerang-kerang yang memangnya berasal dari dasar laut daripada nelayan-nelayan penyelam kerang. Biasanya para penternak akan memilih kerang-kerang daripada breeding yang terbaik. Pembiakkan akan dilakukan di pusat penternakkan Mutiara

colour of pearl.

Setelah berumur 60 hingga 70 hari, kerang tersebut di turunkan di perairan laut yang bersih, cukup plankton, tidak tercemar dan jauh daripada ombak yang besar. Biasanya pada hari yang ke 90, hanya 10% sahaja larva bakal kerang yang dapat bertahan.

Biasanya kerang dewasa yang berumur 15 hingga 24 bulan sahaja yang dapat dibedah untuk dimasukkan inti mutiara/nucleus. Sebelum nucleus dimasukkan, induk mutiara terlebih dahulu disuntik untuk menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian lapisan daripada( piece) moluska akan dipotong dan dilekatkan pada lapisan kulit kerang.

Piece akan membesar dan akan menjadi “pearl-sac” mengelilingi nacreous. Daripada “pearl-sac” inilah bahan nacreous akan keluar dan seterusnya membentuk 3 hingga 4 lapisan sehari. Proses ini akan menjadi lengkap dalam masa 1 hingga 2 tahun.

IMG_0326

Terdapat satu lagi jenis Mutiara, iaitu Faux Pearl yang merupakan mutiara tiruan yang dibuat oleh manusia. Mutiara Faux biasanya disaluti dengan lapisan warna yang seakan-akan sama dengan mutiara asli. Namun begitu, ada juga mutiara faux yang disaluti warna yang lebih terang seperti merah, gold, biru , ungu ,coklat dan sebagainya.Lapisan warna ini tidak tahan lama dan mudah terkopek.

 

Jika anda ingin mengetahui tentang mutiara dengan lebih lanjut lagi…janganlah segan-segan untuk follow saya dan kalau boleh .. sharelah artikel ini agar ianya dapat memberikan Ilmu tentang mutiara yang saya pasti ramai yang kurang arif tentangnya…

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Mutiara.. misteri berharga dari laut biru

 

IMG_20150312_124210

Adakah anda seorang penggemar Mutiara?.. atau anda ingin  mengetahui lebih lanjut tentang apakah itu mutiara?

Mutiara adalah sesuatu benda yang keras yang dihasilkan oleh kerang mutiara / tiram. Mutiara terdiri daripada kalsium karbonat yang telah disimpan di dalam lapisan-lapisan nipis ” nacreous” dan mengambil masa yang agak lama untuk membentuk sebiji mutiara yang benar-benar berkualiti.

Dari dahulu hinggalah kini, Mutiara laut menjadi salah satu batu permata yang termahal. Bahkan sehingga kini, Mutiara laut masih lagi mempunyai nilai jual yang tinggi.

Mutiara laut adalah satu-satunya batu permata yang dihasilkan oleh benda hidup dan sangat sukar untuk memperolehinya. Permintaan yang agak tinggi juga dan kesulitan untuk mendapatkannya menjadikan ia sangat berharga untuk dijadikan perhiasan.

 

cropped-pearls.jpg

 

Pada abad ke 19, Mutiara kultur telah diperkenalkan untuk memenuhi permintaan para penggemar perhiasan berasaskan mutiara. Kebanyakkan mutiara pada masa kini dihasilkan dengan cara tersebut.

Proses pembuatannya adalah dengan cara pembiakkan melalui pembedahan kerang dan meletakkan nucleus ke dalam kerang tersebut. (nanti kita bincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel seterusnya). Selalunya setiap mutiara yang dihasilkan mempunyai bentuk yang berbeza-beza namun, ia mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Dengan pelbagai bentuk mutiara kultur yang terhasil, maka ianya secara tidak langsung dapat memberikan sentuhan baru dalam pembuatan perhiasan wanita. Misalnya mutiara bentuk rice, coin, stick, potato, oval, eyedrop dan banyak lagi. pelbagai jenis mutiara dalam koleksi kami.

Mutiara Sabah

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Thanks a lot dear..

mutiara (13)Dah masuk tahun ketujuh aku berkecimpung dalam bidang ini.. membuat.. membaiki.. mereka bentuk bermacam-macam aksesori daripada mutiara.

Berbagai-bagai juga pengalaman positif yang aku alami dari mereka-mereka yang aku hargai iaitu para pelanggan yang budiman.

Kadang-kadang mereka bukan sahaja menjadi pelanggan salpearl tetapi ada satu ikatan yang lebih kuat daripada itu, mereka menjadi sahabat, pendokong malah seperti satu family yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini

Thanks a lot dear..

….its a wonderful new memories..semua itu menguatkan lagi keyakinan untuk melangkah lebih jauh ke hadapan bersama-sama salpearl. Menambahkan lagi semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat mereka. It makes me so thankful.

To our loyal customer, Thanks so much!! I still keep the mails that full of everyone’s advice and I appreciate a lot .  and I will always hold your words forever …

Thanks A Lot Dear…

Mutiara Sabah

IMG_0266

Share the knowledge... Thanks for Sharing
1 2