keuntungan memiliki emas

Keuntungan Memiliki Emas

Dahulu emas merupakan simbol kekayaan dari sebuah kerajaan. hingga kini, emas masih lagi menjadi salah satu instrumen pelaburan yang semakin diminati. sebab itulah mengapa emas dianggap logam yang sangat berharga kerana tidak pernah kehilangan nilainya. Di musim Pandemik ini, kita dapat melihat ramai insan yang di dalam kesusahan beratur di kedai pajak Gadai untuk mendapatkan wang bagi kelangsungan hidup keluarga mereka.

Emas menjadi talian hayat mereka.”

1. Emas pilihan yang tepat.

Kini emas menjadi salah satu instrumen pelaburan yang mulai digemari ramai orang, sebab dipercayai berfungsi sebagai alat pelindung nilai yang mampu menahan inflasi.

Bahkan ketika terjadinya Pandemik pada saat ini, emas dapat menjadi salah satu penolong dari kerisauan ekonomi global yang kian tidak menentu.

2.Nilainya Selalu terjaga.

Pelaburan emas sangat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang. Ini adalah kerana emas termasuk dalam jenis pelaburan risiko rendah (Low Risk). Di mana pergerakkan harga emas mengikuti pergerakkan inflasi. Harga emas cenderung stabil walaupun berada di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Jika inflasi meningkat maka harga emas pun meningkat, sehinggalah harga emas menjadi stabil. Bahkan lebih cenderung meningkat dari tahun ke tahun.

Tidak hanya di negara kita Malaysia, para pelabur global juga mendiversifikasi aset mereka ke emas.. untuk menghindari risiko kerugian akibat iklim ekonomi yang lesu.

setakat ini tiada lagi orang yang menyesal sebab membeli dan melabur dalam emas public gold ni.. yang menyesal tak beli ada lah…”

3.Penolong saat darurat. Boleh dijadikan jaminan atau digadai.

Emas bersifat High liquidity. Ketika kita terdesak dan memerlukan dana dengan cepat, kita boleh menjual emas yang ada sebagai solusi yang tepat. Terdapat banyak tempat yang menyediakan perkhidmatan membeli emas dan pajak gadai contohnya Ar Rahnu. Ar Rahnu bukan sahaja sebuah tempat jual dan simpan emas semata-mata, ia juga adalah tempat gadaian emas yang mana setiap bulan kita dimestikan membayar “upah simpan” emas yang telah kita gadaikan sehingga tempoh yang tertentu.

Hal seperti ini sudah tentu dapat menjadi salah satu alternatif bagi penyimpan emas yang memerlukan dana kecemasan tetapi tidak ingin mencairkan simpanan emasnya.

Ini adalah kerana nilai emas yang selalu terjaga membuat emas mudah diterima  ramai orang. Sehingga emas sangat mudah dijual kembali dengan harga yang cukup tinggi.

“Emas adalah aset paling mudah dicairkan di kala kita terdesak. Emas boleh dipajak bila-bila masa.. boleh dijual dan pasti laku”

4.Menguntungkan di masa hadapan.

Dalam ekonomi , spending is good kerana ia boleh menggerakkan ekonomi negara. Akan tetapi, overspending is a bad thing. Apalagi jika kita berhutang untuk berbelanja melebihi kemampuan. Sebab itulah duit yang ada perlu dilaburkan ke tempat yang menguntungkan seperti menyimpan emas. Dalam jangka masa panjang , kenaikkan harga emas boleh mengalahkan inflasi , dan jika ada lonjakan harga emas ia menguntungkan pelabur.

Jika kita bandingkan harga emas 2019 hingga awal 2021. maka kenaikkan harga emas sangat signifikan iaitu mencapai kenaikkan sebanyak 47 % untuk tempoh 3 tahun. Untuk itu, menyimpan emas dalam jangka waktu yang lama akan memberikan potensi keuntungan yang lebih besar.

“Tak percaya cubalah”

5.Memberikan hak milik penuh bagi si pemilik.

pelaburan emas memberikan kita kuasa mutlak ke atas pemilikan aset emas tersebut. kita bebas jika ingin menjual kembali, mengadaikannya mahupun peralihan hak milik ataupun waris. ( untuk pembahagian harta kepada waris pun lebih mudah jika dibandingkan harta seperti rumah, kerana emas memiliki pecahan nominal dan mudah dicairkan.

Jadi.. Mulalah simpan emas dari sekarang, biarkan sedikit.. biar pun bermula dari 1gram… janji kita telah mula menyimpan. Biasanya untuk bermula memang susah cuma bila dah terbiasa ia akan jadi amalan.

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Belajar dari permainan monopoli

Belajar dari permainan monopoli

Belajar dari permainan Monopoli

Kalau resah gelisah pada waktu ini, setelah seharian menghadapi kerja-kerja yang bertimbun di depan mata. Anak-anak pula sibuk dengan kelas online. Apa kata cuba ajak ahli keluarga bermain Monopoli.. biar good mood datang kembali. Cuba bermain monopoli sambil mengambil segala hikmah yang tersembunyi dari permainan lagenda ini.

Sebenarnya, permainan monopoli ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi permainan ini juga mengajarkan kita erti keberanian dan kesabaran. satu lagi , kejujuran … sebabnya ramai yang suka menipu ketika dadu dibaling .. menipu pada angka yang tertera.. sepatutnya berhenti pada aset lawan tetapi berhenti di tempat lain. ( hahaha).

Merancang kewangan

Sebelum memulakan permainan Monopoli kita haruslah terlebih dahulu merancang kewangan kita. Apa target hartanah yang ingin kita beli, apa aset yang ingin kita miliki dan berapa banyak wang yang sanggup kita laburkan untuk sesuatu hartanah… adakah ianya berbaloi ataupun tidak.

Belajar dari permainan monopli
  • Apabila telah memulai permainan, di situlah bermulanya aktiviti jual beli .. memilih tempat-tempat yang terbaik, mendirikan rumah agar hartanah menjadi lebih mahal..selepas itu menaiktaraf aset rumah sehingga menjadi sebuah hotel. Akan tetapi perlu diingatkan, agar diri tidak terjebak dengan situasi ‘ asset rich .. cash poor’ kerana jika duit banyak sangat dilaburkan dalam pembelian seperti rumah dan hotel .. kita akan kekurangan duit tunai. Di sini kita terpaksa menjual hartanah kita dengan harga yang murah untuk mendapatkan duit tunai yang mencukupi.

Sentiasa bersabar dalam segala kemungkinan

Dalam permainan Monopoli semua perjalanan dan perancangan kita ditentukan oleh balingan dadu dangan angka yang tidak dapat kita jangkakan. Terkadang kita akan perolehi keuntungan berganda , terkadang kita akan mengalami kerugian yang tidak dijangka.

Dalam analogi paling mudah .. begitulah kehidupan kita di alam yang nyata. Kita tidak dapat memaksakan semua perancangan kita menjadi kenyataan. Terkadang ada sahaja perancangan kita gagal… dan terasa amat perit menerima kenyataan.. di sinilah tingkat kesabaran kita diuji.

Aset yang mahal belum tentu yang terbaik

Dalam permainan Monopoli kita akan cuba membeli hartanah yang termahal, menempatkan rumah malah mendirikan hotel sebanyak mungkin. Niat hati adalah untuk mendapatkan keuntungan yang belipat kali ganda. Duit tunai semakin berkurangan , dan tanpa kita sedari kita mula memiliki hutang di mana-mana.

Belajar dari permainan monopoli

Dalam kehidupan yang nyata, kita kena pandai dalam mengurus aset . Perhatikan harga hartanah yang akan kita beli. Apakah di masa akan datang ianya boleh memberikan keuntungan ataupun sebaliknya. Jangan lupa perhatikan apa fasiliti yang disediakan juga akses sekitarnya.

Fokus pada keluar masuk wang.

Ketika permainan Monopoli ini telah berakhir, pemenang akan di tentukan dari jumlah wang yang paling banyak. Untuk memiliki wang yang banyak sudah tentu haruslah memiliki aset yang banyak dan dapat dikelola dengan baik.

Dalam kehidupan yang nyata. Kita jangan terlalu ghairah untuk memulakan pelaburan dengan banyak membeli hartanah dan menghabiskan seluruh wang simpanan. Ada eloknya kita tingkatkan pelaburan kita sedikit demi sedikit dengan menyimpan emas kerana ada saatnya kita memerlukan pelaburan yang mudah dicairkan dan kalis inflasi seperti EMAS.

Jom simpan emas

Sentiasa menyiapkan dana kecemasan.

Di dalam permainan Monopoli ,dana keemasan amat diperlukan ketika kita tiba-tiba singgah di tanah atau hartanah orang lain sehingga harus membayar sewa. terkadang kita juga akan berdepan dengan denda yang perlu dibayar . Dengan adanya dana kecemasan yang mencukupi ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada kita.

Sama juga dalam kehidupan kita seharian, Dana kecemasan sangat diperlukan. Cubalah sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. cuba asingkan sedikit demi sedikit setiap bulan daripada gaji. Ketika kita menghadapi keadaan yang tidak terduga seperti sakit, kenderaan rosak dan perlukan wang untuk dibaiki, hinggalah terjadinya bencana alam. Ketika inilah dana kecemasan sangat berguna bagi kita.

Jom simpan emas

Selepas Dana kecemasan mencukupi, cuba pula buat sedikit pelaburan untuk simpanan jangka masa panjang seperti menyimpan emas. Semakin banyak simpanan emas yang kita buat, semakin cepatlah kita berjaya dari segi kewangan dan ‘free financial’

Strategi yang betul amat diperlukan

Permainan ini amat memerlukan keberanian dalam mengambil sebarang risiko. Kita tidak boleh menang dengan bersifat pasif. Para pemain harus berani mengambil risiko mengeluarkan wang untuk menambahkan aset. Segala kemungkinan harus diambil berat sebelum mengambil keputusan. Jika kita merasa mampu mendapatkan keuntungan dari membeli hartanah, maka lakukanlah. Ketika langkah yang kita buat merugikan, maka ubahlah strategi agar kita boleh ‘survive’

Di sini kita belajar bagaimana membahagikan wang kita , bahagian mana yang harus dilaburkan dan bahagian mana yang harus disimpan.

Apa yang kita pelajari dari permainan ini boleh diterapkan dalam kehidupan kita seharian, iaitu sangat penting bagi kita menyimpan duit untuk dana kecemasan, membeli aset mahupun hartanah di atas kemampuan dan untuk pelaburan jangka masa panjang dengan menyimpan emas.

Share the knowledge... Thanks for Sharing

IKX Hi-Tea Gathering

 

IKX Hi-Tea Gathering

 

img_8541

 

Pada 29 Mei 2016 yang lalu, IKSB telah mengadakan satu majlis  iaitu IKX Hi-Tea Gathering  yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara. Ianya adalah suatu majlis yang julung-julung kali diadakan oleh IKSB bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ikx ..menguatkan lagi ukhuwah dan juga membina networking yang kukuh sesama student ikx.

 

IKX Hi-Tea Gathering

sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai student.. ianya juga seperti meraikan satu keluarga yang besar ikx. Maklumlah.. selepas habis tempoh belajar, masing-masing telah membawa diri.. masing-masing cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Jadi inilah masa yang sesuai untuk pertemuan semula bekas pelajar IK.

 

img_8538

Pada hari yang telah ditetapkan..

kak sal sampai lewat sedikit, bergegas menuju ke pintu dewan.. tak sabar rasanya melangkah masuk ke dalam dewan.Mata sempat lagi melihat bunting yang terletak cantik di kiri dan kanan pintu dewan.. terasa amat bangga pada diri ini yang telah menjadi sebahagian keluarga besar ikx. Alhamdulillah.

Selak je pintu..

Terlihat senyuman manis dari sifu Amim Najmie, Sifu Naim Marinin, Cik Jay, encik Nazrul Shairi dan juga Cik Aie yang manis. Mereka tengah sibuk mengesahkan kehadiran para tetamu dan juga memberikan doorgift dari para sponsors ikx kepada para tetamu yang hadir.

 

img_8636

Dekorasi Dewan

Memang cantik dekorasi dewan pada hari tu.. nampak belon hitam-merah.. ini sudah tentu kerja tuan Zahid Dol dari Ohballon.

img_8539

 

 

img_8540

 

Pada masa itu..

Emcee yang ditugaskan untuk mengacarakan majlis Hi-Tea Gathering ikx adalah sifu Aman safuan dan Cik Jay. Satu gandingan yang mantap dari mereka berdua. celoteh-celoteh mereka berdua amat menghiburkan.. sekali-sekala ada juga usikan-usikan nakal mereka kedengaran.. membuatkan para tetamu ketawa.. tak kering gusilah jawabnya.

img_8479

 

Acara majlis.

Berbagai-bagai acara yang diadakan untuk menghiburkan para tetamu.. antaranya cabutan nombor bertuah, fesyen show, pertunjukkan nyanyian dari sifu Razzi Rahman. (Suara sifu Razzi masih lagi power) dan acara kemuncak bagi kak sal ketika itu ialah nyanyian yang hebat dari sifu Irfan Khairi. Siap ada back up singer lagi. Memang suka sangat dengan persembahan yang diadakan. Tak sempat rasanya nak bosan..

 

img_8510

 

Selain itu..

Salah satu acara yang juga ditunggu-tunggu oleh semua ahli IKX ialah upacara penyampaian sijil kepada bekas student IK. Seronok rasanya mendapat sijil penghargaan dari sifu ik..

 

img_8502

 

img_8505

 

 

Pada majlis IKX Gathering ini,

Ramai juga penaja-penaja yang telah menjayakan majlis yang gemilang ini. Tahniah semua.. antaranya adalah

Yummylicious, Oh Ballon, Garam Assyifa Aura Rezeki, Her Beaute, Moon Scarves, Amni De Calcas, MFA Boutique, Salpearl, nuzira delight, Amazing Kangen Water, Zawjada Event Photographer. Terima kasih kepada semua penaja.

 

img_8534

Antara door gift yang diberikan oleh para penaja

 

Waktu berpisah..

Memang waktu yang menyedihkan.. semoga selepas ini ada lagi pertemuan-pertemuan susulan di antara ahli IKX dan juga ahli IKSB. sekurang-kurangnya setahun sekali. Semoga dengan majlis-majlis perjumpaan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama IKX. jumpa lagi di lain kali.

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

 

Hari demi hari.. usia kita semakin meningkat.. takkan berpatah balik walaupun sesaat cuma. Ini bermakna semakin dekatlah juga kita pada detik kematian yang telah ditentukan oleh Allah pada setiap makhluk Nya.

Di saat-saat ini.. ketika tenaga semakin berkurangan.. bebanan semakin terasa.. malah kita semakin penat. Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan? segala masalah akan selesai. Apakah kita semakin gagah menuju kepada Nya.. ataupun semakin goyah?

 

IMG_3135

 

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

padahal..

hidup ini memerlukan kekuatan .. kekuatan untuk terus istiqamah melakukan amal jariah tanpa putus-putus.. tanpa jemu.. tanpa bosan. pesankan pada diri..walaupun kita insan yang serba kekurangan dan sekalipun diri ini terhijab dari nikmat ketaatan. Namun, jangan biarkan diri sampai merasa nikmat pada kejahatan.

pesan juga..

pada diri.. Biarlah kita menangis sepuas-puasnya sekarang ini.. daripada kita menangis di sana nanti.. di mana pintu taubat telahpun terkunci rapi..sebenarnya tak mengapa kita selalu menangis kerana dosa kita yang menggunung tinggi.. daripada kita tersenyum nikmat kerananya.

 

img_8928

 

Pesan pada diri..

biarlah diri menghadapi kesukaran dalam bertaubat.. lakukan sahaja .. paksakan diri  untuk bertaubat.. walaupun kadang-kadang tidak menjadi, tapi lakukan juga. cuba dan cuba lagi. Ianya lebih baik daripada kita melakukan dosa tanpa henti.

Wahai diri..

kan lebih baik jika kita menangis kerana sentiasa merasakan diri berdosa.. biarlah kita tersenyum gembira dan ketawa mesra apabila kita bersama insan lain. Tapi, jauh di sudut hati yang paling dalam.. biarlah kita merintih mengenangkan dosa-dosa yang lampau.

 

Di usia yang semakin senja ini..

Cuba tanyakan diri.. lenakah tidur mu dengan beban dosa yang kau pikul? Mimpi indahkah dikau.. dengan perlakuan-perlakuan yang engkau lakukan?.. Duhai diri.. adakah kamu lupakan Mati? Di manakah Qalbun Salim yang akan menjadi penjamin mu pada hari di mana segala harta dan keluarga tidak lagi berharga?

Apakah cukup hanya dengan sebuah keluhan?

jawapannya tidak!.

Kena berusaha lagi bersungguh-sungguh untuk bertaubat dan jangan berputus asa kerana sesungguhnya ALLAH itu dekat.. Pintu keampunan Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan Nya. dan.. yang paling cantik sekali.. walaupun apa keluhan dan rintihan yang hamba Nya ingin luahkan. Allah itu Maha Mendengar!!

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jadilah yang terbaik.

Jadilah yang terbaik

Jadilah yang terbaik

Manusia seringkali tidak berpuas hati..

dengan  segala kekurangan yang ada..

yang pasti..

segala apa yang kau inginkan..

belum tentu akan kau perolehi..

rama-rama pun harus jadi ulat dahulu..

sebelum menjadi rama-rama yang sangat indah..

marilah kita sama-sama berusaha

untuk menjadi lebih baik..

dari hari-hari yang sudah..

” Jika kamu memilih.. pilihlah yang terbaik

jika kamu dipilih.. jadilah yang terbaik”.

 

IMG_3135

Jadilah yang terbaik

 

Jadilah yang terbaik..

Ungkapan yang seringkali diucapkan.. jadilah yang terbaik.. bukan mudah sebenarnya untuk merealisasikan ungkapan tersebut.. tapi tak mustahil bukan untuk kita capai jika kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

 

Tajuk jadilah yang terbaik ini amat luas maknanya.. seluas angkasa raya.. seluas lautan yang tak bertepi.. dan tak mungkin kak sal huraikan satu persatu.. jadi kak sal cuma ambil satu tajuk yang kecil sahaja.. yang seringkali menyentuh kehidupan kita seharian..

 

11169467_10153017430094856_4157743198963751871_n

 

Ingin mendapatkan yang terbaik kena  jadi yang terbaik.

  1. Tentukan apa matlamat anda dan kejarlah impian anda.

Anda pasti ada cita-cita mahupun impian yang ingin anda capai pada masa hadapan. Jadi tetapkan matlamat anda sedari awal dan cuba buat yang terbaik untuk mengejar impian anda.

Misalnya jika anda seorang yang sangat mencintai bidang hiasan dalaman.. cuba cari ilmu dalam bidang tersebut.. buat bersungguh-sungguh sehingga anda menjadi pereka hiasan dalam yang professional.
           2.     Perlukan passion yang tinggi.

Melakukan sesuatu yang kita minati akan memberikan suatu perasaan.. iaitu perasaan passion yang tinggi terhadap apa yang kita lakukan.. ianya akan membuatkan hidup kita lebih seronok untuk dilalui…

masa yang kita peruntukkan untuk apa yang kita lakukan kadang-kadang berlalu tanpa kita sedari. ini juga secara tidak langsung akan membantu kita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita inginkan itu.
         3.     Perlukan kesabaran yang tinggi.

Ini bermaksud.. kadang-kadang kita telah melakukan yang terbaik tapi masih juga belum mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Jangan berputus asa.. pada masa lalu mungkin kita telah gagal.. tetapi pada masa hadapan belum tentu lagi.. jadi bersabarlah. cuba jadikan masa hadapan anda lebih baik dengan cara memperbaiki kehidupan anda pada masa kini.
        4.    Berdoalah bersungguh-sungguh.

Siapalah kita sebenarnya.. hanya hamba Allah yang lemah.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan kita kejayaan yang indah bila tiba masa yang paling sesuai untuk kita.

 Hanya Allah sahaja yang tahu adakah kita telah bersedia ataupun tidak. Setelah kita cuba untuk jadikan diri kita yang terbaik berdoalah bersungguh-sungguh.. mintalah yang terbaik untuk diri anda.
         5.   Bersikap terbuka.

Kadang-kadang kita sukar untuk menerima teguran.. kita seringkali merasakan diri kita di pihak yang benar.. padahal nyata-nyata kita yang salah. Bagaimana kita hendak jadi yang terbaik jika kita sukar ditegur apabila melakukan kesilapan.

Mulai dari sekarang cubalah bersikap terbuka.. untuk menerima kesalahan diri. Cuba jangan mudah emosi kerana jika anda terlalu mengikut perasaan anda.. ianya akan membuat wibawa anda menurun.

jadi kesimpulannya.. jika ingin mendapatkan yang terbaik..berusahalah terlebih dahulu untuk jadi yang terbaik… kerana pada saat-saat anda menyiapkan diri untuk menjadi yang lebih baik..pada masa yang sama Allah menyiapkan sesuatu yang terbaik untuk anda.. In shaa Allah.

Semoga Semua sahabat-sahabat ku yang terbaik ini akan diberikan sesuatu yang terbaik dari Allah.. Aamiin.. In Shaa Allah.

 

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

perjalanan ini..

Perjalanan ini..

Perjalanan ini.. entah..

kita tak tahu bila kita akan sampai..?

 Perjalanan ini.. membuat kita cemas..

bilakah ianya akan berakhir..?

Perjalanan ini..

penamatnya adalah sebuah kejayaan ataupun kegagalan..?

 

img_9946

 

Hari pertama kita disini.. agenda utama kita adalah untuk menuju ke tempat perjuangan..  dunia ini adalah tempat perjuangan  yang telah  dirutinkan untuk diri kita.. sejak kita dilahirkan sehinggalah kita kembali kepada Nya. 

Walaupun agak bermalasan untuk memulai perjalanan ini..  namun, kita kena gagahkan juga.. kita tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan perjalanan yang terbentang di hadapan mata.  Bukan mudah memotivasikan diri untuk melakukan sebarang aktiviti .. apalagi jika ianya dilakukan tanpa kita ketahui di mana penghujungnya…

 

Perjalanan ini ..

umpama perjalanan hidup. Di mana .. di awal kehidupan kita , kita tidak tahu ke arah mana tempat yang akan kita tuju. langkahan demi langkahan yang kita lakukan bakal membawa kita ke suatu destinasi yang baru.  Kemudiannya kita akan bertemu dengan insan-insan lain.. insan-insan yang akan memberikan corak dan warna-warni dalam kehidupan kita.

Dengan insan-insan yang kita temui ini..  kita akan bertanyakan sedikit informasi tentang banyak perkara. Di sini.. banyak perkara-perkara baru yang akan kita pelajari. Ketika kita telah mengetahui  banyak perkara tentang tujuan perjalanan ini.. kita akan mula menanyakan tentang bagaimana cara untuk menuju ke jalan itu?

Kita akan bertanya dan bertanya berulangkali kepada orang-orang yang kita temui.. ianya untuk memastikan langkah-langkah akhir kita adalah langkah yang benar. Berbekalkan sedikit kekuatan dalam melayari peta kehidupan yang hendak dijelajahi.. agar perjalanan tidak tersasar jauh.. agar kita tahu jalan mana nak dilalui. Menambahkan lagi keasyikkan perjalanan ini.

Semua orang akan melalui detik-detik ini.. Wajah-wajah ceria dan duka, suara-suara riang dan sedih mengiringi perjalanan saat ini sungguh memberikan motivasi yang tertinggi ..  di mana pengakhirannya…??.Entah.. Kita gagahi juga menelusuri perjalanan ini..

 

Perjalanan ini..

 

 Selama melalui perjalanan yang mencabar hati dan minda ini.. banyak pertanyaan-pertanyaan awal yang tiada jawapan yang pasti. Ada yang menanyakan “kemanakah arah tujuan kita?”  , “Berapakah masa yang diambil untuk sampai di sana?” dan banyak lagi soalan-soalan yang sedang menari-nari diminda. Tarian minda yang seringkali membuat jiwa kita kacau.. 

Sebenarnya semua pertanyaan ini adalah sukar untuk dijawab kerana si penanya dan yang ditanya tidak mempunyai sebarang jawapan yang pasti. Ah! Betapa sukar untuk diterangkan…

 Keraguan mulai menghinggapi mereka-mereka yang melalui perjalanan ini. Keraguan mulai berbintik-bintik di hati mereka dan sedar tak sedar ianya sudah merebak perlahan-lahan pada diri yang lelah.

Kenapa ini berlaku?

Kerana walaupun sudah jauh berjalan.. kaki pun terasa sangat lenguh, lutut sendi juga terasa sakit.. namun masih  belum lagi mendekati tujuan.

 Apabila bertemu dengan insan-insan lain dalam melewati perjalanan ini.. banyak konflik yang akan terjadi.. sama ada ianya baik mahupun tidak berapa elok.. itulah hiasan yang terpaksa kita tempuh.

Siapalah kita untuk memilih-milih apa yang kita kehendaki. Namun konflik itulah nanti yang akan menentukan simpang mana yang layak kita selusuri nanti.

 

kadangkala kita akan mengeluh di saat langkahan kaki sudah menunjukkan kelelahan yang nyata.. masih bertanya dan bertanya .. untuk memastikan hala tujuan akhir kita. Apakah yang harus dilakukan?.. apakah harus kita melangkah terus dan mencuba untuk bertahan atau berhenti sahaja di sini..?

 

Perjalanan ini.. sampai bila??..

kita akan cuba menikmati setiap langkah-langkah.. dan berharap agar kita akan selamat sampai ke destinasi yang hendak kita tuju dan tidak akan disesatkan dengan sesuatu yang menjadikan kita terlupa tujuan asal kita yang utama..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

positifkan cinta mu

Positifkan cinta mu..

 

Kata orang bijak pandai “Jangan mencari kebahagiaan di dalam rumah tangga mu, tetapi bawalah kebahagiaan itu ke dalamnya.”

 

 Apabila membaca kata-kata di atas memang jelas bahawa kita hendaklah berusaha membina kebahagiaan itu sendiri dan bukannya menunggu kebahagiaan itu datang sendiri. Jangan hanya menanti dan terus menanti untuk bahagia, tetapi carilah bahagia itu di dalam diri dan bawalah bahagia itu ke dalam rumah tangga kita.

IMG_2934

positifkan cinta mu

Salah satu cara untuk memupuk kebahagiaan dalam rumah tangga kita adalah dengan cara bersikap positif. Jika kita bersikap positif .. maka kata-kata yang terluah dari mulut kita juga kata-kata yang positif sekaligus melahirkan tindakan yang positif juga. Hasilnya pasti mendapat tindak balas yang positif dari pasangan dan juga anak-anak kita.

Sebenarnya..

untuk mengekalkan rasa cinta di dalam rumah tangga kita.. kita amat memerlukan sikap yang positif. Tanpa sikap positif ini , amatlah sukar untuk melalui cuaca rumah tangga yang seringkali berubah. sekejap panas.. sekejap sejuk.. sekejap angin sepoi-sepoi bahasa melanda .. sekejap lagi ribut taufan pula yang singgah.

Bagaimana hendak membina sikap positif itu?

Apakata mulakan dengan mengurangkan berharap apa yang ‘sepatutnya’ kita dapatkan daripada pasangan kita kerana dalam banyak situasi, kita seringkali tidak mendapat apa yang kita hajatkan. Betul tak? selagi kita hidup kita akan menghadapi situasi seperti ini.. jika coklat yang kita berikan.. jangan pula mengharapkan bunga dari si dia sebagai balasan!

Ramai pasangan tertekan dengan masalah seperti ini.. kecewa, geram, sedih dan seribu macam perasaan yang membuku di hati kerana sentiasa mengharapkan pasangan mereka membuat begitu..begini. Adalah tidak bijak apabila kita seringkali membuang masa dengan memikirkan apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu kita lakukan untuk pasangan kita.

Cuba fokuskan kepada tanggungjawab kita kepada si dia.. bukannya menuntut hak semata-mata. Pesankan pada diri.. jika tidak mendapat balasan dari si dia dengan apa yang kita buat, Allah pasti akan membalasnya dengan sesuatu yang baik.

IMG_6237

positifkan cinta mu

 

Nak positif.. kena bergaul dengan orang-orang yang positif juga. Jika kita bergaul dengan orang yang sentiasa negatif.. kita pasti akan dijangkiti dengan sikap negatifnya itu. Jika kawan dan jiran yang seringkali mengadu domba, mengumpat dan memfitnah..kita haruslah meletakkan satu jarak yang tertentu dengan mereka.

Ini bukannya memutuskan silaturrahim.. cuma menjauhkan diri dengan orang yang akan membawa toksik kepada diri kita. Ingatlah.. dengan siapa kita meluangkan masa kita.. ianya sangat menentukan sikap kita.

 

Nak positifkan cinta!!

Nak bahagia lakukannya sekarang!!…bukan semalam..bukan hari esok. Semalam sememangnya kita gembira tapi kegembiraan itu hanya pada waktu itu dan sayangnya waktu itu telah pun berlalu. Cuba ciptakan kegembiraan yang baru untuk hari ini..buat sesuatu pada hari ini.. misalnya memasak makanan kegemarannya..sesekali pergi keluar bersiar-siar berdua. Jangan tunggu sampai esok untuk melakukannya.. kerana ianya akan membunuh potensi hari ini dan esok belum tentu lagi kita akan bersama sidia.

 

IMG_8590

positifkan cinta mu

 

Jika stress pula..cuba cari jalan bagaimana hendak mengatasinya sebelum ianya menjadi barah dalam rumah tangga kita. Cuba lakukan sesuatu berdasarkan minat kita seperti menjahit, menenun, berkebun, membaca buku dan banyak lagi.

Aktiviti ini bukanlah eskapisme untuk masalah kita.. tetapi untuk memberi tempoh rehat agar kita kembali menghadapi masalah itu dengan fikiran yang tenang dan jiwa yang lapang.. Jika emosi telah kembali stabil.. kita akan dapat menguruskan stress yang kita alami itu dengan lebih baik lagi.

 

Untuk lebih positif

dalam mengharungi kehidupan berumah tangga ini.. cubalah hiasinya dengan gurau senda dan berhibur… Tidak perlu terlalu banyak.. sekadar mengisi sedikit keperluan untuk menambah perisa dalam rumah tangga kita. Janganlah terlalu serius…

Memang benar kita menghadapi banyak masalah di tempat kerja ataupun banyak perkara yang harus difikirkan secara serius.. tetapi cubalah bergurau senda apabila bersama pasangan kita. Jika terlalu serius dibimbangi  akan melahirkan “sindrom bisu” dan rumah tangga akan kehilangan seri. Berguraulah seadanya.. Boleh kan!!

Jom positifkan cinta dalam rumah tangga kita…

 

” Bukankah begitu indah.. jika kita saling mencintai dan saling memiliki kerana Allah..”

 

 

 

 

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Happy Anniversary sayang ku

 Happy Anniversary sayang ku..

Ku mulakan coretan ini dengan ucapan Happy Anniversary sayang ku kita yang ke 22 tahun. Rasa sekejap sangat masa berlalu.. seolah-olah baru semalam kau melafazkan akad nikah mu itu.

13707518_1042173245861199_6863677964877049165_n

happy anniversary

 

Terima kasih ya Allah ..

kerana Kau telah menganugerahkan aku rasa yang termahal di celah-celah seribu ujian yang melanda kami. Mudah-mudahan cebisan kasih-sayang dan cinta yang murni dari serpihan cinta Mu ini akan terus hidup dan subur.. malah mampu menyemarakkan cinta kami ini..

 

Terima kasih sayang..

kerana dengan kehadiran mu di sisi dapat melengkapkan kehidupan ku.. kehidupan kita juga… kita sama-sama bergandingan tangan.. memperbaharui langkah kita.. menguatkan jiwa kita untuk memburu cinta-Nya. Dan dengan itu kita akan saling menyinta dengan cinta yang suci..

12342389_917504501661408_3337726557686141079_n

happy anniversary

 

sayang ku..

terima kasih kerana selalu mengajak ku berjalan di sisimu dalam mengharungi kehidupan kita seharian.. walaupun kita belum tahu bagaimana pula liku-liku yang bakal kita tempuh.. cuma pesanan mu yang sentiasa aku ingat.. “maniskanlah malam mu dengan solat dan munajat.. sibukkanlah siangmu dengan tanggungjawab dan memberi kebaikkan”.

sayangku..

Doaku agar ikatan ini akan berkekalan hingga ke Jannah. Jadi.. sama-samalah kita berusaha ke arah itu.. di daerah ini.. kita kena kuat .. apabila kita lalai sahaja dari mengingati Allah.. pelbagai perasaan mulai datang. Prasangka, curiga, bimbang akan bertandang. Perasaan ini mesti dilontar jauh-jauh. Jangan dilayan rasa dan sangka  yang bukan-bukan…

Abang dan Mah

happy anniversary

 

Imamku..

sekali lagi ku ucapkan selamat menyambut ulang tahun perkhawinan kita.. jagalah cinta ini kerana cinta bukan hanya kata-kata penuh bermadah.. tetapi cinta adalah amanah dari Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurniaan daripada Allah Yang Maha Indah.

” aku cinta kepada mu kerana Allah”.

Sayangku..

Kala cinta mu bertandang
Hidupku terasa lapang
Suasana malam yang hening
Terasa sungguh bening…

 

Kala cinta mu bersemi
Mewarnai hidup ku ini
Duniaku semakin berseri
Dengan cinta yang kau beri
Sungguh-sungguh ku hargai

 

Kala cinta ini semakin subur
Hari-hari yang ku lalui penuh syukur
Harta benda bukannya pengukur
Bagi menilai cinta yang kau tabur

 

Kala cinta ini memancarkan seri
Janganlah ianya kau bawa pergi
Kerana aku tak sanggup menyendiri
Melalui hari-hari sepi..
 Izmah.
Share the knowledge... Thanks for Sharing

Musuh Dalam selimut

Musuh dalam selimut.

Musuh dalam selimut.

Pernahkah anda merasainya?.. bagaimana rasanya apabila anda ditikam dari belakang 

apabila  anda mengenali orang tersebut.. orang yang anda percayai dan sayangi . Pasti pernah bukan! kalau tak berkali-kali .. pasti pernah walaupun sekali. Itulah dia mush dalam selimut!

Bagaimana pula jika kita tidak mengenali orang yang menikam kita dari belakang? mengkritik dan ingin menjatuhkan  kita tanpa mengenali kita. Hanya kerana cemburu melihat kejayaan orang lain. Pelikkan.. tetapi benar. Itulah dunia sekarang…

13726855_1041579512587239_9148558622846817026_n

musuh dalam selimut

 

Sebenarnya memang telah menjadi lumrah jika kita menghadapi situasi seperti ini.. kerana kita bukanlah hidup di dalam masyarakat malaikat. Kita hidup di dalam dunia .. aku.. aku dan kau.. kau. Masyarakat yang lebih mementingkan diri.. dan untuk berjaya mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka.

 

Jika ini berlaku.. kita pasti sedikit sebanyak akan terkena tempias atas perbuatan khianat itu. perasaan takut mula menyelubungi hidup kita. Kita mungkin akan serik untuk mempercayai orang lain lagi. kebahagian juga akan terjejas .. malah lebih buruk lagi jika potensi diri kita turut pudar… Jadi .. berhati-hatilah dengan golongan musuh dalam selimut ini..

IMG_9703

musuh dalam selimut

 

sedarlah.. bangunlah sahabatku..

Jangan berikan kemenangan kepada mereka.. Jika kita asyik mengenangkan nasib kita yang malang.. kita telah membenarkan mereka merosakkan hidup kita berkali-kali. Stop!! jauhkan diri kita dari mereka. Tetapkan satu jarak yang jauh. Yang penting jaga hati kita… jaga kelakuan kita .. jaga hubungan baik sesama makhluk dan yang terpenting jaga hubungan kita dengan Allah.

sahabatku..

inilah realiti kehidupan yang akan kita tempuhi.. soalnya sekarang bagaimana kita cuba untuk memanfaatkannya untuk kita mencapai kejayaan.. daripada kesedihan itu.. kita jadikan kebahagiaan. bolehkan!! cuba besarkan cita-cita kita.. ya cita-cita yang besar boleh mengecilkan kritikkan dan pengkhianatan itu. Cubalah..

IMG_9704

musuh dalam selimut

sahabatku..

Jangan fobia dengan pengkhianatan yang pernah kita alamai.. jangan juga risau dengan pengkhianatan yang bakal datang. Tetapi.. mulai sekarang binalah cita-cita yang besar agar cita-cita yang besar itu mampu memperkecilkan semua itu. Be strong..

Sahabatku..

Ketahuilah.. orang yang menikam kita dari belakang ( musuh dalam selimut ) sebenarnya seorang yang penakut dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk bertarung secara bersemuka. Orang ini akan sentiasa menyalak-nyalak dan mengacau kita.

Anggap sajalah kritikkan yang tidak adil yang dia lemparkan kepada kita seperti satu pujian yang tidak rasmi. usaha liciknya untuk menjatuhkan kita mungkin bakal menjatuhkan dirinya sendiri ke dalam lubang yang dia gali sendiri..

Kita..

Kitakan ada Allah. Teruskan berusaha, berdoa, bertawakal dan bersabar.. In shaa Allah kemenangan bakal berpihak kepada kita. Sayang sahabat semua..

Share the knowledge... Thanks for Sharing

Jom Jadi baik

Jom jadi baik.

Jom jadi baik.

 

13103259_1000552510023273_4956486683435476513_n

Jom jadi baik

 

Aliran Harta, umpama air yang mengalir.. selagi ia mengalir.. selagi itulah air akan bersih dan jernih. sebaliknya jika air tersebut bertakung, ia akan kotor dan berkeladak. begitu juga harta, mesti dialirkan mengikut ketentuan hukum daripada Allah.

 

Jom jadi baik

Janganlah harta itu bertakung dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja. ini akan merosakkan bukan sahaja pemilik yang bakhil itu.. malah sekaligus akan memudaratkan masyarakat.

Harta itu amanah Allah, maka dalam harta itu ada hak hamba Allah yang lain yang perlu diserahkan pada kadar-kadar yang tertentu, pada keadaan-keadaan yang tertentu dan pada masa -masa yang tertentu. Penetapan yang telah Allah tetapkan ada 2 cara iaitu :-
  1.  yang wajib iaitu zakat.
  2.  yang sunat iaitu sedekah, wakaf dan sebagainya.

selagi sebahagian harta dikeluarkan melalui 2 kaedah ini, maka selagi itulah harta itu akan memberi manfaat kepada pemiliknya dan juga masyarakat.

 

10505604_662632490539919_7397934662787966803_n

Jom jadi baik

 

Jom jadi baik

sebab itulah kak sal menulis seringkas mungkin coretan pada kali ini.. hanya ingin mengajak sahabat semua agar sudi mengingfakkan semampu mungkin harta yang kita ada di jalan yang telah ditentukan oleh Allah.

Pada kali ini, In Shaa Allah kak sal ingin menjalankan projek ‘Jom jadi baik’ iaitu melancarkan jualan tasbih yang berharga RM 15.00 tetapi boleh dibeli dengan harga serendah RM 10.00 ( terpulang kepada pembeli berapa nak bayar).

Separuh dari harga jualan tasbih ini akan kak sal salurkan kepada pembinaan Masjid Abdul Ghoni di Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi dan  The thirdforce. separuh lagi akan kak sal buat modal semula untuk membuat lebih banyak tasbih .. agar kita boleh membantu lebih ramai orang.

11998853_662624223874079_1508883081718075648_n

Jom jadi baik

Jom Jadi Baik ..

sahabat ku semua.. cuba fikirkan.. apalagi yang lebih beruntung daripada semua ini? justeru keinginan yang membuak-buak untuk membantu orang lain akan membuatkan kita jadi lebih gigih mencari rezeki yang halal dan mengeluarkan harta yang terbaik itu sebagai zakat, sedekah ,wakaf atau apa juga kaedah yang telah ditentukan oleh Allah.

 

Sahabat ku..

… Alangkah beruntungnya mereka yang sanggup membantu golongan yang susah dengan niat yang ikhlas dan mengikut adab-adab yang baik… mereka akan mendapat doa daripada orang yang menerimanya, menyucikan diri daripada dosa-dosa, mengikis sifat bakhil, di samping menambahkan kecintaan kepada Allah.

mutiara (137)

Jom jadi baik

Sahabat ku..

… Kita buat baik bukannya kita telah menjadi orang yang baik.. tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik.. semoga apa yang saya catatkan ini dan siapa yang membaca coretan ini .. sama-sama tergolong dalam golongan mereka yang sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik dengan sentiasa melakukan kebaikkan…

Kita sangat mengharapkan kasih sayang Allah.. semoga Allah menilai usaha kita yang kecil ini sebagai kesungguhan kita untuk mencari keredhaan-Nya. Aamiin.

Jom kita bantu mereka..

Jom jadi baik..

Share the knowledge... Thanks for Sharing
1 2 3 7