Tips Memulai Perancangan Kewangan

——————————————————————————————————————–

Jom Beli Emas

___________________________________________________________________________

Kenapa harus simpan EMAS?

Pepatah orang ada mengatakan bahawa jika menabung wang dari muda bakal senang kemudian hari. Tapi pepatah ini tak selalunya benar, kenapa?  Sebab.. tak semua yang kamu tabung nilainya akan bertahan dalam waktu yang lama, contohnya adalah wang. Ini kerana nilai wang akan jatuh disebabkan oleh Inflasi dari masa ke semasa.

Inflasi adalah silent killer , Inflasi tidak mengurangkan jumlah wang yang disimpan, akan tetapi inflasi akan mempengaruhi nilai wang dari tahun ke tahun, kita tidak akan terasa kesannya sehinggalah tiba waktu di mana kita akan menggunakan wang itu untuk membeli sesuatu.

Jom Beli Emas

Ramai yang beranggapan bahawa menyimpan Emas tidak menguntungkan. Bahkan lebih memilih menyimpan wang dibandingkan menyimpan emas dalam jangka waktu yang lama, kerana kerisauan terhadap harga emas yang sukar dijangkakan.

Namun sebenarnya, emas adalah salah satu instrument pelaburan yang jika disimpan dalam jangka waktu tertentu akan memperolehi keuntungan yang lebih besar di masa mendatang.

Jom Beli Emas

Tips Menabung Emas paling ideal

Tidak akan menyesal jika kita menyimpan emas sedikit demi sedikit , apalagi jika disimpan dalam jangka waktu yang lama. Jom lihat tips cara menabung emas paling ideal agar tabungan emas menjadi konsisten bertambah setiap bulan.

1. Menabung di awal bulan sebelum berbelanja VS menabung di akhir   bulan dengan wang yang tersisa.

Mana yang lebih baik ? Sudah tentu menabung di awal bulan setelah mendapat gaji, selepas menolak semua perbelanjaan tetap. Asingkan 10-20 peratus dari gaji untuk tabungan emas setiap bulan secara konsisten.

Sekiranya tabungan untuk emas telah diasingkan, maka kamu akan lebih tenang menggunakan baki wang yang ada untuk berbelanja tanpa merasa khuatir kekurangan budget untuk tabungan masa depan.

2. Fokus pada tabungan jangka pendek VS Fokus pada tabungan         jangka panjang.

Jom Simpan Emas

Jika untuk tabungan jangka pendek ataupun simpanan kecemasan fokus untuk simpanan wang sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Wang boleh disimpan di ASB mahupun di Tabung Haji.

Untuk emas pula, memang prinsip dasar penyimpanan emas adalah untuk aset jangka panjang. Maka ketika kita mulai menyimpan emas, simpanlah baik-baik untuk keperluan 3-10 tahun mendatang kerana alasan Utama menyimpan emas adalah untuk memberikan perlindungan aset atau kekayaan mu ketika  nilai mata wang jatuh.

3. Beli emas tunggu sampai harga turun VS beli emas konsisten berapa  pun harganya.

Jom Simpan Emas

Salah satu cara membeli emas ialah bukan menunggu harga emas turun. Harga emas boleh berubah setiap hari. terkadang naik terkadang turun dan sukar untuk dijangkakan kerana ianya mengikuti harga emas dunia. Namun nilai emas cenderung naik dari tahun ke tahun. 

Maka tanamlah mindset menabung emas dengan strategi Dollar Cost Averaging  “DCA”, iaitu menabung emas secara rutin dengan jumlah yang sama dalam kondisi harga naik ataupun turun. Salah seorang pelabur terkenal yang menggunakan strategi DCA ini adalah Warren Buffett

4. Jual emas saat harga emas naik VS jual emas ketika sudah mencapai target impian.

Jom Simpan Emas

Bagaimana perasaan mu apabila mendapat tahu harga emas melambung naik? Godaan untuk menjualnya pasti ada. Atau tunggu dulu dan cuba ingat apa tujuan sebenar  menabung emas?

Di sini semua terpulang  pada diri masing -masing kerana emas adalah hak milik sendiri. Jika menjual emas tersebut telah boleh  mempercepatkan impian jangka panjang mu cepat terwujud tak salah menjualnya atau kamu terpaksa menjualnya kerana ada keperluan mendesak pun tak salah.

Jika ingin menyimpannya untuk jangka masa yang lebih panjang pun tak salah. Yang penting ianya telah pun memberikan keuntungan kepada kita.

Jom Simpan Emas

Keuntungan Memiliki Emas

Dahulu emas merupakan simbol kekayaan dari sebuah kerajaan. hingga kini, emas masih lagi menjadi salah satu instrumen pelaburan yang semakin diminati. sebab itulah mengapa emas dianggap logam yang sangat berharga kerana tidak pernah kehilangan nilainya.

Jom Simpan Emas

1. Emas pilihan yang tepat.

Kini emas menjadi salah satu instrumen pelaburan yang mulai digemari ramai orang, sebab dipercayai berfungsi sebagai alat pelindung nilai yang mampu menahan inflasi.

Bahkan ketika terjadinya Pandemik pada saat ini, emas dapat menjadi salah satu penolong dari kerisauan ekonomi global yang kian tidak menentu.

2.Nilainya Selalu terjaga.

Pelaburan emas sangat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang. ini adalah kerana emas termasuk dalam jenis pelaburan risiko rendah (Low Risk). Di mana pergerakkan harga emas mengikuti pergerakkan inflasi.

Jika inflasi meningkat maka harga emas pun meningkat, sehinggalah harga emas menjadi stabil, bahkan lebih cenderung meningkat naik dari tahun ke tahun.

3.Penolong saat darurat.

Emas bersifat High liquidity. Ketka kita terdesak dan memerlukan dana dengan cepat, kita boleh menjual emas yang ada sebagai solusi yang tepat.

Ini adalah kerana nilai emas yang selalu terjaga membuat emas mudah diterima  ramai orang. Sehingga emas sangat mudah dijal kembali dengan harga yang cukup tinggi.

4.Menguntungkan di masa hadapan.

Jom Simpan Emas

Jika kita bandingkan harga emas 2019 hingga awal 2021. maka kenaikkan harga emas sangat signifikan iaitu mencapai kenaikkan sebanyak 47 % untuk tempoh 3 tahun. Untuk itu menyimpan emas dalam jangka waktu yang lama akan memberikan potensi keuntungan yang lebih besar.

                              

5.Memberikan hak milik penuh bagi si pemilik.

pelaburan emas memberikan kita kuasa mutlak ke atas pemilikan aset emas tersebut. kita bebas jika ingin menjual kembali, mengadaikannya mahupun peralihan hak milik ataupun waris. ( untuk pembahagian harta kepada waris pun lebih mudah jika dibandingkan harta seperti rumah, kerana emas memiliki pecahan nominal dan mudah dicairkan.
Jom Simpan Emas

Perkara penting ketika memulai pelaburan

1.Pastikan faham tentang pelaburan. 

Di era yang serba moden ini, pilihan instrumen pelaburan semakin banyak. Bahkan sukar nak membuat pilihan yang tepat. Untuk yang baru nak mulakan pelaburan emas, pastikan pemahaman tentang pelaburan emas itu diikuti dengan pemahaman tentang keuntungan dan kerugian dari setiap sudut pelaburan.

Perlu sekali kalian ingat, tugas paling penting sebelum melabur adalah memilih instrumen mana yang sesuai dengan profil risiko yang akan membuat kamu lebih tenang dalam membuat pelaburan.

2. Tentukan tujuan pelaburan.

                  

Jom Simpan Emas

                 Sebelum melakukan pelaburan, pertama sekali kamu harus menentukan apa tujuan kamu menyimpan emas. Misalnya untuk membeli rumah, Berkhawin, tabungan pelajaran anak dan lain-lain lagi.   

Tujuan kita menyimpan emas yang jelas akan memudahkan kita untuk konsisten dalam mengejar tujuan, kerana biasanya jika kita tidak mempunyai tujuan, kita akan seringkali bertangguh, bermalas-malasan, tidak konsisten malah terlewat dalam megejar impian kita.

3. Tentukan besar mana dana pelaburan.    

Jom Simpan Emas

Setelah menentukan apa tujuan pelaburan, kamu perlu persiapkan dana pelaburan pula.  Misalnya kamu ingin melaburkan 10 % dari gaji bersih bulanan mu. Itu akan memudahkan lagi untuk mengukur waktu hingga tujuan pelaburan dapat tercapai.

Idealnya ialah 10% hingga 20% dari gaji bersih bulanan. Jika dana tabungan telah diasingkan maka kamu akan lebih tenang menggunakan baki wang ada untuk memayar segala keperluan tanpa risau kekurangan budget untuk tabungan.  tapi yang terbaik ialah kena konsisten untuk terus fokus dalam menyimpan.

4.Tentukan instrumen pelaburan.

Jom Simpan Emas

Untuk tabungan jangka pendek, boleh sahaja kita menyimpan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji bersih di Tabung haji mahupun menyimpan di Saham Amanah. Ini sangat penting untuk dana kecemasan kita.

Tapi jangan hanya fokus pada tujuan jangka pendek sahaja. Ambil berat juga keperluan dana untuk jangka panjang. Salah satu cara untuk mewujudkan dana jangka panjang adalah dengan menabung emas, kerana emas merupakan salah satu instrumen pelaburan yang tahan terhadap inflasi, malah nilainya akan selalu naik dari tahun ke tahun.

Kriteria penting ketika memilih pelaburan emas

Jom Simpan Emas

Untuk keterangan lanjut boleh baca artikel yang ditulis oleh guru emas saya di link   www.bit.ly/kriteriaemas

Jom Simpan Emas

Jom Simpan Emas

Kelebihan Public Gold

__________________________________________________________

 ___________________________

                              

 

saya adalah priority Dealer Public Gold, jika ada sebarang pertanyaan mengenai pembelian, pelaburan, penyimpanan emas bolehlah hubungi kami

.

___________________________________________________________________________

Hubungi Kami.

Salmah Maming 0196161464

 Rizk – 0192863179

Aini –01161377547

E-Mail – salpearl71@gmail.com     

Lawati kami di    www.salpearl.com                           

                           www.salpearl.com/blog  

Terima Kasih kerana sudi melawati laman web ini.